Assalamualaikum Datuk Seri,
1. Sejujurnya saya tidaklah mengenali secara rapat Datuk Seri kerana saya cumalah rakyat biasa dan anak muda yang mengenali Datuk Seri hari ini sebagai Perdana Menteri.
2. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya serius untuk mengenali seseorang yang bernama NAJIB TUN RAZAK. Maka saya mulakan pembacaan saya mengenai diri Datuk Seri.
3. Karier politik Datuk Seri bermula sebagai Ahli Parlimen di usia yang sangat muda pastinya satu pengalaman yang sangat manis dan tidak semua orang boleh merasa pengalaman seperti yang Datuk Seri alami.
4. Saya sedar Datuk Seri mewarisi kepimpinan daripada Ayahanda Datuk Seri iaitu Tun Abdul Razak di usia muda bukanlah satu perkara yang difikirkan oleh Datuk Seri ketika itu. Namun takdir yang Esa menentukan Datuk Seri harus bermula pada usia sangat muda ketika itu, walau menghadapi cabaran ,tentangan,iri hati dan dengki Datuk Seri berjaya mempertahankan kerusi parlimen warisan Ayahanda Datuk Seri.
5. Di usia muda itu juga Datuk Seri memimpin beberapa kementerian kerajaan termasuklah kerajaan sebuah negeri dan Datuk Seri terdedah dengan pelbagai cabaran yang memerlukan kesabaran ketekuhan dan iltizam tinggi untuk melepasinya. Saya percaya Datuk Seri hari ini sudah matang dengan dugaan sebegini,maka tidak hairan walau saban hari Datuk Seri diserang bertubi-tubi ,difitnah kiri kanan,atas bawah,luar dan dalam Datuk Seri terus mampu tersenyum dan bersabar . Benarlah kata-kata Sabar itu ada manisnya.
6. Saya juga mengambil peluang untuk menyatakan terima kasih saya kepada Datuk Seri atas pengorbanan yang Datuk Seri lakukan, bagi saya bukan mudah untuk cabaran sebegini mampu dihadapi oleh orang lain.
7. Tatkala Datuk Seri dituduh sebagai rakan kepada yahudi ,malahan di hambur pelbagai fitnah namun kerana perwatakan Datuk Seri yang penyabar, Datuk Seri terus melangkah untuk agenda membela rakyat, Datuk Seri menjawab fitnah tersebut dengan mengkritik dan menelanjangkan agenda yahudi di mata dunia!
8. Datuk Seri sedar bahawa rakyat adalah golongan yang perlu dibela, Datuk Seri memikirkan perkara asas seperti kuasa elektrik perlu diuruskan dengan baik, maka 1MDB ditubuhkan untuk membeli stesen-stesen janakuasa ini kerana risiko dan permasalahan masa panjang akan dihadapi oleh rakyat jika stesen-stesen janakuasa ini terus di kuasai syarikat-syarikat kroni.
9. Bila Datuk Seri memikirkan membela golongan marhaen, Datuk Seri memberi BR1M terus kepada golongan yang memerlukan dengan agenda membantu golongan yang benar-benar memerlukan.
10. Bilamana Datuk Seri dikecam hebat dan di fitnah bahawa Datuk Seri adalah punca utama mata wang jatuh, mereka lupa bahawa senario ini bukanlah senario yang hanya berlaku di Malaysia ianya adalah global senario ! Mereka lupa bahawa Kerajaan Datuk Seri berusaha bersungguh-sungguh mengawal nilai mata wang kita dari terus merundum, nyata Datuk Seri berjaya kita bukanlah negara paling teruk.
11. Agak mengejutkan apabila kesilapan perjanjian berat sebelah yang bukan keputusan di bawah pemerintahan Datuk Seri seperti masalah perjanjian konsesi tol yang berpanjangan juga Datuk Seri dipersalahkan. Bila Tol naik Datuk Seri dipersalahkan sedangkan ianya bukan hasil kerja kerajaan pimpinan Datuk Seri, Datuk Seri telah menunjukkan keisitmewaan apabila kerajaan pimpinan Datuk Seri membina lebuhraya PAN BORNEO tanpa Tol!
12. Bila Sabah terus diancam keselamatannya Datuk Seri menubuhkan ESSCOM untuk menjaga kedaulatan negeri Sabah, namun Datuk Seri di fitnah pula sengaja berkomplot dengan penganas Sulu sebelum PRU 13! Besar sungguh dugaan Datuk Seri hadapi.
13. Bila Datuk Seri mengatakan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan , mereka lupa apa Datuk Seri lakukan membantu rakyat bersifat langsung seperti BR1M, KR1M,TR1M Klinik 1malaysia dan pelbagai lagi jasa Datuk Seri taburkan untuk kesejahteraan Rakyat dengan jenama 1 Malaysia.
14. Semasa Datuk Seri bermula sebagai perdana menteri Datuk Seri memperkenalkan Pelan Trasnformasi Kerajaan (GTP), KPI diperkenalkan bagi mengukur pencapaian pegawai dan juga agensi-agensi kerajaan.
15. Datuk Seri juga terus membuktikan karisma Datuk Seri dengan mencatatkan GDP 230.8 billion USD pada tahun 2009 kini 6 tahun Datuk Seri memimpin GDP meningkat sebanyak 525.7 bil USD !
16. Harapan saya adalah agar Datuk Seri terus tabah dan cekal menempuh cabaran dan dugaan yang melanda ke atas diri Datuk Seri sesungguhnya kebenaran itu akan muncul juga dan fitnah itu akan tewas akhirnya.
17. Sabar dan cekal Datuk Seri, tidak semua rakyat Malaysia adalah golongan buta hati dan percaya kepada fitnah fitnah yang dilemparkan. Sesungguhnya benar di akhir zaman akan ada pemimpin yang zalim dan kami berdiri teguh menyokong pemimpin yang dihujani fitnah kerana pemimpin itu berjuang di jalan yang Benar.
Syed Hamizan Roslan
No comments:
Post a Comment