Wednesday 30 January 2013

PROJEK IC DI SABAH....???


HIASAN


YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, menunjukkan sifat kenegaraannya yang tersendiri, apabila meluluskan penubuhan Suruhanjaya DiRaja mengenai Kad Pengenalan (RCI) di Sabah. Tatkala pihak pembangkang, diketuai Anwar Ibrahim dan sekutu-kutunya bertepuk sakan kononnya DS Najib tidak akan berani menubuhkan RCI Sabah, mereka tiba-tiba terkejut apabila sebaliknya berlaku.  Anwar terkejut dengan Keterbukaan, Keberanian dan Kesungguhan DS Najib ini.

Sejak 2009, DS Najib mengamalkan pendekatan Kesederhanaan (Wasatiyyah) dengan mempopularkan aktiviti turun padang bertemu rakyat, mendengar suara rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat. Sebaliknya, Anwar dan pakatan pembangkang  tidak habis-habis menimbukan huru-hara  dengan demonstrasi sedangkan perkara kecil seperti Janji Pilihanraya 2008 hendak memberi wang RM150 kepada Ibu Tunggal dan RM100 kepada pelajar-pelajar di Selangor pun tidak mampu ditunaikan sehingga hari ini!

Dr. Chandra Muzafar, mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan dalam tulisannya yang terkini minggu lalu menempelak Anwar kerana membesar-besarkan projek IC di Sabah, sedangkan ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar sangat berkuasa ke atas Sabah. Apakah yang Sabah dapat, sedangkan permintaan Kerajaan Negeri Sabah supaya Anwar meluluskan penubuhan sebuah Univerisiti untuk Sabah ditolak mentah-mentah!. Apa jawapan Anwar? Datuk Seri Pairin Kitingan berkata, Anwar tidak melayan permintaan rakyat Sabah itu malah Anwar menjawab, “ Sabah tidak memerlukan sebuah Universiti!”.

Kegiatan Mengkomersialkan Kad Pengenalan

Kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah jelas menunjukkan Tidak Wujud apa yang dikatakan Projek IC oleh JPN atau pun Kerajaan Barisan Nasional. Apa yang berlaku ialah Sindiket yang dibuat oleh individu-individu tertentu di Sabah. Mereka ini yang kebanyakannya  sudah bermastautin lama di Sabah telah “mengkomersialkan” kononnya mereka boleh mendapatkan  IC dengan cara mudah.

Sebuah keluarga, Saudara Alif (nama sebenar), menyatakan kepada kami, dia kerugian RM3,500 kerana mempercayai sindiket ini. Seorang lagi mangsa sindiket ini Puan Berami (bukan nama sebenar) mengatakan beliau sudah mengeluarkan wang hampir RM10,000.00 kepada sindiket-sindiket ini yang dikenali dengan nama “pengurus” kononnya mereka mempunyai kenalan pegawai di JPN. Malah ramai lagi yang kami jumpa menyatakan mereka tertipu dengan sindiket.

Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan sejak dahulu lagi sehingga kini dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditransformkan oleh kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional pada zaman Pak Lah, telah menangkap beratus-ratus individu di Sabah sama ada di kalangan kakitangan JPN atau pun individu-individu yang menjadi dalang sindiket IC ini.

Sangat jelas, Kerajaan Persekutuan tidak pernah berkompromi akan hal ini. Kami dapati, isu IC di Sabah ini lebih kepada Kebodohan, Kerakusan dan Ketamakan sesetengah orang yang bertujuan mendapatkan wang dengan cara mudah.

Permohonan Biasa

Lawatan kami ke JPN Sabah mendapati wujud sebuah Unit yang dikenali sebagai Unit Khas Sabah. Seorang pegawai JPN yang kami temui berkata tujuan Unit Khas ini adalah untuk memproses permohonan-permohonan IC yang bermasalah di Sabah. Contoh-contoh masalah yang dikesan ialah Pertindihan Nombor IC. Terdapat kes di mana wujud dua atau tiga orang yang menuntut satu nombor IC yang sama. Unit Khas akan menyiasat ketiga-tiga permohonan tersebut, pemohon yang sebenar boleh dikesan melalui  Pendua yang ada di JPN Putrajaya.

Malah JPN turut mewujudkan Bahagian Siasatan di mana sekiranya wujud keraguan pemohon diminta melakukansehingga ke tahap Ujian DNA untuk membuktikan mereka adalah anak kepada ibu bapa yang betul. Siasatan sangat-sangat ketat, apatah lagi JPN mempunyai Link dengan pihak PDRM dan Jabatan Imigresen yang membolehkan pihak JPN boleh mengesan jika wujudnya sebarang penipuan.

Penipuan-penipuan sebegini berlaku kerana wujudnya sindikiet-sindiket IC sepertimana yang dinyatakan di atas tadi.

Ds Najib  Sangat Transparent

Manusia yang paling takut sekarang ini ialah Anwar Ibrahim. Ketakutanya terbukti apabila Anwar menyuruh Azmin Ali supaya mereka-reka cerita kononnya akan wujud tuduhan bahawa Anwar terlibat dalam IC Sabah! Bagi kebanyakan rakyat Sabah yang kami temui, jika tidak terlibat mengapa Anwar perlu takut???

Manakala DS Najib tanpa rasa takut kononnya andaian BN akan tergugat dengan RCI ini, telah meminta supaya ahli-ahli RCI menjalankan tanggungjawab dengan berani, adil dan tidak berselindung-selindung, kata DS Najib.

Berbeza dengan Anwar, beranikah Anwar mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja mengenai kegiatan mencuri Pasir di Selangor di mana Anwar dan anaknya Nurul Izzah telah mendesak Kerajaan Negeri Selangor supaya memberikan kontrak-kontrak pasir di Selangor kepada kroni masing-masing. Pembunuhan Taukeh Pasir di Selangor, Datuk Robert di Banting amat menakutkan Anwar Ibrahim kerana jika Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan menyiasat kematian tersebut, maka akan terbongkarlah kegiatan Anwar dan anaknya Nurul Izzah dalam kes curi pasir di Selangor.

YB DSP Pairin Kitingan menyokong kesungguhan DS Najib dengan meminta semua pihak memberi peluang kepada RCI menjalankan siasatan mereka dan janganlah memberi kesimpulan awal. Begitu juga DSP Salleh Said Keruak meminta orang ramai memberi peluang kepada RCI menjalankan tugas mereka. Di samping itu, DSP Salleh mendesak supaya Anwar tidak Hikpokrit berkenaan hal IC Sabah kerana ketika itu Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan sangat-sangat berkuasa di Sabah, termasuk hal berkenaan IC.   

Sejarah Imigran Sabah Yang Berliku-Liku
Dari sudut Sejarah, negeri Sabah ataupun Borneo Utara pernah diperintah oleh Raja-Raja dari Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu, Syarikat Edward Gent Bersaudara, Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), penjajah Jepun dan akhir sekali diberikan kepada Kerajaan British selepas Perang Dunia Ke-2 (1945).

Di Pantai Timur Sabah khususnya di Tawau, Syarikat Hindia Timur Belanda pernah mentadbir daerah Tawau dengan dibantu oleh pemimpin-pemimpin tempatan dari suku Bugis dan Bajau. Sehingga ke hari ini, orang-orang Sulu (Suluk) Bajau Filiphina berulang-alik dari Sandakan ke Bandar Zambonga, atau dari pelabuhan ikan di Semporna ke pulau-pulau di Basilan dan Palawan di Selatan Filiphina.

Manakala orang-orang Banjar, Bugis dan Jawa berulang-alik setiap hari dari bandar-bandar Nunukan, Tarakan, Sg. Nyamuk di Pulau Wallace Bay ke Bandar Tawau. Ianya sama sahaja dengan pergerakan orang-orang Melayu Siam di Pattani dan Naratiwat di Thailand yang mengunjungi saudara mara mereka di Kota Bharu.

Juga berlaku sejarah tuntutan Kerajaan Filipina ke atas Sabah dan tuntutan oleh waris-waris Kesultanan Sulu yang menetap di Sabah. Namun, kejayaan DS Najib dan Kerajaan Malayhsia menjadi Orang tengah yang mengamankan pemberontakan BangsaMoro dengan Kerajaan Filipina amat-amat mengkagumkan Dunia Islam di seluruh Dunia. Sebab itulah DS Najib diberi Sambutan Besar-Besaran oleh Kerajaan Perdana Menteri Ismail Haniyeh di Gaza minggu lalu.

Malah akhbar-akhbar utama di Amerika seperti New York Time, World Politic Riview dan Haarezt telah memberikan Perhatian yang sangat besar akan Kejayaan Lawatan DS Najib di Gaza. DS Najib telah diberi jolokan Hero Baru Dunia Islam. Malangnya Anwar Ibrahim masih berbangga dengan kenyataannya ini, “..i will support all effort of Israeli…”

Hari ini, negeri Sabah dilimpahi oleh kira-kira 800,000 (Jabatan Perangkaan;2010) pekerja asing dari negara-negara Filipina, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Indonesia, Bangladesh, Nepal, Taiwan, Negara China dan Vietnam. Mereka ini bekerja di sektor perladangan, pembuatan, pertukangan, perikanan, perkebunan, pelancongan dan sebagainya. Ada di kalangan mereka sudah menetap melebihi 10 tahun, tidak ingin kembali ke negara asal mereka. Semua ini akan memberi cabaran yang lebih besar kepada kita untuk menjaga keselamatan negara kita.

Kesimpulan: Kesederhanaan DS Najib Luar Biasa

Kepimpinan DS Najib telah berjaya membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau benar-benar seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat, tidak takut dengan kebenaran lantas meminta RCI bersungguh-sungguh menjalankan siasatan.

Sejak zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang DS Najib Tun Razak telah tidak jemu-jemu menjayakan keinginan BangsaMoro untuk memerintah sendiri wilayah mereka dan akhirnya membuahkan kejayaan di bawah pentadbiran DS Najib.

Kesimpulannya, Isu IC Palsu, IC Projek atau Pengundi Hantu sebenarnya tidak pernah wujud. Ianya merupakan kegiatan individu-individu sendiri yang mencari kekayaan dengan cara mudah. Mereka ini digelar “pengurus” yang meminta suapan mencecah beribu-ribu ringgit. Kajian juga mendapati terdapat kakitangan kerajaan yang terlibat dengan individu-individu “pengurus” ini, namun ketangkasan pihak Polis dan SPRM telah berjaya menangkap beratus-ratus individu-individu ini dan kakitangan kerajaan yang terlibat.

Ianya sangat-sangat sukar diatasi melainkan kita memberi sokongan kepada kerajaan untuk berganding bahu membenteras aktiviti menjual kewarganegaraan ini. Tetapi percayalah, kerajaan DS Najib akan lebih transparent dengan sokongan kuat dari rakyat. Kita tidak perlu menipu rakyat sebagaimana kes Pengundian CEC parti DAP itu!

No comments: