Wednesday 5 March 2014

( VIDEO ) - PEMIMPIN SYIAH IRAN UGUT MALAYSIA ???


Ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.

Kenyataan keras itu telah disebut oleh Yusuf al-Qardawi dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen al-Jazeera dalam rancangan 'Syari'ah dan Kehidupan' pada tahun lalu.


Beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan rakyat bermazhab Ahli Sunnah Al Jamaah di Syria dan beberapa negara Teluk Arab yang lain.

Susulan ketegasan pihak kerajaan dalam menangani kegiatan dan penyebaran Syiah di Malaysia,kini telah ada ura-ura bahawa negara Iran selaku pusat pemerintahan Syiah terbesar cuba memboikot dan menyekat kegiatan ekonomi dua hala antara Tehran-Kuala Lumpur.

Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-Iran (Mifa), Azizi Ahmad dalam satu kenyataannya berkata, Iran sebuah negara yang sangat taksub kepada ulama mereka, maka sebarang panggilan boikot diarahkan ulama maka ianya memberikan kesan buruk terhadap Malaysia.

"Jika ulama mereka kata berhenti berurusan dengan Malaysia, susahlah kita nanti,"ujar beliau selepas ura-ura Malaysia akan di boikot bertiup kencang..

Sementara itu,pihak-pihak yang dilihat kurang senang dengan tindakan kerajaan memerangi Syiah di Malaysia mula jadikannya ia modal politik jahat mereka.Seorang pemimpin PAS yang baru baru ini dipalit dengan isu fitnah telah mendakwa kononnya pemimpin tertinggi negara menelefonnya semata-mata untuk meminta pertolongannya untuk memulihkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Iran.

"Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Pengerusi Biro Antarabangsa PAS.Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok berkata,kempen anti-Syiah di Malaysia telah memakan diri kerajaan Malaysia.

Hubungan Malaysia dengan Iran dan beberapa negara beraliran Syiah, termasuk Iraq, tegang ekoran ketegasan kerajaan Malaysia dalam memerangi kegiatan Syiah.Tindakan yang dilakukan dilihat langkah yang tepat kerana jika kerajaan Malaysia mengiktiraf Syiah,dikhuatiri semakin ramai akidah anak anak muda terpesong dan perpecahan ummah masyarakat Islam akan terjadi di Malaysia seperti mana terjadi di negara Teluk Arab yang lain.

Tindakan kerajaan Malaysia menetang Syiah dilihat sejajar dengan pendapat ulama terkenal seluruh dunia di mana mazhab itu secara dasarnya memang sesat dan terkeluar daripada ajaran Islam.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, terdapat beberapa perkara pokok yang menunjukkan fahaman Syiah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar antaranya ia tidak pernah mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah.

Berbanding golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (sunni) beliau berkata, mereka mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah termasuk Saidina Ali Abi Talib yang bersama-sama berjuang menegakkan agama Allah di bumi ini.

“Puak Syiah hanya menghormati dan mengiktiraf Saidina Ali dan keturunannya manakala sahabat-sahabat besar yang lain langsung tidak diiktiraf.“Malah, ada di kalangan puak-puak pelampau di dalam Syiah menganggap Saidina Ali adalah mulia sehingga ke peringkat lebih mulia daripada Rasulullah sendiri,” katanya lagi  -  UtaraNews.

No comments: