Thursday, 27 March 2014

LELAKI DIKEJARKAN KE HUS 'ANU' DIKHATAN RAKAN SENDIRI !!!


KUCHING : Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke Hos­pital Umum Sarawak (HUS) akibat pendarahan pada alat kelaminnya selepas dikatakan disunat oleh rakannya pagi semalam.

Menurut sumber, mangsa berusia 22 tahun dan berasal dari Lubok Antu itu ting­gal bersama beberapa orang rakannya di rumah pekerja di sebuah tapak pembinaan di Bandar Baru Batu Kawa (MJC), di sini.

Insiden tersebut dikatakan berlaku sekitar lewat malam kelmarin di mana alat kela­minnya mangsa telah disunat oleh rakannya dipercayai atas kemahuan mangsa.

Bagaimanapun, berlaku pendarahan yang keterlaluan menyebabkan rakan mangsa terpaksa menghubungi pihak ambulans untuk bantuan.

Mangsa kemudian dike­jarkan ke HUS oleh ang­gota peramedik dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Utusan Borneo 26 Mac 2014

No comments: