Saturday, 1 September 2012

DEMI PERJUANGAN LEBIH MANTAP, BERI PELUANG LEBIH RAMAI PROFESIONAL SERTAI UMNO

Beri Peluang Lebih Ramai Profesional Sertai Umno

GUA MUSANG  –   Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mahu Umno lebih terbuka untuk menerima lebih ramai golongan profesional supaya perjuangannya lebih kuat dan mantap.
Beliau berkata langkah itu sekali gus dapat memberi peluang terbaik untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang selain membaiki segala kelemahan sebelum ini.
“Kita harus membuka peluang kepada profesional termasuk guru dan penjawat awam lain menyertai Umno seperti yang pernah saya cadangkan sebelum ini,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Gua Musang di sini, Sabtu.
Beliau ialah Ketua Umno bahagian itu.
“Jika kita tidak memberi peluang kepada mereka, pembangkang sudah tentu mengambil peluang dengan menawarkan pelbagai keistimewaan kepada golongan profesional terbabit untuk menyertai partinya dan sekali gus kita yang berdepan dengan masalah,” katanya.
Beliau turut berkata parti-parti komponen BN perlu membuat perubahan bagi menarik rakyat yang diwakili untuk menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

SETUJUKAH ANDA JIKA JALUR GEMILANG DI TUKAR..???

Setujukah Anda Bendera Kita Diubah?

Persoalan mudah…perlukah bendera negara kita diubah?
Mengapa ia perlu diubah?
Apakah hanya kerana ada persamaan dengan bendera Amerika Syarikat maka ia perlu diubah?
Bacalah…lihatlah…baru bercakap.


Ada puluhan negara dengan bendera yang hampir sama di dunia ini.
Jangan kata hampir sama….ada yang tidak boleh dibezakan langsung seperti bendera Chad dan Romania.
Buta ilmu dan buta mata kah segelintir rakyat negara ini?
Adakah ia perlu diubah kerana pemimpin DAP seperti ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan mahukan ia dibuat demikian?
Apakah perubahan itu bermakna dasar dan kontrak sosial kita juga akan diubah pemimpin DAP dan pakatan mereka?
Apakah kita perlu berpolitik sehingga jati diri dan maruah negara digadaikan?
Selain bendera, apakah lagi yang mahu diubah?
Bukankah bendera harus dipertahankan. Dalam perang zaman dahulu, gugurnya seorang pemegang bendera, maka tentera terdekat perlu berlari memegang bendera pasukannya….kerana bendera itu secara tidak langsung mendukung maruah negara dan pasukannya…ia tidak boleh jatuh ke bumi.
Di sini, kita mahu ubah kerana sudah terlalu kemaruk mahu berkuasa!
 ~  MyMassa

BAS MEWAH SEWA KHAS ANWAR IBRAHIM DI TAJA SEPENUHNYA OLEH KHALID GAGAP

BAS MEWAH ANWAR IBRAHIM .... bertopengkan 'Merdeka Rakyat'!!!




(3 gambar di atas adalah dari SINI)

Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Ketua Umum PKR, Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kos sewa bas dua tingkat, yang akan digunakan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.
Katanya, bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya beliau sendiri tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

“Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.

MUNGKIN KERANA CIRI-CIRI KEMEWAHAN YANG DIMILIKI BAS TERSEBUT tidak dikongsi oleh rakyat tetapi oleh krew-krew yang akan mengiringi beliau sahaja, makan bas tersebut telah...........

DISERANG DAN DI'MAKE-UP'KAN OLEH PENYOKONG-PENYOKONG MEREKA SENDIRI, agar kelihatan lebih cantik dan menawan..... ahaks! ahaks!

image

Seperti biasa Anwar dan pengikutnya menuding jari kepada  UMNO/BN terhadap siri serangan Bas terbabit. Sedangkan dipercayai ini perbuatan dirancang awal bagi meraih simpati rakyat dan menutup kesalahan kerajaan Anwar membeli Bas mewah ini.

HARGA MAKANAN DUNIA MENINGKAT 10%

Hiasan

WASHINGTON  - Harga makanan dunia melonjak naik sebanyak 10 peratus pada bulan lalu ekoran musim kemarau yang melanda Amerika Syarikat (AS) dan Eropah Timur.

Menurut kenyataan Bank Dunia yang dikeluarkan semalam, bermula Jun hingga Julai, harga gandum dan jagung meningkat 25 peratus dan harga kacang soya meningkat 17 peratus manakala hanya harga beras yang turun empat peratus.

Secara keseluruhannya, Indeks Harga Makanan Bank Dunia menunjukkan kenaikan enam peratus lebih tinggi berbanding bulan Julai tahun lalu dan kenaikan satu peratus berbanding paras tertinggi pada Februari tahun lalu.

Sehubungan itu, Bank Dunia menggesa kerajaan di seluruh dunia meningkatkan program pemakanan bagi melindungi kebajikan rakyat masing-masing.

Presiden Kumpulan Bank Dunia, Jim Yong Kim berkata, kenaikan harga makanan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia sangat berisiko kepada penduduk dunia.

STESEN MINYAK UNIK

Pernahkah anda melihat stesen minyak yang direka khas seperti tempat penginapan hotel. Namun hakikatnya ia adalah sebuah stesen minyak yang dibangunkan dengan rekaan yang sangat menarik.

Kebiasaannya apabila kita mengunjungi stesen minyak, tiada apa yang begitu menarik kerana reka bentuk stesen minyak seperti Petronas, Shell, Esso dan sebagainya serupa di seluruh negara. Namun di luar negara terdapat 5 buah stesen minyak yang dianggap paling unik sekali di duniaUnik yang dimaksudkan di sini adalah rekaannya mirip seperti pusat penginapan hotel pula. Jom lihat gambar di bawah ini.


1. Futuristic Gas Station
Walaupun namanya seolah mencerminkan masa depan, namun stesen minyak yang direka bentuk oleh Arne Jacobsen di Copenhagen, Denmark ini, telah dibina pada tahun 1937.

2. LAX Airpot Roof Gas Stations
Stesen minyak ini dibina oleh Jack Colker di Beverly Hills, California. Bahannya adalah salah bahagian bangunan lapangan terbang LAX yang sudah tidak digunakan lagi.

3. Recycled Materials Gas Station
Selain reka bentuknya unik, bahan bangunan stesen minyak ini juga digunakan daripada pelbagai jenis bahan hasil kitar semula.

4. Welcome To the City Gas Station
Stesen minyak ini merupakan sempadan di wilayah Canyon Drive. Didirikan pada 1963 oleh pasangan Frey dan Chambers.

5. Tea Pot Gas Station
Namanya pun sudak unik, stesen minyak Teko Teh. Stesen minyak ini terletak di Yakima Valley, Washington DC, Amerika Syarikat.