Tuesday, 25 June 2013

TIADA BUKTI PM BUNUH ALTANTUYA....BUKAN AKU CAKAP....HAKIM YANG CAKAP....


PUTRAJAYA:  Tiada sebarang bukti untuk kaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu hari ini.Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata seseorang tidak boleh sewenangnya menuduh atau mengaitkan apa-apa dengan Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri, hanya kerana Abdul Razak Baginda secara kebetulan kenal Najib dan DSP Musa Safri pula ialah pengawal peribadi timbalan perdana menteri (TPM) pada masa itu.

ANWAR AND THE GENG TAK PUASHATI TITAH YDP AGONG


KUALA LUMPUR - Reaksi beberapa anggota Parlimen mewakili pakatan pembangkang dilihat seolah-olah mempersoal titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam ketika merasmikan pembukaan Penggal Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat hari ini.

SB TALIBARUT PENGGANAS KIRAM...???


Pihak pendakwaan semalam memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa mereka mempunyai bukti kukuh mengenai seorang anggota polis Cawangan Khas yang mengadakan beberapa pertemuan dengan pengganas Sulu sebelum pencerobohan Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari lalu.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan memberitahu yang mereka yakin Koperal Hassan Ali Basari telah beberapa kali bertemu dengan ketua kumpulan pengganas itu, Datu Agbimuddin Kiram.

KES ALTANTUYA : MACAM MANA HAKIM BOLEH TERSILAP....???


Altantuya Shaariibuu

PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam mensabitkan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu hari ini.
   

PLAZA TOL BANGI : LORONG SMART TAG TERBAKAR MALAM TADI

Pondok Plaza Tol Bangi yang terbakar, malam tadi.

Bangi : Petugas Plaza Tol Bangi di sini, panik apabila lorong Smart Tag di plaza tol itu terbakar dipercayai akibat litar pintas, malam tadi.

BELUM LAWAN, DAH MERUSUH....!!!

Kelihatan penyokong beratur untuk mendapatkan tiket sejak awal pagi. Pic: Rosalwani Che Soh/ Sinar Harian

PIALA FA : TIKET HABIS, PENYOKONG KELANTAN MERUSUH

KOTA BARU : Lebih 2,000 penyokong bola sepak Kelantan, merusuh selepas tiket bagi perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur habis dijual di kaunter tiket di Stadium Sultan Muhammad V.

NOTIS 2 JAM DBKL - SILA KOSONGKAN PADANG MERBUK.... DAH KOSONG KE BELUM.. ???

khemah-padang-merbok

KUALA LUMPUR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ahad mengeluarkan notis dua jam kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok di sini untuk mengosongkan kawasan itu.

KUALITI UDARA BERBAHAYA DI SERI MANJUNG, BEBERAPA SEKOLAH MULA DITUTUP HARI INI

Indeks Pencemar Udara (IPU) di negeri Perak menunjukkan peningkatan bacaan mulai semalam apabila semua stesen pemantauan kualiti udara mencatat tahap yang tidak sihat iaitu melebihi 101.

PELURU TEMBUS KEPALA, TELINGA, PENTERNAK IKAN DI MANJUNG


Manjung : Seorang penternak ikan ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala dan telinganya ditembusi beberapa das tembakan dalam kejadian serang hendap di Ladang Wallrock, di sini, tengah hari semalam.

5 ARTIS TERKENAL YANG GEMAR 'TOPLESS' KETIKA DI PANTAI....

Dipetik dari palingseru, berikut ini didedahkan  beberapa artis yang suka mendedahkan dada mereka (topless) ketika berada di pantai, nak tau siapa dia? Lets check-it-out :
1. Kate Moss
KATE MOSE
Supermodel Kate Moss pernah dilihat telanjang bulat ketika sedang melompat dari atas kapal pesiaran ke laut.