Monday, 16 July 2012

AMBIL UBAT BERLEBIHAN..... ANAK STALLONE MATI...!



LOS ANGELES: Anak pelakon handalan Hollywood, Sylvester Stallone, ditemui mati di rumahnya, semalam, dipercayai akibat terlebih mengambil ubat.

Media melaporkan, Sage Stallone ditemui tidak bernyawa di apartmennya di Los Angeles oleh seorang pembantu rumah. Menurut sumber, polis memang ada menghubungi Sage kerana keadaannya dilaporkan membimbangkan.




 

Jurucakap polis berkata, setakat ini pihak berkuasa tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat atau jenayah di sebalik kematian Sage. Peguam Sage, George Braunstein, berkata Sage sentiasa bersemangat dan sedang menyiapkan pelbagai projek.


“Malah, dia bercadang untuk kahwin.

“Kematian ini adalah satu tragedi,” katanya. Sementara itu, Stallone dikatakan terlalu sedih dengan kematian Sage.


Ejen Stallone, Michelle Bega, berkata pelakon filem aksi itu masih bersedih atas kehilangan mengejut Sage.

“Kehilangan itu akan dirasakan Stallone selama-lamanya,” katanya.

Berusia 36 tahun, Sage pernah muncul dalam filem Rocky V dengan watak Rocky Balboa Jr pada 1990 dan mereka sekali lagi bekerjasama dalam Daylight enam tahun kemudian.

Kata Michelle, Stallone kini menemani ibu Sage, Sasha (isteri pertama Stallone).

Sebelum ini, Stallone sibuk mempromosikan filem terbarunya, Expendables 2 dan amat terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian Sage.


Laman sesawang hiburan AS melaporkan, paramedik dipanggil sebaik saja amah terbabit melihat keadaan Sage, tetapi dia disahkan mati apabila diperiksa. Memetik sumber, Sage dipercayai mati akibat ubat berlebihan dan pihak berkuasa memastikan sama ada kejadian itu disengajakan atau kemalangan. - AFP

PERTANDINGAN MEMANAH 'IKAN TERBANG'...



Hiasan - Ikan Terbang

PEORIA, Illinois - 'Sukan' memanah ikan 'terbang' diperkenalkan di Sungai Illinois, Amerika Syarikat pada musim panas yang lalu oleh seorang ahli bomba, Nathan Wallick, lapor agensi berita AFPsemalam.
Dia mengemudi sebuah bot yang mengandungi beberapa pelanggan yang berminat untuk memanah ikan kap dengan menggunakan busur.
Wallick membuka syarikat Pemburu Cap Peoria bagi memberi pelanggannya peluang untuk memanah ikan kap.
Ikan itu boleh melompat setinggi tiga meter dan mempunyai berat sehingga 27 kilogram.
Wallick akan memberi arahan kepada penumpangnya itu masa yang sesuai untuk memanah ikan tersebut.
Ikan tersebut akan melompat apabila ia mendengar bunyi enjin bot. - Agensi

KEJAM..!!! KANAK-KANAK JADI KORBAN UPACARA PEMUJAAN...!!! {FOTO}

Kejadian ini berlaku pada 10 Julai 2012 di Mexico. 
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang hilang selama beberapa 
hari (mungkin minggu) dijumpai mayatnya di belukar berdekatan. 
Tangannya diikat dan kepalanya dikerat. 
Apabila ditemui mayat sudah mula mereput. 
Pihak berkuasa mengesyaki kejadian berkaitan dengan proses 
ritual ajaran sesat memandangkan banyak objek di tempat 
kejadian yang sering digunakan dalam aktiviti sihir dan 
pemujaan syaitan.
KEJAM..!!!! TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN LANGSUNG...!!!
SYAITAN...!!! IBLIS..!!!
NOTA : GAMBAR-GAMBAR YANG DIPAPARKAN SANGAT MENGERIKAN DAN DALAM
KATEGORI 18SX.... harap maklum.

MUHDALINA HADAPI 2 PERTUDUHAN


PUTRAJAYA  - Wanita yang mengamuk bersama seorang lelaki dengan bersenjatakan pedang samurai di perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini minggu lepas, hari ini didakwa atas dua tuduhan iaitu ugutan jenayah dan membawa pedang.

Muhdalena Ahmad, 28, yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Muhdalena didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya yang bersidang di wad ortopedik Hospital Putrajaya di mana dia sedang menerima rawatan akibat daripada kecederaan yang dialaminya dalam kejadian amuk itu.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia dituduh melakukan kedua-dua tuduhan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lepas.

Bagi tuduhan pertama, Muhdalena, dari Kota Damansara, Petaling Jaya, didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Kafli Che Ali menetapkan 29 Ogos untuk sebutan kes dan membenarkan Muhdalena diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Balkiah Yazaid.

Terdahulu difahamkan dalam rayuannya, Muhdalena dalam keadaan menangis, berkata dia dan suaminya tidak bekerja dan keluarganya disara oleh ibu serta mertuanya.

Hakim bersama-sama seorang jurubahasa, pendaftar Mahkamah Sesyen dan Timbalan Pendakwa Raya diiringi beberapa pegawai polis tiba di hospital itu pada 11.55 pagi.

DS DR. ZAMBRY : MUHASABAH DIRI, IMBAU SEJARAH UMNO UNTUK KETEGUHAN PARTI...

PERAK TODAY 18Ahli-ahli UMNO atau Barisan Nasional khusunya perlu mengimbau sejarah perpecahan yang pernah berlaku pada parti itu dalam usaha untuk mengelak perkara yang sama berulang.


Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lumut semalam memberitahu setiap ahli Umno itu perlu mengenang semula cabaran serta jatuh bangun parti bagi membolehkan mereka belajar daripada kesusahan pada waktu itu.
Beliau menambah, sepanjang 66 tahun tertubuhnya UMNO, pelbagai badai dalam perjuangan telah berlaku dimana ia seharusnya menjadi pedoman kepada setiap ahli untuk mengelak dari berlakunya perpecahan dalaman yang sama berlaku.
“Dalam perjuangan kita ini, ingat banyak perpecahan berlaku tapi dalam masa yang sama bila berlaku perpecahan itu kita perlu cepat-cepat rapatkan barisan kita… perhatikan kekuatan tenaga kita… pastikan supaya Umno tidak tumbang disebabkan oleh perpecahan dalaman kita.
“Kita imbau balik perpecahan kita supaya kita boleh belajar daripada pengalaman kita.
Menurut Zambry, sejarah perpecahan Umno telah bermula pada tahun 1969 dimana perpecahan ketika itu bukan hanya berlaku antara ahli-ahli dalaman sebaliknya ia melibatkan keseluruhan Barisan Nasional.
Katanya, peristiwa perpecahan ketika itu merupakan satu igauan buruk kepada rakyat Malaysia keseluruhannya sehinggakan berlakunya kejadian 13 Mei.
“Kemudian kita lihat pula pada tahun 1977 berlakunya pergolakkan dalaman pada BN apabila kepimpinan Pas membuat keputusan masuk parti kita dan selepas itu Pas keluar semula pada Dis tahun yang sama.
“Disebabkan perpecahan ketika itu, diadakan satu pilihanraya kecil negeri hanya untuk negeri Kelantan.
Beliau menambah, pada tahun 1988 sekali lagi pergolakkan besar berlaku dalam parti yang melibatkan sokongan ahli terhadap Tengku Razaleigh dan Tun Mahathir.
Katanya lagi, disebabkan perpecahan itu ia telah menyebabkan ahli-ahli UMNO mula berpuak-puak sehinggakan ketua-ketua bahagian pun berpecah.
“Kemudian pada 1998 berlaku lagi peristiwa perpecahan iaitu apabila Anwar Ibrahim dipecat.
“Pada 2008 pula sekali lagi pergolakkan politik berlaku atau kita namakan Tsunami Politik yang melanda Umno atau BN khususnya.
“Siapa pernah menjangka pada tahun itu akan berlaku satu pertarungan besar antara BN dan pembangkang yang saya sendiri tidak sangka akan terjadi.
Justeru katanya, dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi perjuangan dan kekuatan parti maka setiap ahli Umno haruslah sentiasa bermuhasabah bagi mengelak satu lagi peristiwa perpecahan dalaman berlaku.
“Ingat dalam 66 tahun itu kita telah menghadapi pelbagai badai dalam perjuangan yang kadang kala memang berat untuk diharungi tetapi adakala menggembirakan kita,”katanya

11 JENIS MANUSIA YANG DIDOAKAN MALAIKAT..




Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah : 

1- Orang yang tidur dalam keadaan bersuci 


Rasullulah saw bersabda:" Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci , malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa:" Ya Allah,ampunilah hambaMu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci . 

2- Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat .

 
Rasullulah saw bersabda :" Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya :"Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia . 

3- Orang yang berada di saf depan solat berjemaah .

 
Rasullulah saw bersabda:" Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikayNya berselawat ke atas orang yang berada pada saf depan . 

4- Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah ( tidak membiarkan kekosongan di dalam saf ) . 


Rasullulah saw bersabda :" Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf ". 

5- Kalangan malaikat mengucapkan "Amin" ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah .

 
Rasullulah saw bersabda:"Jika seorang imam membaca ...(ayat terakhir al-fatihah sehingga selesai) , ucapkanlah kamu "aamiin" kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat , dia akan diampuni dosanya yang lalu." 

6- Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. 


Rasullulah saw bersabda ;" Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat. "

7- Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

 
Rasullulah saw bersabda:" Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari sabtu) naik ke langit dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

 
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik ke langit sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggl lalu Allah bertanya kepada mereka:"bagaimana kalian meninggalkan hambaKu?" 
Mereka menjawab :"kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat , ampunilah mereka pada hari kiamat" 

8- Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang didoakan.

 
Rasullulah saw bersabda ;" Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabul . Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan , malaikat itu berkata " aamiin "dan engkau oun mendapat apa yang ia dapatkan ." 

9- Orang yang membelanjakan harta ( infak ).

 
Rasullulah sawa bersabda " maksudnya : "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata" Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...."

10- Orang yang sedang makan sahur.

 
Rasullulah saw bersabda " Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur .' 

11- Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

 
Rasullulah saw bersabda" Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan diwaktu malam hingga subuh ." 


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat . Semoga kita termasuk dalam senarai ini InsyaAllah......

LATHEEFA KOYA MELETAK JAWATAN..!!!



Walaupun Latheefa tidak menyebut sebab perletakkan jawatannya itu tetapi difahamkan ianya ada kaitan berhubung isu perumahan rakyat miskin yang pernah dihantarnya melalui e-mel kepada kepimpinan tertinggi PKR baru-baru ini.

Free Malaysia Today pula sebelum ini memetik sumber melaporkan, Khalid sendiri mengusulkan cadangan untuk membuangnya.

SEJAUH MANAKAH KEPINTARAN SAMSUNG GALAXY S3 JIKA ANDA TIDAK PINTAR...???




 Kepintaran Samsung Galaxy S3? 
Adakah Samsung Galaxy S3 benar-benar pintar sebagaimana yang diiklankan atau sebenarnya anda yang pintar..???

Bolehkah Samsung Galaxy S3 menjadi sepintar seperti yang diuar-uarkan jika anda tidak pintar menggunakannya..?? 

Teman berpendapat.... tanpa kepintaran pencipta/pereka Samsung Galaxy S3, tidak mungkin Samsung Galaxy S3 menjadi sepintar itu.....

Walaubagaiman pun, mari kita ikuti, apakah yang pintar sangat dengan Samsung Galaxy S3 ni...

Terdapat 5 funsi pintar baru dalam peranti pintar kali ini antaranya dimuatkan dengan fungsi Smart Stay, Direct Call, Smart Alert, Social Tag serta S Voice.

Dalam fungsi Smart Stay peranti ini boleh mengetahui pergerakan mata anda. Bermaksud jika mata anda melihat pada skrin cahaya pada skrin anda akan menyala dan bila mata anda tidak melihat pada skrin.. cahya pada skrin akan menjadi malap.



Sokongan fungsi Direct Call pula, pengguna tidak perlu mencari butang panggilan untuk membuat panggilan ketika sedang menggunakan sistem SMS malah hanya terus letakkan smartphone ke telinga anda dan smartphone tersebut secara automatik akan membuat panggilan untuk anda. Bagus betul, sesuai untuk saya yang malas type masej..



Smart Alert pulak berfungsi untuk mengingatkan pengguna jika pengguna tidak perasan ada masej atau sebaliknya. Jika anda meninggalkan smartphone anda seketika dan terdapat panggilan dan masej dan kembali semula ke smartphone anda, ia akan bergetar untuk membiarkan anda tahu bahawa anda telah mesej yang menunggu, tanpa anda walaupun mempunyai menghidupkan skrin.



Fungsi Smart Tag, ramai yang minat ni. Hanya klik pada gambar kawan anda dan memasukkan butiran kenalan mereka pada telefon anda. Apa yang anda lakukan kemudian klik pada mereka, dan tekan butang yang berkaitan.



Fungsi S Voice membolehkan pengguna memberi arahan suara kepada smartphone untuk membuat suatu pilihan menu tanpa perlu mencarinya. Sebagai contoh untuk update status Facebook.. arghhh semakin ramai la yang malas gamaknya.



Amacam? Serius Samsung Galaxy S3 pintar kan? Tepuk dada tanyalah iman... Teman difahamkan banyak lagi kelebihan-kelebihan Samsung Galaxy S3 yang lain. Teman percaya, ramai golongan remaja yang memang sedang menggila dengan penggunakan aneka gadget di genggaman dengan perolehan maklumat di hujung jari masing-masing, sangat berminat dengan Samsung Galaxy S3 ni.... tanya lah poket sendiri.... atau Samsung itu akan menjadi milik anda...

Untuk maklumat seterusnya berkaitan Samsung Galaxy S3 ni...anda boleh layari http://www.samsung.com/my/galaxys3/index.html.

SYILING EMAS PURBA DALAM TEMPAYAN DITEMUI DI KUBU PERANG...

tempayahsilingemas

Satu tempayan syiling emas daripada era Perang Salib yang bernilai hingga AS$500,000 (RM1.58 juta) ditemui tertanam dekat sebuah kubu purba tentera Rom di Israel, beberapa hari lalu.
Syiling emas itu ditanam tentera Kristian atas arahan kumpulan panji-panji satria ketika tentera Kristian berdepan serangan berterusan daripada angkatan tentera Islam yang besar.
Kumpulan panji-panji satria itu ditewaskan pada April 1265.
Syiling emas itu yang mempunyai nilai tinggi walaupun pada tahun 1265 dan disangka ditanam - sebenarnya disembunyikan dalam sebuah tempayan pecah bagi mengelakkan ia ditemui.
Kubu berkenaan juga dimusnahkan pada April 1265 oleh tentera Mamluk yang menewaskan tentera Salib dan harta itu hanya terselamat berikutan buah fikiran seorang daripada tentera Kristian.
“Ia ada dalam tempayan kecil yang sebahagiannya pecah,” kata Oren Tal daripada Universiti Tel Aviv kepada Fox News.
“Muslihatnya adalah untuk menanam sesuatu yang pecah dalam tanah dan menimbusnya bagi menyembunyikan syiling emas di dalamnya. “Sekiranya, seseorang menemui tempayan itu, dia tidak akan menggalinya dan tidak akan melihat isi di dalamnya serta menemui syiling emas itu. Apabila kita mula mengalihnya, syiling emas itu akan keluar,” katanya.
Kubu tentera Rom di Taman Negara Apollonia itu telah membongkar sebahagian besar harta karun arkeologi, tetapi saintis yang membuat penggalian lapisan tanah pada kurun ke-13 itu, terkejut dengan penemuan satu tempayan syiling emas.
Tempayan tanah liat itu mengandungi lebih 100 keping syiling emas dari zaman tentera Salib menakluk kubu berkenaan yang pada asalnya dibina oleh tentera Rom.
Syiling emas yang ditemui dalam kubu itu merujuk kembali pada zaman empayar Fatimiyah di Afrika Utara dan berusia 200 hingga 300 tahun lebih awal berbanding kubu yang musnah itu. Syiling emas itu dikeluarkan di Tripoli dan Iskandariah dan sangat berharga.
“Syiling era Fatimiyah sangat sukar dikaji.
“Hurufnya kadangkala amat sukar untuk ditafsir,” kata Tal.
Syiling itu boleh dijual hingga AS$5,000 (RM15,887) sekeping, menurut akhbar Israel, Haaretz. - DM

MALAYSIAKINI MEDIA RASMI PKR...???



MyMassa telah membuat pendedahan berikut :


Dua hari lepas, heboh pasal wartawan Malaysiakini buat fitnah on the spot terhadap wartawan kanan Utusan.

Apa yang dinyatakan oleh Datuk Zaini memang benar iaitu pembangkang menggunakan kaedah SPIN dalam penyebaran berita mereka.

Untuk yang baru mengikuti berita ini, nama wartawan yang buat fitnah tersebut adalah Ahmad Fadhli KC.



Fadhli KC merupakan seorang wartawan Suara Keadilan.



Jadi tidak hairanlah kenapa Malaysiakini sekarang ini menyebarkan fitnah-fitnah bagi pihak PKR.

'MINI MONET' BAKAL BERGELAR JUTAWAN...

Hiasan

LONDON  - Seorang kanak-kanak Britain berusia sembilan tahun yang digelar sebagai 'Mini Monet' bakal menjadi jutawan tidak lama lagi selepas 24 hasil lukisannya dijual dengan harga 250,000 pound (RM1.3 juta) dalam tempoh hanya 15 minit.

Kieron Williamson, berasal dari Norfolk dekat utara England, memperoleh hasil jualan lumayan tersebut selepas lukisannya dijual menerusi bidaan yang dibuat melalui panggilan telefon dan Internet.

Kanak-kanak itu mula melukis semasa melancong bersama keluarganya ke Devon dan Cornwall pada 2008 dan sebelum itu dia hanya mewarnakan gambar dinosaur yang dilukis oleh ibu bapanya.

Namun sejak itu, dia menjadi pelukis sensasi yang terkenal di seluruh dunia selepas hasil lukisannya dibeli dengan harga berpuluh-puluh ribu pound.

Kesemua 24 lukisan yang dijual baru-baru ini termasuk dua lukisan landskap yang bernilai 34,950 pound (RM172,041) setiap satu dan lukisan pastel yang hanya memerlukan masa beberapa minit untuk disiapkan, dijual dengan harga 6,000 pound (RM29,534) hingga 7,000 pound (RM34,457).

Kali pertama hasil seni Williamson dijual di pasaran adalah pada 2009. Sebanyak 19 lukisannya yang bernilai 14,000 pound (RM68,914) habis dijual dalam satu acara lelongan yang diadakan secara tertutup.

Tiga bulan kemudian, 16 lukisannya dijual dengan nilai keseluruhan 17,000 pound (RM83,682 ) dalam tempoh 14 minit semasa kali kedua dia menyertai pameran di Galeri Picturecraft.

Dia kemudiannya meraih 106,260 pound (RM523,063) pada November lalu selepas 12 lukisannya dijual dalam tempoh 10 minit 50 saat. - AGENSI