Monday 17 March 2014

#MH370 - KEHILANGAN PESAWAT MH370 ADA KAITAN SERANGAN 9 SEPTEMBER DI INDIA .... ???


WASHINGTON - Bekas Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Strobe Talbott mendakwa kehilangan pesawat MH370 yang disyaki angkara pengganas mungkin akan untuk melakukan serangan menyerupai 9 September di India.

Berikut adalah dakwaannya menerusi Twitter, semalam:

‘Misteri pesawat Malaysia: Faktor arah, kapasiti minyak menjurus kepada rampasan pesawat, perampas mungkin merancang melakukan serangan menyerupai 9 September di India’.

Beliau berkata, pesawat itu mungkin terhempas seperti rampasan pesawat UA 93 pada 2001.

Terdahulu, beliau menjelaskan menerusi tweet bahawa terdapat spekulasi pesawat itu mungkin terhempas dalam perjalanan ke India seperti berlaku pada pesawat UA93.

Pesawat UA93 dirampas di Pennsylvania dengan kesemua 44 anak kapal dibunuh dan dua hari kemudian dua lagi pesawat dirampas sebelum melanggar Pusat Dagangan Dunia. - Times of India


Itu dakwaan beliau.... kita masih tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku terhadap MH370 sehinggalah kesahihannya terbukti.... 

No comments: