Friday 27 January 2012

PAS SEMAKIN TERDESAK..... LAKUKAN PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGAN....!!!



Inilah bukti Parti Adat dan Sosial (PAS) ini semakin terdesak. Dijanjikannya tanah kepada setiap rakyat Pahang yang belum memiliki rumah.

Sebelum PAS berjanji lebih lanjut, kami cabar PAS jawab TIGA soalan di bawah ini terlebih dahulu:

1) Tanah manakah yang sesuai diberikan kepada rakyat yang belum memiliki rumah kelak?!! Tanah wakaf seperti di Madrasah Salihiah dan Penang? Atau tanah hutan simpan dan taman negara seperti di Kedah dan Kelantan?!!

2) Dan bagaimanakah PAS boleh berkuasa memberikan tanah kepada rakyat sedangkan portfolio yang diberi DAP hanyalah dalam menjaga adat istiadat orang Melayu?!!

3) Bila hendak tunaikan janji untuk laksana HUDUD seperti yang dilaungkan kepada penyokong tegar mereka selama ini?!! Janji asas perjuangan pun ditinggalkan, inikan pula keuntungan nilai komersial tanah berbilion-bilion RM. Silap-silap, sekali DAP berdehem, tercirit-cirit keluar dalil dan hukum baru bagi menutup janji yang dimungkiri!

Hanya manusia yang mempunyai kualiti mental setaraf keldai sahaja yang akan percaya janji-janji parti munafik ini!

*Di Kelantan, Husam janji hendak hapuskan hutang PTPTN. Semakin besar penipuan PAS, semakin terdesak parti ini sebenarnya - MyMassa

1 comment:

Anonymous said...

kalau agama pun Pas boleh jual apatah lagi perkara yg lain.....