Thursday, 3 November 2011

PM TUNAI HAJI PAKAI TANGKAL...?????


Puak-puak pembangkang sentiasa mencari ruang untuk membuat fitnah kepada Perdana Menteri, walaupun beliau sedang menunaikan rukun Islam ke-5 di Mekah ketika ini.
Terkini paparan di sebuah blog pembangkang yang mengatakan bahawa Datuk Seri Najib memakai tangkal ketika sedang tawaf di Baitullah.

Ikuti tulisan tersebut :

PAPARAN muka depan Utusan Malaysia hari ini menggegarkan negara apabila gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengerjakan tawaf di Baitullah dengan memakai sesuatu yang berupa kalung seakan-akan tangkal dilehernya.
Tangkal selalunya dikaitkan dengan usaha untuk menghalau hantu iaitu sebagai ‘pendinding’ atau untuk mengelak/menyembuhkan penyakit atau untuk memberi kekuatan atau kelebihan kepada sipemakai, misalnya, kekebalan.
Mengapa Najib perlu memakai tangkal untuk mengerjakan haji sedangkan beliau sendiri telah dikerumuni dengan puluhan pengawal peribadi sama ada dari Malaysia atau yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.
Adakah Najib tidak yakin keselamatannya dilindungi oleh Allah sepanjang berada di Tanah Suci waima di depan Baitullah? Najib perlu menjelaskan kenapa beliau berbuat demikian.
Bagaimanapun....Pejabat Perdana Menteri ketika dihubungi Mynewshub.my menjelaskan Najib tidak ada memakai kalung mahupun tangkal sepanjang mengerjakan ibadat haji.
Sebaliknya, tali yang tergantung di leher Perdana Menteri itu merupakan tali yang diikat pada buku panduan haji yang biasa dipakai oleh jemaah haji dari Malaysia dan seluruh dunia.
“Buku panduan haji yang siap ada dengan tali ini banyak dijual di Malaysia.
“Mereka yang pernah menunaikan haji atau umrah biasa menggantung buku ini di leher terutama ketika mengerjakan tawaf dan saei,” kata seorang pegawai di pejabat tersebut.
Justeru pegawai berkenaan berharap, orang ramai tidak terpengaruh dengan tuduhan liar bahawa tali yang tergantung di leher Najib adalah tangkal seperti yang didakwa oleh sebuah portal milik pembangkang.
Beliau juga meminta orang ramai mendoakan Najib dan rombongan yang sedang mengerjakan salah satu Rukun Islam di Mekah dan jangan mudah terpengaruh dengan sebarang dakyah atau fitnah yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab..
Nak fitnah pun agak2 laaaa.... jangan ikut sedap mulut dan jari yang ketuk keyboard..!!!!

No comments: