Thursday, 26 May 2016

(VIDEO) : 'DEKLARASI MAHATHIR' PALSUKAN JUTAAN TANDATANGAN RAKYAT



1.      Deklarasi Rakyat adakah deklarasi Mahathir kerana diakui secara langsung mahupun tidak langsung oleh banyak pihak termasuk Dato Ambiga dalam Debat Perdana (16 Mei 2016) di K.Lumpur yang menyatakan dia sendiri diberi hanya 4 hari untuk bersetuju dengan teks deklarasi yang telah ditulis lebih awal yang diserahkan kepadanya. Jelas ia ditulis oleh Mahathir dan semua ‘terpaksa’ hanya diberi 4 hari bagi membuat pindaan minima sebelum tandatangan. Memandangkan dari aspek masa dan isi deklarasi yang disusun Mahathir maka ia layak dipanggil Deklarasi Mahathir.


2.      Deklarasi ini sendiri hilang arah kerana memberikan persepsi kepada rakyat bahawa perlu kumpul tandatangan bagi diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bagi menyingkirkan Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia. Tidakkah mereka sedar Mahathir sendiri yang telah mencabut kuasa Raja –Raja Melayu dan bukan sahaja sejuta tandatangan malah 10 juta pun tidak akan mencapai matlamat tersebut.

3.      Namun semua itu tidak dipedulikan oleh kumpulan pro Mahathir ini. Mereka mengumumkan akan kumpulkan 1 juta dan dalam pada masa yang singkat tiba – tiba diumumkan oleh anak Mahathir, Mukhriz bahawa dalam masa 2 minggu tandatangan sudah mencapai 1 juta. Beberapa hari kemudian dalam satu sidang media dibuat pula satu sidang media menyatakan sudah mencapai 1.2 juta tandatangan dan bersedia untuk ke Istana.

4.      Tentu ramai pelik kerana ketika itu kebanyakan orang politik termasuk aktivis sedang sibuk memberikan perhatian untuk Pilihanraya Negeri Sarawak dan Mahathir sendiri tidak mahu ke Sarawak kerana tidak mahu Bn kalah dalam PRN tersebut. Maka bagai mana boleh dalam masa sangat singkat begitu besar jumlah tandatangan terkumpul. Saya sudah bisikkan kenapa beberapa teman yang ghairah sangat dengan angka tersebut agar berhati – hati kerana mungkin mereka tertipu dengan pasukan Mahathir.

5.      Akhirnya beberapa hari lepas muncul beberapa teman muda yang ada antaranya saya pernah kenal walaupun tidak rapat sebelum ini. Mereka menceritakan bagaimana mereka terlibat dalam membekalkan sejuta ‘data base’ dalam tujuan memalsukan tandatangan rakyat Malaysia dalam memorandum Deklarasi Mahathir itu. Mereka dijanjikan sejumlah wang untuk berbuat demikian namun setelah melengkapkan kerja mereka tidak dibayar seperti dijanjikan. Namun setelah beberapa hari meneliti beberapa perkembangan termasuk surat panjang Anwar maka mereka dengan kesedaran bertemu saya dan mahu muncul menyatakan kebenaran.

6.      Saya meminta mereka membuktikan mereka serius dengan mencetak semua bukti dan membuat akuan bersumpah. Mereka lalukan semalam dan hari ini mereka hadir dalam sidang media. Tahniah saya ucapkan kepada mereka.

7.      Apa yang berlaku cukup memalukan saya bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh pasukan Mahathir. Saya yakin watak seperti Dato’ Ambiga, Hj. Mohammad Sabu dan beberapa nama lain tidak mengetahui perkara ini tetapi telah tertipu. Itulah yang saya jelaskan dari awal Mahathir dan kartelnya tidak pernah berubah. Mereka ini ialah penganut politik 'Machiavelli' yang tegar dan akan melakukan apa juga demi matlamat mereka.

8.      Belum apa pun lagi rakyat ditipu, tandatangan dipalsukan malah mereka sanggup ke Istana dengan tandatangan palsu dan bukan pelik kerana menghina Istana ini bukanlah sekali dilakukan oleh Mahathir. Nasihat saya pada semua nama besar aktivis dan pembangkang. Jauhi diri dari Mahathir dan kartelnya mereka ini akan memusnahkan.

cheGuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

BERIKUT DIPAPARKAN VIDEO PENGAKUAN BERSUMPAH OLEH AZHARUDDIN BIN OTHMAN @ ABDULLAH, seorang pengaturcaraan komputer bebas secara sambilan dengan nombor kad pengenalan 861022-46-5285, berhubung penipuan/pemalsuan tandatangan untuk Deklarasi Mahathir.

Beliau mengaku akan dibayar RM 5 ribu oleh Ratu Naga untuk Database pilihanraya. Tetapi hanya dibayar RM 1 ribu."


1 comment:

Unknown said...

PETALING JAYA: ‘Ratu Naga’ menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah berhubung dengan pengaturcara komputer separuh masa Azharuddin Othman @ Abdullah, apatah lagi membeli pengkalan data 900,000 nama dan kad pengenalan untuk Deklarasi Rakyat daripadanya.

“Dengan nama Allah saya tak kenal dia langsung. Ini fitnah. Tapi saya tergamam sebab dia boleh bersumpah kenal saya,” kata Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah ketika dihubungi FMT.

Beliau juga berkata tidak pernah memiliki sebarang perkaitan dengan inisiatif Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

“Saya mana ada kaitan dengan Deklarasi (Rakyat). Salam dengan Tun pun tak pernah,” katanya lagi.

Ditemani Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, seorang individu bernama Azharuddin Othman @ Abdullah hari ini tampil dengan akuan berkanun mendakwa didatangi ‘Ratu Naga’ yang ingin membeli pangkalan data 900,000 nama pada harga RM5,000.

“Pada 27 April 2016, saya dihubungi oleh Ratu Naga untuk membeli pangkalan data warganegara Malaysia dengan tujuan mengumpul 1.2 juta tandatangan untuk Deklarasi Rakyat, yang disokong oleh Tun Mahathir (Mohamad),” katanya dan mendakwa hanya menerima RM1,000 dan bukannya seperti yang dijanjikan.

Azharuddin mendakwa memiliki data tersebut memandangkan kerjanya sebagai pengaturcara komputer separuh masa dengan parti-parti politik bagi tujuan pilihan raya.

Sebelum ini, Ratu Naga menerusi akaun Facebooknya meluahkan kemarahannya dan berkata tidak akan berdiam diri dengan dakwaan tersebut.

“Saya akan buat PC (sidang media) jawab balik. Saya akan diam? No (tidak), biar saya pula lawan,” katanya.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/05/26/demi-allah-saya-tak-kenal-dia-ratu-naga/

Reply

Buat malu org IT tau mangkok ni...jgn bebal sgt blh tak dek?

Reply

Memang bebal. Dah takda kerja, cari kerja memfitnah orang.
Otak udang.