Ketika seorang warganegara Malaysia, Dr Bakri Musa yang menetap di California, Amerika Syarikat (AS) pernah melabel Anwar Ibrahim sebagai Anwar Sadat, ramai yang terkejut dan tidak kurang juga yang mempertikaikan label buruk seumpama itu.Label Dr Bakri dibuat pada 12 Oktober 2006 selepas mendengar ceramah Anwar bertajuk “Democracy and the Muslim World” di Stanford University, AS.
Namun, setelah hampir tujuh tahun berlalu,pengamatan doktor pakar dari California itu ternyata benar, apabila Anwar mempertahankan kenyataannya mempertahankan keselamatan Israel di Wall Street Journal baru-baru ini.Walaupun isunya berlainan tetapi konteksnya hampir sama.
Pada 26 Jan lalu, Wall Street Journal (WSJ), melaporkan kata-kata Anwar yang berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians” Berdasarkan kenyataan Anwar di atas, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya 13 Februari ketika membacakan keputusan Majlis Syura Ulama PAS menegaskan, “Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.
“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau”
Anwar kemudiannya datang mengadap Nik Aziz dengan menekankan frasa ‘contingent‘(syarat), walaupun dalam kenyataan sama dia menyatakan frasa ‘all efforts‘ (segala usaha) sebagai justifikasi tidak mahu menurut kehendak Majlis Syura Ulama PAS.Menariknya,Anwar datang seorang diri ketika berjumpa Nik Aziz di di PNB Darby Park,Kuala Lumpur,sedangkan Mursyidul Am PAS ditemani oleh Ketua Penerangan PAS,Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dari segi bacaan politik,Anwar datang seorang diri dengan Nik Aziz yang ditemani Ketua Penerangan PAS sudah menunjukkan simbolik tertentu.
Hukuman Pengesahan
Selepas pertemuan,kira-kira satu jam,ketika Anwar ditanya pemberita,adakah dia akan menyaman WSJ, Anwar menjawab, “Kenapa saya nak saman WSJ? Mereka letak perkataan ‘contingent‘ yang tidak disebut (oleh media UMNO). Mereka (media Umno) hanya melapor fitnah” sebagai membawa maksud semua laporan WSJ, 26 Jan lalu bukan salah petik, sebaliknya dari kata-katanya sendiri.
Dr Mahathir Mohamad berkata keengganan Anwar Ibrahim menyaman akhbar WSJmembuktikan Ketua Pembangkang itu sememangnya menyokong Israel.Manakala Nik Aziz selepas pertemuan itu menegaskan, “memahami penjelasan Datuk Seri Anwar,di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak, iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini”
Berdasarkan kenyataan Anwar dan Nik Aziz selepas pertemuan 21 Feb, kedua-dua pihak mempertahankan hujah masing-masing dan sekiranya tidak diadakan pertemuan pun, Anwar tetap berpegang dengan kenyataannya di WSJ, 26 Jan, manakala Nik Aziz pula berpegang kepada Majlis Syura Ulama PAS, 13 Februari.Walaupun, ramai pihak mengatakan pertemuan itu tidak membuahkan apa-apa hasil, namun hakikatnya, Anwar terdera dengan ‘hukuman pengesahan’ dari Majlis Syura Ulama PAS yang sebelum ini Anwar sering berdolah dalik dengan permainan kata-kata berhubung dengan sokongannya kepada Israel.
Selagi mana Majlis Syura Ulama PAS tidak bermesyuarat semula menarik balik keputusan itu, ia akan tercatat dalam sejarah sebagaimana Ali Raziq, salah seorangbapa pelopor Islam Liberal Mesir dijatuhi ‘hukuman pengesahan’ oleh persidangan ulama Mesir pada tahun 1926.Dakwaan Anwar pro Israel sudah berlaku sejak akhir tahun 1990-an dan pada 21 Februari 2012, perkara itu telah disahkan.
Anwar Sadat
Sejak Anwar dilabel pro-Israel bermula akhir 1990-an, individu pertama (bukan tokoh politik) yang mengesahkannya adalah seorang doktor bedah, warganegara Malaysia yang menetap di AS.Meskipun berada di AS, namun Dr Bakri Musa sering mengikuti perkembangan Malaysia.
Ketika Anwar memberi ceramah bertajuk “Democracy and the Muslim World”, di Stanford University pada 12 Oktober 2006, Dr Bakri turut serta menjadi pemerhati untuk mendengar pandangan Anwar.Ketika itu, Anwar sudah pun menetap di AS dengan menjadi pensyarah pelawat di Anwar Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown.
Ceramah Anwar Stanford University dianjurkan oleh FSI (The Freeman Spogli Institute for International Studies), dengan kerjasama daripada CDDRL (Stanford University the Center for Democracy, Development and the Rule of Law) dan Shorenstein APARC (Walter H. Shorenstein Asia-Pacific Research Center).
ANDA NAK TAHU APA YANG TERJADI ???
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
ADAKAH INI PEMIMPIN YANG ANDA AKAN SOKONG UNTUK MASA DEPAN ???

TQ BADUT RAKYAT