Siapakah yang memberikan skrip kepada TV3 untuk terus menyemarakkan permusuhan dan menonjolkan pelbagai masalah?
Siapakah yang beria-ia kelihatan mahu 'membunuh' Tun Dr. Mahathir dan pada masa yang sama, turut 'membunuh' Najib Abdul Razak?
Bermula dengan serangan ke atas Tun Daim yang kemudian mengundang kritikan dan 'pendedahan' lebih besar melibatkan The Edge dan Sarawak Report, kemudian menjangkit kepada Tun Dr. Mahathir dan terbaru adalah Proton serta perbalahan melibatkan Tengku Mahkota Johor dan Menteri Pelancongan, Nazri Aziz.
Menariknya, TV3 di tangan ORANG INI, hanya bertindak sebagai batu api, mencetuskan api dan kemudian beralih ke isu lain tanpa menjawab atau menyelesaikan isu yang mereka timbulkan atau cetuskan.
Penggunaan individu-individu sampah seperti Zamil KITA, Chegu Bad dan beberapa orang bekas PKR dalam isu-isu yang ditimbulkan, ternyata merupakan usaha untuk memalukan Perdana Menteri dan Presiden UMNO sendiri.
Melihat dan menonton taktik yang dipersembahkan oleh TV3 sekarang ini, menimbulkan rasa jengkel dan meluat yang teramat sangat. Berbeza benar TV3 pada zaman Reformasi yang lebih aktif menaikkan imej Perdana Menteri yang jatuh tersepuk pada waktu itu berbanding TV3 sekarang yang cuba membunuh Perdana Menteri dengan taktik psywar mereka yang sudah terlalu jauh ketinggalan.
Barangkali kesilapan terbesar ialah meletakkan pengurusan TV3 kepada ORANG INI dan pada masa yang sama, anaknya pula bertindak sebagai PEGUAM yang menentang segala dasar kerajaan termasuklah dasar Islam di negara ini.
Mungkin juga ORANG INI seronok kerana apabila nama TV3 disebut, orang lain yang dikaitkan, bukan dirinya, maka diteruskan taktik yang serba merapu dan mengarut itu. Barangkali kalau didedahkan siapa DIA dan DALANG di belakangnya, sekaligus menepis kaitan orang lain dengan TV3, baru taktik seburuk itu dapat dihentikan, kut?
Walau apa pun teorinya, apa yang dilakukan oleh TV3 beberapa minggu kebelakangan ini sebenarnya lebih banyak mendatangkan kerosakan kepada Perdana Menteri dengan menyemarakkan kebencian sekaligus cuba mewujudkan lebih ramai musuh Kerajaan dan Perdana Menteri berbanding menerangkan perkara sebenarnya. SUMBER
UPDATE :
No comments:
Post a Comment