Wednesday, 25 July 2012

SURAT WASIAT JACKO DIPALSUKAN...???


KISAH anggota-anggota keluarga Michael Jackson berantakan bukan suatu perkara baru. Walaupun Raja Pop itu telah meninggal dunia tiga tahun lalu, masih ada cerita-cerita yang kurang enak didengar dalam keluarga itu.

Antaranya tentang surat wasiat daripada Michael. Menurut sumber kepada Aceshowbiz, adik-beradik mendiang, iaitu Janet, Jermaine , Tito, Randy dan Rebbie, yakin surat wasiat yang pernah dikeluarkan oleh Michael adalah surat palsu.

Kata mereka pernyataan dalam surat wasiat itu tidak benar-benar berasal daripada Michael. Dalam surat tersebut, disebutkan bahawa harta kekayaan Michael akan diwariskan pada ibunya, Katherine dan tiga anak Michael iaitu Paris, Prince dan Blanket.

Kecurigaan itu muncul saat melihat tempat dan tarikh surat itu dikeluarkan iaitu di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 7 Julai 2002. Kata mereka, ketika itu Michael diketahui sedang berada di New York.

"Tidak mungkin dan tidak masuk akal dia boleh berada di dua tempat dalam waktu yang sama," ungkap Jackson bersaudara dalam surat mereka kepada sumber Aceshowbiz.

KUBAH MASJID BERPUTAR DAN JATUH DI KELANTAN, PETANDA PAS AKAN TUMBANG ....???


Biasanya apabila sesuatu binaan atau bangunan tiba-tiba runtuh di negeri yang diperintah oleh BN, para penyokong pembangkang khususnya dari PAS akan segera ‘memfatwakan’ kejadian tersebut sebagai bala ataupun tanda kemarahan Allah s.w.t terhadap pemimpin BN.
Namun bilamana sebuah masjid di Kelantan tiba-tiba jatuh kubahnya dek kerana hentaman angin ribut, apa pula petandanya yang mahu ditunjukkan oleh Allah s.w.t terhadap Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun bergayut pada kerusi empuk MB Kelantan?
BACA LAGI....... di dinhuluselangor.net
BERITA SELANJUTNYA :
 PASIR MAS - Seramai 15 jemaah Masjid Mukim Padang Pauh, nyaris dihempap kubah, selepas ribut petir, jam 8.20 malam, kelmarin. Imam tua, Mohd Zain Omar berkata, kesemua jemaah yang baru sahaja selesai berbuka puasa di masjid, pulang lebih awal, kerana mahu mengelak daripada dibasahi hujan. 
Menurutnya, ada penduduk yang melihat kubah masjid ini berputar beberapa kali, sebelum jatuh di pekarangan masjid. Dentuman kuat itu juga, katanya mengejutkan semua penduduk sekitar yang baru sahaja mahu menunaikan solat Isyak. 

"Kubah masjid yang dibina sejak 1977 ini, terlalu usang dan mula berkarat. "Sejak itu, masjid ini tidak pernah dibaik pulih, untuk keperluan penduduk," katanya. 

Sementara itu, imam muda, Ibrahim Daud berkata, pihaknya memohon kepada semua yang prihatin, membantu untuk menambahkan dana bagi pembinaan kubah baru. 

Beliau berkata, pihaknya memerlukan pembiayaan sebanyak RM50,000 bagi pembinaan kubah, di samping bantuan untuk membaiki bumbung yang bocor. Menurutnya, pembaikan masjid ini, akan digunakan 6,000 penduduk dari lapan kampung. Sumbangan boleh disampaikan kepada Masjid Mukim Padang Pauh di akaun Bank 
 Islam, 03027010046146.  

BAKAR KAPAL SELAM KERANA RUNSINGKAN BEKAS TEMAN WANITA....!!!

GAMBAR fail menunjukkan kapal selam nuklear
 USS Miami


PORTLAND, Maine - Seorang buruh di Amerika Syarikat membakar kapal selam nuklear milik tentera negara ini, USS Miami kerana dia mahu pulang awal, kata beberapa penyiasat tentera laut AS kelmarin.


Perbuatannya itu telah menyebabkan kerosakan sebanyak AS$400 juta (RM1.2 bilion) ke atas kapal selam tersebut.
Buruh itu, Casey James Fury, 24, yang berasal dari Portsmouth, New Hampshire berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah berhubung dua tuduhan menyebabkan kebakaran USS Miami.
Ketika terbakar, kapal selam itu berada di sebuah limbungan kering pada 23 Mei lalu.
Kebakaran kedua berlaku di luar kapal selam berkenaan pada 16 Jun lalu.
Menurut afidavit yang difailkan sebuah mahkamah daerah AS di Portland kelmarin, Fury yang mengambil ubat untuk mengatasi masalah kerunsingan dan kemurungan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia mencetuskan kebakaran supaya dapat pulang lebih awal.
Menurutnya, dia mencetuskan kebakaran kedua selepas runsing memikirkan tentang seorang lelaki menjalinkan hubungan dengan bekas teman wanitanya.
Kebakaran pertama yang menyebabkan kerosakan pada bilik peluru berpandu torpedo USS Miami berlaku di Limbungan Kapal Tentera Laut Porstmouth di sini. - AP

ANANDA KRISHNAN MOHON BAYARAN RM 955 JUTA DISEGERAKAN




SINGAPURA - Bilionair Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan (gambar) semalam meminta mahkamah tinggi di sini supaya menguatkuasakan arahan sebuah pusat timbang tara terhadap rakan perniagaannya dari Indonesia, James Riady supaya membayar sebanyak AS$300 juta (RM955 juta).


Jumlah tersebut diputuskan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura pada 2010 selepas mereka bertelingkah berhubung kegagalan kerjasama perkhidmatan televisyen berbayar di Indonesia.
Pusat timbang tara itu diwujudkan bagi menyelesaikan pertikaian perniagaan yang rumit.
Krishnan mengetuai empayar komunikasi Astro di Malaysia manakala Riady mengendalikan konglomerat Kumpulan Lippo Indonesia.
Beliau yang diwakili oleh peguam kanan Britain, David Joseph berhujah di mahkamah bahawa Riady perlu membayar jumlah tersebut kerana Kumpulan Lippo gagal menepati tarikh akhir rayuan keputusan pusat timbang tara berkenaan.
"Tiada proses lain untuk Kumpulan Lippo mencabar keputusan tersebut atau kesahihannya," kata Joseph.
"Keputusan agensi timbang tara ini adalah muktamad dan diiktiraf di bawah undang-undang Singapura. Justeru keputusan ini perlu dikuatkuasakan." tambahnya.
Joseph turut mendedahkan perhubungan melalui surat antara beberapa peguam yang mewakili Astro dan Kumpulan Lippo dalam usaha membuktikan bahawa Riady sedar sepenuhnya berhubung had masa untuk membuat rayuan berhubung keputusan kes itu. - AFP

SIAPA KATA DATUK BANDAR IPOH CALON PRU 13...???

rosidixx

Teka teki sejak sebulan yang lalu akhirnya terjawab apabila Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir mengesahkan bahawa kontrak Datuk Roshidi Hashim sebagai Datuk Bandar Ipoh disambung lagi.
Menurut Dr. Zambry, kontrak Roshidi yang tamat 23 Julai lalu disambung bagi tempoh setahun sehingga 2013.
Ini merupakan penggal kelima Roshidi menjadi Datuk Bandar sejak mula dilantik pada tahun 2008.
Kontrak penyandang jawatan Datuk Bandar kini memasuki perubahan apabila ianya diperbaharui setiap tahun.  Dulu ia untuk tempoh dua tahun.

JANJI DITEPATI vs JANJI DIMUNGKIRI.....


HANGIN sungguh puak-puak Pakatan Rakyat (PR) terhadap slogan ‘Janji DiTepati’, nampaknya hangin tu dah benar-benar kronik. PR bersungguh-sungguh cuba memastikan agar slogan tersebut kekal dijadikan tema Hari Kemerdekaan. Alasan mereka bahawa ia tidak memberi gambaran terbaik berkenaan semangat kemerdekaan. 

Untuk itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi tujuh hari kepada kerajaan agar menukar tema kepada yang lebih inklusif atau PR akan mencadangkan tema lain. Nasib baik jugalah beliau tidak mengugut untuk berdemonstrasi dan menyusahkan orang ramai lagi. 

Mustafa Ali juga mengakui bahawa ‘bila orang tengok saja tema ‘Janji Ditepati’ ini, mereka akan terus ingat kepada BN’. 

Justeru, kita tertanya-tanya, mungkinkah beliau cuba mencadangkan agar tema ditukar kepada ‘Janji Bukan Untuk diTepati’ supaya mengingatkan rakyat kepada PR? 

Pun begitu, siapakah Mustafa Ali untuk memberi kata dua kepada kerajaan? Siapakah PAS untuk mencadangkan tema lain untuk Hari Kebangsaan? Sedangkan di dalam PR sendiri pun PAS hanya melukut di tepi gantang. Apakah hak Mustafa Ali atau PAS untuk menukar dan menggunapakai tema lain sebagai tema rasmi Hari Kemerdekaan? 

Lagipun, apa yang PAS faham dengan kemerdekaan? Bukankah PAS bersekongkol dengan DAP, adik beradik PAP yang selamanya memendam cita-cita untuk ‘menjajah’ Malaysia? Bukankah PAS bersekongkol dengan PKR yang menjadi talibarut Yahudi Zionis dan menerima dana dari mereka? Bukankah persekongkolan PAS dengan mereka menunjukkan yang PAS tidak menghargai kemerdekaan? 

Ini semua adalah bukti bahawa PAS langsung tidak mempunyai semangat kemerdekaan tetapi entah kenapa tiba-tiba terasa panas pula dengan tema ‘Janji DiTepati’ ini. Kata orang, siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya, bukankah begitu? 

Sebelum ini, sebuah stesyen TV pernah mengadakan kajiselidik berkenaan tema Hari Kebangsaan di kalangan orang-orang muda, dan hasilnya mendapati ramai yang langsung tidak tahu menahu mengenainya. Jelas, tema adalah soal kecil sebelum ini yang tidak mendapat perhatian sesiapa tetapi menjadi begitu besar hari ini kerana PAS memperbesarkannya. 

Dengan memperbesarkan soal tema Hari Kebangsaan, Mustafa Ali seolah-olah telah membuat deklarasi bahawa PR adalah parti yang tidak menepati janji. 

Jika inilah masalahnya, maka yang perlu diubah bukanlah tema Hari Kebangsaan, tetapi sikap PR itu sendiri. Siapa suruh tidak tepati janji? Takkanlah kerana PR tak mampu tepati janji maka BN pula yang salah dan tema Hari Kebangsaan perlu diubah?

Orang yang tidak menunaikan janji adalah orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah. 

Oleh itu, ‘janji’ wajar dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu ‘tanggungjawab’ atau ‘amanah’. Sikap bertanggungjawab dan beramanah inilah yang memastikan kemerdekaan negara ini berkekalan. 

Maka jelaslah bahawa tema ‘Janji DiTepati’ adalah inklusif dan padat bagi menggambarkan Malaysia hari ini yang kekal merdeka, makmur, aman dan maju kerana komitmen kerajaan dan rakyat untuk berpegang pada janji. 

Mungkin ini terlalu pahit untuk ditelan oleh Mustafa Ali, tetapi ini adalah hakikat dan orang yang jujur tidak akan punya masalah untuk menerima hakikat ini.


ADA WAKTU YANG DIHARAMKAN SOLAT







Solat wajib punyai waktu-waktunya yang tersendiri begitu juga dengan beberapa solat sunat. Umumnya sesetengah solat sunat boleh sahaja dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja melainkan pada waktu yang diharamkan kita bersolat. Waktu-waktu yang diharamkan kita bersolat adalah sebagaimana yang berikut:



Ketika matahari terbit sehingga sedikit naik, baik solat fardhu, solat sunat, samada secara tunai atau qadha. - Ulama’ Syafi’eyah dan Malikiyyah dalam masalah ini mengecualikan Solat Subuh dan Asar.

Jika seseorang menunaikan Solat Subuh dan tinggal satu rakaat kemudian masuk waktu tepat matahari terbit, maka dia boleh meneruskan solat itu sehingga selesai. Begitu juga dengan Solat Asar. Jika seseorang menunaikan Solat Asar dan tinggal satu rakaat sahaja lagi kemudian tiba waktu betul-betul terbenamnya matahari maka dia boleh meneruskan solatnya sehingga selesai. Menurut Ulama’ Hanafiyyah pula apabila seseorang solat dan ditengah-tengah solat matahari terbit, maka batal solatnya tersebut. Jika yang dilakukan adalah Solat Asar dan tinggal satu rakaat sahaja kemudian tiba waktu matahari terbenam, maka solatnya boleh diteruskan dan sah sebagaimana menurut kebanyakan ulama’.

Ketika istiwa’ iaitu matahari berada tepat di atas kepala pada tengah hari sehingga tergelincir sedikit. - Perkara ini berdasarkan kepada hadis Uqbah. Namun demikian Ulama Malikiyyah dan Syafieyyah mengecualikan pada hari Jumaat dan ketika solat di Masjidil Haram, Mekah. Perkara ini disepakati juga oleh Ulama Hambali dalam bab dibolehkan menunaikan solat Tahayyatul Masjid dalam waktu tersebut pada hari Jumaat.

Ketika matahari kekuning-kuningan hendak terbenam sehingga benar-benar terbenam iaitu kira-kira seseorang mampu melihat ke arah terbenamnya matahari. - Dikecualikan bagi solat asar yang telah mendapat satu rakaat dan solat di Masjidil Haram sebagaimana merujuk dalil hadis.

Tiga waktu yang kami dilarang oleh Rasulullah SAW menunaikan solat dan mengebumikan orang mati; Ketika tepat matahari terbit sehingga naik,ketika betul-betul tengah hari (matahari naik tegak atas kepala) dan ketika matahari condong (hampir terbenam) sehingga benar-benar terbenam. (Riwayat Ahmad,Muslim,Nasai,Ibnu Majah,Tirmizi,Abu Daud)

Rujukan : Fiqh Solat Empat Mazhab oleh Syekh Abdul Qadir Ar-Rahbawi
 

BANK PUN BOLEH TERTIPU RM75 JUTA...???



KUALA LUMPUR - Sebuah bank tempatan kerugian RM75 juta selepas diperdaya sekumpulan individu menggunakan taktik licik mencagarkan emas palsu melalui sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) di beberapa cawangan bank itu di seluruh negara, baru-baru ini.

Menurut sumber, kegiatan kumpulan itu hanya terbongkar selepas pihak bank mendapati kesemua emas yang dicagarkan adalah palsu ketika proses penilaian aset dibuat.

Tambahnya, kegiatan itu dipercayai melibatkan orang dalam sehingga menyebabkan pinjaman diluluskan serta pembayaran dibuat terhadap kumpulan tersebut.

"Berikutan itu, lima laporan polis telah dibuat dan satu siasatan kini dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Satu siasatan dalaman turut dilakukan oleh pihak bank bagi mengesan dalang yang terlibat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

SIAPAKAH BLOGGER BN YANG DIARAHKAN UMB UNTUK HINA PM...???

Manusia dalam dunia ni memang berjuta macam wajah dan sifat. Walaupun dari bangsa dan agama yang sama tetapi itu tidak mencerminkan keperibadian yang serupa.


Berada di dalam dunia blogger politik tanahair walaupun masih berjinak-jinak, namun setiap hari dipaparkan dengan beribu-ribu macam tulisan manusia yang digelar blogger..... kata orang, mata pena itu lebih tajam dari mata pedang....itu dulu, mungkin hari ini ianya lebih sesuai jika disebut sebagai....hujung jari lebih tajam dari pedang samurai.... Walaupun blog kita adalah hak kita dan suka ati kita nak tulis apa sahaja, tetapi berada di dalam kemodenan masyarakat Malaysia hari ini, bukan bermakna tulisan kita adalah halal untuk menghina sesiapa sahaja.....




Hari ini, teman dikejutkan dengan entry terbaru dari seorang blogger ternama, idola teman..... Beliau memaparkan kisah seorang blogger yang pada mulanya pro BN.... errrr.... apa kata.... sambung baca.... di PaperWaris ..... tq.

{FOTO} DARI KILANG HANDPHONE NOKIA ....

ANDA PENGGUNA SETIA HANDPHONE JENAMA NOKIA...??


Rasanya bila sebut sahaja nama NOKIA, pasti Kita semua pasti sudah mengenalinya. Jenama telefon ini begitu popular di negara kita sejak awal kemunculan handphone dari jenis 3315, 3310, 8210, 8250, sampai sekarang ini yang begitu canggih ciri-cirinya dari yang Xpress music, best kamera, atau best office. Handphone Nokia sendiri dibuat di beberapa negara seperti Finland, China, India, dan Vietnam.


Melihat begitu canggihnya handphone dari nokia, rasanya, kita mesti ingin tahu bagaimana ye suasana di dalam kilangnya... jom saksikannya.. cekidot...





DITEGUR TIDAK PUASA.... REMAJA CEKIK IBU, CUBA TIKAM.......!!!!!

NURFARIDAH Abdul Aziz melakonkan semula cara dia dicekik oleh anak sulung di rumahnya di Kampung Ladang Pagor, Chenderong Balai, Teluk Intan, semalam.

Sampainya hati seorang anak lelaki yang hanya ditegur oleh ibunya kerana tidak berpuasa..... mencekik, membelasah dan cuba menikam dengan menggunakan pisau pemotong tandan buah kelapa sawit, orang yang mengandung, melahirkan dan membelanya dengan penuh kasih sayang 'bagai menatang minyak yang penuh' sehingga besar.......  

TELUK INTAN  - Hanya kerana marah ditegur oleh ibunya disebabkan tidak berpuasa, seorang remaja berusia 19 tahun tergamak mencekik, membelasah dan cuba menikam ibunya menggunakan pisau pemotong buah kelapa sawit di Kampung Ladang Pagor, Chenderong Balai di sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari apabila mangsa, Nurfaridah Abdul Aziz, 42, menegur anak lelakinya itu kerana makan di hadapan seorang lagi anaknya berusia 11 tahun yang berpuasa.

Berang dengan teguran itu, suspek yang juga anak sulung mangsa bergegas ke dapur mengambil sebilah pisau pemotong kelapa sawit lalu menikam Nurfaridah tetapi wanita itu berjaya mengelak.

UMNO MELAKA JAWAB 'BLOGGER HANDALAN' TIDAK DIBAYAR GAJI....!!!

SEBELUM TU.... baca dulu 'keluh-kesah'nya mengenai tunggakan gaji yang belum dijelaskan oleh majikannya membuatkan dia kecewa dan tinggalkan terus UMNO... DI SINI


Umno Melaka: Bayaran ikut perjanjian, dakwaan pengendali blog tiada asas
Akbar Ali menunjukkan rekod pembayaran gaji yang sudah dijelaskan kepada Ahmad Faisal.

BANDARAYA MELAKA - Umno Melaka mengganggap dakwaan seorang pengendali blog tidak dibayar tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 sebagai ‘tiada isu’.

Malah, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali turut mengemukakan bukti bahawa segala pembayaran sudah dijelaskan menerusi dokumen di pejabat Umno Melaka.

Menurutnya, pengendali blog berkenaan sudah pun menandatangani sendiri surat persetujuan Badan Perhubungan Umno Melaka membayar tunggakan gaji bertarikh 20 Disember 2011.

Katanya, tunggakan RM24,370 itu setelah dipotong baki pinjaman serta aset pejabat Umno yang masih belum dipulangkan selepas berhenti kerja.

“Gaji tertunggak RM38,000 yang dituntutnya terpaksa ditolak baki pinjaman berjumlah RM2,300 serta 12 peralatan pejabat yang masih dalam simpanannya berjumlah RM24,370. Menjadikan jumlah sepatutnya dibayar RM11,330.

“Malah, dalam surat kita bertarikh 20 Disember 2011, kita sendiri telah nyatakan bersetuju membayar RM11,330 selepas ditolak jumlah disebut tadi," katanya.

Menurutnya, pengendali blog itu sendiri telah menandatangani surat berkenaan yang mana boleh dianggap sebagai persetujuan dengan jumlah dipersetujui.

"Jadi tidak timbul sebarang isu tunggakan. Malah, pemeriksaan di pejabat Umno menunjukkan tiada satu pun rayuan daripada dia untuk mempertimbangkan semula, sekali gus membuatkan isu ini boleh kita anggap sebagai sudah selesai,” katanya kepada Sinar Harian di Bangunan Umno Negeri, di sini semalam.

Akbar berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian, Ahad lalu mengenai dakwaan pengendali blog, Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, bahawa sebuah parti politik di negeri ini belum membayar tunggakan gajinya.

Dia yang bertugas sebagai Pegawai Sistem Maklumat Perhubungan Umno Melaka turut mendakwa hanya dibayar kurang RM1,000 sebulan walaupun dijanjikan gaji RM3,000 sebulan.

Sementara itu, Akbar berkata, Badan Perhubungan Umno tidak pernah menawarkan gaji RM3,000 kepada Ahmad Faisal, sebaliknya hanya RM1,500 selari dengan surat tawaran bertarikh 13 Mei 2008.

Bagaimanapun, katanya, jumlah berkenaan kemudiannya dinaikkan ke RM2,000 beserta elaun kenderaan RM200 sebulan apabila dia membuat rayuan.

“Soal gaji RM3,000 tidak timbul kerana tiada hitam putih beliau meminta jumlah berkenaan.

“Apabila beliau meminta tunggakan RM38,000 (baki gaji bulanan selama 38 bulan berkhidmat), Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersangka buruk padanya dan bersetuju membayarnya,” katanya.

Bagaimanapun, Akbar berkata, jumlah RM38,000 terpaksa ditolak setelah Ahmad Faisal tidak memulangkan tiga komputer riba, dua pencetak, empat modem jalur lebar, dua 'external hard disk' dan satu kamera.

“Kalau benar dia  sanggup pulangkan sebagaimana didakwa, kenapa tidak berbuat demikian walaupun sudah tiga surat peringatan kami keluarkan sebelum ini?" katanya.

SH

WARGA INDON KUASAI PASAR CHOW KIT, BERNIAGA TANPA PERMIT DAN LESEN..... DBKL TUTUP MATA...



Barangkali ramai pernah mendengar perihal Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. Pasar menawarkan pelbagai barangan mentah seperti ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran.

Namun mungkin tidak semua berpeluang berkunjung ke pasar terkenal itu. 

Bila di tanya kepada para peniaga tersebut mengenai permit dirinya dan lesen berniaganya.... mereka berkata....tiada permit / masih dalam permohonan dan tiada lesen berniaga..... tapi DBKL TAK PERNAH KACAU PUN...!!!! KENAPA?? DBKL TAKUT ORANG INDON..??? 

Jom kita telusuri di entri ini dan banyak gambar-gambar menarik mengenainya dipaparkan..... BERSAMA MAZIDUL AKMAL SIDIK 

 

'SAYA HERO, POCKETROCKETMAN'.......

Azizulhasni Awang

“SAYA ok kerana saya seorang hero. Selepas Spiderman, Batman kini giliran Pocketrocketman,” itu luahan keyakinan yang dilontarkan jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang berhubung situasi terkininya.

Namun pelumba yang dikenali sebagai The Pocketrocketman mengharapkan doa rakyat Malaysia terus mengiringinya agar dia mampu melakarkan sejarah menghasilkan pingat emas pertama buat negara.

Kelmarin, kontinjen Olimpik negara dikejutkan dengan berita kecederaan pelumba kelahiran Terengganu itu apabila terbabit kemalangan ketika menyertai pertandingan di Jerman, sehingga mengakibatkan lebih 60 serpihan kayu tertusuk di badannya.

Episiod itu bagaikan mengulangi kejadian ngeri yang berlaku kepada pemenang pingat emas Sukan Asia, Sukan Komanwel New Dehli dalam acara keirin, tahun lalu apabila betis kakinya tertusuk kayu sepanjang 7 inci ketika menyertai siri klasik Piala Dunia di Manchester, England.

Azizul yang kini sudah tiba diperkampungan sukan di London, awal pagi semalam, mengucapkan jutaan terima kasih di atas kata-kata semangat yang diberikan kepadanya.

“Terima kasih semua. Saya harap rakyat Malaysia akan terus menyokong saya dan mendoakan kejayaan saya. Fokus saya adalah Olimpik dan bukannya kecederaan saya,” katanya.

***Walaupun ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.... tetapi demi sukan negara, mereka sanggup menghadapi semua cabaran...... LIHAT DI SINI