Monday, 7 January 2013

ISU TANAH DI KELANTAN - URUSAN PERNIAGAAN....???


KOTA BHARU - Pas Kelantan tetap mempertahankan tindakannya dalam isu pemberian tanah di kawasan Relai, Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang didakwa pembangkang sebagai habuan memastikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik Menteri Besar Perak pada 2008.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu pemberian tanah kepada wakil rakyat dari DAP itu tidak menjadi sebarang masalah kerana ia melibatkan urusan perniagaan biasa dan bukannya melibatkan rasuah.

HURU-HARA BESAR BAKAL DICETUSKAN PUAK-PUAK PR JIKA TAK DAPAT STADIUM...???


ABDUL RANI: Setakat ini, kita masih tidak mendapat apa-apa maklum balas daripada mana-mana pihak atas pengurusan Stadium Merdeka. Pic: SM Amin

PETALING JAYA : Pakatan Rakyat (PR) hari ini tidak menolak kemungkinan berlakunya situasi tegang sekiranya mereka tidak mendapat kelulusan bagi menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka pada 12 Januari nanti.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) berkata, PR akan melakukan apa sahaja cara untuk memastikan matlamat penganjuran himpunan itu tercapai sekiranya pihak pengurusan Stadium Merdeka tidak memberi kebenaran menggunakan stadium tersebut.
"Sehingga sekarang kita tidak dapat apa-apa maklum balas sama ada daripada polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau pengurusan Stadium Merdeka.

PANASZZ !!! INILAH NASIB BLOGGER TERSOHOR PRO-KERAJAAN.......


Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.

( VIDEO ) BALU MEMALI BONGKAR PENIPUAN PAS....!!!


NOW..... lihat pula video berikut....!!!




sumber

SURATAN TAKDIR SEORANG ISTERI ........


KISAH 1 :

DIBELASAH HANYA KERANA LAMBAT BEBERAPA MINIT

Kajang : Angkara lambat beberapa minit mengambil suaminya yang mabuk pulang ke rumah, seorang isteri terpaksa menanggung derita selepas ditumbuk dan dipukul dalam kejadian di Kajang Utama, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 32 tahun, mengalami bengkak mata kanan, lengan dan badan selepas ditumbuk, dipukul dan ditendang suaminya itu.

Difahamkan, wanita beranak tiga itu sering menjadi mangsa suaminya yang berusia 30-an ketika dalam keadaan mabuk dan mereka juga kerap bertengkar.

Menurut sumber, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang kelmarin., akibat tidak tahan lagi dipukul hingga mendatangkan kecederaan selain turut dipukul di depan anak-anak.

APAKAH AGENDA TERANCANG DI SEBALIK TUNTUTAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH....???


Sekali lagi isu penggunaan kalimah Allah diperkatakan. Ini bukan kali pertama timbul. Perbincangan tentang isu kalimah Allah ini sebenarnya satu perbincangan yang ilmiah dan tidak sepatutnya dipolitikkan. Permulaan kepada perbincangan ini adalah apabila wujudnya tafsiran firman Allah SWT di dalam Surah az-Zumar, ayat 38 maksudnya, “Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? nescaya mereka menjawab: Allah.”
Yang menjawab demikian adalah orang kafir jahiliyyah Makkah. Mereka ada Latta, Uzza, dan berhala-berhala di sekeliling Ka’bah yang mereka sembah. Tetapi mereka menggunakan nama Allah dan penggunaan kalimah Allah di sisi mereka disahkan oleh firman Allah SWT di dalam Al-Quran.

PERMOHONAN PAPAGOMO DITOLAK....???




Permohonan blogger mesra Umno, Wan Mohd Azri Wan Deris (Papagomo) mahu meminda pernyataan pembelaan kes saman Datuk Husam Musa ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini.Hakim Datuk Yazid Mustafa ketika menolak permohonan itu bersetuju dengan hujah peguam plaintif, Hisham Fauzi bahawa ianya dibuat terlalu lewat. Katanya, mahkamah bersetuju hujahan peguam plaintif di mana semua kertas kausa sudah difailkan dan defendan juga telah melihat pernyataan saksi plaintif.

Hakim memberitahu sekiranya pindaan dibenarkan ia akan memprejudiskan plaintif. “Kos untuk permohonan ini diarahkan menjadi kos dalam kes ini secara keseluruhan,” katanya. Bagaimanapun peguam defendan, Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur memberitahu kemungkinan memfailkan rayuan. Sebelum itu hakim menerima permohonan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi untuk mengenepikan sepina ke atasnya dalam kes berkenaan....

RIBUT 'SONAMU' BAKAL LANDA PANTAI TIMUR, FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN JABATAN METEOROLOGI....?????


Jabatan Meteorologi SEMBUNYI Fakta RIBUT 'SONAMU' Landa Pantai Timur MALAYSIA ..?

Informasi yang berkaitan perkara ini telah berlegar rancak di laman Facebook. Iaitu Ribut yang digelar 'Sonamu' Dijangka melanda pantai Timur Semenanjung Malaysia sebagaimana ilustrasi gambar di atas dan dibawah. Ribut tersebut dijangka bergerak pada kelajuan 70km/jam dan dijangka tiba di perairan dan daratan Bermula 7-8 Januari 2013.

Pada kelajuan tersebut, kesan ketara boleh dilihat pada perubahan ketinggian ombak dan air pasang besar serta jumlah hujan yang LUARBIASA namun diharapkan langkah PERLU telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menghadapinya. Pemikir mengharapkan laporan Telus dari jabatan Meterologi agar rakyat bersedia secukupnya untuk menghadapai keadaan buruk Sekiranya benar. Apa pun mohon kesahihan berita ini di SAHkan oleh pihak Kerajaan Malaysia.

Telah beberapa kali cuba membuka laman http://www.met.gov.my/ tetapi kecewa. Apa pun berusahalah merujuk jabatan meterologi Malaysia untuk perkembangan dan laporan berita yang lebih tepat.

http://www.hurricanezone.net/tcgraphics/wp0113.gif?1357488505

Diharap pihak berwajib dapat mencerahkan perkara ini kerana 'rumors' ini telah berlegar rancak di laman sosial facebook.

BP : Jabatan Metereologi Malaysia hanya beri Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) atau hujan luarbiasa akan landa negeri-negeri Pantai Timur...tak sebut pun pasal ribut ni..????