Kerajaan sepatutnya melakukan segera pembayaran bernilai RM19.9 bilion kepada Tabung Haji dari pindahan hartanah dan ekuiti milik institusi itu kepada sebuah syarikat bertujuan khas (SPV), Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) jika benar-benar ikhlas mahu memulihkan kewangan Tabung Haji.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pilihan kedua pula adalah jika pembayaran pada masa sekarang itu tidak mampu dibuat, kerajaan harus menyerahkan semula aset-aset berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh Lembaga Pengarah Tabung Haji.
Beliau mempersoalkan, jika SPV diberi tempoh sehingga tujuh tahun untuk memulihkan aset-aset Tabung Haji, mengapa tidak peluang dan tempoh sama diberikan kepada pihak Tabung Haji untuk berbuat demikian.
“(Tetapi) masalahnya, Tabung Haji tidak dapat apa-apa bayaran satu sen pun dari pindahan atau penjualan hartanah ini. Sepatutnya sudah dijual RM19.9 bilion, bayarlah segera RM19.9 bilion itu.
“Dalam rekod Tabung Haji, saya difahamkan harta itu sudah tidak ada lagi dalam akaun Tabung Haji. Sudah jual, bayaran tidak pula diterima, jualan apakah ini? Seolah-olah SPV berhutang kepada Tabung Haji.
“SPV hendak bayar dalam tempoh tujuh tahun secara berperingkat kepada Tabung Haji. Apa jaminannya? Cuma menyatakan akan bayar dalam bentuk sukuk untuk mendapatkan kewangan membiayai transaksi dengan Tabung Haji itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
“SPV hendak bayar dalam tempoh tujuh tahun secara berperingkat kepada Tabung Haji. Apa jaminannya? Cuma menyatakan akan bayar dalam bentuk sukuk untuk mendapatkan kewangan membiayai transaksi dengan Tabung Haji itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Zukri Samat dalam sidang akhbar Penstrukturan dan Pemulihan Tabung Haji pada Disember tahun lalu berkata, aset yang dipindahkan ke SPV tersebut merangkumi hartanah dan ekuiti bertujuan menstabilkan imbangan tunai dan mempercepatkan pemulihan kewangan kumpulan.
Menurut Zukri, proses pindahan aset itu bukan transaksi wang tunai dan tidak ada jaminan kerajaan ke atas sukuk yang dikeluarkan oleh SPV.
Sukuk berkenaan juga tidak boleh diniagakan serta dilanggan sepenuhnya oleh Tabung Haji. Tabung Haji akan menyim¬pan sukuk itu sehingga SPV memilih untuk menebus dengan wang tunai apabila ia berjaya merekodkan keuntungan daripada aset yang tidak menguntungkan.
Tajuddin seterusnya mengingatkan tujuh tahun adalah tempoh yang begitu lama, sekali gus bermakna Tabung Haji mengambil risiko yang begitu tinggi sama ada SPV boleh memulihkan semula aset Tabung Haji.
“Sama ada boleh mendapatkan balik pembayaran itu atau kehilangan hartanah dan ekuitinya. Kalau ini berlaku apa kesannya? Bukankah suatu institusi dana kewangan orang Islam dengan para pendeposit Tabung Haji hampir 10 juta ini akan terjejas?,” kata beliau.
Sepatutnya, kata Tajuddin, kerajaan perlu memberi jaminan pembayaran sebanyak RM19.9 bilion kepada Tabung Haji mesti dibuat sekarang.
“Dalam tempoh tujuh tahun ini apa sahaja boleh berlaku. Kerajaan pada masa itu mungkin bukan lagi kerajaan Pakatan Harapan dan Menteri Kewangan barangkali tidak lagi Lim Guan Eng,” katanya.
Malah, kata Tajuddin, kisah pengambilalihan hartanah dan ekuiti Tabung Haji tidak `habis di situ’ apabila ada pihak mempersoalkan terdapat sebuah syarikat lain pula yang bertanggungjawab menguruskan SPV berkenaan iaitu Prokhas Sdn. Bhd.
Kata Tajuddin:
“Prokhas ini satu lagi syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan). Mengapa SPV tidak boleh uruskan hartanah Tabung Haji ini? Adakah tidak berkemampuan dengan lembaga pengarah pun baru dibentuk? Prokhas ini pula diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) bukan Islam (Chen Yin Heng).
“Walaupun Lembaga Pengarah UJSB terdiri daripada orang Islam tetapi CEO memainkan peranan penting. CEO melaporkan kepada siapa?”
No comments:
Post a Comment