Wednesday 28 October 2015

ENGGAN KAHWIN MUTA'AH : USTAS ABDULLAH DARI KEDAH DI MAKI WANITA SYIAH


Sememangnya diakui bahawa sudah ramai umat Islam yang terpengaruh dan memeluk "agama" Syiah di negara kita walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengisytharkan fahaman tersebut sebagai sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.

Biarpun beberapa negeri turut menfatwakan Syiah sebagai ajaran songsang dan menggubal akta mencegah fahaman tersebut, agak payah untuk para penganut "agama" tersebut untuk diheret ke mahkamah Syari'ah ekoran mereka dibolehkan "bertaqiyah", atau berbohong untuk menyembunyikan aqidah mereka.

Jika ada yang mengaku Syi'ah sekalipun, mereka dijangka akan berhujah dengan mengemukakan dalil-dalil dari "hadis" yang direka-reka dan ayat "Al-Quran" Syi'ah yang telah ditokok tambah.

Dalam pada itu, maka ramai pihak telah mengambil tanggungjawab untuk mencegah fahaman tersebut dengan mendedahkan pelbagai kesesatan dan cara hidup songsang yang diamalkan oleh penganut Syi'ah.

Salah seorangnya ialah seorang aktivis Anti-Syi'ah di Kedah, Ustaz Abdullah Din yang menerima pelbagai kecaman dan ugutan di sepanjang perjuangan beliau mendedahkan kesesatan Syiah di Kedah dan seluruh negara umumnya.

Dalam satu rakaman audio yang beliau kirimkan kepada Kedahnews.com, seorang wanita yang difahamkan sebagai berfahaman Syi'ah tanpa rasa malu menunjukkan sikap "gatal" apabila mengajak Ustaz Abdullah bernikah secara mut'aah.

Setelah ditolak dengan baik oleh Ustaz Abdullah, wanita Syiah yang mungkin tidak berpuas hati itu terus menyerang beliau dengan sumpah seranah serta mengugut untuk membuat laporan polis dan menakut-nakutkannya dengan "bicara di mahkamah".

Difahamkan bahawa sebelum audio itu dirakam, wanita itu telah hadir ke salah satu ceramah Ustaz Abdullah yang berbicara tentang kesesatan Syi'ah sebelum menghantar sistem pesanan ringkas (sms) menuduh beliau memfitnah Syi'ah.

Susulan itu, Ustaz Abdullah rasa bertanggungjawab untuk menghubungi wanita berkenaan untuk mendapat perjelasan tentang tuduhan tersebut dan meminta untuk diadakan satu perjumpaan bagi menyelesaikan pertikaian itu.

Bersama rakan-rakannya di dalam Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Asatizah Kebangsaan (PASAK) seperti Ustaz Khalil Munawwar dan lain-lain, Ustaz Abdullah Din terus beristiqamah membongkar kesesatan Syi'ah di seluruh negara. -Kedahnews.com

No comments: