Markas Tentera Laut mengeluarkan kenyataan bahawa Laksamana Madya Datuk Abd Hadi A Rashid (gambar) secara rasminya dilantik sebagai Panglima Armada iaitu jawatan ketiga tertinggi di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada esok hari ini.
Perlantikan tersebut akan dilaksanakan dalam Majlis Serah Terima Tugas Panglima Armada di Pangkalan TLDM Lumut Perak yang turut disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz juga akan mengumumkan satu rombakan besar sedang dilakukan dalam barisan kepimpinan tertinggi TLDM yang melibatkan lima portfolio utama.
Berikut adalah senarai pegawai kanan TLDM yang terlibat di dalam rombakan organisasi tertinggi TLDM:
a. Laksamana Madya Datuk Abd Hadi A Rashid menjawat jawatan Panglima Armada di Pangkalan TLDM Lumut.
b. Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mohammad Rosland Omar menjawat jawatan Panglima Wilayah Laut 2 di Pangkalan TLDM Teluk Sepangar Sabah.
c. Laksamana Pertama Abd Aziz Mohd Sani menjawat jawatan Panglima Bantuan di Pangkalan TLDM Lumut.
d. Laksamana Muda Datuk Anuwi Hassan menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Operasi dan Pertahanan di Markas ATM, Kementerian Pertahanan.
e. Laksamana Muda Datuk Abdul Ghani Othman menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Rancang dan Operasi di Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan.
Berikutan dari rombakan pemerintahan tertinggi tersebut, beberapa majlis serah terima tugas dilaksanakan berasingan di Markas Tentera Laut, Pangkalan TLDM Lumut Perak dan Pangkalan TLDM Teluk Sepangar Sabah agar majlis tersebut turut disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan dan warga formasi dan unit masing-masing.
Rombakan tersebut dilakukan berikutan persaraan beberapa orang pegawai kanan TLDM dalam masa terdekat ini iaitu Laksamana Madya Datuk Wira Jamil bin Haji Osman dan Laksamana Muda Datuk Musa bin Omar.
Dalam pada itu, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz akan turut menyempurnakan pemakaian pangkat sembilan orang pegawai kanan TLDM di Dewan Sidek Shabudin, KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut Perak. Mereka yang akan dinaikkan pangkat seperti berikut:
a. Laksamana Muda ke Laksamana Madya
- Laksamana Muda Datuk Abd Hadi A Rashid.
b. Laksamana Pertama ke Laksamana Muda
- Laksamana Pertama Datuk Pahlawan Mohammad Rosland bin Omar.
c. Kapten TLDM ke Laksamana Pertama
- Kapten Chin Yoon Chin TLDM.
- Kapten Abd Aziz Mohd Sani TLDM.
d. Komander TLDM ke Kapten TLDM
- Komander Mohd Kindil Md Akam TLDM.
- Komander Mohd Shaiful Adli Chung Abdullah TLDM.
- Komander Azhar Adam TLDM.
- Komander Suhaimi Sani TLDM.
- Komander Shamsuddin Ludin TLDM.
Kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai TLDM ini adalah sebagai tanda kepercayaan pucuk pimpinan TLDM dan penghargaan kepada warganya seiring dengan amanah dan tanggungjawab untuk mereka terus berkhidmat dengan lebih gigih, cemerlang dan berintegriti di dalam organisasi TLDM.
Sumber : Perhubungan Awam Markas Tentera Laut
No comments:
Post a Comment