Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang penakut dan bacul. Sebagai seorang politikus,nilai ini merupakan intipati kepada wataknya sebagai seorang individu yang membayangi karektor yang lain seperti mementingkan diri sendiri,suka berbohong dan berasa dirinya suci dan tidak berdosa.
Apabila berdepan dengan dua tuduhan meliwat dalam tempoh jangkamasa 10 tahun, beliau merasakan dirinya maksum daripada jenayah tersebut lantas menyalahkan musuh-musuh politik berkonspirasi untuk menjatuhkannya. Apabila disiar video seks 'chinadoll', Ketua Pembangkang itu dengan muka seposen menafikan bahawa ini adalah satu lagi usaha jahat musuh politiknya khususnya UMNO.
Tatkala Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang secara tidak langsung menyerang Islam berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu, beliau mempertahankan pendirian anaknya itu. Sekali lagi yang menjadi sasaran serangannya ialah UMNO dan yang menerima tempias saman Nurul Izzah ialah akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia.