Monday, 18 June 2012

SKANDAL AKAUN RM 3 BILLION MURAD SEDIA BERI KETERANGAN....

R

KUALA LUMPUR - Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Murad dalam satu kenyataan hari ini yang diperolehi oleh Bernama mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.

Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: “Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.

"Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki."

Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu. - BERNAMA

TENTERA UPAHAN DAP DARI SINGAPURA AKAN HURU-HARAKAN PRU 13..???

Minggu lepas MyMassa dedahkan persediaan warga Singapura untuk membuat kacau semasa PRU ke-13 di sini (http://mymassa.blogspot.com/2012/06/wikileaks-bukti-persediaan-warga.html).

Kali ini MyMassa tunjukkan bukti memang berlaku program yang diberi nama PACA Training di 223A/B River Valley Road, Singapore.


BIADAP!!! HINA BENDERA NEGERI PERAK...!!!




Sengaja diterbalikkan...!!!
Mereka memasang bendera dalam keadaan terbalik adalah sebagai tanda protes dan tidak puas hati dengan kerajaan BN yang memerintah Negeri Perak sekarang ini....

Tak ke bangang bahlol namanya tu.....
Berkempen tak tentu hala macam lembu giler, kerana nak perintah negeri, tapi belum apa-apa dah terbalikkan bendera!!!

TITANIC YANG MASIH DIPERKATAKAN....

Titanic

Virginia – 100 tahun telah berlalu sejak tragedi yang menimpa kapal Ttanic, namun kisah seram mengenainya terus diperkatakan.

Terbaru, seorang lelaki yang mereka replika kapal berkenaan mendakwa, dua roh penumpang yang meninggal dunia dalam tragedi berkenaan, kini menghuni replika Titanic tersebut.

Wyatt Jason Moore dari Portsmouth, yang mengambil masa selama sembilan tahun untuk menghasilkan replika itu berkata, dia mendengar bunyi aneh berhampiran replika berkenaan yang diletakkan di ruang tamu rumahnya.

Percaya atau tidak.... itulah yang yang dikhabarkan......

TAKSUB GUNA NAMA ISLAM UNTUK PARTI TAPI......

Parti politik guna nama Islam: Ilmuwan Islam ingatkan ada parti gagal laksana perjuangan apabila berkuasa -
KUALA LUMPUR: Penggunaan nama Islam pada parti politik tidak sepatutnya menjadi petunjuk kepada umatnya untuk memilih sesuatu parti, sebaliknya penilaian perlu dibuat berdasarkan manifesto dan pelaksanaannya.
Ini kerana ada parti politik yang membawa nama Islam dengan manifesto Islamik, namun gagal melaksanakan apa diperjuangkannya selepas memegang kuasa.

ULAMA DUNIA BERI PERINGATAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA....!!!




APA YANG PASTI KEEMPAT-EMPAT MEREKA BUKAN AHLI PAS, BUKAN JUGA ORANG UMNO DAN MEMANG PASTI TIDAK PERNAH UNDI PAS ATAUPUN BN/UMNO.....MALAH TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN POLITIK MALAYSIA!


Mereka adalah ulama dan cendikiawan yang mempunyai latar belakang ilmu keagamaan yang sangat hebat... Mereka bukan berasal dari Malaysia...
Tetapi apabila mereka diminta memberi jawapan pada soalan yang dilontarkan berkaitan isu-isu politik yang sedang hebat melanda Malaysia.... terutamanya isu berkaitan hudud, mereka berpendapat bahawa hukum hudud tak boleh di politikan, jangan gah bercerita pasal nak buat hudud semata-mata nak meraih sokongan pengundi Islam, tp lepas usai PRU, terus diam membisu....


Begitu juga ibadah haji.....ibadah haji itu bermusim, jika memang dah berkemampuan dan berupaya melakukannya memang perlu dilakukan ketika musim itu jugak....sambil ketawa kecil, ulama itu berkata, lagipun bukan semua rakyat Malaysia akan tunaikan haji tahun ini....


Bak kata.... Darul Ehsan Today........'Aku ternanti-nanti juga apa komen dari nik ajis, penentu syurga neraka cawangan pas nak kata, aku yakin dia akan bagi komen macam nie, utusan tak paham bahasa arab atau kenyataan 4 ulama tu di putar belitkan oleh utusan, kalau korang tak caya tengok je la nanti...'

DEMI ALLAH DEMI RASUL.... MALAYSIA NEGARA SEKULAR ADALAH FITNAH..!!!


MALAYSIA DARUL ISLAM.....!!!


Demi Allah Malaysia Bukan Negara Sekular – Dr Uthman El-Muhammadi


Tokoh cendiakawan agama, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady bersumpah dengan nama Allah dan Rasul bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular.


“Seluruh umat Islam di negara ini… hentikan pertikaian berhubung persoalan sekularisme dan nasionalisme. Mereka yang menuduh pihak-pihak tertentu mengamalkan konsep berkenaan adalah mereka yang tidak melihat kepada pokok asas istilah itu,”’ katanya dalam temubual eksklusif dengan umno online.