Laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup sepenuhnya kepada kenderaan akibat tanah runtuh yang berlaku di Kilometer 52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi di sini.
Kejadian tersebut yang menyebabkan laluan berkenaan dipenuhi dengan lumpur dan sampah sarap mengakibatkan keadaan kesesakan luar biasa di laluan berkenaan.
Makluman tanah runtuh di KM 52.4 wb (Lentang – Bkt Tinggi) kesemua laluan terhalang trafik sesak kedua arah telah disiarkan di Twitter Lembaga Lebohraya Malaysia (LLM).
Laluan alternatif dari Kuantan keluar ke Persimpangan Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke Persimpangan Genting Sempah.
Hebahan telah dibuat di media sosial LLM dan makluman kepada radio.7.08pm KL-KARAK : Laluan alternatif dari Kuantan keluar ke P’simpangn Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke P’simpangn Genting Sempah
7.04pmKL-KARAK : Tanah runtuh KM52.4 (Lentang-Bkt Tinggi). Kesemua laluan terhalang, trafik sesak kedua arah. Patuhi arahan pegawai bertugas
7.00pm KL-KARAK : Maklumat awal tanah runtuh di KM 52.4 (Lentang – Bkt Tinggi). Kesemua laluan terhalang, trafik terhenti.
Jln masih tak blh d lalui. dan jentolak MTD mngha tmpat kejadian.
Makluman pada 11/11/15 @ 1845 hrs di km 52.5 lebuhraya KL ke Karak (kedua-dua hala) satu kejadian tanah runtuh telah berlaku menyebabkan kedua-dua arah jalan ditutup untuk semua kenderaan dan tidak melibatkan harta benda dan nyawa.
Jam 2000hrs jentera Jentolak MTD telah datang untuk pembersihan kawasan tersebut. Segala perkembangan akan di maklumkan.
UPDATE :
KERETA TERTIMBUS BAWAH RUNTUHAN ???
UPDATE :
KERETA TERTIMBUS BAWAH RUNTUHAN ???
Laluan kedua-dua arah di Lebuhraya Karak terhalang dan sesak teruk akibat kejadian tanah runtuh.
“Ia berlaku di KM52.2 di Bukit Tinggi. Ia banjir lumpur. Jadi laluan di kedua-dua arah terhalang akibat tanah runtuh,” kata juruhebah trafik Kumpulan Radio Star, Priscilla Patrick.
Buat masa ini, trafik menghala ke Kuala Lumpur terhalang sepanjang 3km dengan kesesakan sepanjang 1km menuju ke Bentong.
“Saya baru sahaja bercakap dengan pegawai. Terdapat beberapa kereta yang tertimbus dalam insiden itu, jadi keadaan nampak teruk. Ia tidak akan dibersihkan sehingga tengah malam, saya fikir ia akan berterusan sehingga pagi,” katanya.
Sebagai laluan alternatif, pengguna jalan raya boleh keluar di Bukit Tinggi atau Bentong atau menggunakan jalan utama untuk mengelak kesesakan.
No comments:
Post a Comment