Hari ini, Mahkamah Tinggi telah menetapkan 27 Januari tahun hadapan iaitu tahun 2014 sebagai hari mendengar keterangan dari Ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu saman ke atas seorang blogger pro-kerajaan.
Kes saman itu melibatkan isu Anwar dalam skandal seksnya yang didedahkan untuk tatapan umum.
Seperti biasa, bila timbulnya sesuatu perkara yang menjejaskan nama dan imej Anwar, tindakan pantas dan mudah diambil oleh beliau adalah saman.
Tempoh masa sehingga Januari tahun hadapan memberi peluang besar buat Anwar untuk merangka setiap cara melawan kes itu.
Boleh dikatakan, Anwar sememangnya cukup masa untuk mencipta pelbagai alasan yang memperlihatkan dirinya tidak bersalah dan difitnah oleh pihak UMNO dan Barisan Nasional sehingga hari pendengaran kes saman tersebut.
Alasan yang sama mungkin Anwar akan khabarkan satu dunia adalah dirinya difitnah dan itu adalah konspirasi UMNO.
Samalah dengan kes video seksnya dengan seorang pelacur China. Pendedahan video itu menjadi hangat apabila buat kali pertama ditayangkan kepada 13 orang wartawan di Hotel Carcosa Sri Negara, Kuala Lumpur pada tahun 2011.
Anwar dengan angkuh menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya.
Walhal, ia sudah dibuktikan dengan terperinci. Video itu yang kemudian dihantar ke makmal forensik di Amerika Syarikat. Dalam kajian yang dilakukan oleh dua profesor Hany Farid dan Lorenzo Torresani dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire dari aspek ‘facial recognition analysis’ dapati video tersebut 99.99 peratus tulen.
Malah, kehilangan jam Omega milik Anwar juga mendapat perhatian ramai pihak. Apabila ditanya, Anwar mudah untuk melenting!
Apa yang pelik adalah tidak seperti sebelum ini, pembangkang tidak pula mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut bagi membersihkan imej bos mereka.
Idea Suruhanjaya Diraja yang dicadangkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.
Yang ada setakat ini cuma penafian demi penafian yang kosong saja. Anwar gagal membuktikan di mana beliau berada ketika video tersebut dirakam pada malam 21 Febuari 2011.
Beliau mula-mula mengatakan di rumah bersama keluarga, kononnya twitter jadi ‘alibi’ namun kemudian dibuktikan sebaliknya.
Anwar terus boleh buat muka toya setelah mendapat pembelaan politik termasuk dari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dalam Muktamar PAS mengatakan, parti tersebut menolak pembuktikan video kerana ‘video besi’.
Inilah cara dan gaya yang selalu dimainkan oleh Anwar bagi menampakkan dirinya tidak bersalah.
Seterusnya, berusaha dengan gigih untuk menarik perhatian rakyat supaya terus menyokong dirinya dalam arena politik Malaysia.
Tunggu sahajalah tindakan yang boleh diramal oleh Anwar ini. SUMBER
No comments:
Post a Comment