Saturday, 28 July 2012

DAP TETAP BANTAH HUDUD...!!!


AYER ITAM – DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali.
“Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti,” katanya kepada media semalam.
Menurutnya, beliau tidak menghiraukan pendapat Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai  pelaksanaan hudud ketika bertemu dengan pemimpin Pas sebelum ini.
“DAP sama sekali tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu di negara ini.
“Saya tidak kisah apa yang Kit Siang dan Guan Eng cakap mengenai hukum hudud sewaktu bertemu pemimpin Pas,. Tetapi bagi saya ia tetap tidak boleh dilaksanakan di negara ini,” katanya.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut memberi amaran kepada MCA agar tidak berterusan memainkan isu hukum hudud di negara ini kerana menyifatkannya sebagai membuang masa dan tidak akan dilaksanakan.
“Hentikanlah apa yang dikatakan. Perkara ini (pelaksanaan hudud) tidak akan di laksanakan di negara ini.
“Agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan ia sudah termaktub dalam perlembagaan namun perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali,” katanya ketika mengulas kenyataan ahli jawatankuasa pusat MCA, Loh Seng Kok yang mendakwa Karpal sebagai orang menurut perintah ( yes man) kepada Pas.
Seng Kok turut menggesa Guan Eng dan Kit Siang supaya meletak jawatan kerana gagal menghalang matlamat Pas dari meneruskan cita-cita itu.
- SINAR HARIAN

LAJIM UKIM LETAK SEMUA JAWATAN DALAM UMNO, NIK AZIZ KATA BANYAK JAWATAN DALAM PR..!!!!


Datuk Seri Lajim Ukin, hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta.

PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA ARAH UNDI 'PARTI AMAL KEBEBASAN BERAGAMA'...???


KETERANGAN :

CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA



Oleh demikian, Persekutuan Kristian Malaysia menjemput dan menggalakkan
umat Kristian supaya menyedari hak-hak politik mereka iaitu hak untuk
mengundi dan menggunakan kuasa mengundi mereka untuk memilih sebuah
kerajaan yang akan menjamin keadilan yang saksama dan kesejahteraan rakyat dan Negara. Persekutuan Kristian Malaysia tidak bermotivasikan politik
mahupun menyokong mana-mana satu parti politik.

Tindakan melaksanakan hak mengundi oleh para rakyat adalah hak asasi
terpenting dalam pemerintahan demokrasi. Hak mengundi yang dimiliki dan
tidak digunakan boleh membawa padah. Tindakan mengundi memastikan setiap warganegara mengambil bahagian dalam mewujudkan Negara Malaysia yang lebih adil dan saksama untuk generasi masa kini dan yang akan datang.
 
Oleh itu, sebagai umat Kristian, adalah penting kita menjalankan tugas sebagai warganegara dengan melaksanakan hak mengundi kita dan menyuarakan pilihan kita akan sebuah gabungan politik yang bertekad mencapai Visi kita untuk memastikan negara Malaysia jauh lebih maju.
 
Dari segi Visi kita supaya Negara Malaysia semakin maju, PKM
menggalakkan agar setiap Umat Kristian di Malaysia memikirkan
mengenai perkara-perkara terpenting berikut:

ANEH - TIDAK MAKAN DAN MINUM SELAMA 70 TAHUN

Cuba anda fikirkan, agak-agak berapa lama tubuh manusia mampu bertahan tanpa makanan dan minuman? Kebiasaannya manusia hanya mampu bertahan tanpa makanan cuma dalam tempoh 50 hari walaupun rekord paling lama ada mencatatkan 74 hari.

Tapi di India seorang lelaki berusia 82 tahun bernama Prahlad Jani mengaku tidak pernah makan dan minum selama 70 tahun. Dengan tanpa makan dan minum, Jani mampu bertahan hidup dan dapat menjalaninya dengan baik. 


 


Kerana keunikan tubuhnya itu, lelaki tua itu kini sedang diteliti militer India. Jani sedang di kuarantin di sebuah rumah sakit dikawasan Ahmedabad, Gurjarat. 

Selama 6 hari masa pengasingan itu, Jani sama sekali tidak pernah menyentuh makanan dan minuman serta tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan stamina atau dehidrasi.

Riset yang dilakukan India's Defence Research Development Organisation itu, masih terus melakukan monitoring secara tertutup terhadap Jani. Mereka menduga Jani memiliki sesuatu yang asli di tubuhnya yang tidak dimiliki orang lain, yang dengan itu mampu menyelamatkan nyawanya tanpa makan dan minum. 




India's Defence Research Development Organisation adalah organisasi militer India yang memiliki ilmuwan pencipta pesawat jet, rudal balistik antara benua serta beberapa jenis bom baru. 

Ilmuwan percaya, Jani dapat mengajarkan militer bagaimana membantu prajurit agar dapat bertahan lama tanpa makanan atau bertahan dari bencana sehingga bantuan tiba. 




"Jika hasil penemuan ini mampu diverifikasi, ini akan menjadi laluan baru dalam dunia kedoktoran," kata Dr G Ilavazhagan, direktur The Defence Institute of Physiology & Allied Sciences. 

"Jika penelitian ini berjaya, kami mampu membantu orang-orang yang mengalami bencana, masalah penyakit ketinggian, perjalanan laut dan alam yang ekstrem. Kami juga boleh mendidik masyarakat tentang teknik-teknik bertahan hidup dalam keadaan yang buruk tanpa ada makanan dan minuman sama sekali," lanjutnya. 

Jani mengaku meninggalkan rumah saat berusia 7 tahun dan hidup mengembara sebagai sadhu (pertapa dalam agama Hindu) atau orang suci di Rajasthan. Jani dianggap sebagai 'breatharian' yang dapat hidup dengan hanya melakukan kekuatan spiritual. 




Jani sendiri percaya dia mampu bertahan kerana bantuan magic dewa yang menurutnya menuangkan suatu ubat mujarab melalui lubang di langit-langit mulutnya. 

Pengakuannya itu telah didukung oleh seorang doktor India yang khusus mempelajari orang-orang yang memiliki kemampuan supernatural. Meski begitu, Jani juga kerap ditolak masyarakat dan dianggap melakukan penipuan. 

Selama masa pengasingan 6 hari iti, selain tidak makan dan minum, Jani juga tidak pernah buang air kecil atau buang air besar. Jani tetap cergas dan sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda kelemahan. 

Doktor menjangkakan akan mengamatinya selama 15 hari dan akan melihat apakah ada otot-otot yang rosak, dehidrasi yang serius, penurunan berat badan, kelelahan atau kegagalan organ. 

Sumber : 
kotakhitamdunia.blogspot.com


GOBALAKRISHNAN DIDENDA HALANG PENJAWAT AWAM

Gobalakrishnan Bersalah Halang Penjawat Awam

BUKIT MERTAJAM – Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan hari ini didenda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menghalang tugas penjawat awam pada 2009.
Majistret Mohd Azhar Hamzah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap fakta kes serta mengambil kira kepentingan awam. Mohd Azhar berkata hukuman yang dikenakan terhadap Gobalakrishnan perlu dijadikan pengajaran oleh tertuduh serta orang ramai.
Gobalakrishnan didakwa menggunakan kekerasan menghalang Sub Inspektor M. Karunamuthi daripada menjalankan tugasnya di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini pada 11 pagi 17 Ogos 2009.
Dia dikatakan mengingkari arahan polis dengan menggunakan alat pembesar suara serta melaungkan kata-kata berunsur provokasi termasuk menghambur kata-kata kesat terhadap polis.
Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda.
Selain itu, katanya, Gobalakrishnan juga mempunyai rekod kesalahan sama dan dikenakan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret George Town pada 2010.
Sementara itu, Gobalakrishnan yang ditemui di luar mahkamah berkata beliau akan mengemukakan rayuan bagi mengenepikan hukuman itu yang akan difailkan oleh peguamnya Saiful Ambar Abdullah Ambar pada Jumaat.
Anggota Parlimen bebas itu yang mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal tahun lepas juga berkata beliau akan terus berkhidmat untuk pengundi Padang Serai melalui Pekemas, sebuah badan bukan kerajaan. -BERNAMA