Sunday, 5 February 2012

BILA DENGKI SAMPAI KE USUS....!!!

MUKA ZUL NOORDIN DI KAIN RENTANG PUN KENA CONTENG....??? PENGECUT..!!!



Clear lagi....

tp bila malam.....



<< MPP Online  >>

SEJENAK : PERHATIKAN KENING, DAHI DAN MUKA ANWAR....

Penulis selalu mengikuti tulisan-tulisan di AIDC kerana sebahagian besar kupasan isu-isu politik dalam negara ini agak padat, tepat dan tidak meleret-leret. Hari ini penulis amat tertarik dengan entry yang bertarikh February 4, 2012. Walaupun telah sehari berlalu.... rasanya penulis belum terlambat untuk memaparkannya di sini....


Kita ikuti......



DET – Korang cuba tenung dan tengok betul-betul gambar anwar ni, perhatikan kening, dahi dan muka anwar, macam setan kan? Wajah anwar makin hari makin nampak perubahan, kalau dulu, wajahnya cukup bersih masa lepas keluar penjara, tapi sekarang muka dia dah nampak macam setan, kenapa ekk….
Tengok pulak muka tian chua, dia pun takut tengok muka boss dia berubah jadi macam muka setan................

KERAJAAN BANTU 194 MANGSA RIBUT....


SERI MANJUNG : Nasib mangsa kejadian ribut yang membabitkan 194 rumah di Taman Perumahan Fasa 3A, dekat Seri Manjung mendapat perhatian segera daripada kerajaan negeri.
Petang semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turun padang sekali lagi untuk meninjau kerja membaiki bumbung yang rosak teruk akibat dipukul angin puting beliung.
Katanya, kawasan perumahan itu berada di laluan kepala angin yang menyebabkan sering berlaku ribut secara tiba-tiba dan kejadian terbaru petang kelmarin merupakan yang keempat setakat ini.
“Saya sendiri telah melawat dan melihat sendiri kesan kerosakan pada malam kejadian itu dan mengarahkan supaya kerja membaiki bumbung dilakukan dengan segera dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
“Dalam tempoh dua hari ini, kita lihat 40 peratus bumbung yang rosak telah diperbaiki dan ketika ini sedang menunggu bekalan yang dilaporkan habis secara tiba-tiba,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, setiap keluarga katanya, menerima RM200 sebagai bantuan segera dengan kos keseluruhan RM40,000 di bawah Tabung Bencana Alam negeri Perak.
“Bantuan RM300 juga disalurkan melalui Pejabat Menteri Besar dan ini bermakna setiap keluarga masing-masing menerima RM500 daripada kerajaan negeri bagi membeli keperluan rumah yang rosak akibat kejadian itu.
“Dua syarikat besar yang beroperasi di sini iaitu Boustead dan Vale masing-masing menyumbang RM10,000 bagi meringankan beban mangsa dan ia akan diuruskan oleh Pejabat Daerah,” katanya lagi.
Zambry berkata, kejadian itu juga menyebabkan surau dan sekolah agama rakyat rosak teruk dan perlu dibaiki segera.
Sehubungan itu, kerajaan negeri tegasnya, akan membiayai kos membaiki surau itu terutamanya di bahagian balai lintang dengan segera.
Petang Khamis lalu, sebanyak 119 buah rumah di Taman Perumahan Fasa 3A, dekat Seri Manjung mengalami kerosakan bumbung selain peralatan perabot serta elektrik selepas di basahi air hujan dalam kejadian kira-kira 6.15 petang.
Kejadian itu merupakan paling buruk berlaku sejak setahun lalu, di mana sebanyak lima kejadian ribut dilaporkan berlaku di situ termasuk pada Julai tahun lalu yang melibatkan sebanyak 52 buah rumah penduduk di kawasan perumahan yang sama.
Seorang lagi mangsa, Shaari Zaini, 42, berkata selain mengalami kerosakan di bahagian bumbung rumah, cermin belakang kereta jenis Kancil yang diletak di depan rumah turut pecah akibat terkena serpihan atap yang berterbangan dalam kejadian tersebut.
”Selain cermin kereta, beberapa keping cermin tingkap rumah turut pecah selepas dilanggar serpihan sampah sarap yang berterbangan itu.
”Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada seorang pun ahli keluarga cedera akibat kaca tingkap yang pecah itu,” katanya.
Sementara itu,  Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rashidi Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira 6.15 petang semalam, hampir 200 buah rumah penduduk di Taman Perumahan Fasa 3A, Seri Manjung dan Kampung Datuk Seri Kamaruddin (KDSK) terlibat dalam kejadian tersebut ~ PERAK TODAY

WANITA BN IKTIRAF MEDIA SOSIAL MEMAINKAN PERANAN SANGAT PENTING DLM JENTERA PRU


Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru ahli pergerakan itu supaya menggunakan pendekatan baru yang lebih relevan dengan peredaran zaman dalam melaksanakan kerja jentera sempena pilihanraya umum akan datang.
Tambahnya, peranan media sosial dalam jentera BN tidak dapat dinafikan di mana boleh dianggap sebagai salah satu saluran penting untuk menangkis serangan pihak pembangkang.
SETERUSNYA..... DI SINI

G.PALANIVEL AMBIL ALIH JAWATAN PENGERUSI MIC PERAK SERTA-MERTA...


Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel mengambil alih jawatan pengerusi MIC Perak, berkuat kuasa serta-merta.
Palanivel berkata, keputusan itu diambil bagi memperkukuhkan lagi kedudukan MIC di negeri tersebut.

"MIC negeri perlu menumpukan kepada pengukuhan bukan saja peringkat parti tetapi juga pengundinya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"Perak merupakan negeri yang penting kepada MIC dan Barisan Nasional. Walaupun semua orang menganggap pengundi telah kembali menyokong kita, kita masih perlu meneruskan usaha memenangi hati dan minda rakyat," jelasnya.

Beliau juga berkata langkah itu tidak dibuat secara mengejut tetapi telah difikirkannya buat sekian lama.

Katanya, beliau akan berjumpa dengan semua ketua bahagian MIC di Perak dalam masa terdekat, dan menegaskan MIC Perak mesti menumpukan sepenuh perhatian kepada pilihan raya umum akan datang.

Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut berkata bahawa golongan muda dan kumpulan pertengahan akan menjadi pembuat keputusan paling penting pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ADALAH BUDAYA KRISTIAN...???

Astaghafirullahal'azim.....



LIHAT PULA VIDEO BERIKUT :





SETERUSNYA BACA TULISAN DI BAWAH..... FIKIR2KANLAH....

sumber : Majlis Talaqi UIAM


Soalan: 
Sejak akhir-akhir ini, ada kumpulan yang secara keras melarang menyambut Maulidur Rasul dengan alasan ia adalah Bid’ah Dhalalah yang tidak disuruh dalam agama. Apakah pendapat ulama’ tentangnya? 


Jawapan: Perkara ini sudah diselesaikan oleh para ulama’ dan mereka membolehkannya sejak dahulu lagi. Perayaan Maulidur Rasul ini sudah disambut di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Apakah seluruh ulama’ di dunia sejak dahulu sampai sekarang ini dikatakan sesat kerana membiarkan umat Islam menyambutnya? Tentunya perkara ini tidak boleh diterima oleh akal yang sihat. 


Kelahiran (Maulid) Nabi adalah sebesar-besar rahmat Allah kepada alam dan manusia keseluruhannya. Rahmat ini ada dalam aqidah, muamalah, akhlaq, malah dalam semua bidang kehidupan. Rahmat ini tidak hanya terbatas untuk manusia di zaman Baginda sahaja, tetapi ia meluas ke sepanjang sejarah manusia seluruhnya. Allah berfirman: 


وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 
“Dan (juga) kepada kaum yang lain dari mereka (generasi sahabat) yang belum berhubungan dengan mereka.” 


Di dalam ayat lain, Allah berfirman: 


وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللهِ 
“…dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah.” 


Artikel ini dinukilkan sepenuhnya daripada buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’ karangan Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll, pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Pusat Asasi, UIA. Buku setebal 920 muka surat ini menjelaskan pandangan ulama’ mu’tabar tentang lebih 117 persoalan khilafiyyah dengan bersandarkan dalil Al-Qur’an, hadith dan sumber-sumber istinbath yang lain. Buku ini telah disemak dan diberi kata-kata aluan oleh Yg. Bhg. Dato' Haji Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Sohib as-Samahah, Datu’ Haji Loling Othman bin Haji Alwi, mantan Mufti Negeri Sarawak, Fadhilah asy-Syaikh, Dato' Haji Hashim Yahya, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Felo Kehormat Akademik, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIA, Fadhilah asy-Syaikh, Dato’ Haji Mohd Saleh Haji Mohd @ Ahmad, Timbalan Yang Di Pertua, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Felo Kehormat Akademik, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIA dan Al-Fadhil Ustaz (Dr.) Muhammad Uthman El-Muhammady, pemikir Islam dan Fello Utama Akademik, Institut Pemikiran Antarabangsa dan Tamadun Islam (ISTAC), UIA. Ia juga telah disemak oleh 8 orang ustaz termasuklah dari JAWI, UIA, USIM dan pendakwah bebas. Buku ini baru sahaja berada di pasaran. 


Mulahazhah: Artikel ini diizinkan untuk disebar luaskan demi kebaikan dengan disebutkan sumber ambilannya untuk keberkatan ilmu. 
Surah Al-Jum’ah: 3. 
Surah Ibrahim: 5. 


Tidak diragukan lagi bahawa hari kelahiran Rasulullah termasuk di dalam hari-hari Allah. 
Memperingati, menyambut, merayakan dan membesarkan Maulidur Rasul adalah satu amal yang paling utama dan cara pendekatan diri kepada Allah di samping suatu ungkapan kebahagiaan dan kecintaan kepada Rasulullah . Haruslah diketahui bahawa cinta kepada Rasulullah adalah salah satu dasar dan rukun keimanan. Rasulullah bersabda: 


وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتىَّ أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِن وَالِدِهِ وَوَلِدِهِ 
“Demi Zat yang diriku berada di dalam kekuasaanNya, tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tua dan anaknya.” 


Di dalam hadith lain, Rasulullah bersabda: 


لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتىَّ أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِن وَالِدِهِ وَوَلِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ 
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya dan anaknya dan manusia keseluruhannya.” 


Ibn Rajab al-Hanbali berkata: 
“Cinta kepada Nabi termasuk prinsip-prinsip dasar iman. Cinta ini seiring dengan cinta kepada Allah. Cinta kepada Allah dan kepada Nabi sering disebut bersama dan mengancam sesiapa sahaja yang lebih mengutamakan kecintaan kepada perkara-perkara lain yang sudah menjadi tabiat manusia seperti cinta kaum kerabat, harta benda dan tanah air lebih dari cinta kepada Allah dan Rasul (lihat Surah At-Taubah: 24). 


Ketika Sayyiduna Umar berkata kepada Nabi : Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri. Baginda bersabda: Tidak wahai Umar, sehingga aku lebih kamu cintai daripada dirimu sendiri. Umar berkata: Demi Allah, engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri. Baginda bersabda: Sekarang (barulah sempurna iman kamu) wahai Umar.” 
Menurut Imam As-Suyuthi, Raja Al-Muzhaffar Abu Sa’id Kukburi ibn Zainuddin Ali ibn Baktakin (630H) adalah penguasa pertama yang menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran. Dikatakan lebih kurang 300000 dinar telah beliau gunakan tujuan tersebut. Tujuannya ialah tidak lain, hanyalah untuk membesarkan Rasulullah , mengingati sirah dan akhlak Baginda melalui pembacaan syair, qasidah dan tazkirah tentang ketinggian peribadi Rasulullah . 
Sebahagian ulama’ mengatakan isyarat menyambut Maulidur Rasul telah ada di zaman Rasulullah lagi. Buktinya Baginda sendiri menyambutnya dengan cara berpuasa setiap hari Isnin sebagai tanda mensyukuri kelahiran dan awal penerimaan wahyunya. 


Riwayat Al-Bukhari dan Muslim. 
Riwayat Al-Bukhari. 
Riwayat Al-Bukhari. 
Al-Hawi li Al-Fatawa, 1/292. 


عَنْ أَبِي قَتَادَةَ اْلأَنصَارِي رضي الله عنه: أَنَّ رَسُولَ اللهِ سُئِلَ عَن صَوْمِ يَوْمِ اْلإِثْنَيْنِ، فَقَالَ: فِيهِ وُلِدتُّ وَفِيهِ أُنزِلَ إِلَيَّ 


“Dari Abi Qatadah al-Anshari RA, sesungguhnya Rasulullah pernah ditanya mengenai puasa hari Isnin. Rasulullah menjawab: Pada hari itu aku dilahirkan dan wahyu diturunkan kepadaku.” 
Memang secara umum para ulama’ Salaf menganggap perbuatan ini termasuk bid’ah tetapi termasuk Bid’ah Hasanah (sesuatu yang baik). 


Sahabat memuliakan hari kelahiran Nabi 


Pada zaman Nabi terdapat banyak penyair yang terkenal dan hebat datang kepada Rasulullah dan mempersembahkan kepada Baginda berhalaman-halaman syair yang memuji dan mengagungkan Baginda . Ini dibuktikan dengan banyaknya syair yang dikutip di dalam Sirah Ibn Hisham, Al-Waqidi dan lain-lain. Penyair-penyair terkenal mengagung-agungkan Rasulullah di hadapan Baginda dan para sahabat dan tidak dilarang oleh Rasulullah dan tidak ada para sahabat yang mencela atau mengatakan hal tersebut berlebih-lebihan (ghuluw). 
Rasulullah amat suka syair yang indah seperti yang diriwayatkan Bukhari di dalam Al-Adab al-Mufrad dan kitab-kitab lain. 


Rasulullah bersabda: 


"Terdapat hikmah di dalam syair.” 


Ayah saudara Nabi , Al-Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi . Di antara bait terjemahannya sebagai berikut: 


“Dikala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hingga nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahayamu, 
dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin” 


Ibn Kathir menerangkan di dalam kitabnya bahawa para sahabat ada meriwayatkan bahawa Nabi memuji nama dan nasabnya serta membaca syair mengenai diri Baginda semasa peperangan Hunain untuk menambah semangat para sahabat dan menakutkan para musuh . 


Hasan bin Thabit selalu melagukan dan membacakan syair-syairnya di depan Sayyidul Mursalin Muhammad dan di depan para sahabat Baginda . Tidak ada satu pun yang mencela atau mengatakan berlebih-lebihan (ghuluw). Tertera di batu nisan Hasan Ibn Thabit, beliau menulis mengenai Nabi : 


“Bagiku tiada siapa dapat mencari kesalahan di dalam diriku, Aku hanya seorang yang telah hilang segala derita rasa, Aku tidak akan berhenti daripada memujinya (Nabi ), kerana hanya dengan itu mungkin aku akan kekal di dalam syurga bersama-sama 'Yang Terpilih', yang daripadanya aku mengharapkan syafaat, dan untuk hari itu, aku kerahkan seluruh tenagaku ke arah itu.” 


Riwayat Muslim. 
kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat. 
Lihat Mustadrak ala ash-Shahihain, Husn al-Maqsid, Imam As-Sayuthi, ms. 5, kitab Maulid Ibn Kathir, ms. 30 dan Fath al-Bari. 
Lihat hadith riwayat Ath-Thobrani dan Al-Baihaqi dalam Dala’il an-Nubuwwah, ms. 5, Syarh al-Mawahib, 1/62, begitu juga hadith-hadith riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmizi dan lain-lain. 




Menurut riwayat yang berasal dari Abu Bakar Ibn al-Anbari , ketika Ka’ab bin Zuhair dalam mendendangkan syair pujiannya sampai kepada sanjungan bahawa Baginda adalah sinar cahaya yang menerangi dunia dan Baginda laksana pedang Allah yang ampuh terhunus. Sebagai tanda kegembiraan Baginda , maka Baginda menanggalkan kain burdahnya (kain penutup punggung) dan diberikan pada Ka’ab. Mu’awiyyah bin Abi Sufyan pada masa kekuasaannya berusaha membeli burdah itu dari Ka’ab dengan harga sepuluh ribu dirham, tetapi Ka’ab menolaknya. Setelah Ka’ab wafat, Mu’awiyyah membeli burdah pusaka Nabi itu dari ahli waris Ka’ab dengan harga dua puluh ribu dirham. 


Banyak sekali hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi tentang bagaimana mereka memuliakan dan mengagungkan Nabi seperti Amr bin ‘Ash, Anas bin Malik, Usamah bin Syarik dan lain-lain. Semua pujian dan syair-syair ini tidak dilarang oleh Baginda Juga syair-syair tersebut boleh dilagukan dan diiringi dengan bermain gendang. 


Di dalam kitab Madarij as-Salikin, Ibn Qayyim menulis bahawa Nabi memberi izin untuk menyanyi pada hari perkahwinan dan membenarkan syair dipersembahkan kepada Baginda . Baginda mendengar Anas dan para sahabat memujinya dan membaca syair ketika Baginda sedang menggali parit semasa peperangan Khandaq dan mereka pernah berkata: "Kamilah yang telah memberi bai'ah kepada Muhammad untuk berjihad selama kami hidup." 
Ibn Qayyim juga telah menceritakan mengenai Abdullah Ibn Rawaha membaca syair yang panjang memuji-muji Nabi Muhammad . semasa penaklukan kota Makkah, dan Nabi pun berdoa untuk Abdullah. Rasulullah juga pernah mendoakan untuk Hasan Ibn Thabit agar Allah sentiasa memberi bantuan kepadanya dengan roh suci selama beliau memuji-muji Nabi melalui syairnya. Nabi juga pernah meminta Aswad bin Sarih untuk mengarang syair memuji-muji Allah dan Baginda Nabi pernah meminta seseorang untuk membaca syair puji-pujian yang memuat seratus halaman yang dikarang oleh Umayyah Ibn Abi Halh. 


Menurut Ibn Qayyim lagi: '‘Aisyah ra selalu membaca syair memuji Baginda dan Baginda amat menyenanginya." 


Ditulis juga oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya, Allah memberi keizinan kepada Nabi agar membaca Al-Qur’an dengan berlagu. Pada suatu hari Abu Musa al-Asy'ari sedang membaca Al-Qur’an dengan berlagu dan suara yang merdu dan ketika itu Nabi sedang mendengar bacaan beliau. Setelah dia selesai mengaji, Nabi mengucapkan tahniah kepadanya kerana bacaannya yang begitu merdu dan Nabi bersabda: “Engkau mempunyai suara yang merdu”, Baginda bersabda lagi bahawa: “Abu Musa al-Asy'ari telah dikurniakan Allah 'mizmar' (seruling) di antara mizmar-mizmar Nabi Daud.” 


Beliau ialah Abu Bakar Muhammad bin Al-Qasim al-Anbari. Antara kitabnya ialah Gharib al-Hadith. Meninggal pada tahun 328H. 
Beliau ialah Ka'ab bin Zuhair bin Abi Sulma al-Mazni dari keturunan suku Muzainah. Seorang sahabat Rasulullah dan seorang penyair 'Mukhadram' iaitu penyair yang hidup pada zaman Jahiliah dan sempat pula hidup pada zaman awal Islam. Meninggal pada tahun 26 H (645M) (ada pendapat yang mengatakan beliau meninggal dalam zaman pemerintahan Mu'awiyah bin Abi Sufyan). 




Abu Musa pun berkata: “Ya Rasulullah, jika aku tahu yang engkau sedang mendengarkan bacaanku nescaya aku akan membaca dengan suara yang lebih merdu dan lagu yang lebih enak lagi yang engkau belum pernah dengar lagi.” 


Ibn Qayyim menulis lagi, Nabi bersabda : ”Hiasilah Al-Qur’an dengan suara kamu, dan sesiapa yang tidak melagukan Al-Qur’an bukanlah dari kalangan kami." 


Ibn Qayyim mengatakan juga: “Untuk menyenangi suara yang merdu adalah dibenarkan seperti juga kita menyenangi pemandangan yang indah, gunung-gunung, alam semesta ataupun harum-haruman dan wangi-wangian ataupun hidangan yang lazat selama semua itu tidak melanggar batas-batas syariat.” 


Seorang ahli hadith, Ibn 'Abbad telah memberikan fatwa tentang hadith Rasulullah berikut ini: “Seorang wanita telah datang menemui Nabi di waktu Baginda baru pulang dari medan peperangan, dan wanita itu pun berkata; ‘Ya Rasulullah, aku telah bernazar jika sekiranya, Allah menghantarkan engkau kembali dalam keadaan selamat, aku akan bermain gendang di sebelahmu.’ Nabi pun bersabda; ‘Tunaikanlah nazarmu’ ." 


Masih banyak lagi kata-kata Baginda untuk dirinya. Sekiranya pujian-pujian ini semuanya dilarang, maka tidak akan diucapkan dari lisan orang yang paling taqwa dan mulia Rasulullah serta dari lisan para sahabat yang ditujukan kepada Baginda . 


Amalan menyambut Maulidur Rasul sudah disambut sejak dahulu lagi oleh para ulama’ besar Islam yang diakui keilmuan mereka dalam bidang aqidah, feqah, hadith dan Tasawwuf, bahkan umat Islam seluruh dunia sejak dahulu lagi melihat amalan ini sebagai sesuai yang sangat mulia dan baik. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi: 


مَا رَآهُ الْمُسْلِمُونَ حَسَنًا فَهُوَ عِندَ اللهِ حَسَنٌ، وَمَا رَآهُ الْمُسْلِمُونَ قَبِيحًا فَهُوَ عِندَ اللهِ قَبِيحٌ 


“Apa-apa yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai sesuatu amalan yangbaik, maka ia adalahbaik di sisi Allah, dan apa-apa yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai sesuatu yang keji, maka ia adalah keji d isisi Allah.” 


Hukum dan Pendapat Ulama’: 
Guru Imam Nawawi, Imam Abu Syamah berpendapat: 


وَمِنْ أَحْسَنِ مَا ابْتَدَعَ فِي زَمَانِنَا مَا يَفْعَلُ كُلَّ عَامٍ فِي الْيَوْمِ الْمُوَافِقِ لِيَوْمِ مَوْلِدِهِ مِنَ الصَّدَقَاتِ وَالْمَعْرُوفِ وَإِظْهَارِ الزِّينَةِ وَالسُّرُورِ، فَإِنَّ ذَلِكَ مَعَ مَا فِيهِ مِنَ اْلإِحْسَانِ لِلْفُقَرَاءِ مَشْعَرٌ بِمَحَبَّتِهِ وَتَعْظِيمِهِ فِي قَلْبِ فَاعِلٍ ذَلِكَ وَشُكْرًا لِلهِ عَلَى مَا مِن بِهِ مِنْ إِيجَادِ رَسُولِهِ الَّذِي أَرْسَلَهُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ. 


”Termasuk perkara baru yang baik dilakukan pada zaman ini adalah apa yang dilakukan setiap tahun bertepatan pada hari kelahiran Rasulullah (merujuk kepada perayaan Maulidur Rasul ) dengan memberikan sedekah dan kebaikan, menunjukkan rasa gembira dan bahagia. 


Sesungguhnya semua itu termasuk bersikap lemah lembut terhadap fakir miskin adalah tanda kecintaan kepada Rasulullah dan penghormatan kepada Baginda dalam hati orang yang menyambutnya. Ia juga merupakan suatu tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutusnya Rasulullah kepada seluruh alam semesta.” 


Riwayat Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmizi. 
Lihat dalil-dalil yang kuat dalam membolehkan puji-pujian ke atas Rasulullah di dalam Al-Qaul ash-Shahih fi Masyru’iyyah al-Madih, Syaikh Ahmad Abd al-Baqi Asy-Syaikh Daf’ullah ash-Sha’im Daimah, Al-Qahirah: Dar Jawami’ al-Kalim, t.t. 
Riwayat Ahmad dari Ibn Mas’ud. 




Sebagai umat Baginda , kita dianjurkan untuk bergembira atas rahmat dan kurniaan Allah kepada kita. Rahmat dan kurniaan yang terbesar ialah dengan kelahiran Nabi Muhammad . Allah berfirman: 


قُلْ بِفَضْلِ اللّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُواْ هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ 


“Katakanlah: Dengan kurniaan Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira dengan kurniaan Allah dan rahmatNya itu, adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” 
Allah menyuruh manusia bergembira atas rahmatNya. Rahmat apakah yang paling besar ke atas manusia dan alam keseluruhannya, jika tidak rahmat kehadiran Rasulullah ?. Firman Allah : 


وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ 


“Dan Kami tidak mengutusmu (Muhammad ) kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam.” 
Imam As-Suyuthi memberi pendapat tentang hukum perayaan Maulidur Rasul di dalam Al- Hawi li al-Fatawa dengan katanya: 


عِندِي، أَنَّ أَصْلَ عَمَلِ الْمَوْلِدِ الَّذِي هُوَ إِجْتِمَاعُ النَّاسِ وَقِرَاءَةُ مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ. وَرِوَايَةُ اْلأَخْبَارِ الْوَارِدَةُ فِي مَبْدَءِ أَمْرِ النَّبِيِّ وَمَا وَقَعَ فِي مَوْلِدِهِ مِنَ اْلآيَاتِ ثُمَّ يَمُدُّ لَهُمْ سِمَاطٌ يَأْكُلُونَهُ وَيَنصَرِفُونَ مِنْ غَيْرِ زِيَادَةٍ عَلَى ذَلِكَ مِنَ الْبِدَعِ الْحَسَنَةِ الَّتِي يُثَابُ عَلَيْهَا صَاحِبُهَا لِمَا فِيهِ مِن تَعْظِيمِ قَدْرِ النَّبِيِّ وَإِظْهَارِ الْفَرْحِ وَاْلإِسْتِبْشَارِ بِمَوْلِدِهِ الشَّرِيفِ. 


“Menurutku, asal perayaan Maulid Nabi , iaitu manusia berkumpul, membaca Al-Qur’an dan kisah-kisah teladan Nabi sejak kelahirannya sehingga perjalanan hidupnya. Kemudian dihidangkan makanan yang dimakan bersama, setelah itu mereka pulang. Hanya itu yang dilakukan, tidak lebih. Semua itu tergolong Bid’ah Hasanah (sesuatu yang baik). Orang yang melakukannya diberi pahala kerana membesarkan kedudukan Nabi, menampakkan kesukaan dan kegembiraan di atas kelahiran Nabi Muhammad yang mulia.” 


Surah Yunus: 58. 
Surah Al-Anbiya': 107. 
1/251-252. Lihat juga Husn al-Maqshid fi ‘Amal al-Maulid di dalam Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah, ms. 194. 




Beliau juga berkata: 


وَيُسْتَحَبُّ لَنَا إِظْهَارُ الشُّكْرِ بِمَوْلِدِهِ وَاْلإِجْتِمَاعُ وَإِطْعَامُ الطَّعَامِ وَنَحْوِ ذَلِكَ مِن وُجُوهِ الْقُرُبَاتِ وَإِظْهَارِ الْمُسَرَّاتِ


“Dan disunatkan untuk kita menzahirkan rasa kesyukuran dengan kelahiran Baginda dan (disunatkan juga) berkumpul dan memberi makan dan yang seumpama itu yang termasuk dari jalan mendekatkan diri kepada Allah dan menzahirkan kesukaan.” 


Beliau berkata lagi: 


مَا مِن بَيْتٍ أَوْ مَحَلٍّ أَوْ مَسْجِدٍ قُرِئَ فِيهِ مَوْلِدُ النَّبِيِّ إِلاَّ حَفَّتِ الْمَلاَئِكَةُ أَهْلَ ذَلِكَ الْمَكَانِ وَعَمَّهُمُ اللهُ تَعَالَى بِالرَّحْمَةِ وَالرِّضْوَان. 


“Tidaklah ada dari rumah atau tempat atau masjid yang dibacakan dalamnya Maulidur Rasul , melainkan para malaikat akan menaungi (merahmati) penduduk tempat itu dan Allah meluaskan mereka dengan rahmat dan keredhaan.” 


Imam Sayuthi membantah orang yang berkata: “Aku tidak mengetahui hukum perayaan Maulid ini di dalam Al-Qur’an mahupun di dalam hadith”, dengan mengatakan: “Tidak tahu terhadap sesuatu bukanlah bererti tidak adanya sesuatu itu.” 


Imam Sayuthi juga menjelaskan bahawa Imam al-Muhaddithin, Ibn Hajar al-Asqalani telah menjelaskan yang dasar hukum menyambut Maulidur Rasul adalah dari sunnah . 
Beliau seterusnya mengatakan: 


“Kegiatan merayakan Maulid Nabi tidak bertentangan dengan Al-Qur’an, Sunnah, Athar mahupun Ijma’. Ini bermakna ia bukanlah perbuatan tercela seperti yang diungkapkan oleh Imam Syafi’e. Oleh itu, kegiatan itu merupakan perbuatan baik yang belum dikenal pada masa awal Islam. Kegiatan memberi makan yang terlepas dari perbuatan dosa adalah perbuatan yang baik. Dengan yang demikian, kegiatan Maulid termasuk perkara baru yang dianjurkan sebagaimana yang diungkapkan oleh Sulthon al-Ulama’, Syaikh Izz ad-Din bin Abd as-Salam.” 


(Di dalam kitab yang sama, Imam Sayuthi mengatakan:) 


“Dan berkata Al-Hafiz Syams ad-Din bin Nasiruddin ad-Dimasyqi (833H) di dalam kitabnya berjudul Maurid ash-Shadi fi Maulid al-Hadi: Telah shahih benar riwayat yang mengatakan Abu Lahab diringankan dari azab neraka pada hari Isnin kerana telah memerdekakan hambanya yang bernama Thuwaibah kerana gembira dengan perkhabaran dari hambanya itu tentang kelahiran anak saudaranya Rasulullah ”, 


Al-Hawi li Al-Fatawa, 1/196. 
Al-Wasa’il fi Syarh al-Masa’il, Imam Sayuthi. 
Husn al-Maqshid fi ‘Amal al-Maulid di dalam Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah, ms. 198. 
ibid, ms. 198. 
ibid, ms. 199-200. 


Kemudian dia (Al-Hafiz Syams ad-Din) bersyair: 


إِذَا كَانَ هَذَا كَافِرًا جَاءَ ذَمُّهُ بِتَبَّتْ يَدَاهُ فِي الْحَجِيمِ مُخَلَّدًا 
أَتَى أَنَّهُ فِي يَوْمِ اْلإِثْنَيْنِ دَائِمًا يُخَفَّفُ عَنْهُ لِلسُّرُورِ بِأَحْمَدَا 
فَمَا الظَّنُّ بِالْعَبْدِ الَّذِي طُولَ عُمْرُهُ بِأَحْمَدَ مَسْرُورًا وَمَاتَ مُوَحِّدًا ؟ 


Kalaulah orang kafir ini (Abu Lahab) memang sudah ada celaan padanya 
Dibinasa kedua belah tangannya dan kekal dalam neraka Jahim di dalamnya 
Namun datang keistimewaan kepadanya hari Isnin sentiasa 
Akan diringankan azab kerana kegembiraannya dengan kelahiran Rasul mulia 
Maka apakah pendapatmu ganjaran kepada seorang yang sepanjang umurnya 
Sentiasa bergembira dengan Nabi Muhammad dan mati dalam tauhidnya yang sempurna? 


Mafhumnya, jika Abu Lahab yang bukan Islam pun mendapat keistimewaan sedemikian, maka orang Islam yang sentiasa bersyukur dan bergembira dengan rahmat kedatangan Rasulullah , akan lebih lagi mendapat keistimewaan yang sangat besar dari Allah . 


Imam Al-Baihaqi berkata, bahawa walaupun hadith ini hadith Mursal, tetapi ia boleh diterima kerana telah dinaqalkan oleh Imam Al-Bukhari hadith ini di dalam kitabnya. Para ulama’ yang telah disebutkan tadi, juga sependapat menerima hadith ini kerana perkara itu terdiri dari bab manaqib dan khasha’is (keistimewaan), Fadha’il (kelebihan) dan bukannya perkara berkaitan hal hukum halal dan haram. Para penuntut ilmu agama tentu sekali tahu perbezaan istidlal (pengambilan dalil) dengan hadith pada bab manaqib atau ahkam. 


ibid, ms. 206-207. 
Kisah ini diriwayatkan di dalam Shahih Al-Bukhari, Bab Nikah, dinukilkan oleh Ibn Hajar di dalam kitabnya Fath al-Bari, diriwayatkan oleh Imam Abdur Razak ash-Shan’ani di dalam kitabnya Al-Mushannaf (7/478), Al-Hafiz Al-Baihaqi di dalam kitabnya Ad-Dala’il, Ibn Kathir di dalam kitabnya, Al-Bidayah, bab As-Sirah an-Nabawiyyah (1/224), Ibn Ad-Daiba asy-Syaibani di dalam kitabnya Hada’iq al-Anwar (1/134), Imam Hafiz al-Baghawi di dalam kitabnya Syarh Sunnah (9/76), Ibn Hisyam dan As-Suhaili di dalam Ar-Raudh al-Unuf (5/192), Al-Amiri di dalam kitabnya Bahjah al-Mahafil (1/41) dan lain-lain. 


Imam As-Sakhawi (902H) berkata: 


لَمْ يَفْعَلْهُ أَحَدٌ مِنَ السَّلَفِ فِي الْقُرُونِ الثَّلاَثَةِ، وَإِنَّمَا حُدِثَ بَعْدُ، ثُمَّ لاَ زَالَ أَهْلُ اْلإِسْلاَمِ مِن سَائِرِ اْلأَقْطَارِ وَالْمُدُنِ يَعْمَلُونَ الْمَوْلِدِ وَيَتَصَدَّقُونَ فِي لَيَالِيهِ بِأَنوَاعِ الصَّدَقَاتِ وَيَعْتَنُونَ بِقِرَاءَةِ مَوْلِدِهِ الْكَرِيمِ، وَيَظْهَرُ عَلَيْهِمْ مِن بَرَكَاتِهِ كُلَّ فَضْلٍ عَمِيمٍ. 


“Tidak pernah dilakukannya seorang dari golongan Salaf pada kurun ketiga. Ia hanyalah baru dibuat selepasnya. Kemudian orang Islam dari seluruh kampung dan kota sentiasa menyambut Maulid. Mereka bersedekah pada malam-malam Maulid dengan pelbagai sedekah dan mengambil berkat dengan pembacaan kisah kelahiran Baginda yang mulia. Dan terzahirlah ke atas mereka keberkatan Junjungan Mulia dengan kelebihan yang meliputi.” 


Di dalam kitab Al-Madkhal disebutkan: 


فَكَانَ يَجِبُ أَن نَزْدَادَ يَوْمَ اْلإِثْنَيْنِ الثَّانِي عَشَرَ فِي رَبِيعِ اْلأَوَّلِ مِنَ الْعِبَادَاتِ وَالْخَيْرِ شُكْرًا لِلْمَوْلَى عَلَى مَا أولاَنَا مِنْ هَذِهِ النِّعَمِ الْعَظِيمَةِ وَأَعْظَمُهَا مِيلاَدُ الْمُصْطَفَى. 


“Maka adalah wajiblah kita mempertingkatkan ibadah-ibadah dan kebaikan pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awwal sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan nikmat yang besar kepada kita dan sebesar-besar nikmat itu ialah kelahiran Al-Musthofa.” 


Antara cara membesarkan kedudukan Baginda Rasulullah ialah seperti yang disebutkan di dalam kitab Ad-Durar as-Saniyah: 


وَمِن تَعْظِيمِهِ اَلْفَرْحُ بِلَيْلَةِ وِلاَدَتِهِ وَقِرَاءَةُ الْمَوْلِدِ. 


“Dan antara cara membesarkan Rasulullah ialah bergembira pada malam kelahirannya dan dengan membaca kisah kelahirannya.” 


Imam Muhammad Abd al-Baqi az-Zarqani menyebutkan: 


إِنَّ اتِّخَاذَ الْوَلِيمَةِ وَإِطْعَامَ الطَّعَامِ مُسْتَحَبٌّ فِي كُلِّ وَقْتٍ، فَكَيْفَ إِذَا انضَمَّ إِلَى ذَلِكَ الْفَرْحِ وَالسُّرُورِ بِظُهُورِ نُورِ النَّبِي فِي هَذَا الشَّهْرِ الشَّرِيفِ، وَلاَ يَلْزَمُ مِن كَوْنِهِ بِدْعَةً كَوْنُهُ مَكْرُوهًا، فَكَمْ مِن بِدْعَةٍ مُسْتَحَبَّةٍ بَلْ قَدْ تَكُونُ وَاجِبَةً. 


“Sesungguhnya mengadakan keraian dan memberi makanan adalah sunat pada setiap waktu. Alangkah eloknya jika dikaitkan kesukaan dan kegembiraan itu dengan lahirnya Nabi yang bercahaya pada bulan yang mulia ini. Dan tidaklah dilazimkan dari keadaannya perkara baru yang makruh, maka berapa banyak dari bid’ah yang sunat kadang-kadang menjadi wajib?” 


As-Sirah al-Halabiyyah, Ali bin Burhan ad-Din al-Halabi, 1/83-84. 
Al-Madkhal, 1/361. 
Ad-Durar as-Saniah, ms. 190. 


Beliau ialah Al-Allamah Muhammad bin Abd al-Baqi bin Yusuf az-Zarqani al-Mishri, penutup kepada sekalian muhaddithin di Mesir. Meninggal pada tahun 1099H. 
Syarh Al-Mawahib al-Ladunniyyah, Az-Zarqani. 


Di dalam Al-Fatawa al-Kubra, Imam Ibn Hajar al-Haitami menulis: 


أَصْلُ عَمَلِ الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ لَمْ تُنقَلْ عَنْ أَحَدٍ مِنَ السَّلَفِ الصَّالِحِ مِنَ الْقُرُونِ الثَّلاَثَةِ، وَلَكِنَّهَا مَعَ ذَلِكَ قَدِ اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ وَضِدِّهَا فَمَن تَحَرَّى فِي عَمَلِهَا الْمَحَاسِنَ وَجَنَّبَ ضِدَّهَا كَانَ بِدْعَةً حَسَنَةً، وَإِلاَّ فَلاَ، وَقَدْ ظَهَرَ لِي تَخْرِيجُهَا عَلىَ ثَابِتٍ فِي الصَّحِيحَيْنِ مِنْ أَنَّ النَّبيَّ قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ يَصُومُونَ يَوْمَ عَاشُورَاءِ، فَسَأَلَهُمْ فَقَالُوا: هُوَ يَوْمٌ أَغْرَقَ اللهُ فِيهِ فِرْعَوْنَ وَنَجَى مُوسَى فَنَحْنُ نَصُومُهُ شُكْرًا لِلّهِ تَعَالَى، فَيُسْتَفَادُ مِنْهُ الشُّكْرُ لِلّهِ عَلَى مَا مِن بِهِ فِي يَوْمٍ مُعَيَّنٍ مِنْ إِسْدَاءِ نِعْمَةٍ أَوْ دَفْعِ نِقْمَةٍ، وَيُعَادُ ذَلِكَ فِي نَظِيرِ ذَلِكَ الْيَوْمِ مِن كُلِّ سَنَةٍ، وَالشُّكْرُ لِلّهِ يَحْصُلُ بِأَنوَاعِ الْعِبَادَةِ كَالسُّجُودِ وَالصِّيَامِ وَالصَّدَقَةِ وَالتِّلاَوَةِ، وَأَيُّ نِعْمَةٍ أَعْظَمُ مِنَ النِّعْمَةِ بِبُرُوزِ هَذَا النَّبِيِّ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ، وَعَلَى هَذَا فَيَنبَغِي أَن يَقْتَصِرَ فِيهِ عَلَى مَا يُفْهَمُ الشُّكْرُ لِلّهِ تَعَالَى مِنَ التِّلاَوَةِ وَاْلإِطْعَامِ وَإِنشَادِ الشَّيْءِ مِنَ الْمَدَائِحَ النَّبَوِيَّةِ الْمُحَرَّكَةِ لِلْقُلُوبِ إِلَى فِعْلِ الْخَيْرِ وَالْعَمَلِ لِلآخِرَةِ، وَأَمَّا مَا يَتَّبعُ ذَلِكَ مِنَ السِّمَاعِ وَاللَّهْوِ وَغَيْرِ ذَلِكَ فَيَنبَغِي أَن يُقَالَ: مَا كَانَ مِن ذَلِكَ مُبَاحًا بِحَيْثُ يَقْتَضِي السُّرُورُ بِذَلِكَ الْيَوْمِ لاَ بَأْسَ بِإلْحَاقِهِ بِهِ، وَمَا كَانَ حَرَامًا أَوْ مَكْرُوهًا فَيُمْنَعُ، وَكَذَا مَا كَانَ خِلاَفَ اْلأَوْلَى. 


“Asal amalan menyambut Maulid adalah perkara baru yang tidak diambil dari seorang pun di kalangan Salafus Soleh dari kurun yang ketiga. Akan tetapi, ia mengandungi kebaikan dan tidak menyalahinya. Maka sesiapa yang meluaskan dirinya beramal segala kebaikan dan menjauhi yang dilarang, adalah ia Bid’ah Hasanah. Jika tidak, bukanlah ia Bid’ah Hasanah. Dan sesungguhnya telah zahir kepadaku dalam mentakhrij hadith tentangnya atas apa yang thabit di dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim dari sesungguhnya Nabi datang ke Madinah, lalu mendapati orang Yahudi sedang berpuasa pada hari Asyura’ (10 Muharram). Nabi lalu bertanya kepada mereka tentang perkara tersebut. Mereka menjawab: Ia adalah hari di mana Allah menenggelamkan padanya Fir’aun dan menyelamatkan Musa. Lalu kami berpuasa pada hari ini sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala. Maka apa yang boleh diambil faedah daripada perkara ini ialah kesyukuran kepada Allah dilakukan pada hari tertentu kerana mensyukuri nikmat atau tertolaknya bala. Dan diulangi perkara tersebut kerana perkara itu pada setiap tahun. Dan berterima kasih kepada Allah boleh juga dengan mempelbagaikan ibadah seperti sujud, puasa, sedekah, membaca Al-Qur’an. Dan apakah nikmat yang paling besar pada hari itu dari nikmat-nikmat lain selain dari lahirnya Nabi ini, Nabi yang membawa rahmat? Atas dasar inilah sewajarnyalah untuk memfokuskan pada hari itu dengan kefahaman kesyukuran kepada Allah dengan membaca Al-Qur’an, memberi makan, melantunkan sesuatu dari puji-pujian ke atas Nabi yang boleh menggerakkan hati untuk berbuat kebaikan dan beramal untuk akhirat. Dan adapun yang dibuat ketika itu dengan pendengaran dan perkara sia-sia dan selain itu, maka sewajarnya dikatakan: Apa-apa yang ada dalamnya perkara Mubah (harus) di mana kegembiraan pada hari itu tidak mengapa kerana keterikatannya dengan hari Maulid. Dan apa-apa yang haram atau makruh, maka dilarang dan demikian juga apa-apa yang menyalahi khilaf yang utama.” 


Al-Fatawa al-Kubra, 1/196. 


Di dalam Fatawa Syar’iyyah disebutkan: 


إِنَّ إِحْيَاءَ لَيْلَةِ الْمَوْلِدِ الشَّرِيفِ، وَلَيَالِي هَذَا الشَّهْرِ الْكَرِيمِ الَّذِي أَشْرَقَ فِيهِ النُّورُ الْمُحَمَّدِيُّ إِنَّمَا يَكُونُ بِذِكْرِ اللهِ تعالى وَشُكْرِهِ لِمَا أَنْعَمَ بِهِ عَلَى هَذِهِ اْلأُمَّةِ مِن ظُهُورِ خَيْرِ الْخَلْقِ إِلَى عَالَمِ الْوُجُودِ، وَلاَ يَكُونُ ذَلِكَ إِلاَّ فِي أَدَبٍ وَخُشُوعٍ وَبُعْدٍ عَنِ الْمُحَرَّمَاتِ وَالْبِدَعِ الْمُنكَرَاتِ، وَمِن مَظَاهِرِ الشُّكْرِ عَلَى حُبِّهِ مُوَاسَاةُ الْمُحْتَاجِينَ بِمَا يُخَفِّفُ ضَائِقَتِهِمْ وَصِلَةُ اْلأَرْحَامِ، وَاْلإِحْيَاءُ بِهَذِهِ الطَّرِيقَةِ وَإِن لَّم يَكُن مَأْثُورًا فِي عَهْدِهِ وَلاَ فِي عَهْدِ السَّلَفِ الصَّالِحِ إِلاَّ أَنَّهُ لاَ بَأْسَ بِهِ وَسُنَّةٌ حَسَنَةٌ. 


“Sesungguhnya menghidupkan malam Maulid Nabi yang mulia, dan malam-malam pada bulan yang mulia yang telah terbit padanya cahaya Nabi Muhammad hanyalah dengan tujuan mengingati Allah dan bersyukur kepadaNya kerana Dia telah memberi nikmat ke atas umat ini dengan kelahiran sebaik-baik makhluk ke alam wujud ini. Tidaklah akan dapat kelebihan padanya melainkan menyambut dengan adab dan khusyu’ serta menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang diharamkan dan bid’ah yang mungkar. Dan termasuk dalam tanda kesyukuran atas kecintaan padanya ialah membantu orang yang memerlukan dengan meringankan kesempitan mereka dan menyambung silaturrahim. Dan menghidupkannya dengan cara sebegini, walaupun tidak ada pada zaman Baginda , dan tidak pula pada masa Salafus Soleh, akan tetapi ia sesungguhnya tidak mengapa dan ia adalah sunah yang baik.” 


وَإِكْرَامًا لِهَذَا الْمَوْلِدِ الْكَرِيم ِ ، فَإِنَّهُ يَحِقُّ لَنَا أَن نَظْهَرَ مَعَالِمَ الْفَرْحِ وَاْلإِبْتِهَاجِ بِهَذِهِ الذِّكْرَى الْحَبِيبَةِ لِقُلُوبِنَا كُلَّ عَامٍ، وَذَلِكَ بِاْلإِحْتِفَالِ بِهَا مِن وَقْتِهَا... 


“Dan memuliakan kelahiran Nabi yang mulia ini, maka sesungguhnya menjadi hak (tanggungjawab) kepada kita untuk menzahirkan tanda-tanda kegembiraan dan kesukaan dengan ingatan yang disukai ini ke dalam hati-hati kita pada setiap tahun dengan cara menyambutnya ketika sampai waktunya.” 


Fatawa Syar’iyyah, 1/131. 
Ala Ma’idah al-Fikr al-Islami, ms. 295. 


Di dalam kitab Ala Ma’idah al-Fikr al-Islami ditulis: 


إِنَّ اْلإِحْتِفَالَ بِذِكْرَى الْمَوْلِدِ النَّبَوِيِّ الشَّرِيفِ أَصْبَحَ وَاجِبًا أَسَاسِيًّا لِمُوَاجِهَةِ مَا اسْتَجَدَّ مِنَ اْلإِحْتِفَالاَتِ الضَّارَّةِ فِي هَذِهِ اْلأَيَّامِ. 


“Sesungguhnya menyambut peringatan Maulid Nabi yang mulia menjadi wajib yang asas sebagai menghadapi dengan apa yang dibuat-buat dari perayaan-perayaan yang memudaratkan pada hari ini.” 


Imam Ibn Hajar al-Haitami berpendapat: 


وَالْحَاصِلُ أَنَّ الْبِدْعَةَ الْحَسَنَةَ مُتَّفَقٌ عَلَى نَدْبِهَا، وَعَمَلُ الْمَوْلِدِ وَاجْتِمَاعُ النَّاسِ لَهُ كَذَلِكَ، أَيْ بِدْعَةٌ حَسَنَةٌ. 


“Dan kesimpulannya, sesungguhnya Bid’ah Hasanah (yang baik) diittifaqkan atas sunat melakukannya. Dan perbuatan Maulid dan berkumpulnya orang ramai untuk menyambutnya begitu juga, iaitu ia adalah Bid’ah Hasanah.” 


Dalam Madarij ash-Shu’ud Syarh al-Barzanji disebutkan, Rasulullah bersabda: 


"Siapa menghormati hari lahirku, tentu aku berikan syafaat kepadanya di Hari Kiamat." 
Sayyiduna Umar Ibn Khattab secara bersemangat mengatakan: “Siapa yang menghormati hari lahir Rasulullah sama ertinya dengan menghidupkan Islam!” 


Syaikh Mutawalli Sya’rawi berkata: “Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran Baginda dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira di atas kelahiran Baginda , kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran Baginda ?.” 


Ketika menjawab persoalan tentang sambutan Maulidur Rasul , Syaikh Ali Jum’ah, Mufti Besar Mesir menjawab: 


"Kita merayakan kelahiran Nabi Muhammad kerana kita mencintai Baginda . Dan bagaimana kita tidak mencintai Baginda , sedangkan seluruh alam semesta mengenali dan mencintai Baginda . Ingatlah hadith tentang sebatang pohon kurma yang tak bernyawa, betapa ia menyayangi dan mencintai Nabi serta rindu untuk selalu dekat dengan Nabi yang mulia, malah menangis sebanyak-banyaknya kerana rindu kepada Nabi .” 


Al-Mausu’ah al-Yusufiyyah fi Bayan Adillah ash-Shufiyyah, ms. 141. 
ibid, 139. 


Kitab Maulid al-Barzanji adalah antara kitab yang sangat masyhur nama dan keberkatannya. Di Malaysia dan alam Melayu khususnya, kitab ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama asal kitab ini ialah 'Iqd al-Jawahir (ertinya kalung permata). Nama Barzanji diambil dari nama pengarangnya iaitu Syaikh Jaafar al-Barzanji bin Husin bin Abd al-Karim, berasal dari sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj. Kitab ini disusun untuk menceritakan tentang kehidupan Nabi Mulia, Rasulullah , silsilah keturunannya, masa kehidupan dari kanak-kanak, remaja, pemuda, sehingga diangkat menjadi Rasul. Ia juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Baginda untuk dijadikan teladan umat manusia. 
Lihat kitab beliau Maidah al-Fikr al-Islamiyyah, ms. 295. 
Lihat Al-Bayan al-Qawim li Tashhih Ba'dh al-Mafahim, ms. 33. Hadith tentang diriwayatkan oleh ramai para ulama’ dan Huffaz umpama diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Al-Bukhari, At-Tirmizi, Ibn Majah, Ad-Darimi, Ibn Hibban, Ibn Abi Syaibah, Ath-Thobrani dan Abu Ya’la. 




Beliau mengatakan lagi dalam kitabnya Al-Bayan lima Yasyghal al-Azhan: 


“Dan mengadakan sambutan peringatan Maulid Nabi termasuk daripada amalan yang paling afdhal dan qurbah yang paling besar, kerana sesungguhnya sambutan itu adalah manifestasi atas kegembiraan dan kecintaan kepada Baginda . Dan mahabbah (cinta) kepada Nabi adalah satu dasar daripada dasar-dasar iman. Dan sesungguhnya telah shahih yang sesungguhnya Nabi telah bersabda: "Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaanNya, tidaklah (sempurna) iman seseorang daripada kamu sehinggalah Aku lebih dicintainya dari ayah dan anaknya.” Dan sesungguhnya, Baginda bersabda: "Tidaklah (sempurna) iman seseorang daripada kamu sehinggalah Aku lebih dicintainya dari anak, ayah dan manusia seluruhnya." 
(Syaikh Ali Jum’ah juga menyebutkan:) 


“Dan sejumlah para ulama’ dan fuqaha’ telah menulis tentang bolehnya menyambut Maulidur Rasul yang mulia dengan dalil-dalil yang shahih tentang sunatnya perkara ini. Oleh itu, orang yang berakal, mempunyai kefahaman dan pemikiran yang benar tidak akan mengingkari apa yang telah dibuat oleh para Salafus Soleh yang menyambut majlis peringatan kelahiran Nabi . Di dalam kitab Al-Madkhal, Ibn Hajj menjelaskan dengan panjang lebar tentang keutamaan-keutamaan Maulidur Rasul dan mengemukakan huraian yang penuh manfaat yang membuat hati orang-orang yang beriman menjadi lapang dan tenang. Perlulah diketahui bahawa beliau sendiri menulis kitab tersebut dengan tema mencela perkara-perkara bid’ah yang diada-adakan yang terkeluar dari dalil Syariat.” 


Oleh kerana beliau memuji dan memuliakan Maulidur Rasul dalam buku yang sama, ia tidaklah termasuk dalam perkara bid’ah (Dhalalah) mengikut Ibn Hajj. 


Syaikh Yusuf al-Qardhawi menyebutkan di dalam ceramahnya: 


تُذَكُّرُ النَّاسِ لِلْمَعَانِي الطَّّّيِّبَةِ وَلِلسِّيَرِ الْفَاضِلَةِ هَذَا أَمْرٌ مَحْمُودٌ، وَلاَ يَنبَغِي أَن يُذَمَّ، وَلِذَلِكَ لاَ مَعْنىَ لأَن يَقُولَ بَعْضُ النَّاسِ: إِنَّكُمْ تَبْتَدِعُونَ حِينَمَا تُحْيُونَ ذِكْرَ مَوْلِدِ رَسُولِ اللهِ ، فَنَحْنُ نُذَكِّرُ النَّاسَ بِنِعْمَةِ رِسَالَةِ رَسُولِ اللهِ ، بِهَذِهِ الرِّسَالَةِ الَّتِي وَصَفَهَا اللهُ بِقَوْلِهِ: (( وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ ))

“Mengingatkan manusia kepada makna-makna yang baik dan perjalanan sirah yang terpuji, ini adalah suatu perkara yang dipuji, dan tidak sepatutnya dicela. Oleh itu, tidak ada faedah sesetengah orang yang berkata: “Sesungguhnya kamu melakukan bid’ah ketika kamu menghidupkan (menyambut) majlis memperingati Maulidur Rasulullah .” 


Al-Qahirah: Al-Maqthum li An-Nasyr wa at-Tauzi’, Cetakan Pertama, 1425H/ 2005M, ms. 164. 
Rujuk Al-Bayan lima Yasyghalu al-Azhan, ms. 165. 


Kita mengingatkan manusia dengan suatu nikmat risalah Rasulullah , yang dengan risalah inilah, yang disifatkan oleh Allah dalam firmanNya: (Mafhumnya): ““Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah Al-Anbiya’: 107).” 


Syaikh Yusuf Khator menyebutkan: 


اِعْلَمْ أَنَّ مِنَ الْبِدَعِ الْمَحْمُودَةِ عَمَلُ الْمَوْلِدِ الشَّرِيفِ مِنَ الشَّهْرِ الَّذِي وُلِدَ فِيهِ. 


“Ketahuilah bahawasanya di antara Bid’ah yang dipuji ialah amalan menyambut Maulid Nabi yang mulia dari bulan yang dilahirkan Baginda padanya.” 
(Beliau menyebutkan lagi:) 


فَاْلإِجْتِمَاعُ لِسِمَاعِ قِصَّةِ صَاحِبِ الْمُعْجِزَاتِ عَلَيْهِ أَفْضَلُ الصَّلَوَاتِ وَأَكْمَلُ التَّحِيَّاتِ مِنْ أَعْظَمِ الْقُرُبَاتِ لِمَا يَشْمَلُ عَلَيْهِ مِنَ الْمُعْجِزَاتِ وَكَثْرَةِ الصَّلَوَاتِ. 


“Maka perkumpulan untuk mendengar kisah yang empunya mukjizat (Rasulullah ), ke atasnya seafdhal-afdhal selawat dan sesempurna tahiyyat adalah termasuk dalam perkara taqarrub (mendekat diri kepada Allah) yang terbesar kerana ia mencakupi mukjizat-mukjizat dan banyaknya selawat.” 


Di dalam kitab I’anah ath-Tholibin disebutkan: 


وَمِنْ أَحْسَنِ مَا ابْتَدَعَ فِي زَمَانِنَا مَا يَفْعَلُ كُلَّ عَامٍ فِي الْيَوْمِ الْمُوَافِقِ لِيَوْمِ مَوْلِدِهِ مِنَ الصَّدَقََاتِ وَالمَعْرُوفِ وَإِظْهَارِ الزِّينَةِ وَالسُّرُورِ. 


“Dan termasuk yang terbaik dari apa yang dibuat pada zaman kita ialah apa yang disambut setiap tahun yang bertepatan dengan hari kelahiran Rasulullah dengan bersedekah dan berbuat kebaikan serta menzahirkan perhiasan dan kesukaan.” 


Guru dan sahabat Al-Faqir, Al-Fadhil Ustaz Abu Muhammad menulis: 


“Maulid Barzanji telah masyhur di rantau sebelah kita. Amalan membacanya telah menjadi tradisi masyarakat kita di alam Melayu ini. Ketibaan bulan kelahiran Junjungan Nabi memeriahkan lagi majlis-majlis pembacaan kitab Maulid Barzanji dan alhamdulillah ianya masih berkekalan sehingga ke saat ini, walaupun dikecam dan disesatkan oleh puak kaum mudah. Sungguh menghairankan bila membaca kitab sirah yang sarat dengan mahabbatur Rasul (cinta kepada Rasulullah), tiba-tiba hendak diharamkan sebab kononnya bid’ah, kononnya ada unsur pengagungan yang berlebihan, kononnya ada syirik, sedangkan apa yang didakwa syirik dan berlebihan itu hanyalah kesalahan mereka dalam memahami kata-kata Imam Ja’far al-Barzanji akibat kail mereka yang hanya sejengkal untuk menduga lautan dalam …Allahu … Allah.


Syukurlah, amalan bermaulid, bermarhaban dan membaca Barzanji telah mendapat sokongan dan dokongan para ulama’ kita antaranya seperti di Sarawak ini oleh almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan. Datuk Kadir Hassan dalam fatwanya menyatakan:- 


Ucapan ini boleh dilihat dan didengar melalui Youtube. 


Al-Mausu’ah al-Yusufiyyah fi Bayan Adillah ash-Shufiyyah, ms. 141. 
ibid, ms. 141. 
3/264. 


Beliau adalah pemilik blog bahrusshofa.blogspot yang terkenal itu.