Tuesday, 24 July 2012

9 PELAJAR NEKAD ENGGAN TINGGALKAN SYRIA


           
Korban keganasan di Syria

KUALA LUMPUR - Meskipun konflik di Syria semakin genting dengan berlakunya kejadian tembak menembak dan bedilan bom, sembilan pelajar Malaysia bertindak nekad untuk tidak pulang ke tanah air.

Pemangku Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPSM), Anuar Majdi Azahan berkata, terdapat antara pelajar tersebut yang ingin terus menetap di Syria berikutan tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk menyambung belajar di negara ini.

"Walaupun sebelum ini saya telah meminta mereka pulang sementara ke tanah air dan sekiranya keadaan beransur pulih, tiada halangan bagi mereka untuk kembali ke Syria namun, mereka sudah nekad kekal di Syria dalam apa jua risiko yang menimpa.

"Saya juga meminta mereka supaya mengutamakan keselamatan keluarga bagi yang berkeluarga berbanding kehendak peribadi. Namun, mereka tidak mengendahkan permintaan itu dan terus menetap di Syria atas alasan pengajian universiti masih berjalan seperti biasa.

"Ada juga yang beranggapan situasi akan beransur pulih dalam masa terdekat. Bagaimanapun, kesemua mereka sudah dipujuk dan dijelaskan mengenai masalah-masalah yang lebih teruk bakal menimpa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Konflik di Syria semakin meruncing apabila kereta-kereta kebal tentera pimpinan Presiden Bashar al-Assad dilihat memasuki Damsyik, tempat di mana pelajar dan rakyat Malaysia kini berlindung.

Kejadian tembak menembak dan letupan bom di beberapa kawasan tumpuan penuntut Malaysia turut berlaku sehingga terdapat dalam kalangan mereka yang hampir terkena tembakan yang dilepaskan rejim tentera dan puak pemberontak.

Jelas Anuar, terdapat juga sebahagian daripada sembilan pelajar berkenaan meneruskan pengajian tidak formal bersama ulama-ulama tempatan di sekolah agama pondok serta ada yang sedang membuat keputusan untuk menetap di Syria.

"Setakat ini proses penghantaran pulang lain-lain pelajar Malaysia dari Syria sudah hampir siap namun keadaan pusat imigresen negara bergolak itu yang dijangka sesak akan menyukarkan urusan perjalanan," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, sembilan penuntut yang masih berdegil untuk terus berada di Syria mempunyai tempoh sehingga Isnin ini bagi mengubah fikiran.

Beliau berkata, sebelum tempoh itu MKN akan menggunakan segala pendekatan terbaik untuk mengeluarkan semua rakyat Malaysia di negara yang sedang bergolak itu.

Menurut beliau, tempoh yang diberikan itu mengambil kira jadual penerbangan terakhir misi membawa pulang 138 rakyat Malaysia termasuk 128 orang penuntut dan 10 orang ekspatriat.

"Kita sudah pun menghubungi ibu bapa penuntut terbabit supaya dapat berusaha memujuk dan meminta anak mereka balik. Kami akan melakukan apa sahaja yang terbaik kerana berdasarkan maklumat risikan, keadaan di Syria sekarang tidak menunjukkan tanda-tanda positif.

"Jadi, sebelum keadaan semakin buruk dan genting, sebelum jalan-jalan atau lapangan terbang ditutup, MKN akan mencari jalan terbaik untuk membawa mereka pulang," katanya.

Menurut Mohamed Thajudeen, usaha itu dibuat untuk mengelakkan masalah yang pernah berlaku di Libya pada tahun lalu berulang lagi di Syria.

Katanya, MKN pernah mengalami keadaan yang cukup sukar semasa pergolakan di Libya apabila jalan-jalan ditutup dan terpaksa mengeluarkan rakyat Malaysia dengan menggunakan laluan-laluan berbahaya.

"Kita tidak mahu peristiwa itu berlaku lagi kerana situasi Syria juga semakin genting, payah dan teruk," katanya sambil menambah seandainya sembilan penuntut itu tetap nekad untuk berada di Syria, MKN tidak mampu berbuat apa-apa.

Menurut beliau, mereka perlu menanggung risiko sendiri kerana kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk menyelamat setiap nyawa rakyat Malaysia di Syria.

***Sebagai kerajaan yang prihatin terhadap masalah rakyatnya, walaupun yang tinggal di luar negara kerana belajar, bekerja dan sebagainya, sentiasa mendapat perhatian dan diambil berat.  Begitu jugalah dengan rakyat Malaysia yang berada di Syria.  Khalayak mengetahui bagaimana situasi di Syria sekarang ini, maka sewajarnyalah kerajaan mengambil langkah2 perlu dengan membawa pulang rakyatnya yang tinggal di sana seberapa cepat yang boleh sebelum sesuatu yang buruk terjadi, demi mengutamakan keselamatan mereka.... tetapi jika enggan dan tetap berdegil mahu terus tinggal di sana, ambillah risiko sendiri ye, jangan nanti bila terjadi sesuatu yang tidak diingini nak salahkan kerajaan dan dijadikan alat pembangkang untuk menghentam kerajaan....!!!

MISTERI BEG HITAM KETIKA KEMALANGAN.... TERBONGKAR!!!

Md Azmi (kiri) dan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fazrul Izhar Asli menunjukkan dadah
Md Azmi (kiri) dan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fazrul Izhar Asli menunjukkan dadah serta peralatan yang dirampas ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah di Semabok.


BUKIT BERUANG – Seorang lelaki begitu bersungguh-sungguh menyelamatkan beg hitam yang dibawa bersamanya walaupun mengalami kecederaan dalam kemalangan.

Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan siasatan pada mangsa menemui plastik lut sinar mengandungi dadah disyaki syabu seberat 500 gram yang bernilai RM201,758.

DUIT BARU MALAYSIA SAMA DENGAN DUIT CINA MATI...???

Mesti ramai pelik kenapa duit keluaran baru Malaysia 2012 sama dengan duit cina bagi orang mati. Disini, kami ingin beri penjelasan bahawa duit cina tersebut dikenali sebagai Hell Money telah meniru rekaan duit Malaysia.
Untuk pengetahuan, duit kertas terbaru telah direka bermula pada tahun 2005 dan dibuat berdasarkan konsep negara ini. Pada akhir tahun 2011, kesemua gambar duit baru ini telah dipaparkan kepada umum melalui media blog mahupun akhbar.
Ada kemungkinan besar bahawa rekaan duit tersebut telah ditiru oleh duit bagi orang cina yang telah meninggal.

Duit Baru Malaysia Sama Dengan Duit Cina Mati

ELAK AMALKAN MAKANAN SEGERA BARAT ATAU ANDA TANGGUNG RISIKO


Makanan Segera

Singapura - Rakyat Singapura yang sering menikmati hidangan burger, kentang goreng dan makanan segera ala-Amerika Syarikat lain berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis dan jantung yang membawa risiko maut, menurut hasil kajian antarabangsa.
Pada masa sama, hasil kajian itu yang disiarkan dalam jurnal Circulation menyebut bahawa makanan segera tempatan atau rantau Asia seperti mee atau ‘dumpling’, tidak memberi risiko yang sama.
Disebabkan fenomena globalisasi, makanan segera ala-Amerika kini menjadi sesuatu yang biasa bagi kebanyakan penduduk di Asia Timur dan Asia Tenggara. Kajian dilakukan terhadap lebih 60,000 penduduk Singapura berketurunan Cina.
“Banyak masyarakat asing menerima (makanan segera Barat) kerana ia satu petanda mereka membangunkan ekonomi,” kata ketua kajian itu, Andrew Odegaard dari Kajian Kesihatan Awam Universiti Minnesota.
“Makanan Barat mungkin diterima lebih baik dari sudut kebudayaan tetapi daripada perspektif kesihatan ia mungkin kesan buruk,” katanya.
Peserta yang mengambil bahagian dalam kajian ditemubual pada 1990-an dan tabiat pemakanan mereka dipantau selama satu dekad. Mereka berusia antara 45 hingga 74 tahun pada permulaan kajian itu.
Ketika masih dalam tempoh kajian, 1,397 peserta meninggal dunia disebabkan masalah jantung dan 2,252 lagi menghidap kencing manis jenis kedua.
Kajian mendapat, mereka yang makan makanan segera dua kali atau lebih seminggu berisiko 27 peratus untuk menghidap penyakit kencing manis dan 56 peratus berisiko tinggi mendapat sakit jantung berbanding mereka yang makan sedikit atau langsung tidak mengambil makanan segera.
Daripada 811 peserta yang makan makanan segera gaya Barat empat kali atau lebih seminggu, risiko kematian akibat sakit jantung meningkat sehingga 80 peratus.
Hasil kajian itu tidak berubah sekalipun penyelidik mengambil kira faktor lain yang mungkin mempengaruhi kesihatan termasuk umur, jantina, berat, status merokok dan tahap pendidikan.
Selain itu, rakyat Singapura yang makan makanan segera ala Barat kebanyakannya adalah golongan muda, berpendidikan dan aktif secara fizikal dan mungkin tidak merokok berbanding mereka yang terikat dengan diet tradisional. – Reuters

KEANEHAN PISANG BELALAI GAJAH

Pisang Belalai Gajah, mempunyai buah pisang yang agak panjang sehingga boleh mencapai 3 meter dan mampu mencecah kebumi tandannya.


Keanehan Pisang Belalai Gajah

Pisang Belalai Gajah milik Zariah Yaakob, menjadi tumpuan orang ramai apabila pokok pisang yang jarang dilihat di Malaysia itu kelihatan subur ditanam oleh beliau.
Menurut puan Zariah Yaacob, dia menanam pisang tersebut hampir setahun dan hanya mengeluarkan hasil beberapa minggu lalu.
Menurutnya, pisang belalai gajah jarang ditanam memandangkan benihnya hanya diperoleh dari negara jiran, Thailand.
“Saya tanam pisang tersebut berdekatan garaj kereta depan rumah sekadar untuk perhiasan.
“Keunikannya menarik perhatian ramai terutama penduduk sekitar yang teruja melihat panjangnya hampir tiga meter,” katanya.
Zariah atau digelar Mok Yoh oleh penduduk kampung berkata, pisang tersebut boleh dimakan, cuma buahnya berlendir.
Sementara itu, jiran Zariah, Wizzura berkata, bentuk pisang belalai gajah tersebut memang pelik dan unik.
Menurutnya, orang lama sedia maklum mengenai pisang itu, tetapi bagi generasi muda, kewujudannya mungkin tidak diketahui.
“Sebab itulah saya katakan ia unik, memang boleh dimakan tetapi rasanya agak berlainan dengan pisang biasa,” katanya.
***Di mana kampung Mok Yoh ni ye..... artikel dari sini

{FOTO} KOLEKSI SENJATA MEWAH SADDAM HUSSEIN BERSALUT EMAS

Koleksi Senjata Emas Saddam Hussein



































Ketika hayatnya, Saddan Hussein dikhabarkan mempunyai hobi yang mahal dan pelik, iaitu mempunyai koleksi senjata mewah yang bersalut emas...!!!

Sama ada senjata-senjata mewah seperti yang dipaparkan di dalam foto-foto di atas adalah memang milik bekas Presiden Mesir yang ditembak mati itu, atau sebaliknya...... wallahu'alam

RUJUK.....DI SINI

WANITA MALAYSIA ANTARA YANG DITAHAN TERLIBAT PENIPUAN TSUNAMI




SEOUL  - Polis Korea Selatan menahan seorang wanita Indonesia dan meminta Interpol menahan tiga suspek lain iaitu seorang wanita rakyat Malaysia, Nigeria dan lelaki dipercayai warga Amerika Syarikat kerana terlibat dalam penipuan melibatkan bencana gempa bumi dan tsunami Jepun Mac tahun lalu.

Wanita Malaysia berusia 33 tahun itu dilaporkan menghantar satu e-mel kepada seorang lelaki Korea Selatan pada tahun lalu melalui laman penpal, mendakwa dia bekerja dengan sebuah bank di negaranya.

Menurut wanita itu, seorang pelanggan Jepun dengan jumlah deposit sebanyak AS$4.2 juta (RM13.3 juta) dalam akaun bank tempatnya bekerja, telah terbunuh dalam bencana gempa bumi dan tsunami bersama kesemua ahli keluarganya.

Wanita tersebut mencadangkan supaya lelaki Korea Selatan itu menuntut wang berkenaan dengan menyamar sebagai waris mangsa dan berkongsi wang dengannya.

Polis berkata, wanita Malaysia itu memperoleh AS$96,000 (RM304,512) daripada lelaki Korea tersebut selepas menyatakan duit itu diperlukan untuk memalsukan dokumen.

Namun, lelaki Korea itu tidak sabar dengan proses pengurusan yang lambat dan bertindak membuat laporan polis pada April lalu.

Lelaki itu menjemput rakannya iaitu seorang wanita Indonesia yang berusia 33 tahun untuk ke Seoul dengan janji mendapatkan lebih banyak wang dan polis menahan wanita itu pada 4 Julai lalu.

"Ini adalah penahanan pertama melibatkan penipuan yang mengambil kesempatan ke atas bencana tsunami Jepun, tetapi kami mula menerima banyak laporan mengenai cubaan sama sejak penahanan itu," kata polis penyiasat, Kim Gyoung-he. - AFP


PENGGANAS PALING GANAS YANG ANTI ISLAM DI NEGARA SIMBOL KEAMANAN DUNIA..!!!

Breivik
ANDERS BREIVIK

“Anda boleh bertenang sekarang. Saya akan memastikan anda semua selamat. Mari berkumpul di dalam bangunan ini,” jerit seorang lelaki berpakaian polis lengkap dengan senjata ke arah sekumpulan remaja yang ketakutan selepas mendengar bunyi tembakan.

Remaja yang lega dengan kehadiran lelaki itu mengikut arahan diberikan, sebelum kesemua mereka ditembak mati oleh lelaki itu dari jarak dekat.