Dakwaan Adun Setiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham ketika Konvensyen DAP lalu berkaitan berlakunya amalan rasuah dalam kelulusan tanah lebih 60 ribu ekar tanah bernilai RM 375 seekar oleh kerajaan negeri. Malah, Ngeh dikatakan telah melaporkan perkara itu kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun perkara itu telah dibawa sebagai salah satu isu yang diperbincangkang dalam persidangan berikutan tindakan pemimpin DAP itu dengan sengaja telah menyebarkan fitnah terhadap kerajaan BN sedangkan di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak pelbagai penyelewengan telah berlaku; dan atas sebab itu mereka takut apabila kerajaan mencabar mereka untuk mengemukakan bukti. Baca seterusnya.... Klik.... di sini...
2. NGA BIADAP DAN KURANG AJAR GELAR TIMBALAN SPEAKER 'PELACUR POLITIK'......
Pakatan Rakyat Perak tidak habis-habis buat hal sepanjang persidangan Dun diadakan, malah lebih teruk, masuk hari ketiga ia berlangsung mereka sanggup mengeluarkan kata-kata penghinaan dan caci maki kepada pemimpin Barisan Nasional. Salah seorang daripada mereka iaitu Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming telah membuat sesi perbahasan Bajet 2012 menjadi panas dan kecoh sehingga menyebabkan berlakunya pertengkaran kerana pemimpin DAP itu telah menyifatkan Timbalan Yang Dipertua, Datuk Hee Yit Foong sebagai “pelacur politik” dan “katak”. Memang jelas, tindakan Nga ini sangat kurang ajar kerana dia langsung tidak menghormati persidangan yang sedang berlansung malah dengan bongkaknya telah menghina timbalan speaker. Baca seterusnya, klik.... di sini...
3. NGA DIHALAU KELUAR DEWAN......
“Disebabkan Mulut, Badan Binasa” Pepatah itu yang sesuai digambarkan kepada pemimpin bongkak DAP, Nga Kor Ming ekorang kelancangan mulutnya yang mengeluarkan perkataan ‘Pelacur Politik’ dan ‘Katak’ ketika persidangan Dun sedang berlangsung.
Malah, walaupun persidangan telah ditangguhkan selama lima minit bagi mengembalikan suasana tenang di dalam dewan langsung tidak dipedulikan oleh Nga dimana dia dengan angkuhnya meneruskan perbahasan atau dengan kata lain masih mempertahankan perkataan yang telah dikeluarkan.
Bertambah teruk, Nga telah mempamerkan sifat sebenarnya kerana masih berdegil dan enggan menarik balik kenyataannya walaupun diberi peluang sebanyak tiga kali oleh Timbalan Yang Dipertua DUN. Baca seterusnya.... Klik.... di sini...
4. PR SALAH GUNA KUASA SEAWAL BULAN PERTAMA BERKUASA....
Tembelang Pakatan Rakyat yang menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) korup dan mengamalkan kronisme akhirnya memakan diri sendiri apabila pemimpin mereka juga telah menyalahgunakan kuasa iaitu seawal bulan pertama berkuasa dengan melantik syarikat Ethan & Elton Sdn Bhd, yang mana salah seorang ahli lembaga pengarahnya adalah isteri kepada Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming.
Ibarat kata pepatah `dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’, pelantikan syarikat itu sebagai pembekal dan tukang jahit khusus pakaian long suit untuk Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Ngeh Koo Ham dan Kor Ming meskipun pembekal dengan sebut harga terendah telah pun dilantik sebelum itu. Baca seterusnya... Klik.... di sini...
No comments:
Post a Comment