Monday, 26 December 2011

APA SEBENARNYA DI SEBALIK TABIR KRISIS KEWANGAN 1997/1998..???






KRISIS KEWANGAN 1997/1998 
IKUTI KENYATAAN LENGKAP YANG DITULIS OLEH NOR MOHAMED YAKCOB :

MUNCULNYA satu detik, yang jarang sekali berlaku dalam hidup, apabila suatu peristiwa menakrifkan semula kehidupan seseorang dan merubah haluan buat selama-lamanya. Bagi saya, pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Buenos Aires, Argentina, pada petang 2 Oktober 1997 merupakan detik itu. Ia membolehkan saya memberi tumpuan selama enam tahun dalam kehidupan saya untuk berkhidmat dengan beliau, dan menemuinya hampir setiap hari. Sepanjang proses itu, ia membolehkan saya melihat lebih dekat keupayaan yang dimiliki insan hebat ini.

BEKAS WAKIL RAKYAT DAP KEKAL DIPENJARA 10 TAHUN..!!!



Mahkamah Tinggi Seremban, mengekalkan hukuman penjara 10 tahun ke atas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP, M. Kuppusamy atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah hampir RM70,000, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Zulkifli Bakar memutuskan demikian selepas menolak rayuan Kuppusamy, 61, yang juga seorang peguam untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen.


Kuppusamy disabitkan bersalah atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang tuntutan insurans kemalangan daripada Syarikat Tahan Insurance Malaysia Bhd. sebanyak RM66,647.44 atas nama Zainal Abdul Majid, 65, yang telah diamanahkan kepadanya.


Dia melakukan kesalahan itu di CIMB Bank, Wisma Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan di sini antara 29 Oktober dan 6 Disember 2005.


Tertuduh yang pernah dipilih sebagai ADUN Rasah dari 1978 hingga 1982 dan juga ADUN Jimah selama satu penggal pada 1986 didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan atau kedua-duanya.



GEMPAR!!! SIAPA MENGAMUK DI AMPANG..???



GEMPARRR..!!! KETUA PEMUDA MENGAMUK SAKAN..!!!



Safarizul Mustafa ada hak untuk berasa marah dan melampiaskan kemarahannya. Apakan tidak, terlalu banyak kerja yang ditinggalkan oleh Zuraidah Kamaruddin, Khassin Aziz dan Azmin Ali di Ampang. Segala kerja wakil-wakil PKR dan PAS itu terpaksa diambilalih oleh UMNO Ampang dengan bantuan NGO serta parti komponen yang lain. Zuraidah selaku Ahli Parlimen, langsung tidak berfungsi. Sebaliknya lebih kerap berjalan ke sana ke mari berceramah dan menghasut. Manakala Khassin, ADUN Lembah Jaya pula semakin terikut-ikut dengan perangai bodoh Zuraidah Kamaruddin dengan membuat tuduhan yang bukan-bukan, terutama yang membabitkan tanah yang kononnya telah dirampas oleh bangunan UMNO Ampang.

Azmin Ali tidak perlulah diperkatakan. Hidup mati Azmin Ali hanyalah untuk Anwar Ibrahim. Khidmat kepada masyarakat yang diwakilinya di Bukit Antarabangsa langsung tidak dihiraukan. Rakyat dan pengundi di Bukit Antarabangsa terabai dan tidak pernah melihat muka atau bentuk tubuh Azmin Ali sebagai wakil rakyat mereka.
Menurut Safarizul Mustafa, Ketua Pemuda Ampang yang dikenali kerana mulutnya yang lantang, menuduh Zuraidah Kamaruddin sebagai Ahli Parlimen Ampang yang makan gaji buta. Selama tiga tahun dilantik sebagai Ahli Parlimen, Zuraidah Kamaruddin terlupa bahawa khidmatnya amat diperlukan oleh pengundi-pengundi serta penduduk di Ampang. Pengundi dan penduduk Ampang tidak memerlukan seorang penjilat Anwar Ibrahim yang sentiasa mencari jalan agar namanya disiarkan oleh media, sama ada media baru mahupun media konvensional kerana cetusan isu-isu yang tidak ada kena-mengena langsung dengan kepentingan penduduk serta pengundi di Ampang.

Ampang mempunyai masalah yang sangat besar terutama yang membabitkan prasarana. Sepanjang Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, Ampang seolah-olah dipinggirkan. Pembangunan yang ada, semuanya dibuat pada zaman Barisan Nasional. Tidak ada satu pembangunan pun yang dilakukan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Kalau ada pun, hanyalah kenaikan cukai pintu dan perampasan kontrak pembersihan daripada Alam Flora Sdn. Bhd. untuk dibahagi-bahagikan sesama kroni Zuraidah Kamaruddin dan Azmin Ali dengan Khassim Aziz sebagai pecacai!

Longkang tersumbat, rumput meliar yang tidak dipotong, sampah sarap berulat dan jalanraya yang sangat teruk di seluruh Ampang, adalah bukti nyata dan jelas tentang kelemahan Pakatan Rakyat yang menguasai ketiga-tiga kerusi DUN dan Parlimen di Ampang.

Sebaliknya sebarang kesukaran yang dialami oleh penduduk dan pengundi, maka pejabat UMNO Bahagian di Jalan Bukit Belacan jugalah yang menjadi tumpuan mereka. Sekalipun UMNO tidak mempunyai satu kerusi pun di Ampang, tetapi wakil-wakil UMNO jugalah tempat mengadu nasib.

“Kalau dah pandai bercakap, mengapa tak pandai bekerja? Kononnya, banyak masalah yang ditimbulkan oleh UMNO telah diatasi oleh Ampang. Sekarang, saya nak cabar, masalah apa yang telah diselesaikan oleh Pakatan di Ampang? Kerja-kerja jahat UMNO yang mana telah dipulihkan oleh Ampang dan ADUN Lembah Jaya serta Bukit Antarabangsa?”

Menurut Safarizul, kepakaran Zuraidah Kamaruddin hanyalah mengelirukan masyarakat. Retorik kononnya Pakatan telah menyelesaikan dan menunaikan janji-janji pilihanraya, menjadi bahan ceramah Zuraidah, sedangkan hakikatnya tidak ada satu pun janji-janji tersebut ditunaikan.

“Semuanya menipu! Semuanya membohong! Zuraidah dan Anwar Ibrahim sama sahaja. Kedua-duanya kuat memperdayakan masyarakat!” luah Safarizul dengan penuh kemarahan.

Menurut Safarizul, pendedahan besar-besaran tentang kejahatan Zuraidah Kamaruddin dan pembohongan Pakatan Rakyat di Ampang, akan dibuat. Terutama tuduhan yang mengatakan bangunan pejabat UMNO Bahagian telah ‘merampas’ tanah sekolah agama. Pendedahan tersebut yang bakal dibuat secara terperinci bukan sahaja menafikan tuduhan berkenaan, sebaliknya membuktikan Zuraidah Kamaruddin dan Khassim Abdul Aziz sebagai penduduk Ampang yang tidak mengetahui sejarah sebenar Ampang, serta kawasan-kawasan perumahan yang terdapat di Ampang!

Sumber: Klik Sini

HARAKAH TIDAK MEMBERI RUANG KEPADA DR. HASSAN..???!!!

Dr Hassan : ‘Tiada Ruang Untuk Saya Bersuara Dalam Harakah’

KUALA LUMPUR: Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali menegur lidah rasmi PAS Harakah yang didakwanya hanya membuat liputan berita terhadap golongan tertentu sahaja dan mengenepikan pihak lain.
Katanya, keadaan itu ketara lebih-lebih lagi isu membabitkan dirinya sejak dua minggu lepas, malah beliau tidak diberikan ruang dalam media parti sendiri untuk bersuara.
“Kalau buat analisis kajian kandungan dalam Harakah berhubung polemik ini sejak dua mniggu lepas berapa peratus ruang yang diberikan untuk Hasan Ali?
“Masa saya jadi Pesuruhjaya PAS Selangor pun tak banyak peruntukan diberikan kepada saya berbanding orang lain, kadang-kadang ruang diberikan kepada parti komponen lain lebih besar berbanding golongan tertentu dalam PAS sendiri,” katanya dalam sidang media di rumahnya di sini hari ini.
Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas mengenai temuramahnya dengan TV3 menerusi slot ‘Soal Jawab’ Rabu lalu.
Katanya, perkara ini dapat dibuktikan apabila Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang pernah memanggil media termasuk Harakah untuk menjelaskan pandangannya mengenai isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
`Mungkin perintah orang berkuasa’
“Biasanya kalau timbalan mursyidul nak keluar akhbar mereka ini didahulukan tapi kemungkinan atas perintah orang yang berkuasa dalam Harakah didapati artikel sampai sekarang tak tersiar.
“Bayangkan kalau berita timbalan mursyidul am pun tak keluar apatah lagi Hasan Ali,” katanya yang mendakwa turut mendapat aduan yang sama daripada anggota dan pimpinan PAS yang lain mengenai isu ini.
Walaupun tidak menafikan sumbangan besar Harakah dari zaman merdeka sehingga kepada kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya, Dr Hasan berkata pimpinan tertinggi perlu melihat semula struktur organisasinya walaupun isu ini pernah dibincangkan dalam parti.
Sementara itu, Dr Hasan berkata beliau terbuka menerima mana-mana media yang mampu meletakkan berita itu ke pangkuan masyarakat seluas-luasnya dan tidak nampak kemudaratan yang diberikan kepada diberikan kepada dirinya dan parti sepanjang polemik ini timbul.
“Keterbukaan mereka untuk menerima orang seperti saya lebih besar daripada apa yang ada dalam media milik parti sendiri.
“Saya gunakan media yang dah sedia kukuh dengan tiada niat untuk mengambil keuntungan politik dan saya merasakan itu tindakan terbaik untuk saya setakat ini,” katanya – FMT

UMAT ISLAM WAJIB BACA..!!! KENAPA NFC DIBENCI....!!!! ( PART 1 )

UMAT ISLAM WAJIB BACA !!! 

KENAPA NFC DIBENCI DAPigs ?? 

(PART 1)

Telenovela Episode 1 : Kenapa NFC Dikecam Dan Disabotaj Dengan Maha Hebat ???

Sebelum aku ceritakan panjang lebar, aku nak kongsi dulu 1 article dari seorang Felo Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Muhammad Hisyam Mohamad.


Konsep halal perkasakan ekonomi ummah



HALAL adalah satu kata nama bahasa Arab di mana kata kerjanya ialah halla, yahillu, hillan yang membawa erti membebaskan, melepaskan, memecahkan, membubarkan dan membolehkan.
Apabila ia digunakan dalam bidang perundangan Islam, ia membawa maksud; pertama, segala yang menyebabkan seseorang itu tidak dihukum jika menggunakannya dan keduanya sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak.
Al-Jurjani dalam kitab Al-Ta'rifat menjelaskan pengertian halal dengan maksud pertama, merujuk kepada keharusan menggunakan benda atau apa-apa yang diperlukan untuk memenuhi keperluan jasmani seperti makanan, minuman dan ubat-ubatan. Sementara maksud kedua bersangkut dengan keharusan memanfaatkan, memakan, meminum dan mengerjakan sesuatu yang kesemuanya ditentukan berdasarkan nas.
Banyak ayat al-Quran menggunakan istilah halal. Antaranya ialah berhubung soal muamalat, kekeluargaan, perkahwinan dan rezeki.
Apa yang menarik tentang konsep makanan dan rezeki halal dalam al-Quran ialah kata sifat toyyib yang mengekorinya. Toyyib (atau toyyibah; toyyibat atau tuuba sebagai jamak) daripada segi makna ialah sesuatu yang baik atau berlawanan dengan buruk. Jadi apabila disebut halalan toyyiban ia memberi maksud sesuatu yang halal dan bersifat baik serta elok.
Konsep ini sangat positif untuk semua aspek kehidupan manusia. Ia merupakan satu tuntutan dan menjadi tanggungjawab setiap orang untuk memenuhinya.
Proses penyediaan makanan dan minuman halal yang bermula daripada penyediaan bahan mentah hinggalah ia terhidang di atas meja sepatutnya dilakukan oleh orang Islam itu sendiri.
Tanggungjawab ini tidak sepatutnya diletak di bahu penganut agama lain kerana mereka tidak mampu memahami kepentingan konsep halalan toyyiban secara sempurna.
Namun hakikatnya, pengeluar-pengeluar bukan Muslim kini menguasai sebahagian besar pasaran makanan halal negara. Mengikut Unit Perancang Ekonomi, jumlah penduduk Malaysia pada 2008 (termasuk bukan warganegara) berjumlah 27.9 juta orang dengan 13.66 juta adalah penduduk Melayu.
Namun hanya 15 peratus sahaja pasaran makanan halal dikuasai oleh pengusaha Muslim.
Kecenderungan umat Islam menjadi pembeli dan ketiadaan minat untuk menjadi usahawan merupakan antara sebab utama keadaan ini berlaku.
Kegagalan kita untuk terlibat secara giat dalam bidang perniagaan dan industri menyebabkan umat Islam terpaksa bergantung secara berterusan kepada barangan keluaran bukan Islam.
Sesungguhnya kekuatan ekonomi atau kekayaan yang dijana menerusi usaha yang halal merupakan unsur terpenting bagi membolehkan umat Islam menjalani kehidupan sempurna lagi diberkati.
Sebenarnya jika kita memperhalusi hikmah di sebalik tuntutan agama supaya penganut memperlengkapkan diri dengan kekuatan ekonomi, ia berkait rapat dengan unsur paling atas dalam susunan maslahah daruriyyat. Ia merupakan tuntutan untuk menjaga kesucian agama dan keimanan.
Kekuatan ekonomi dan keutuhan status kewangan adalah penawar kepada masalah kemiskinan dan kesan-kesannya. Lukman Al-Hakim pernah menasihati anaknya supaya menutup pintu kemiskinan dengan berusaha mencari rezeki halal. Kemiskinan katanya, boleh menghasilkan tiga tabiat tidak elok iaitu kecuaian dalam menjalankan perintah agama, kelemahan daya pemikiran dan hilang maruah diri.
Nabi Muhammad SAW menegaskan, sesiapa di kalangan umatnya yang menjalankan kegiatan ekonomi secara jujur dan amanah maka kedudukannya adalah setaraf dengan para nabi, siddiqin, syuhada' dan solihin di akhirat kelak.
Paling penting, sejajar dengan peredaran zaman, kekuatan ekonomi di peringkat ummah dan negara memungkinkan kawalan politik, ketenteraan dan pengaruh ideologi.
Hal ini amat jelas sekali jika kita perhatikan kepada sejarah penguasaan ekonomi oleh negara maju ke atas negara-negara membangun dan miskin menerusi sistem kapitalisme. Apa yang paling mendukacitakan ialah kelemahan dalam bidang ekonomi menyebabkan banyak negara Islam terpaksa tunduk patuh kepada kuasa-kuasa besar dunia.
Justeru sabda Nabi SAW bahawa kemiskinan itu boleh membawa kepada kekufuran dilihat sebagai satu peringatan bahawa kelemahan dalam bidang ekonomi bukanlah suatu masalah yang boleh dipandang ringan oleh semua umat Islam.
Apa kaitan dengan NFC ???

Tahukah anda bahawa NFC (National Fidlot Corporation) adalah sebuah syarikat yang menyediakan makanan (daging) halal dan baik yang disebut sebagai Halalan Toyyiban ini.

Lembu-lembu yang dibela di sana diberikan makanan yang elok dari segi syafaat dan penjagaannya juga. Kemudian penyembelihan dari segi syarak dan sebagainya. Demi untuk menyediakan kepada semua umat Islam di Malaysia makanan yang halal dan baik (Halalan Toyyiban).

Hanya 15% pasaran makanan Halal dikuasai pengusaha Muslim. Jadi, adakah ini menjadi penyebab kenapa NFC menjadi WAJIB kepada pembangkang yang dikepalai oleh kafir laknatullah DAP ini untuk dimusnahkan..???

Kepada umat Islam, diminta untuk pandang isu ini berlandaskan agama dan syariat. Jangan memandang dan mempolitikkan usaha NFC demi kerana nafsu politik masing-masing. Menyedihkan bila terdapat sebuah Parti Islam (Isle) juga bersekongkol dengan BABI tongkol untuk menjahanamkan usaha NFC dalam menyediakan makanan Halalan Toyyiban kepada umat Islam di Malaysia.

Malah penganut-penganut PAS ni boleh pulak menyokong dalam industri makanan BABI daripada menyokong industri makanan Halalan Toyyiban ini. Sedih giler dengan penganut PAS ini yang bukan sahaja melacurkan agama tetapi dah boleh nak makan BABI pun gamaknya. Adakah PAS akan cuba mencipta fatwa baru mengHALALkan BABI selepas ini ???????

Adakah penganut-penganut PAS lebih suka makan daging sembelihan dari Australia dan New Zealand ??? Walaupun lembu yang diimport itu disembelih oleh orang Islam, tahukah orang-orang Islam ini bahawa makanan lembu itu adalah sampingan dari ladang BABI ???

Ya, dari segi sembelihan daging-daging lembu import berkenaan adalah Halal (Halalan) secara teknikalnya tetapi dimana yang baiknya (Toyyiban)... Pernahkah umat Islam di Malaysia terfikirkan akan perkara ini ???

Jangan kerana politik maka industri makanan Halalan Toyyiban, kita nak sabotajkan demi memuaskan kuasa politik makhluk perosak kafirun laknatullah...


Kenapa DAP sangat ingin merosakkan industri Halalan Toyyiban yang diusahakan oleh orang Melayu Islam ini.....

Jumpa di Telenovela Episode 2....

Sumber : KGC

DR. YUSRI JAWAB KENYATAAN WADAH....!!!

Dr Yusri : WADAH Tersasar Memahami Hukum Qazaf Kes Anwar-Saiful





AIDCNews –  Assalamualaikum. Saya masih berada di Dubai. Tumpuan urusan lawatan kerja sedikit terganggu apabila mendapat panggilan ‘Cikgu’ Sidek Baba tentang kenyataan media WADAH bertarikh 19 Disember 2011 tentang DS Anwar Ibrahim dan isu Qazaf yang mengheret nama kami berdua. Dihttp://www.wadah.org.my/kenyataan-media/74-info-wadah.html

ANWAR MOHON BANTUAN KEWANGAN BANK DUNIA...???

Senator Ezam : Anwar Hantar Surat Kepada Bank Dunia






SUNGAI TENGI – Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor mendakwa memiliki surat yang pernah digunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membuat permohonan bantuan kewangan daripada Bank Dunia.
Beliau juga bersedia mendedahkan mengenai kandungan surat itu bagi membuktikan penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.
“Saya sedia dedahkan surat tersebut untuk membuktikan kebenaran bahawa Anwar berniat jahat.
“Perkara ini perlu didedahkan demi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di sini, malam kelmarin.
Mohamad Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar berkata, beliau tidak takut untuk tampil membongkar penyelewengan itu.
Menurutnya, pada awal tahun 2000, Anwar ada menghantar surat kepada bekas Pengerusi Bank Dunia, John Wolfensohn memohon bantuan kewangan untuk membantu menyelesaikan masalah skandal seks kakitangan bank dunia warganegara Lubnan yang dikenali sebagai Shaha Reza.
“Rakyat kita tidak boleh dikaburkan dengan agenda usang Anwar yang mahu mengalih perhatian menjelang keputusan kes salah laku seks beliau dengan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari pada 9 Januari depan.
“Sudah lama saya tunggu untuk melakukan pendedahan ini. Kini tiba masa terbaik demi menyelamatkan rakyat daripada kepalsuan terbesar ini,” katanya.
Beliau berkata, serangan peribadi Anwar terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal memberikan kesan buruk kepadanya.
Katanya, beliau sering memberi pandangan untuk mengajak Anwar bersemuka bagi membongkar perkara sebenar namun gagal dipenuhi Anwar yang bijak mencari helah – sinar

HEBAT..!!! GAY MELAYU KAHWIN DI GREECE..?????

PULAK DAHHHH.....!!!!! ADA LAGI RUPANYA...!!!!!



Dalam pada masyarakat kecoh memperkatakan mengenai tindakan seorang pelajar Melayu yang berkahwin dengan pasangan sejenisnya di Dublin, kini ramai pula yang sedang memperkatakan kononnya ada seorang lagi pemuda Melayu yang pernah berbuat demikian di luar negara.
Bahkan dia dikatakan terlebih dahulu melakukan ‘perkahwinan’ sebegitu, dan ianya dilangsungkan di Greece.
Dalam erti kata lain, kalau perkara ini benar, bukan satu, tetapi sudah dua pemuda Melayu yang dikesan terlibat dalam perkahwinan homoseksual ini.
Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece itu ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.
Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.
Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.
Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.
“Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini),” catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.
Jauh di sudut hati, penulis harap berita ini tidak benar tetapi jika ia sungguh bagai dikata, penulis hanya mampu beristighfar dan beristighfar.
Harap ia tidak terjadi pada anak cucu dan keturunan kita, Nauzubillah - MyNewsHub 

BLOGGER MESIR YANG DIBEBASKAN TETAP TERUSKAN PROTES MENUNTUT DEMOKRASI BERPARLIMEN...!!!!



Kaherah – Seorang aktivis dan blogger terkenal Mesir, Alaa Abd El-Fattah yang dibebaskan daripada penjara menyifatkan keadaan di negara tersebut tidak menunjukkan sebarang perubahan sejak bekas Presiden Hosni Mubarak disingkirkan, Februari lalu.

Ini kerana, katanya, penjenayah utama yang melakukan keganasan terhadap penunjuk perasaan, iaitu barisan pemimpin tentera dalam Majlis Tentera masih bebas.
Menurutnya,walaupun beliau dibebaskan oleh tentera, namun masih ramai yang ditahan dalam penjara.
“Kes saya masih disiasat, jadi ia tidak berakhir walaupun saya sudah keluar penjara,” katanya sebaik dibebaskan dari penjara.


Alaa yang ditahan penghujung Oktober lalu, kini dilarang daripada meninggalkan negara.
Beliau menjadi tumpuan selepas ditahan atas dakwaan melakukan keganasan dan membunuh anggota keselamatan selain cubaan menyerbu stesen televisyen milik kerajaan.
Blogger berusia 29 tahun yang begitu lantang mengkritik pentadbiran rejim Mubarak itu, pada mulanya ditahan hanya 15 hari namun ia dilanjutkan kepada beberapa bulan sehingga dibebaskan.
Pembebasannya disambut aktivis di Mesir dan mereka bertekad akan meneruskan protes bagi menuntut agar tentera mengembalikan semula pemerintahan kepada demokrasi berparlimen.


SUMBER  :  MyNewsHub


KELAKAR... WARNA ATAP MASJID PUN JADI PUNCA PERBALAHAN..!!!

Kerana TAKSUB, warna atap MASJID pun menjadi punca PERBALAHAN



Kisahnya seorang ahli perniagaan di Tumpat telah mewakafkan tanah miliknya kepada penduduk kampung untuk membangunkan sebuah masjid yang selesa bagi menunaikan solat Jumaat. Namun setelah beberapa lama, tanah tersebut telah terbiar begitu sahaja kerana penduduk kampung tersebut kebanyakannya kais pagi makan pagi.

Walaupun diketahui ramai yang kebanyakan penduduk kampung tersebut tegar menyokong PAS, namun mereka tetap gagal mempengaruhi Kerajaan Negeri PAS Kelantan untuk menyumbangkan sejumlah dana bagi memulakan projek tersebut.

Akhirnya, tuan tanah pun muak menunggu dan memulakan sendiri pembinaan masjid menggunakan duitnya sendiri. Dikatakan para penyokong UMNO turut menyumbang sebahagian bagi memastikan masjid tersebut dapat disiapkan dengan sempurna.


  
Di atas adalah keadaan terkini masjid tersebut yang kini memasuki fasa terakhir pembinaannya.

Namun timbul satu masalah besar apabila para penduduk kampung yang berfahaman khawarij PAS telah mengugut untuk memulaukan rumah ibadat tersebut sekiranya atap gentinganya tidak ditukar. Mereka berpendapat warna biru atap genting tersebut menandakan masjid tersebut didirikan/dikuasai oleh BN.

Walaupun diketahui umum tuan tanah dan pembina masjid tersebut tidak pernah menunjukkan dirinya berada di belah mana-mana pihak, namun kini beliau menjadi mangsa fitnah penduduk kampung yang menyokong PAS semata-mata kerana memilih atap genting warna biru bagi masjid yang beliau sendiri bangunkan. Sudahlah selama ini tidak satu sen pun disumbangkan oleh penyokong PAS mahupun Kerajaan Negeri, kini beliau ditohmah pula atas niat murni yang diusahakan.

Anda nilaikanlah dan jadikanlah iktibar dengan apa yang berlaku di sebuah kampung yang terpencil di Tumpat Kelantan ini. Mana orang Islam tidak dipijak, warna rumah Allah pun boleh dipolitikkan oleh khawarij PAS ini!

* Kami pernah mendedahkan yang warna hijau ini sebenarnya warna rasmi agama KRISTIAN di Eropah! - MyMassa

DI TEMPAT PENULIS SENDIRI.... SEBUAH SURAU, KARPETNYA TELAH USANG... MOHON KEPADA MB UNTUK TUKAR YANG BARU.  ALHAMDULILLAH PERUNTUKAN DILULUSKAN.  KARPET YANG LAMA BERWARNA KUNING KEHIJAUAN TELAH DITUKAR OLEH PEMBEKAL DENGAN WARNA BIRU (MENGIKUT KATA PEMBEKAL, STOK YG ADA PADANYA HANYA OREN DAN BIRU, TETAPI OREN TIDAK MENCUKUPI).. PUAK2 PR MERUNGUT2 DAN MEMBANTAH TETAPI TIDAK BERBUAT APA-APA.  NAMUN BEGITU DENDAM MEREKA TIDAK PERNAH PADAM.... KETIKA MENJELANG SYAWAL 1432 HIJRAH YANG LALU...KETIKA SEMUA ORANG SEDANG NYENYAK TIDUR, MEREKA TELAH MENGECAT SURAU TERSEBUT DENGAN WARNA HIJAU!!! SEMUA PENDUDUK KAMPUNG TERKEJUT KETIKA  MAHU MENUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI KERANA MEREKA YANG PULANG LEWAT DARI SOLAT ISYAK MALAM TADI MENGAKUI SURAU ITU MASIH DGN WARNA YANG ASAL KETIKA MEREKA MENINGGALKANNYA SELEPAS TENGAH MALAM....!!!  

JANJI YANG DIMUNGKIRI....!!!

DOSA YANG PERLU DI TAUBAT SEBELUM NIK AZIZ PULANG KE SISI ALLAH


Agak kasar!!!
Tapi itulah antara dosa-dosa besar di antara Nik Aziz dan rakyat Klate yg entah bila akan di ampuni.