Apabila kita terdengar tangisan bayi, sudah tentu kita memikirkan sama ada ia merengek kelaparan ataupun mahukan perhatian daripada ibunya. Namun tangisan berpanjangan seorang bayi dari sebuah rumah menjadi tanda tanya penduduk setempat lebih-lebih lagi orang yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya. Rupa-rupanya seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dipercayai menangis berjam-jam sebelum ditemui di sisi mayat ibunya di kuarters guru di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh.
Monday, 17 September 2012
NASA SAHKAN MATAHARI SUDAH TERBIT DARI BARAT...???
Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
SENARAI NAMA 12 INDIVIDU DI SEBALIK FILEM HINA NABI DAN ISLAM
BEBERAPA individu sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dengan filem kontroversi anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims menerima protes daripada umat Islam seluruh dunia sehingga membawa kematian seorang duta Amerika Syarikat (AS).
Treler filem amatur yang berdurasi 13 minit itu dikenal pasti sebagai salah satu sebab di sebalik demonstrasi anti-AS di Timur Tengah yang membawa kepada kematian Duta AS ke Libya, Christopher Stevens dan tiga yang lain di Benghazi, Libya, awal minggu lalu.
Berikut adalah beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenai pelakon watak filem berkenaan setakat ini:
16 SEPT. 2012 - ULANGTAHUN KE-4 PEMBOHONGAN ANWAR
Pada setiap tahun sejak 1963, September 16 merupakan hari untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia.
Sepanjang lima dekad ini, negara Malaysia telah ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional yang telah melalui liku perjalanan yang penuh dengan cabaran dan rintangan daripada kuasa asing.
BACA SETERUSNYA...... MINDA HIJRAH
GAGAL ANGKAT SUMPAH JADI PM.... ANWAR MUKA TAK MALU UMUM DEKLARASI KUCING
Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim ada perasaan malu beliau bersama Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dan otai DAP Lim Lim Kit Siang tidak akan umum Deklarasi Kuching sempena Hari Malaysia di ibunegeri Sarawak Ahad malam.
Jumlah yang hadir pada majlis itu juga ciput.Tak sampai 1,000 orang.Suasananya jauh berbeza dengan kemeriahan lebih 20,000 orang yang hadir di majlis rasmi kerajaan menyambut hari bersejarah penubuhan Malaysia itu yang di hadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bintulu.
Kalangan pemerhati politik menilai ‘perang’ sambutan Hari Malaysia di lokasi negeri di seberang laut China Selatan itu berkait rapat dengan angin menjelang pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi.
Sarawak dan Sabah diketahui umum adalah antara negeri negeri simpanan tetap Barisan Nasional.Ini yang dikatakan membuatkan Anwar dan pemimpin pakatan pembangkang lain terpaksa mempamerkan kehadiran mereka di Kuching serentak dengan majlis di Bintulu.
Berbeza antara dua majlis itu amat ketara.Najib tidak turun dengan sebarang janji sebaliknya membuat kenyataan umum akan meneruskan kemajuan di Sarawak dan Sabah selari dengan semenanjung.
Beliau juga menumpukan sebahagian ucapannya pada majlis itu menyingkap kembali apa yang disifatkannya sebagai pembohongan terbesar dalam sejarah politik negara yakni ‘ 16 September’.
Siapa boleh lupa istilah itu dimana Anwar kelentong hidup-hidup seluruh rakyat Malaysia dengan gempaknya dapat rampas Putrajaya menerusi 30 Ahli Parlimen BN yang didakwa sudah dalam tangan untuk lompat menyebelahi pakatan pembangkang tidak lama sekepas pilihanraya umum Mac 2008.
Naluri manusia hanya orang yang ada rasa muka tidak malu boleh tampil membuat pelbagai janji lagi seperti Deklarasi Kuching pada malam itu.
Anwar mungkin rasa semua orang boleh mudah lupa.Baginya mungkin penyokong tegar pembangkang boleh pejamkan mata dan tutup telinga.
Bayangkan kalau di Selangor sendiri sudah 711 orang saman kerajaan negeri kerana isu janji air percuma yang tidak ditunai.Rabu ini 2,011 lagi nak saman.
Ini belum lagi pelbagai janji pakatan pembangkang menjelang pilihanraya umum 2008 yang tidak tertunai sampai hari ini.
Itu pun Anwar dan rakan-rakannya boleh buat muka kering kontang macam tidak hutang siapa-siapa.
Jadi jangan hairtan kalau dalam Deklarasi Kuching yang mengandongi tujuh perkara itu pakatan pembangkang terus cuba main sentimen rakyat Sarawak dan Sabah.
Antaranya tentulah isu lama yang mereka selalu mainkan yakni menambah royalti minyak dari 5 peratus sekarang kepada 20 peratus.
Menjamin pembangunan infrastruktur Sabah dan Sarawak standing semenanjung,tubuh Suruhanjaya Diraja selesaikan masalah pendatang tanpa izin ,menubuhkan suruhanjaya tanah dan kembalikan hak tanah adat.
Ia juga berjanji hendak tingkatkan inytragrasi nasional dan jamin lantikan orang tempatan sebagai ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Kalau dinilai tidak ada sesuatu berita baru dalam deklarasi itu yang belum pernah orang dengar dijual sama sini oleh pembangkang selama ini.
Sebenarnya kalau tidak kerana gangguan politik banyak lagi usaha dapat dilakukan bagi memajukan negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Najib dalam ucapannya berkata faktor tidak sehaluan dengan kerajaan pusat telah menyebabkan ada negeri di Malaysia tidak dapat mencapai kemajuan pesat berbanding negeri lain.
Perdana Menteri berkata kepimpinan negeri yang tidak berapa maju ini lebih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata hubungan serta persefahaman yang baik dengan kerajaan pusat telah menjadi asas kepada Sabah dan Sarawak mencapai kemajuan yang membanggakan sejak kemerdekaan.
Katanya persetujuan oleh pemimpin terdahulu di kedua-dua negeri itu untuk menyertai 11 negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia pada 16 Sept 1963 telah menjadi asas kepada kejayaan hari ini.
"Saya fikir tidak ada seorang pun rakyat di Sarawak dan Sabah hari ini yang akan mengatakan mereka telah membuat kesilapan besar menyertai Malaysia, kata Najib.
Najib berkata sejak tercapainya kejayaan penubuhan Malaysia itu, rakyat dari ketiga-tiga wilayah negara ini telah saling berjuang untuk mempertahankan kedaulatannya.
"Ada rakyat kita dari Semenanjung Malaysia yang telah menitiskan darah mereka untuk mempertahankan Sabah dan Sarawak dan tidak kurang juga rakyat kita dari Sabah dan Sarawak yang terkorban demi mempertahankan Semenanjung Malaysia," katanya.
Menurutnya, pemimpin negara generasi di awal peringkat kemerdekaan telah berjaya menepati janji mereka untuk memastikan Malaysia akan terus kekal dan berdaulat, diikuti pemimpin di peringkat pengisian kemerdekaan yang telah menepati janji mereka supaya pembangunan berlaku di seluruh pelosok negara.
"Bagi pemimpin hari ini, janji kita adalah bahawa menjelang fajar 2020, bumi Malaysia ini akan dimartabatkan sebagai sebuah negara maju," katanya.
Sebelun itu pada majlis Rumah Terbuka Hari Malaysia di Kampung Assyakirin di Bintulu Perdana Menteri mahu perdebatan mengenai tarikh 31 Ogos 1957 dan 16 Sept 1963 dihentikan kerana kedua-dua tarikh itu membawa makna besar dan penting dalam sejarah negara.
"...31 Ogos dan 16 Sept kedua-dua adalah tarikh keramat," katanya.
Najib berkata yang penting sekarang untuk tidak menoleh ke belakang, sebaliknya bergerak ke hadapan demi kepentingan rakyat dan negara dengan kerajaan persekutuan memberi jaminan pembangunan yang berterusan dinikmati Sarawak selaras dengan visi kerajaan negeri untuk menjadi negeri berpendapatan tinggi.
Beliau berkata sejak Sarawak menyertai Malaysia, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bersama-sama berjaya membuat perubahan secara berterusan tanpa perlu membuat deklarasi baru.
"Banyak kemungkinan menjadi kenyataan bagi Sarawak," katanya sambil menambah yang penting sekarang persefahaman yang baik antara kerajaan negeri dan pusat dikekalkan sampai bila-bila. ~ AD
Subscribe to:
Posts (Atom)