Tuesday, 29 January 2013

PANASZZZ !!! BLOGGER PEMBANGKANG KENA CEKUP DENGAN DOT..DOT..DOT.......


DIKHABARKAN.......Seorang blogger Pakatan Haram yang agak popular dikalangan pemfitnah tegar Pakatan telah ditangkap khalwat bersama isteri orang semalam.
Kononnya dia ni seorang blogger yang hebat fitnahnya.
Sekali dia fitnah boleh gegar satu Malaysia.

APA DAH JADI DENGAN BTN....???



KEBIMBANGAN  Biro Tata Negara (BTN) diresapi budaya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),pertubuhan yang mendokong perjuangan Anwar Ibrahim dilihat makin menjadi kenyataan dan akhirnya orang-orang ABIM mula menguasai BTN ketika ini malah beberapa blog termasuklah laman sosial yang melaporkan sebelum ini bahawa BTN telah dijadikan alat untuk menggembalikan bekas-bekas pemimpin ABIM di arus perdana politik tanahair dengan memberikan tempat-tempat strategik kepada mereka dalam BTN mula membuktikan laporan-laporan sebelum ini adalah benar belaka.
 
Kalau sebelum ini didedahkan bagaimana BTN telah memberikan peruntukan sebanyak RM73,000 kepada ABIM Sabah kononnya untuk program yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah di lima buah sekolah rendah di Sabah,kini kepimpinan tertinggi BTN sedang membuat pengstrukturan semula bagi mewujudkan `post-post’ dengan Gred yang lebih tinggi daripada Pengarah-Pengarah Jabatan sedia ada dan difahamkan tempat-tempat ini akan diisikan oleh sebahagian besar oleh bekas-bekas ahli ataupun pemimpin ABIM.

Manakala Pengarah-Pengarah Negeri...... baca seterusnya di sini

KENYATAAN AKHBAR TUNKU ZAIN AL-'ABIDIN


KENYATAAN akhbar oleh Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz berhubung kenyataan oleh (bekas Naib Pengerusi DAP) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan (Pengerusi DAP Negeri Sembilan), Anthony Loke.

GAJAH MATI AKIBAT KERACUNAN..???

Kasih sayang........

KOTA KINABALU : Sebanyak 10 ekor gajah ditemui mati sejak seminggu lalu dipercayai akibat keracunan di Hutan Simpan Gunung Rara, kira-kira 130 kilometer dari Tawau. 

Semua haiwan liar itu dianggarkan berusia antara empat hingga 20 tahun dan setakat ini Jabatan Hidupan Liar Sabah mengesahkan tiada kesan tembakan pada gajah terbabit. 


Kerajaan negeri juga sudah mengarahkan sebuah jawatankuasa khas dibentuk bagi menyiasat punca sebenar kematian 10 gajah berkenaan.

GEMPAR !!! MALANG SEORANG SUAMI : JAMIN 2 ISTERI BERKHALWAT DENGAN SEORANG LELAKI .....



SEREMBAN, 29 Jan -  Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang 
mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya 
yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah 
hotel di Port Dickson, dekat sini. Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan 
penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) 
melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima 
maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku. 

AMANAT HADI PUNYA PASAL... PENYOKONG TEGAR PAS SOLAT JUMAAT BERIMAMKAN 'LIVE' DI RADIO.....MASYA-ALLAH!!!

Hiasan

PASIR PUTEH 28 Jan. - Seorang bekas penyokong tegar Pas yang terlalu taksub dengan Amanat Haji Hadi, mendedahkan bagaimana dia mendirikan solat Jumaat ‘berimamkan’ siaran langsung solat Jumaat menerusi saluran radio kerana menganggap imam di kampungnya kafir. 

RITA TIDAK TERKEJUT AIDIL ZAFUAN REMBAT BUAH HATI NAZMI FAIZ....



BERITA yang sedang hangat di laman Twitter malam ini, kekasih (atau bekas kekasih??) kepada pemain bolasepak negara yang sedang bermain di Liga Portugal, Nazmi Faiz Mansor telah 'disailang' oleh seseorang yang juga dalam bidang bolasepak.

TERKINI : APA KATA TUN M.....


1. Di negara-negara dimana terdapat kereta bermotor, undang-undang diadakan 
untuk menentu had laju kereta. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kemalangan 
di jalanraya kerana memandu terlalu laju. Tidak ada sesiapa yang membantah 
terhadap penentuan had laju.

KOMEN DS NAJIB MENGENAI LAWATAN USTAZ NASHA BERSAMANYA KE GAZA...... MEROYAN PAS..!!!!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat kerana memberi keuntungan kepada Umno daripada menguntungkan Pas ekoran lawatannya ke Gaza.