Friday, 16 March 2012

NASIB AHLI KELUARGA MANGSA MEMALI TIDAK TERBELA??? TABUNG MEMALI..????

BALING  - Bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kecewa dengan nasib ahli keluarga mangsa peristiwa Memali yang tidak terbela walaupun pelbagai pihak memberi sumbangan kepada mereka melalui Pas sejak 27 tahun lalu.

Beliau berkata, ramai pihak tertanya-tanya ke mana perginya wang sumbangan yang dikutip dari seluruh negara oleh Pas untuk keluarga berkenaan kerana kebajikan mereka hingga kini terus terabai.

 

"Saya masih lagi tertanya-tanya ke mana perginya wang sumbangan itu sedangkan ribuan umat Islam menderma sejak dahulu lagi," katanya ketika menyampaikan ceramah Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) di Dewan Keda Kupang, dekat sini malam tadi.

Lebih 5,000 orang hadir bagi mendengar ceramahnya dalam lawatan pertama ke daerah ini.
Hasan berkata, beliau sedih dengan situasi yang dialami ahli-ahli keluarga mangsa Memali terutama selepas membaca buku berjudul 'Mat Sabu Air Mata di Bumi Memali' tulisan salah seorang ahli keluarga peristiwa Memali, Zainon Ismail, 54, yang juga dikenali sebagai C.N Al-Afghani.


Beliau turut hairan mengenai nasib anak-anak mangsa yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya walaupun mereka masih mengharap wang sumbangan itu untuk meringankan beban kehidupan.

Dengan nada sayu, beliau berharap apa yang berlaku memberi kesedaran kepada semua umat Islam di negara ini.
Dalam pada itu katanya, terdapat segelintir ahli Pas terutama di kawasan luar bandar yang tidak mengetahui kisah sebenar yang berlaku terhadapnya lalu sanggup mencemuh dan menganggap beliau sebagai menderhaka kepada parti.

Menurutnya, mereka sepatutnya mendengar sendiri daripada mulutnya mengapa beliau dipecat daripada parti untuk mengetahui keadaan sebenar.

Hasan turut menjelaskan, orang bukan Islam yang menentang penubuhan negara Islam tidak sepatutnya boleh dianggap sebagai rakan oleh Pas.

"Seperti kata seorang pemimpin bukan Islam yang mahu umat Islam langkah mayatnya dulu kalau mahu menegakkan Islam, orang seperti ini kita tidak patut berkawan," tambahnya.

CAMPURTANGAN YAHUDI DALAM PKR : KDN KENA SELESAI..?????

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak supaya bertindak tegas dan segera bagi menghentikan segala bentuk bantuan dan campur tangan kumpulan pro-Yahudi terhadap pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) berkata, adalah sesuatu yang malang apabila kementerian itu masih gagal menangani perkara itu sedangkan campur tangan kumpulan Yahudi dikesan sebelum 2004 lagi.

Menurut beliau, pihak berkuasa perlu mengambil iktibar daripada kemusnahan dan perang saudara di negara Arab akibat percaturan tangan-tangan ghaib Yahudi yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa.

"Campur tangan kumpulan pro-Yahudi dalam bentuk latihan, kewangan dan teknikal terutamanya dalam PKR bukan perkara baru. Ia telah berulang kali didedah dan diakui sendiri bekas-bekas pemimpin PKR sehingga mereka menang besar pada 2008.



"Soalnya kenapa sehingga sekarang tiada tindakan? Ini soal keselamatan negara, bukan soal perjudian politik. Kenapa kita harus takut untuk bertindak terhadap PKR dan kumpulan NGO asing ini? Jangan nanti apabila nasi sudah jadi bubur baru kita hendak menyesal.


"Jika wakil NGO ini masih berada dalam negara, usir mereka dengan segera. Sekat segala pengaliran wang dan bekukan mana-mana aset yang 'didermakan' kumpulan pro-Yahudi ini kepada PKR," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Pada 11 Mac lalu, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman mendedahkan kemenangan besar pembangkang pada 2008 adalah hasil rancangan agensi perisikan antarabangsa yang berselindung di sebalik NGO antarabangsa selepas diminta oleh Anwar sendiri.


Dua hari kemudian, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed pula mendakwa mempunyai bukti PKR menjalin kerjasama dengan sebuah NGO antarabangsa iaitu Konrad Adeneur Foundation bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.


Konrad adalah pertubuhan yang membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC) dan dipercayai menerima dana daripada National Endownment for Democracy (NED) yang turut mempunyai kaitan dengan Anwar.

PKR SELANGOR DIBELENGGU MASALAH DAN ISU RAKYAT..!!!


Sebahagian mangsa banjir kilat di Kampung Bukit Sungai Puteh, Ampang, Selangor mendapatkan air yang dibekalkan oleh Syabas, baru-baru ini. - Gambar hiasan




MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bercakap apa sahaja. Antaranya, pemerintahan pakatan pembangkang itu di Selangor lebih baik 40 tahun daripada pentadbiran BN. Negara berkebajikan yang ditadbir kerajaan PKR Selangor kononnya tidak akan bankrap selagi ditadbir dengan baik, telus dan adil.

Itu kata Khalid Ibrahim bulan lepas. Kata beliau, ia berdasarkan penyata kewangan Selangor pada 31 Disember 2011. Sedangkan hakikatnya tidaklah sedemikian - indah khabar daripada rupa.

Cuba perhatikan dan rakyat Selangor boleh membuat penilaian sendiri. Tilik-tilikkanlah:

1. ISU RUMAH RAKYAT

Di dalam manifesto pilihan raya 2008, pakatan pembangkang telah berjanji untuk membantu setiap rakyat Selangor untuk memiliki rumah sendiri. (Rujuk Manifesto).

Memang benar kerajaan PKR Selangor melalui PKNS ada membina rumah untuk rakyat. Namun pada hakikatnya rumah yang dibina itu tidak termampu untuk setiap rakyat Selangor memilikinya. Antaranya, projek pembinaan apartment milik PKNS di Seksyen 7 Shah Alam. Harga minimum setiap unit yang berkeluasan 1,100 kaki persegi itu bernilai RM300,000 ke atas.

Jadi, bagaimana caranya untuk rakyat menikmati janji yang pakatan pembangkang canangkan sekiranya setiap rumah itu nilaiannya mencecah ratusan ribu.

Dahulu kerajaan BN dituduh sebagai kejam kerana merobohkan penempatan setinggan. Namun hakikatnya tidak begitu.Perobohan setiap kampung setinggan itu sebenarnya telah digantikan dengan rumah yang mampu milik. Keadaan ini sebenarnya telah memberikan peluang sama rata kepada setiap rakyat Selangor untuk memiliki rumah kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah dan mampu dimiliki oleh setiap rakyat yang berpendapatan sederhana.

2. ISU SAMPAH

Bukti jelas kerajaan PKR Selangor gagal mengurus negeri dengan baik.

Mereka menamatkan khidmat Alam Flora dan menyerahkan kepada pihak berkuasa tempatan kononnya bagi menjimatkan kos. Namun, hakikatnya yang berlaku hari ini Selangor menjadi negeri 'Darul Sampah'.

Nampaknya dari sehari ke sehari, masalah sampah di seluruh Selangor sedang berhadapan dengan situasi yang amat kritikal. Kontraktor-kontraktor yang baru dilantik oleh setiap PBT di seluruh Selangor nampaknya telah gagal menjalankan tugas yang diamanahkan secara berkesan. Bertentangan dengan pendapat kerajaan negeri, pemecatan dan penyingkiran Alam Flora Sdn. Bhd (AFSB) akan menambahbaikkan perkhidmatan pembersihan dan sisa pepejal di seluruh Selangor.

Perlu diingat bahawa pembersihan dan sisa pepejal menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat. PBT dan Kerajaan Negeri Selangor menerima peruntukan melebihi RM500 juta setiap tahun. Jumlah itu cukup banyak dan peluang pakatan pembangkang untuk menukar peruntukan tersebut sebagai dana pilihan raya dan aktiviti mereka di Selangor sangat besar.

Kalau Alam Flora mampu melaksanakan tugasnya dengan baik, mengapa khidmat mereka perlu dihentikan. Apalah gunanya menyerahkan kuasa mengurus kepada PBT, tetapi gagal menguruskan masalah sampah dengan sempurna.

3. MASALAH AIR DAN UiTM

Ini satu lagi masalah ciptaan pakatan pembangkang yang membelenggu Selangor. Sedangkan kerajaan Pahang sudah bersetuju untuk menjual air kepada Selangor memandangkan Selangor dijangka berdepan dengan krisis air menjelang 2014.

Kini terowong bagi menyalurkan air yang dibina dari Pahang sedang giat dijalankan. Cuma yang menjadi masalahnya adalah pembinaan loji air berkenaan masih lagi terkandas kerana kerajaan Selangor enggan memberi kerjasama iaitu berhubung penyediaan tapak.

Loji air berkenaan dicadang untuk dibina di Hulu Langat dengan kos RM2 bilion yang ditanggung kerajaan pusat. Persoalannya mengapa kerajaan negeri tidak mahu memberi tanah kerana mereka ingin menguasai pengurusan air di Selangor. Inilah masalahnya.Sudah dua tahun projek ini tergendala.

PKR Selangor hanya memikir kepentingannya, tetapi mereka lupa rakyat yang mengalami kerugian akibat kerenah mereka. Misalnya, kalau semua masih ingat akan keengganan memberi tanah oleh Khalid jugalah mengakibatkan cadangan pembinaan UiTM di Serendah terpaksa berpindah ke Melaka.

Cuba kita bayangkan projek yang bernilai ratusan juta yang mampu memberi nikmat ekonomi kepada rakyat setempat sepatutnya menjadi milik Selangor terpaksa diberikan kepada Melaka kerana politik sempit kerajaan PKR Selangor.

4. ISU EKONOMI

Sebenarnya kerajaan PKR Selangor beruntung kerana mereka mengambil kerajaan yang mempunyai kewangan kukuh sewaktu pentadbiran BN. Sejak memenangi Selangor pada 2008, pakatan pembangkang menjanjikan kononnya peningkatan ekonomi lebih baik. Namun, hari ini kita boleh menilai sendiri apa yang dijanjikan mereka itu.

Hari ini kerajaan negeri kononnya melaungkan pertumbuhan ekonomi negeri Selangor adalah menggalakkan. Namun kerajaan ini jugalah yang melakukan penindasan terhadap peniaga di Selangor.

Bukti yang cukup jelas ialah bagaimana rintihan peniaga bumiputera kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Selangor baru-baru ini berhubung kenaikan 100 peratus kadar sewa di kompleks PKNS. Bayangkanlah apa yang kerajaan 'berkebajikan' kononnya lakukan terhadap peniaga di Selangor.

Berapa banyak premis perniagaan baru kerajaan negeri bina kepada rakyat Selangor seperti mana dijanjikan dalam manifesto pilihan raya. Sebaliknya, premis perniagaan yang ada kini ingin dirobohkan pula kerajaan negeri.

5. ISU PENDIDIKAN

Sejak kerajaan pakatan memenangi Selangor, bukan saja banyak masalah yang timbul, malah semua agensi ingin dipolitikan termasuk institusi pengajian tinggi. Cuba rakyat Selangor lihat bagaimana perletakkan jawatan Naib Canselor UNISEL kerana campur tangan politik.

Hari ini UNISEL yang ditubuhkan semasa kerajaan negeri di bawah BN kini menghadapi kerugian berjuta-juta ringgit ekoran kemerosotan jumlah pendaftaran baru pelajar ke universiti itu. Maklum balas diterima bahawa ibu bapa kini berasa tidak selesa untuk menghantar anak-anak mereka ke UNISEL berikutan pengaruh fahaman politik yang menguasai kampus dan pentadbirannya.

Justeru pentadbiran Khalid perlu memberi penjelasan berhubung perkara ini seperti mana diperkatakan mereka baru-baru ini yang sedia mendedahkan kewangan UNISEL.

Begitu juga dengan nasib anak-anak Selangor yang mendapat tajaan Yayasan Selangor ditempatkan di Asrama Toh Puan Norashikin dan Tun Dr Ismail di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Cuma apa yang menyedihkan kini adalah pihak pengurusan Yayasan Selangor mahu merobohkan kedua-dua asrama itu dan membangunkan tapak asrama itu bagi projek komersil.

Begitu juga dengan aspek pengagihan bantuan kewangan kepada sekolah di Selangor. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mendapat peruntukkan sebanyak RM6 juta, Sek. Ren. Agama juga RM6 juta dan Sekolah Jenis Keb. Tamil hanya diperuntukan sebanyak RM4 juta.

Persoalannya, atas alasan apa agihan ini diberi tidak sama rata jika benar pakatan pembangkang mengutamakan keadilan. Ini bermakna terdapat diskriminasi sedangkan Sekolah Tamil di Selangor mempunyai 97 buah berbanding Sek. Jenis Keb. Cina 109 buah dan Sek. Ren. Agama 500 buah.

6. ISU PASIR

Skandal pasir di Selangor sebenarnya tidak akan tamat selagi kerajaan PKR memerintah. Mengapa dikatakan begitu? Kerana pasir Selangor adalah antara sumber dana terbesar untuk kerajaan negeri kerana kegagalan mereka untuk menjana ekonomi daripada sumber lain.

Tidak perlulah mendabik dada di atas jumlah simpanan tetap kerajaan negeri kerana semua duit itu adalah hasil penjualan aset-aset yang ada. Kenapa dengan duit kerajaan negeri yang berbillion itu tidak dibelanjakan untuk rakyat Selangor? Apakah ia akan digunakan sebagai dana pilihan raya.

Untuk meredakan isu pasir ini mudah. Pertama, dua pemimpin PKR yang dikaitkan seperti mana didedahkan Raja Petra Kamaruddin (RPK) perlu menyaman RPK sekiranya dakwaan itu tidak benar dan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat penyelewengan berkenaan.

Jika sesuatu isu membabitkan BN, pembangkang tahu pula begitu lantang mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan secepat mungkin. Namun, bila terkena batang hidung sendiri, semuanya 'menikus' ketakutan. Dengan kata lain, kerajaan PKR Selangor seperti tikus membaiki labu.

TUKAR PEMANDANGAN : LIHATLAH MANUSIA DAN KEHIDUPAN ALAM SEKITARNYA

SANTAI......sambil cuci mata.....

Daun di Victoria Amazonica di Rotterdam Blijdorp Zoo mampu menampung seorang bayi berusia 8 bulan utk bergambar 


Gambar  di Lagos, Nigeria, tahun 2006. Berapakah nisbah yg menaiki jejantas utk melintas dgn tidak.


Kanak-kanak di Tondo, Metro Manila bermain pondok2 di tempat pembuangan sampah.


Suasana 'sunbath' di Baltic Sea, Luebeck, German.


Lihat keunikan piring satelite yang di lukis mengikut citarasa masing-masing di sebuah apartment di Berlin.


Akibat cuaca panas dengan suhu 35 degree celcius....... di China 2 tahun lepas.


Inilah tempat permainan 'paling selesa' bagi kanak-kanak ini, berhampiran Yamuna River, Allahabad, India.


Mak aihhh!!! Tanpa jaket keselamatan dan penumpang yang sarat...... Pemandangan biasa di Yalu River, Sinuiju, Korea Utara... bot pelancong mengangkut pelancong dari China.


Antara setinggan dan flat....di sinilah kehidupan paling selesa bagi sebahagian daripada 10 million penduduk Mumbai, India, di tempat yg paling sesak penduduknya.


Pelajar di Paranaque National High School di Baclaran, Paranaque, Manila  melindungi diri mereka dengan buku dlm satu kejadian gempabumi tahun lalu.


Kempen  World Earth Day di sebuah sekolah di Dexing, Jiangxi, China.


Kat boot pun jadilah.... yang penting dapat naik kereta..... inilah nasib sebahagian kanak-kanak miskin di Karachi, India.


Hostesses from the Chinese delegation link their arms outside the Great Hall of the People in Beijing before the opening ceremony of the National People's Congress.
  

Kanak-kanak lelaki India di tengah-tengah longgokan cili...


Valentine's Day antara festival yang paling popular di China.


Satu persembahan menarik di upacara pembukaan sukan musim sejuk di Changchun. tahun 2007.

Tengok betul-betul dan fikir betul-betul......A tourist inspects a sculpture at a public square in Munich...


 Vehicles drive on Three Ring Road (left) and Jianwai Street (right) during the evening rush hour in central Beijing. Beijing will limit issuance of new car plates to 240,000 annually from January 1, 2011, in an effort to ease the capital city's traffic jams.
 

Pemandangan biasa pada waktu malam di Moscow.


Penduduk tidak dibenarkan menyimpan dan menggunakan pistol di kawasan kejiranan ini..... kat mana ekkkk...???



Lebih dari 30 ribu peserta menyertai marathon edisi ke3 Tokyo Marathon.


Rumah kecil tiang seribu....


Suasana kediaman pelajar di sebuah kolej di Wuhan, Hubei, China.


Pencari pekerjaan yang terdiri dari graduan-graduan menganggur di Nanjing, Jiangsu, China, membanjiri karnival pekerjaan yang diadakan.


Suasana biasa dan lumrah setiap kali menjelang Hari Raya Aidil Adha di Stesen Keretapi di Dhaka, Bangladesh.


Inilah kenderaan yang ada untuk ke sekolah, walau terpaksa bersesak begini.... mereka nampak tenang dan gembira... bandingkan dgn kanak-kanak di Malaysia...


An overcrowded train leaves the Airport rail station from the venue of the Biswa Ijtema as Muslims from Bangladesh and around the wourld reached the bank of river Turag on the outskirt of the capital Dhaka. Muslims from around the world began gathering in Bangladesh on Friday for the Ijtema pilgrimage, the second largest after the Haj, as troops and police maintained tight security to prevent attacks by militants. 
 

Bangunan dan rumah kediaman di Kaherah, Mesir - pandangan dari tingkap sebuah kapalterbang.


Wanita Islam di Jawa Timur, Indonesia, menaiki trak dengan tangga papan untuk pergi bersembahyang.

Ini memang sahih gambar tipu.... ehehe


Lorong motosikal sahaja.... fuhhh!!
Perhatikan motosikal mereka.... seakan-akan sama sahaja....
Adakah mereka juga sama seperti mat-mat rempit yg ada kat Malaysia???

FAKTA APA YG ANWAR SEMBUNYIKAN DI PARLIMEN..???


AIDCNews  – Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan parlimen sebagai medan untuk ‘membersihkan’ dirinya berhubung isu Israel menemui kegagalan apabila seorang Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) membacakan kembali kenyataan penuh Ketua Pembangkang di Wall Street Journal, 26 Jan yang bermaksud Ketua Umum PKR itu sebenarnya menyatakan sokongan mutlak kepada rejim zionis itu.
Anwar dalam keterangannya berusaha keras memberi penekanan kepada maksud ‘contingent’, tetapi Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mencelah fakta yang dikemukakan Anwar bersifat mempertahan diri yang tidak kukuh.
Katanya, Anwar perlu membaca sepenuhnya teks tersebut dan bukannya membaca satu petikan sahaja.
Beliau kemudiannya membaca dua petikan kenyataan Anwar iaitu :“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians
“Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Maksud yang disampaikan tadi oleh ketua pembangkang..I support all efforts to protect the security of the state of Israel..tidak ada ‘contingent’..itu bahagian pertama
“Yang ada ‘contingent’ adalah untuk recognize the Jewish State…mengiktiraf kerajaan dan negara Israel. Tetapi soal I support all efforts to protect the security of the state of Israel adalah ‘blanket support‘, sokongan mutlak yang tidak ada ‘contingent’..yang tidak ada syarat..yang diberi secara total kepada kerajaan Israel,” katanya.

BENARKAH PRU13 PELUANG DAP, PR LEBIH BAIK DARI 2008??

KITA IKUTI TULISAN BERIKUT YANG DIAMBIL DARI BLOG PEMBANGKANG

Bagaimana saudara menilai persiapan DAP dan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang?

Masalah yang paling besar setakat ini adalah kita tak tahu bila pilihan raya. Semasa saya di Parlimen kelmarin saya telah beritahu Speaker bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan tidak lama lagi.

Beliau bertanya bila? Saya kata dalam satu dua bulan ini…Tetapi yang mustahak adalah persiapan kita telah bermula.

 Dari segi akar umbi kita, cawangan, peringkat Parlimen, peringkat negeri, kita telah mengadakan kursus, perjumpaan, taklimat dan turun padang untuk bertemu rakyat. Semua ini telah pun bermula.

 Pada hemat saya, kita lebih bersedia sekarang berbanding tahun 2008.

Bagaimana saudara menilai peluang DAP dan Pakatan?

Saya rasa Pakatan Rakyat akan mendapat keputusan yang baik. It goes without saying. Terutamanya DAP yang mempunyai rekod yang cukup baik di Pulau Pinang. Mereka telah menetapkan standard yang amat baik untuk diikuti negeri-negeri lain di Malaysia.

Adun-Adun dan Ahli-Ahli Parlimen kita juga terbukti telus dan amanah, dan ini memberikan harapan baru kepada masyarakat.

Tanpa keraguan kita akan menunjukan prestasi dan hasil yang baik.

Soalnya cuma Sabah dan Sarawak masih menjadi keraguan bagi kita.

Tapi negeri-negeri tersebut pun dilihat mengikuti angin perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat.

Apakah isu-isu yang sadauara ingin ketengahkan untuk diketahui rakyat Malaysia secara am?

Sesetengah isu yang mempunyai kesan adalah seperti isu keselamatan. Meski pun kerajaan dan polis mengatakan bahawa kebanyakan kes jenayah berat kita menurun, rakyat masih tidak berasa selamat.

 Contohnya apabila saya balik ke kawasan saya, ia terasa bahawa kes jenayah tidak berkurangan.

Jika kita turun padang kita akan dapati bahawa ramai orang di Ipoh menjadi mangsa ragut, kecurian, rompakan, gangsterisme. Jadi angka-angka yang diberikan kerajaan seperti tak sama dengan realiti yang dialami masyarakat. Jadi kita bertanya adakah ini semua statistik yang betul?

Yang kedua, pemberian wang kepada rakyat Malaysia harus diuruskan dengan betul. Kerajaan kini dilihat memberi banyak ‘hadiah’ dan rakyat kena peka bahawa ini semua adalah sebab pilihan raya sudah pun dekat. Ini adalah untuk sementara sahaja. Janganlah terbawa-bawa.

 Rakyat harus melihat Buku Jingga (tawaran Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia) dan kita telah membuktikan bahawa kita memang mentadbir dengan baik dan menunaikan segala apa yang kami janjikan. Oleh itu, berilah Pakatan Rakyat satu peluang untuk pilihan raya yang akan datang.

Apakah manifesto Pakatan Rakyat untuk negeri Perak bagi pilihan raya yang bakal menjelang tiba?

Manifesto secara terperinci untuk negeri Perak masih berada dalam perbincangan, tapi dasar-dasar kita secara umum adalah lebih menekankan apa yang dimahukan oleh rakyat negeri Perak.

Antaranya kita akan memberikan statusfreehold atau pegangan bebas kepada tanah-tanah di negeri Perak. [Pegangan bebas – tanah atau rumah menjadi milik kekal pembeli atau pemilik].

Ini adalah satu dasar yang istimewa kerana dasar ini belum lagi diperkenalkan di mana-mana negeri di mana negeri-negeri lain kebanyakanya adalah ‘leasehold’. [Leaseholdatau pegangan sementara – biasanya pemilikan selama 99 tahun; boleh disambung untuk 99 tahun lagi, namun hak selepas tempoh biasanya dipegang oleh kerajaan].

Kita juga akan fokus kepada ketelusan kerajaan negeri dan akan memperjuangkan hak-hak kaum minoriti seperti Orang Asli yang selama ini telah dipinggirkan selama 54 tahun.

Apabila kita menjadi kerajaan negeri, kita telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk Orang Asli, iaitu yang pertama di seluruh Malaysia.

Jawatankuasa Tertinggi Pakatan Rakyat telah memutuskan secara bersama bahawa kita akan ada dua manifesto, iaitu peringkat nasional dan juga manifesto untuk negeri masing-masing yang lebih khusus dan terperinci untuk negeri tersebut. – Roketkini.com


http://roketkini.com/pru13-peluang-dap-pakatan-rakyat-lebih-baik-dari-2008



***Manifesto PRU12 untuk negeri-negeri yang dikuasai PR yang 'sangat istimewa' itu dah tertunai ke???? uhuk...uhuk!!!