Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor keluar dari Masjidil Haram, Mekah selepas menunaikan ibadat umrah pada Isnin. Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri). Beliau berada di Mekah sempena Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) - foto BERNAMA
Monday, 13 August 2012
ARTIFAK LAMA DITEMUI DI BUKIT JUGRA
SHAH ALAM - Beberapa artifak berupa serpihan tembikar, peralatan logam dan pecahan genting lama ditemui di dua tapak kerja ekskavasi di Bukit Jugra Lama, Banting.
Ia ditemui di tempat yang menempatkan pejabat daerah dan satu tapak lain terletak kira-kira 50 meter dari bangunan itu, yang dipercayai tempat membayar cukai semasa pemerintahan Sultan Selangor Almarhum Sultan Abdul Samad dari tahun 1859 hingga 1898.
Ekskavasi itu usaha sama Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) dengan Jabatan Sejarah dan Sains Sosial Universiti Malaya.
Pengerusi Padat Dr Shafie Abu Bakar berkata ekskavasi itu, yang bermula 18 Jun lepas, disertai 21 pelajar Universiti Malaya diketuai Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah dan Sains Sosial Profesor Dr Mohd Supian Sabtu.
Setakat ini, kerja ekskavasi di kedua-dua tapak siap antara lima hingga sepuluh peratus dana akan diteruskan sehingga Disember ini, kata beliau pada sidang akhbar hari ini.
Katanya, tapak ekskavasi itu terletak tidak jauh dari bangunan yang menempatkan Balai Polis Jugra pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad dan kini dibangunkan sebagai Muzium Insitu.
Shafie juga berkata satu kompleks pentadbiran kerajaan Selangor yang lengkap seluas 20 hektar dipercayai terdapat di Jugra berikutan penemuan itu.
Beliau berkata tapak itu belum pernah diteroka mana-mana penyelidik dan tidak ada penulisan berkaitan bahan sejarah atau arkeologi di Jugra.
Katanya, Jugra penting kerana merupakan pusat pemerintahan kedua Selangor selepas Bukit Malawati di Kuala Selangor, yang diasaskan Raja Lumu iaitu Sultan pertama dari keturunan Bugis.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Padat Azlinda Azman berkata serpihan tembikar yang ditemui berasal dari China dan Belanda, manakala peralatan logam dipercayai merupakan alat pembinaan.
Beliau berkata terdapat satu lagi tapak istana lama Jugra yang belum dikaji dan Padat mungkin menimbang untuk melakukan konservasi ke atas bangunan pejabat daerah itu selepas kerja ekskavasi selesai. - Bernama
KENYATAAN ABDULLAH SAAMAH TIDAK BERCANGGAH DENGAN ISLAM
SHAH ALAM – Majlis fatwa Kebangsaan tidak akan mengambil tindakan terhadap Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah berikutan kenyataannya, haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana kenyataan Abdullah tidak sama sekali bercanggah dengan Islam, bahawa adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP,” katanya mengulas saranan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengambil tindakan dan menegur Abdullah Samaah.
Menurut Maszlee, kenyataan itu mencetuskan provokasi dan mungkin membuka jalan kepada ekstremis bangsa serta golongan subversif menumpahkan darah ahli-ahli DAP.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana kenyataan Abdullah tidak sama sekali bercanggah dengan Islam, bahawa adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP,” katanya mengulas saranan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengambil tindakan dan menegur Abdullah Samaah.
Menurut Maszlee, kenyataan itu mencetuskan provokasi dan mungkin membuka jalan kepada ekstremis bangsa serta golongan subversif menumpahkan darah ahli-ahli DAP.
LETUPKAN MESIN ATM TAPI GAGAL LARIKAN WANG...
Hiasan
MELAKA: Sungguhpun dengan menggunakan bahan letupan, namun sekumpulan perompak gagal dalam cubaan mereka melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Masjid Tanah di sini awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata dalam kejadian 3.20 pagi itu, sejenis bahan letupan dipasang pada salah sebuah mesin ATM di bank tersebut yang menempatkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit wang (CDM).
Beliau berkata letupan itu bukan saja mengakibatkan kerosakan teruk pada mesin ATM itu malah menyebabkan cermin bahagian hadapan bank tersebut pecah selain keretakan pada dinding dan siling bangunan itu.
"Polis menerima panggilan jam 3.40 pagi. Menurut saksi perbuatan itu dilakukan empat lelaki yang menaiki dua motosikal namun mereka gagal melarikan wang daripada mesin ATM tersebut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Ahad.
Beliau berkata jenis bahan letupan yang digunakan masih dalam siasatan. - BERNAMA
****Tidak pasti samada penjenayah itu beragama Islam atau tidak.... jika ia, mungkin sangat terdesak agaknya tu... raya dah dekat, persiapan menyambut raya utk ibubapa, isteri atau anak-anak sangat merisaukannya.... tu yg berani mati letupkan mesin ATM tu.... sib baik gagal.... kalau berjaya, duit raya utk bebudak pun duit rompakan ye..????
IKLAN 'PEMBUNUH SENYAP' YANG PALING SEMPOI...
Teman akui...sesuatu yang paling teman benci kat dunia ni adalah ASAP ROKOK..!!! ASAP ROKOK buat teman rasa sangat tidak selesa... berbau busuk.... huh!! Tak kiralah siapapun yang hisap rokok....teman tetap benci asap rokok tu sampai mati...!! Teman gelar orang yang hisap rokok tu sebagai PEMBUNUH SENYAP!!!
PELIK la kan... apa ke special jadahnya hisap rokok tu?!! Tak membawa manfaat langsung!!! Lain lah kalau dalam asap rokok tu ada Vitamin E, C dan zat-zat makanan yang sangat diperlukan tubuh badan...atau ada collagen ke.... ok lah tu...mungkin teman juga akan merokok...haha!!!
Walau harga pasaran semasa rokok ni semakin meningkat....tapi bagi korang penagih rokok, harga bukan alasan untuk tidak merokok.... apa la sangat dgn sepuluh hengget tu jika dibandingkan dgn nikmat asap rokok tu kan.... ye lah, apalah sangat nilai sepuluh hengget tu jika dibandingkan dengan nyawa diri sendiri dan orang-orang di sekeliling korang!!!! Kalau dpt hisap rokok...keluar pula asap berbunga-bunga, korang mana peduli siapa orang sekeliling korang kan...malah habuk rokok tu berterbangan terkena tudung atau baju teman pun, korang tetap tak peduli....mungkin korang akan salahkan teman kot; dah tau orang hisap rokok, apsal duduk dekat!!!
Alahai...! Teman tak benci korang lah....teman benci ASAP ROKOK aja....tapi kalau dah korang yg jadi kilang asap tu keluar... nasiblah kalau kena sumpah seranah.... xoxoxoxoxo....
TENGOK LAH VIDEO TU SAMPAI ABIS ye.....
BAYANGKAN KANAK-KANAK ITU adalah anak-anak atau adik-adik korang... korang marah tak?
BAYANGKAN KANAK-KANAK ITU adalah anak-anak atau adik-adik korang... korang marah tak?
Isssshhh!!! JANGAN MARAH ANAK-ANAK TU..... KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN....beb!!!!!!!!!
PESAWAT KARGO KE BULAN TERBAKAR.....?
WASHINGTON - Keceriaan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Nasa) meraih kejayaan pendaratan robotik di Marikh minggu lalu, tidak berpanjangan apabila pesawat kargo ke bulan yang baru dilepaskan beberapa saat terhempas dan terbakar di Pusat Angkasa Kennedy, Florida.
Pesawat yang di namakan Morpheus itu adalah ciptaan prototaip kos rendah yang mampu mengangkut beban kargo sehingga 498 kilogram.
Jurucakap Nasa, Lisa Malone berkata, kegagalan disebabkan berlaku kecairan oksigen di dalam pesawat.
"Berlaku kecelaruan pada peranti mekanikal dalam sistem navigasi kerana dalam 19 ujian pelancaran Morpheus di Pusat Angkasa Johnson Houston, pesawat ini diikat pada kren berbanding ujian terakhir di Florida yang dilakukan secara pelepasan solo," katanya.
Morpheus menggunakan oksigen dan gas metana dalam usaha meminimumkan bahan bakar malah suber metana juga lebih murah yang boleh dihasilkan melalui ais pada suhu di bulan dan di planet Marikh.
Setakat ini, Nasa telah membelanjakan AS$7juta (RM22 juta) bagi program Morpheus.
UMNO TIDAK GUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK
KOTA BELUD : Umno tidak menggunakan pendekatan agama atau perlembagaan untuk kepentingan politik bagi memenangi hati rakyat, Sebaliknya, Umno menggunakan kuasa yang ada untuk memartabatkan agama demi memajukan ummah, kata naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata parti pembangkang menggunakan pendekatan agama untuk aktiviti politik selain menggelar pihak yang tidak menyokong mereka sebagai menentang Islam.
Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan warga emas di Masjid pekan Kota Belud, di sini, Ahad.
Mohd Shafie menyeru rakyat Sabah agar memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya melakukan pelbagai transformasi kepada negara sepanjang tiga tahun pentadbirannya.
Pada majlis itu,beliau menyampaikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada 337 anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, fakir miskin serta 38 penerima zakat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)