Sunday, 5 May 2013

#PRU13 : AKU SETUJU....BN MENANG 153 KERUSI PARLIMEN.... ANWAR AKAN TUMBANG DI KUBU KUATNYA SENDIRI...!!!


SEMOGA SEMUA CALON PARLIMEN DAN ADUN BN AKAN MERAIH KEMENANGAN....

Macam-macam perang psikologi yang mereka lancarkan. Ada yang kata mereka akan menang 215 kerusi, kemudian jadi pula 115 kerusi. Hari ini pula Stopa Spender Ali umum mereka menang 7 negeri dan 117 kerusi parlimen. Anwar pula bagi amaran kepada kakitangan kerajaan jangan musnahkan dokumen. 

Itu semua propaganda....

Mustafa Ali nak bercakap banyak apanya, video dia pun dia tak berani jawab dan buat repot polis.

Cakap Anwar langsung dah tak boleh pakai. Kata tak meliwat, tapi sumpah tak mau. Saiful dah 2 kali bersumpah. Anwar kata nak jadi PM malam esok , tak berani-berani nak bersumpah lagi ke ? 

Sepanjang tempoh kempen ini saya tak pernah tulis di blog ini berapa kerusi BN akan menang dan sebagainya. Hari ini saya ada maklumat dari sumber-sumber yang kuat dan saya nak kongsi dengan anda.

Kita (BN) tak akan kalah....

Kita akan menang 153 kerusi parlimen...

Kita akan rampas balik Selangor , Kedah dan besar kemungkinan Kelantan....

Pulau Pinang kita lupakan. Kalau ada rezeki dapatlah....

Permatang Pauh Anwar akan kalah dan di Gelang Patah kita kalah....

Daripada 222 kerusi parlimen, kita menang 153 dan pembangkang  69 kerusi. Dan dari 69 kerusi yang mereka menangi itu ianya akan didominasi oleh DAP. 

Kita akan hilang beberapa kerusi parlimen yang majoritinya pengundi cina di Johor. 

Di mana pengundi cina majoriti kita akan kalah kerana mereka tidak akan beri sokongan kepada BN. 

Dua parti yang akan menang besar kali ini, UMNO dan DAP. 

MIC juga akan mencatatkan keputusan yang lebih baik dari 2008.

Mereka akan buat kacau kata pilihan raya tak betul....itu biasalah, adat orang kalah....kita layan sahajalah sepertimana kita layan kanak-kanak kalah main saidina atau dadu ular. 

Ayat pilihan raya tak betul bukan ayat baru. Bertahun-tahun dah kita dengar dan dah naik lali pun....

Kalau pilihan raya tak betul , apa ke halnya mereka masuk bertanding dan keluarkan duit berpuluh juta untuk kempen ? 

Baik tak payah masuk tanding daripada awal kalau tahu kena tipu....

Orang bodoh sahaja yang dia tahu kena tipu tapi dia masuk juga. Kalau anda tahu dalam lubang ada ular, anda nak hulur ke tangan anda ? 

Tapi dalam dok kata pilihan raya tidak betul , hari ini Mustafa Ali umum pula mereka akan menang tujuh negeri dan bentuk kerajaan pusat dengan kemenangan 117 kerusi. Pelik tak ?

Kalau mereka tahu pilihan raya tak betul dan SPR tipu patutnya mereka umumlah kita hanya akan menang 5 kerusi sahaja. Betul tak ?

Esok keluar mengundi awal-awal. Bawa kaum keluarga ,sahabat handai atau jiran-jiran untuk keluar mengundi bersama kita. Jangan sesekali kita bersorak atau kibar-kibar bendera BN tepi jalan hingga ganggu lalu lintas. Nanti elok-elok orang nak undi kita mereka menyampah pula kerana jalan sesak. Dan paling penting, jangan lupa kamera. Rakam aksi-aksi atau provokasi pihak mereka. 

Satu lagi saya nak pesan, jangan sesekali ambil gambar kertas undi dan upload dalam blog, fb atau twitter. Menyiarkan kertas undi yang kita dah pangkah adalah satu kesalahan. 

Opsssss....terlupa satu lagi. Jika kita berjaya rampas negeri-negeri yang mereka perintah sekarang, jangan sesekali kita buat macam kera dapat bunga , hingga nak pergi kepung pejabat MB atau pergi halau MB di kediaman rasmi. 

Dengar cerita mereka dah arahkan orang-orang mereka esok untuk kepung bangunan Perdana Putra (Pejabat PM) di Putrajaya jam 4 petang esok. Modus operandi mereka adalah dengan mengumumkan mereka menang jam 3 petang esok. Kemudian penyokong-penyokong mereka akan bergerak ke Putrajaya untuk kepung pejabat PM. 

Kalau anda terima berita sebelum jam 5 petang parti itu menang, parti ini kalah, jangan layan. Itu semua tidak betul. Itu semua adalah propaganda mereka.

Selamat mengundi, dan Insyallah hari Isnin Datuk Seri Najib akan angkat sumpah sebagai PM.  Kredit to :  rbfo

No comments: