Monday, 30 November 2015

RON95 PADA HARGA RM1.95/LITER MULAI 1 DISEMBER 2015


Bermula tengah malam ini, 1 Disember 2015, Harga RON95 (RM2.05/liter) turun 10 sen kepada RM1.95 seliter.
Manakala RON97 dan diesel tetap sama.
Harga diesel adalah pada RM1.90 seliter manakala RON97 adalah RM2.45 seliter.

ALFATIHAH... PELAWAK YUS JAMBU KEMBALI KE RAHMATULLAH


Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi di Hospital Selayang akibat serangan jantung.

Sunday, 29 November 2015

AWAS ! BUBBLE TEA TIDAK HADAM DI DALAM SISTEM PENCERNAAN ANDA !

Bubble tea tidak dapat dihadam, rupanya ada bahan buat tayar!

SEBENARNYA .... ini memang info yang sangat mengejutkan.  Adakah anda seorang peminat bubble tea? Tidak kisahlah jenama apa, pasti anda akan terkejut apabila membaca pendedahan yang dilakukan oleh seorang wartawan daripada stesen televisyen Shandong Television.

PELAJAR SENIOR UPNM BULI PELAJAR BARU TANPA PERIKEMANUSIAAN.. KEPALA BANA APAKAH INI ???



Apakah pihak UPNM tidak boleh bertindak tegas terhadap perkara ini ???  Bagaimana dengan PDRM ???

RAKAMAN video pelajar lelaki yang dibuli dan diperlakukan seperti binatang oleh beberapa individu menjadi viral di laman sosial.

FITNAH JAKIM - LOGO HALAL DI PRODUK MAKANAN HARAM !!!

babi-tin-halal-palsu

Perbuatan dajal edit gambar untuk menimbulkan keresahan dikalangan masyarakat Islam. Perbuatan tidak bertanggungjawab oleh yang edit gambar dan kongsi gambar tanpa usul periksa.

MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN 'BUAT DUIT' DARIPADA ORANG SUSAH ???


Cerita Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Jalan Duta. Berhantu???

1. Hari ni saya ke sana menemani seorang hamba Allah utk membuat Pengesahan Lafaz Cerai.

2. Makhamah Syariah yg tersergam indah ini hanya menambah mimpi ngeri bagi semua para isteri yg dtg dgn pelbagai tuntutan berkaitan rumahtangga..nafkah..hak penjagaan anak, tuntutan nafkah.... tuntutan harta sepencarian dan sebagainya..

MILITAN SULU RANCANG BALAS DENDAM PERTEMPURAN DI LAHAD DATU SELEPAS PERTEMUAN NURUL IZZAH - JACEL KIRAM ???


Selepas kontroversi berita mengenai pertemuan diantara Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dengan Jacel Kiram, anak perempuan kepada pengganas Sulu tersebar, kini tersebar pulak satu berita yang sedikit sebanyak menggusarkan rakyat, mungkin juga ada kaitan dengan motif pertemuan empat mata tersebut.

Friday, 27 November 2015

MULUT TERBAKAR DAN PATAH LEHER VAPE MELETUP KETIKA SEDANG DIHISAP


COLORADO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki hampir kehilangan nyawa atau lumpuh seumur hidup selepas rokok elektronik atau vape yang sedang dihisap meletup di mukanya, minggu lalu.

Thursday, 26 November 2015

TAMPARAN HEBAT UNTUK GUAN ENG..... ADUN DAP TANJUNG BUNGAH LETAK JAWATAN



GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu meletak jawatan sebagai setiausaha pengelola DAP Pulau Pinang berkuat kuasa Ahad, kata setiausaha DAP negeri Lim Hui Ying.

Wednesday, 25 November 2015

GAGAL JAWAB SOALAN SPM KERTAS 1 ADD MATHS PELAJAR CEMERLANG BUNUH DIRI


KUALA LUMPUR - Seorang pelajar lelaki yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 dilaporkan membunuh diri semalam selepas dipercayai tertekan dan kecewa berikutan gagal menjawab soalan Kertas 1 Matematik Tambahan.

Tuesday, 24 November 2015

BEKAS EXCO PERAK DILUCUTKAN KEAHLIAN UMNO


Salah seorang pemimpin dan ahli UMNO yang seringkali dilihat rapat dengan kumpulan yang menentang Presiden UMNO, selain merupakan antara karektor utama dalam peralihan Kerajaan Negeri Perak pada Januari 2009 dari Kerajaan Pakatan Rakyat kepada Kerajaan UMNO-BN, Datuk Hamidah Osman, telah dilucutkan keahliannya dari UMNO.

MASYA CERIA POPSTAR 2 'RAMPAS' AKAUN INSTAGRAM PENIGA ONLINE MILIKI 178K FOLLOWERS ???


Ramai yang menceburi bidang perniagaan dalam talian di Instagram kerana potensi perkembangan perniagaan yang tinggi. Namun begitu, sebelum itu, individu yang ingin berniaga di Instagram perlulah mengumpul jumlah pengikut yang tinggi. Antara cara yang digunakan untuk mengumpul pengikut selain dari memuat naik gambar dan kandungan yang menarik ialah dengan membayar selebriti bagi rebiu produk. Ada antara peniaga dalam talian yang menghantar hadiah percuma atau produk percuma kepada selebriti untuk diiklankan di Instagram mereka yang mempunyai ratusan ribu pengikut.

PENYAKIT SERAWAN RAGUT NYAWA KANAK-KANAK ORANG ASLI SUKU KAUM JAHAI

jahai1

BELUM: Satu penyakit misteri sedang merebak dan membunuh kanak-kanak Orang Asli daripada suku kaum Jahai di kawasan Sungai Kejar di Taman Negeri Perak Royal Belum.

PORSCHE MILIK ANAK ORANG KENAMAAN LANGGAR LARI PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DI TEMPAT KEJADIAN


SIBU : Seorang lelaki pertengahan umur maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta mewah milik seorang anak orang kenamaan di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini, petang semalam.

NFC CORP : SUAMI SHAHRIZAT JALIL BEBAS TUDUHAN PECAH AMANAH


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa, melepas dan membebaskan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail daripada tuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta.

Monday, 23 November 2015

KSU MITI SIFATKAN PM SEBAGAI 'LEMBU YANG TIDAK BERGUNA DAN TIADA KEMAMPUAN' !!!


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di hadapan hadirin termasuk duta-duta asing pada sebuah majlis.

MALAYSIAKINI GEMAR LAGA-LAGAKAN PEMIMPIN UMNO


Baca entry terdahulu... DI SINI

Ternyata... Malaysia Kini (MK) secara terbuka cuba melaga-lagakan pemimpin UMNO menjelang Perhimpunan Agong UMNO 2015 (PAU2015) yang kan berlangsung pada 8 - 12 Disember 2015.

TIAN CHUA SENGAJA TEMUKAN NURUL IZZAH DENGAN JACEL KIRAM !!!


Lagi sekali pemimpin Melayu diperkotak-katikkan oleh rakan-rakan mereka dalam PR. Selepas kita melihat ahli PKR menangis di DUN Pulau Pinang dek permainan Guang Eng, terbaru Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan percaturan pemimpin kaum Cina PKR pula yang "membuli" pemimpin melayu dalam parti itu..

OBAMA DAH SAMPAI... TPPA BAKAL JADI REALITI.... 'PENJAJAHAN' AMERIKA KE ATAS MALAYSIA AKAN BERMULA ???


APA DISEBALIK TPPA?

DATUK AZIZ KAPRAWI SAHKAN ADA USAHA SINGKIRKAN TSMY DI PAU2015 ???


Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan terdapat usaha untuk menyingkirkan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perhimpunan agung Umno bulan depan.

Sunday, 22 November 2015

POLIS AKAN AMBIL TINDAKAN TEGAS SEBAR MAKLUMAT KEHADIRAN PENGEBOM BERANI MATI


KOTA KINABALU : Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu termasuk anggota polis yang terlibat menyebarkan maklumat mengenai kehadiran pengebom berani mati dari kumpulan Abu Sayyaf di sekitar negeri dan bandar raya ini. 

(FOTO) : BILA KATIL PENUH .. DI WAD BERSALIN HOSPITAL SUNGAI BULUH ....



Pihak Hospital Sungai Buloh akan melakukan siasatan berhubung dakwaan layanan buruk jururawat terhadap wanita yang sarat untuk melahirkan anak susulan beberapa keping gambar didakwa memaparkan mereka tidur di lantai wad bersalin hospital itu.

PENGEBOM BERANI MATI SASAR SABAH DAN KUALA LUMPUR ???


Maklumat yang terkandung dalam satu surat pekeliling Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengenai kehadiran pengebom berani mati di negara ini, adalah berdasarkan maklumat risikan dalaman polis supaya semua anggotanya sentiasa mengambil tindakan proaktif.

DAP PULAU PINANG TIDAK TELUS PROJEK TEBUS GUNA TANAH


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow menggesa Kerajaan Negeri mendedahkan kepada umum semua perjanjian mengenai projek tebus guna tanah sekarang, jika kerajaan negeri begitu yakin bahawa terma mereka adalah jauh lebih baik untuk rakyat daripada terma yang dipersetujui oleh pentadbiran sebelumnya. 

AGENDA PKR HANYA RAIH SIMPATI RAKYAT UNTUK BEBASKAN ANWAR... !!!


Rosak dah PKR ni, sanggup buat apa sahaja demi Anwar Ibrahim termasuk menggadai kedaulatan negara dan maruah pejuang-pejuang yang terkorban si Lahad Datu. 

Saturday, 21 November 2015

MENTERI BESAR PERAK BAKAL SAMAN ADUN AULONG


Berbanding dengan sidang DUN Perak sebelum ini,  sesuatu yang agak ketara berlaku. Yang kita maksudkan tentulah ‘serangan” bertalu-talu terhadap Menteri Besar  sejak hari pertama sidang lagi.

Friday, 20 November 2015

SIAPAKAH PELAKON WANITA POPULAR PENGOTOR DAN TAK BAYAR SEWA RUMAH DAH BERBULAN-BULAN ???


Seorang tuan rumah kecewa dengan perangai seorang artis kerana tidak membayar sewa dan keadaan rumah yang amat teruk.

( FOTO & VIDEO ) - JEDDAH BANJIR ??



Arab News, Rabu (18/11/2015), Hujan lebat yang melanda sebahagian wilayah Jeddah, Arab Saudi, pada Selasa 17 November mengakibatkan salah satu wilayah Jeddah, iaitu Manama dilanda banjir.

NURUL IZZAH MINTA BANTUAN PRINCESS JACEL KIRAM SERANG PENJARA SUNGAI BULOH UNTUK BEBASKAN ANWAR ???


Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menyiasat hubungan antara Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram yang merupakan anak perempuan kepada Jamalul Kiram III kerana ia membabitkan keselamatan dalam negara.

Thursday, 19 November 2015

APA KAITAN NURUL IZZAH DENGAN ANAK PEREMPUAN KIRAM DAN PENCEROBOHAN LAHAD DATU ???


ANDA tentu sudah tidak asing lagi terhadap wanita yang berdiri di sebelah kanan di dalam gambar di atas. Siapa lagi kalau bukan Nurul Izzah, anak sulung Anwar Ibrahim. Tetapi anda mungkin ingin tahu siapakah pula wanita berkemeja biru turquoise di sebelahnya itu? 

ADUN PKR MENANGIS 'GEMBIRA' KERAJAAN DAP ABAIKAN MASALAH RAKYAT !!!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Penanti, Dr. Norela Ariffin menangis teresak-esak ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini apabila mendakwa Kerajaan DAP Pulau Pinang mengabaikan kawasan itu.

Wednesday, 18 November 2015

ABU SAYYAF PANCUNG BERNARD THEN

Philippines-Special-Forces

KUALA LUMPUR - Kumpulan pengganas Abu Sayyaf dilapor memancung kepala tebusan terakhir yang diculik di sebuah restoran di Sandakan, Sabah pada Mei lalu.

PAS SOKONG BAJET 2016 UNTUK ELAK 'GOVERMENT SHUTDOWN'


Pas tidak bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menolak usul Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai alasan kukuh iaitu tidak mahu berlaku 'goverment shutdown' kerana ia akan menyusahkan seluruh rakyat terutamanya yang berkerja di sektor awam.

Tuesday, 17 November 2015

BUNUH KERANI SEKOLAH AGAMA, 6 SUSPEK WARGA NEPAL DITAHAN POLIS


MUAR: Seorang kerani sekolah agama di Bukit Pasir dipercayai telah dirogol dan dibunuh di rumahnya di Sungai Terap di sini, Isnin.

Monday, 16 November 2015

BEKAS PEGAWAI KANAN FGV DISYAKI TERLIBAT IS ???


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga lelaki termasuk penyelia kantin farmasi Kementerian Kesihatan di Petaling Jaya, Selangor dan bekas pegawai kanan di Felda Global Ventures (FGV) kerana disyaki terlibat dengan militan Negara Islam (IS) baru-baru ini.

ABBY ABADI MENINGGAL DUNIA KETIKA SEDANG SUJUD ???


MASIH ingat lagi dengan bekas isteri pelakon popular Norman Hakim, Abby Abadi yang popular dengan gelaran 'ustazah mee segera' di dalam kempen PRU 13 yang lalu? Beliau telah menulis sesuatu yang mengejutkan di status Instagram miliknya baru-baru ini....

ANAK PEREMPUAN ARWAH HANI MOHSIN HILANG DARA DI KOLAM RENANG ???


GAMBAR gadis di dalam kolam renang yang sedang asyik mahsyuk bercumbuan itu dikatakan sebagai anak perempuan kepada Allahyarham Hani Mohsin, seorang pelakon dan penerbit yang berkaliber suatu masa dahulu.  Allahyarham telah meninggal dunia pada 25 Julai 2006.

Sunday, 15 November 2015

(VIDEO) - DAH BEBERAPA KALI MINTAK TUKAR SEKOLAH TAPI TIDAK DIENDAHKAN.... AKHIRNYA KENA BULI SECARA 'BERJEMAAH' ....


MELAMPAU! Itulah yang boleh dirumuskan daripada rakaman video memaparkan seorang murid sekolah dibuli yang kini menjadi viral di laman sosial.

(FOTO) - PESAWAT RINGAN PIPER PA-32 TERHEMPAS DI PANGKOR, SEMUA PENUMPANG SELAMAT


Sebuah pesawat ringan persendirian dipercayai jenis Piper PA-32 yang membawa empat penumpang termasuk juruterbang dan seorang wanita terhempas di tepi pantai Kampung Tersusun, Teluk Dalam, Pulau Pangkor, Ahad.

TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI, JUARA TERBUKA CHINA 2015 KALAHKAN PEMAIN CHINA

Chong Wei Juara Terbuka China, Tundukkan Pemain No. 1 Dunia

JAGUH badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain No.1 dunia Chen Long pada saingan akhir Terbuka China 2015 di Haixia Olympic Sports Center, Fuzhou, Ahad.

PORTAL DAN BLOG PEMBANGKANG PASTI BENCI DENGAN BERITA INI....


Laporan di atas sudah pasti tidak akan disiarkan oleh portal-portal pembangkang an akan disembunyikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

Anda baca : 

PENGGAL KEPALA LEPAS GADUH DAN BAWA LARI SEJAUH 220 KM


IPOH: Polis menahan seorang pemandu lori selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan di Jalan Kampung Batu 4, Slim River dekat Tanjung Malim berikutan penemuan mayat seorang lelaki di dalam longkang tanpa kepala awal pagi Jumaat.

4 PELAJAR SM ISLAM HIRA CEDERA PARAH BAS LANGGAR BELAKANG TRELER

basrempuh_transformed
ANGGOTA Polis, anggota Bomba dan Penyelamat dan petugas LPT 2 menjalankan kerja menyelamat apabila sebuah bas persiaran yang membawa 54 pelajar bersama tujuh guru pengiring terlibat dalam kemalangan di kilometre 292.2 Lebuh Raya Pantai Timur LPT 2 dekat Kerteh, bas yang dinaiki melanggar belakang lori treler lebih kurang jam 2.15 tadi. – Foto ROSLI ILHAM/SHAMSUDIN HUSIN.

Saturday, 14 November 2015

PENJELASAN 1MDB OLEH ARUL KANDA


KUALA LUMPUR:  Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkata selepas syarikat itu melaksanakan pelan rasionalisasinya, 1MDB masih memiliki aset antara RM10-12 bilion.

SERANGAN PARIS : MILITAN IS MENGAKU BERTANGGUNGJAWAB, BERI AMARAN 'RIBUT YANG BARU BERMULA'


PARIS: Militan IS yang mengaku bertanggungjawab atas serangan di Paris dalam satu kenyataan memberitahu, Perancis menjadi sasaran keganasan itu adalah sebagai tindakan balas selepas berlaku tentangan terhadap Islam di negara itu selain susulan serangan udara Perancis terhadap wilayah IS.

(FOTO) - SERANGAN AK-47 TEATER BATACLAN PARIS BERMANDI DARAH


PARIS: Kira-kira 140 orang terbunuh dalam serangan di dewan konsert Bataclan pada Jumaat malam di sini, kata polis. Tiga lelaki dipercayai pengganas yang melakukan serangan turut ditembak mati selepas polis menyerbu dewan itu.

Friday, 13 November 2015

AKMAL DAN MALAYSIAN INSIDER MESTI MOHON MAAF ATAU DISAMAN FITNAH


KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, YB MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BAHAROM - 13 NOVEMBER 2015

AKMAL MESTI MOHON MAAF ATAU DISAMAN

PELAJAR UITM MAUT DIHEMPAP LELAKI TERJUN DARI BILIK HOTEL TINGKAT 13

maut-dihempap-lelaki-terjun-bangunan-2

MELAKA: Seorang pelajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) maut selepas kereta yang dipandunya dihempap seorang lelaki dipercayai terjun dari tingkat 13 sebuah hotel di Banda Hilir, di sini pagi Jumaat.

MARIA CHIN BAKAL GADAI MARUAH SENDIRI JUMPA OBAMA UNTUK GULINGKAN NAJIB ???


Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah boleh dilabelkan sebagai seorang yang tidak tahu malu dan licik dalam usaha pembangkang yang ingin melihat perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak jatuh tersungkur.

KERAJAAN SELANGOR TETAP PENDIRIAN NAIKKAN KADAR TARIF AIR.... HAMBIK KAU RAKYAT SELANGOR PENGUNDI PR !!!


PADA  3 Disember 2014, Malaysian Insider  melaporkan bahawa kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar, Azmin Ali sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan jumlah isipadu air percuma dari 20 meter padu sebulan kepada 40 meter padu sebulan.  



Cadangan itu dijangka akan dilaksanakan selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan pada September 2015. Pastinya berita itu disambut gembira oleh rakyat Selangor dan tidak sia-sia mereka mengundi PR !!!

Itu cerita hujung tahun lepas.

Sebaliknya, 11 bulan selepas kenyataan tersebut, semalam...  Kerajaan Negeri Selangor tetap dengan keputusan menaikkan kadar tarif air selepas proses pengambil alihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) oleh kerajaan negeri selesai.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata keputusan itu wajar bagi memastikan pengurusan air lebih efektif termasuk mengatasi masalah gangguan air yang dihadapi pengguna.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan memastikan kenaikan tarif air itu tidak akan membebankan pengguna dan rakyat di Selangor.

"Kenaikan tarif ini akan bermula selepas pengambil alihan SPLASH dimuktamadkan.

"Dalam usaha untuk mengurangkan sebanyak 35 peratus kadar air tidak terhasil (NRW) ketika ini, pastinya ia memerlukan kos besar bagi menangani perkara ini," katanya menjawab soalan tambahan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri turut melantik penilai luar bagi menentukan bayaran yang perlu dibayar kepada SPLASH.

Katanya, kerajaan negeri menawarkan RM250 juta kepada SPLASH, tetapi jumlah itu ditolak.

"Tempoh rundingan ini akan berakhir September 2016 dan kerajaan negeri akan pastikan ia selesai dalam tempoh ini.

"Kos pengambil alihan keseluruhan tiga syarikat konsesi ini adalah sebanyak RM1.68 bilion iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd sebanyak RM1 bilion, Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (SYABAS) RM530 juta dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (ABBAS) RM90 juta," katanya.

Aku fikir yang ini baru dikatakan JANJI DICAPATI !! Hambik kau rakyat Selangor pengundi PR!!! 

Thursday, 12 November 2015

TRAGIS : CERITA MANGSA TANAH RUNTUH LEBUHRAYA KL - KARAK


BENTONG - "Saya terus lari selamatkan diri tanpa memikirkan apa-apa," kata seorang daripada pengguna Lebuhraya KL-Karak, Naimran Ibrahim ketika berdepan detik mencemaskan semasa kejadian tanah runtuh di Km52.4 laluan Lentang-Bukit Tinggi dekat sini, Rabu.