Thursday, 19 January 2012

ISU SYED MOKHTAR.... TERNYATA DAP ANTI MELAYU..!!!!


PANASSS..!!! DAP TUDUH WUJUD KONSPIRASI TERTINGGI ANTARA TAN SRI SYED MOKHTAR DAN KERAJAAN..???


Nampaknya, DAP memang tak puas hati pada Tan Sri Mokhtar Al-Bukhari yang kini memiliki majoriti saham di dalam Proton. Katanya, ada "konspirasi peringkat tertinggi" antara Kerajaan dan Syed Mokhtar...

MP Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata...
“Ia menimbulkan persoalan sama ada wujud konspirasi peringkat tertinggi oleh kerajaan persekutuan untuk memindahkan aset terutamanya tanah kepada Syed Mokhtar sekiranya berlaku perubahan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang,”
Selain itu, mamat DAP tu mempertikaikan keterlibatan Syed Mokhtar dengan projek MRT, pemilikan Pos Malaysia, MMC Corp dan dikatakan sedang mengejar pemilikan KTMB...

First of all, aku langsung tak kisah sekiranya semua business yang disebut tu dimiliki Syed Mohktar. Sebab? Sebab Syed Mokhtar adalah seorang MUSLIM. Sebab Syed Mokhtar adalah seorang MELAYU dan tebal sifat nasionalismanya.

Memang dia layak sebab dia ada modal, ada pengurusan yang cekap, berjaya dalam perniagaan dan mempunyai reputasi yang sangat hebat. So what?

DAP jeles ke kat Syed Mokhtar? Syed Mokhtar hanya mencari rezeki yang halal dan sah di sudut undang-undang. Lain la macam puak-puak DAP yang kaya raya mendapatkan kekayaan dari sumber yang haram dari sudut Islam dan tidak bermoral!

Chin Tong...lu dengar sini. Apa lu sebok dalam ini hal? Lu sapa? Kalau Lim Goh Tong atau Ronnie Lie yang dapat majoriti saham Proton tu lu komplen tak? Kalau Robert Kwok jadi pemilik KTMB atau KL Pos..eh KL Pos pulak..Pos Malaysia..lu ada mau bising ke? Tiu Na Singgg..!

Aku bagi sokongan penuh pada Tan Sri Mokhtar. Dan DAP jangan dok menyalak lagi. Sekali lagi aku dengar...satu persatu aktiviti haram DAP kitorang bongkarkan. Buat masa ni kitorang simpan dulu buat stok PRU 13..heh!

PAS, PKR.. BEREBUT KERUSI DI PERAK.....!!!


Belum pun reda isu pemecatan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, timbul pula kontroversi membabitkan PAS negeri Perak yang menuntut tiga kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekaligus membuktikan wujud perbalahan antara kedua-dua parti pembangkang itu dalam pembahagian kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Tiga kerusi itu ialah Parlimen Bagan Serai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang tetapi dibantah oleh PKR negeri.
Bagaimanapun, hasrat PAS yang diumumkan itu dilihat bertentangan dengan kenyataan Ketua Penerangan Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bulan lalu yang dilaporkan berkata, Perak antara enam negeri yang mengekalkan status quo pengagihan kerusi Pilihanraya Umum ke 13, hasil persetujuan pimpinan pakatan pembangkang peringkat negeri itu yang sudah dimaklumkan kepada pimpinan pusat.
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Perak, Misbahul Munir Masduki, berkata tuntutan dibuat sebagai menghormati kehendak ahli parti di ketiga-tiga kawasan terbabit yang merasakan pakatan pembangkang boleh mengekalkan kerusi terbabit jika ditandingi calon PAS.