KUALA LUMPUR 26 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, imej satelit terbaharu dari Airbus itu berjaya mengesan 122 objek di selatan Lautan Hindi dan memberikan satu lagi petunjuk baharu bagi mengesan MH370.
Beliau turut menjelaskan, sebahagian objek satelit Airbus UK berukuran 33 meter panjang dan kelihatan bersinar, kemungkinan ia bahan keras di kedudukan 2,557 kilometer dari Perth.
Hishammuddin berkata demikian pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment