Saturday, 5 January 2013

SIAPA MUSUH HADI AWANG YANG SELEWENGKAN AMANATNYA....???


Fatwa dan amanat Syeikh al-bro Kamarulzaman Kamdias Al-Umnowiyah

“Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang PAS, bukan kerana nama dia PAS. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia asyik membangkang tak habis-habis. Kita menentang dia ialah kerana dia "sudah menarik balik fatwa Hj Hadi" yang menganggap perlembagaan negara selama ini sebagai perlembagaan penjajah,  undang-undang negara sebagai kafir dan segala peraturan yang dikatakan jahiliyah".

"Oleh kerana "fatwa flip-flop, sekejap halal sekejap haram itulah" kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka".

'THE BLACK ROSE' BUKU PERSENGKETAAN DEEPAK...???


The Black Rose - satu siri buku yang dijanjikan oleh ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan, yang mengisahkan persengketaan beliau dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akhirnya muncul di ruang siber.

Siri pertama - Black Rose 1.0 - telah diedarkan kepada media malam ini dalam bentuk e-buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinyatakan sebagai 'Spirit of Altantuya'.

Buku ini tidak menyebut mana-mana personaliti tertentu dengan nama, tetapi jalan ceritanya hampir dengan kisah hidup Deepak sendiri.

Buku ini mengandungi watak-watak yang dipaparkan menggunakan nama samaran tetapi jalan ceritanya mirip kepada kisah Depak.

Antara mereka termasuk Kapeed, Bijan, Black Rose, Popiah, Lala, Jim dan beberapa personaliti lain yang dikaitkannya atau dirujuk olehnya sewaktu 'berperang' dengan keluarga Najib.

DVD ADEGAN SEKS SPEAKER DUN PERAK DITELITI PAKAR AS



IPOH  : Polis sudah menghantar cakera padat digital (DVD) yang didakwa mengandungi adegan seks Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke Amerika Syarikat untuk siasatan lanjut. 
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata DVD itu perlu diteliti pakar forensik teknologi maklumat di negara berkenaan bagi mengenal pasti individu dalam adegan lucah itu. 
ami menjangka siasatan mengambil masa agak lama kerana memerlukan penelitian sebagaimana siasatan terhadap video seks membabitkan individu yang dikaitkan dengan seorang tokoh politik sebelum ini, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pada 23 Disember lalu, Datuk R Ganesan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berhubung dakwaan kewujudan DVD seks yang dikaitkan dengannya. Laporan itu bagi membolehkan polis menyiasat dan mengenal pasti pihak bertanggungjawab menyebarkan DVD itu selain membersihkan namanya.

JANGAN MAKAN MAKANAN INI....ATAU ISTERI ANDA AKAN LARI......!!!!


Kata orang, apalah ertinya kebahagiaan rumahtangga jika tanpa kepuasan ketika bersama isteri/suami. Mungkin bagi sesetengah pasangan berkeluarga, s*ks amat penting dan mungkin sebahagiannya merasakan s*ks hanya sekadar perasa dalam rumahtangga, kerana banyak lagi perkara yang lebih penting dari itu.
Bagi mereka yang mementingkan kesihatan s*ks... jom ikuti seterusnya...
Apa yang anda makan atau minum boleh menimbulkan kesan yang pelbagai pada kehidupan seks. Ada makanan yang membantu meningkatkan ghairah seks dikenali dengan aphrodisiac seperti tiram mentah, coklat dan avocado. Namun ada pula beberapa jenis makanan yang mempunyai kesan negatif terhadap ghairah seksual.
Mengambil makanan / minuman yang tidak tepat sebelum berhubungan seks, boleh memberi kesan buruk bagi momen intim yang seharusnya membahagiakan. Ini dia makanan yang harus dielakkan jika tidak mahu ghairah seks anda menurun, seperti dikutip dari Livestrong.

1. Minuman berkafein

Kafein dalam kadar yang tinggi boleh mengurangkan tahap kortisol di dalam tubuh. Hormon ini mempengaruhi kemampuan tubuh anda untuk mengatasi stres. Ketika hormon kortisol dalam tubuh menurun, kelenjar pada buah pinggang juga berkurangan sehingga tidak dapat menghasilkan hormon yang cukup untuk mengoptimumkan dorongan seksual. Akibatnya, anda mahupun pasangan kurang ghairah dan kurang bertenaga untuk bersama.

TERGEMPAR !!! PASAL ROSMAH LAGI.....!!!




Kuala Lumpur 5 Jan - Menyingkap semula kehidupan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika perkahwinan beliau yang pertama bersama Puteri Zainah Binti Iskandar atau lebih dikenali sebagai Ku Yie. Inilah wanita pertama yang dikahwini oleh DS Najib dan menemani beliau sewaktu menjadi Menteri Besar Pahang untuk melawat rakyat di Pahang dan mengikut Najib di majlis-majlis rasmi kerajaan waktu itu.

Puteri Zainah kini masih lagi sihat dan hasil perkahwinannya bersama Datuk Seri Najib dikurniakan 3 orang anak, Mohd Nizar 32, Puteri Norlisa 28 dan Mohd Nasifuddin dan Puteri Zainah menantu yang disayangi Tuan Puan Rahah.

18 SX - TAKTIK TERKINI 'PECAH DARA' KERAJAAN KHALID GAGAP...!!!



Sangat memalukan!!! Kegiatan yang langsung tidak bermoral ini nampaknya semakin berleluasa dan semakin berani..! Dulu ada la jugak sorok-sorok, curi-curi tapi hari ini ianya seolah-olah menjadi kebanggaan 'bapa ayam' yang selamber badak konon untuk menunjukkan 'kehebatan' mereka menjalankan perniagaan 'lendir' ini....!!!

KAJANG: Tidak cukup dengan memanipulasi wanita warga asing dengan menjadikan mereka pelacur, satu sindiket pelacuran di bandar ini bertindak lebih berani apabila dengan bangga mempromosikan pelacur yang mereka dakwa masih dara.

RAFIZI & KHALID SEPAKAT JUAL PASIR DI SELANGOR...???


Universiti Selangor (UNISEL) untuk entah kali ke berapa terus menarik perhatian umum dan mengundang kontroversi yang tak sudah-sudah semenjak IPT itu di urus tadbir oleh Kerajaan PKR Selangor.

Sebelum ini UNISEL diselubungi masalah timbunan hutang berjuta ringgit gara-gara kegagalan urus tadbir dan masalah kewangan yang menyebabkannya gagal melangsaikan bayaran perkhidmatan pengurusan asrama.

Tumpuan kali ini pula berkisar pada permasalahan yang dihadapi sekitar 5,000 hingga 6,000 orang pelajarnya di Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor apabila terpaksa tinggal di luar penempatan asrama berikutan masalah mendapan tanah dan keretakan bangunan selain turut menjejaskan sistem pendawaian elektrik.

PANASZZZ !!! MANTAN KSU BERGELAR DATUK, DITAHAN BERSAMA GRO....!!!




Siapa.... mungkin anda kenal dengan beliau...??? 

KUALA LUMPUR : Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian yang sudah bersara dan bergelar Datuk serta seorang rakannya yang juga berstatus sama ditahan bersama 36 pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 7 malam itu, kedua-dua VIP terbabit berhibur dan dipercayai dalam keadaan mabuk.

Menurut sumber, ‘Datuk’ terbabit yang berusia lewat 50-an berlagak sombong dan mendakwa kebal daripada undang-undang.

“Datuk terbabit tidak gentar dengan kesalahan syariah yang dilakukannya, malah mencabar penguat kuasa Jawi untuk mengambil tindakan.