MUZAKARAH : PAS BERMAIN WAYANG OPERA CINA ..? Di Marang, Terengganu, semalam, Abdul Hadi meletakkan syarat ketat untuk Umno bermuzakarah dengan PAS. “Umno tidak ikhlas. Jika benar parti itu ikhlas mahu bermuzakarah dengan Pas, betulkan dahulu sistem pilihan raya. Selagi sistem pilihan raya tak dibetulkan, bagaimana Umno yakin mereka telah bersedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah?” katanya.
Beliau memberi reaksi demikian terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kelmarin dipetik berkata bahawa Umno sedia menyahut ajakan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.
Abdul Hadi berkata, selagi sistem pilihan raya tidak dibersihkan, ia membuktikan sikap tidak ikhlas Umno dalam isu-isu berkepentingan Islam, atau dalam usaha mempertahankan Islam. Beliau kemudian mengkritik Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dikatakannya mengekang kebebasan akhbar sekali gus menyekat hak rakyat untuk mendapat maklumat yang adil bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya.
“Negara yang mengamalkan demokrasi yang baik sentiasa memberikan peluang sama rata kepada semua parti politik memandangkan media adalah saksi adil tetapi itu tidak berlaku di negara ini di mana parti memerintah mengongkong semua media. “Ia menyebabkan rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil. Rakyat hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Demokrasi yang macam ini tidak betul, demokrasi yang macam ini salah,” katanya.
Bukankah Pakatan Haram telah memenangi 5 Buah negeri sebelum ini ..tag mana yg tak adil Haji Hadi oiiii ..? rasanya kali ini ramai puak2 pembangkang yang menjadi pegawai atau petugas SPR .. Msia tiada kebebasan akhbar ..? Bukankah semua Parti Politik termasuk Pakatan Haram mempunyai Lidah Rasmi masing2 termasuklah di alam maya dimana pakatan haram banyak menabur fitnah dam memaki hamun pemimpin BN .. tang mana yang tak bebas pulak ni ..?
Cukuplah wahai pemimpin dan puak2 pakatan haram ..nampaknya puak2 ni kehabisan modal untuk menghadapi PRU akan datang .. Ini semua sinetron yang cuba dimainkan oleh PAS untuk menutup mulut & menakut2kan puak2 DAP komunis yang kini semakin lantang bersuara ....