Tuesday, 17 July 2012

CABAR DIRI SENDIRI DI LALUAN JALAN TEBING PALING BAHAYA DI DUNIA...!!!

Laluan tebing yang paling berbahaya di dunia ini terletak di Sepanyol yang bernama El Caminito Del Rey. Jalan tebing yang merupakan jalan setapak ini hanya mempunyai lebar 1 meter dan menempel di tebing setinggi 100 meter. Jika pejalan kaki tergelincir, maka nyawapun melayang!

Meski berbahaya, jalan setapak yang banyak terputus ini menarik minat ramai traveler pemanjat tebing. Mereka punya cukup keberanian untuk menjajal area berbahaya namun bersejarah ini.

Pada tahun 1901, sebuah hidroelektrik sedang dibina dan pekerja-pekerja memerlukan jalur sambungan antara air terjun Chorro dan air terjun Gaitanejo. Maka dibina jalan setapak yang menggantung di ketinggian 100 meter. Pada 1921, Raja Alfonso XIII menapaki jalan tersebut untuk melihat perasmian Waduk Conde del Guadalhorce.



Semenjak dilalui Sang Raja, jalan setapak tersebut dinamakan El Caminito del Rey. Dalam bahasa Inggeris, nama tersebut bererti King 's Little Pathway atau Jalan Setapak Raja. Namun semenjak pembangunan hidroelektrik tersebut selesai, jalur tersebut pun mulai terabaikan.

Hasilnya, beberapa bahagian jalan mulai terputus. Malah ada beberapa bahagian jalan yang tinggal menyisakan rangka besi. Eksotisnya pemandangan dari atas sana dan menantangnya laluan tersebut membuat para pecinta sukan panjat tebing malah tertarik. Mereka boleh menyusuri laluan tersebut dengan kelengkapan panjat tebing yang lengkap.

Ada kalanya mereka harus jalan menempel dengan dinding tebing dan dengan mengaitkan tali ke tebing tentunya. Mereka boleh jalan santai di bahagian yang masih baik. Jalur ini mempunyai lebar 1 meter, panjang jalan mencapai 3 km dan mempunyai cerun 45 darjah.

Sebelum tahun 2000, sempat terjadi beberapa kemalangan serius yang kemudian membuat jalur ini ditutup untuk umum. Namun kini sudah mulai kembali dibuka sambil menunggu pengubahsuaian pembaikan laluan yang akan diselesaikan oleh kerajaan tempatan.



Kredit  to :  tabekpuang

HUSAM TERJELEPOK.... TEWAS LAGI...!!!



KOTA BHARU – Jika sebelum ini Naib Presiden Pas, Datuk Husam sering mendabik dada bahawa beliau tidak pernah kalah dalam kes saman tetapi kali ini realitinya berbeza apabila tewas dalam dua kes saman terhadap blogger dalam tempoh dua minggu.
Sebelum ini tewas di Mahkamah Tinggi Kuantan dalam permohonan injuksi terhadap penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Azizi, hari ini beliau tewas dengan Mohd Faisal Rohban Ahmad,37.
Husam menfailkan saman fitnah sebanyak RM500,000 terhadap Mohd. Faisal kerana mendakwa individu tersebut memitnahnya dalam laman blog ruangbicarafaisal.blogspot.com.
SETERUSNYA.... KLIK DETIK PERUBAHAN

FMT MOHON MAAF KEPADA LYNAS






KUALA LUMPUR  - Portal berita Free Malaysia Today (FMT) hari ini memohon maaf kepada Lynas Corporation Limited kerana sebelum ini menerbitkan artikel-artikel yang mendakwa bahawa kilang memproses nadir bumi milik syarikat itu tidak selamat.


Mtoday News Sdn. Bhd. yang mengoperasikan FMT dalam satu kenyataan ringkas di portal itu berkata, pihaknya memohon maaf atas semua penerbitan mengenai Lynas memandangkan dakwaan-dakwaan yang diterbitkan tiada asas saintifik.


“Kajian mengenai peraturan kilang memproses Lynas telah dilaksanakan secara menyeluruh dan terperinci," jelas kenyataan itu.


Permohonan maaf oleh portal berita itu dikeluarkan di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini. - UTUSAN

MURID BERAGAMA ISLAM MELAKUKAN UPACARA KEAGAMAAN KATOLIK SETIAP HARI..???


Sebuah sekolah Katolik di Birmingham semalam mendedahkan 90 peratus muridnya beragama Islam.


Bangunan sekolah itu penuh dengan ikon dan patung berkait dengan agama Kristian dan murid melakukan upacara keagamaan Katolik setiap hari.

Namun, hanya 40 kanak-kanak yang belajar di situ adalah penganut Katolik.


Ada di kalangan bapa murid itu adalah imam sementara sebahagian pelajar tinggal di kawasan masjid berhampiran.

Bagaimanapun, Sekolah Rendah Katolik Rosary yang terletak di kawasan penduduk majoriti Islam menegaskan, hubungannya dengan gereja Katolik adalah kukuh.


Ada murid Islam bertindak sebagai pelayan paderi di perhimpunan sekolah.





Pengetuanya, John Gub- bins berkata: “Kami mengikut program pelajaran Gereja Katolik untuk pelajaran agama yang diberikan kepada murid antara 10 hingga 15 peratus seminggu.” - DM


Gambar Hiasan

KISAH 3 BERADIK MISKIN YANG BUTA HURUF....


KAMPUNG NIPAH, Bachok – Tiga beradik dekat sini terpaksa merempat dalam sebuah kubu tinggalan Jepun ketika Perang Dunia Kedua akibat kesempitan hidup.

Zaini Kasim, 43, berkata, sejak ibu mereka, Halimah Othman terbunuh dalam kemalangan maut empat tahun lalu, hidup mereka semakin melarat sehingga terpaksa menumpang di pondok tepi tanah perkuburan.

Menurutnya, ketika ibu mereka masih hidup, mereka tinggal menumpang di sebuah rumah di Pulau Belongan, namun terpaksa keluar selepas kematian ibu mereka.

“Kami tiga beradik kini ibarat sebatang kara sejak ibu meninggal dilanggar kereta sewa ketika dalam perjalanan menghantar kuih ke kedai, empat tahun lalu.

“Selepas ibu meninggal dunia, kami menumpang di pondok tepi kubur Bachok kira-kira setahun. Sejak minggu lalu, kami terpaksa pindah mendiami kubu peninggalan Jepun ini sebagai tempat perlindungan baru,” katanya kelmarin.

Beliau berkata, kini hanya dia seorang sahaja yang bekerja sebagai awak-awak bot nelayan sekali sekala untuk menyara dua adiknya yang sakit.
Merempat dalam kubu Jepun

Menurutnya, dua adiknya, Zami, 42, menghidap batuk kering dan Zafni, 41, pula mengalami penyakit mental.

Bagaimanapun, adik bongsu mereka, Rosmiza Kasim telah berumah tangga dan menetap di Kemaman.

“Kami tidak mampu menyewa rumah sendiri kerana pendapatan saya tidak menentu dan cukup untuk kami makan ala kadar sahaja," katanya.

Saudara mereka, Che Rahim Mohamad, 53, berkata, dia bersimpati terhadap tiga beradik itu dan berharap ada pihak sudi membantu.

“Saya yang bawa mereka tinggal di sini buat sementara waktu selepas tidak mempunyai tempat tinggal lain untuk berteduh. Tetapi kubu ini tidak selamat kerana apabila air pasang, air melimpah ke dalam kubu. Apabila musim tengkujuh juga ribut dan ombak besar melanda.

“Sebelum ini ketika mereka tinggal di tepi kubur, saya sering membantu dari makan minum mereka. Malangnya mereka buta huruf dan tidak sihat menyebabkan sukar mereka mendapat pekerjaan.

"Mereka yang ingin membantu boleh hubungi saya di 014 5158654,” katanya. - Sinar Harian


ULASAN DAN GAMBAR-GAMBAR SELANJUTNYA..... DI SINI

AL-FATIHAH BUAT MAK CIK FARIDAH....

Makcik Faridah Meninggal Dunia Sakit Tua

KUALA LUMPUR – Faridah Maulud (gambar), 66, ibu yang ditinggalkan anaknya di sebuah hotel bajet di ibu negara Mac lalu, meninggal dunia akibat sakit tua, semalam.
Arwah yang uzur sejak kebelakangan ini disahkan meninggal dunia di dalam tidur oleh anak tunggalnya, Amir Mohd Omar, 27, jam 3.15 petang semalam ketika dia mengejutkan ibunya.
Arwah menerima rawatan di Hospital Tanjung Karang minggu lalu akibat keuzuran dan pulang ke rumahnya di Kuala Selangor beberapa hari lalu.
Ahli perniagaan, Datuk Jamhuri Abdul Rahman yang juga bekas majikan anaknya berkata, dia menerima panggilan daripada Amir sejurus selepas pemuda itu menyedari ibunya tidak sedarkan diri.
“Saya meminta jiran untuk melihat keadaan arwah dan mereka dapati arwah sudah meninggal dunia,” katanya.
Akhbar ini dalam laporan muka depannya 9 Mac lalu mendedahkan, Faridah ditinggalkan berseorangan oleh anaknya di sebuah hotel dan dijaga pekerja di situ yang kemudian membuat laporan polis.
Kisah warga emas itu mendapat perhatian segera daripada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL), Noormah Abdul Rauf yang kemudiannya menempatkannya di Pusat Sehenti JKM di Sungai Buloh sehari selepas itu.
Simpati dengan keadaannya, Jamhuri tampil memberikan bantuan kepada keluarga berkenaan dengan menyediakan sebuah rumah untuk Faridah di Kuala Selangor selain menawarkan pekerjaan kepada Amir di kilang membuat besi keluli miliknya.
Jenazah Faridah dikafankan di rumahnya sebelum dibawa ke kampung halamannya di Pengerang, Johor untuk dikebumikan. (Harian Metro)
***Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.....

DESA YANG MEMPUNYAI MATAHARI SENDIRI....???

http://images.detik.com/content/2012/07/16/1383/080807_viganella1.jpg

Di Itali, ada sebuah desa yang menarik pelancung kerana keunikannya. Bayangkan saja, desa yang ada di dalam lembah ini memiliki matahari sendiri. Bukan main!

APAKAH KEGILAAN WANITA GILA INI...???



Lisa Sparxxx adalah dikenali sebagai bintang porno Amerika. Wanita ini telah bersetubuh dengan 919 lelaki dalam satu hari. Kejadian ini dilakukan ketika event Eroticon 2004, acara yang digelar di Polandia yang merupakan sebahagian dari kejuaraan tahunan “Third Annual World Gangbang Championship”.


***Nak kata binatang.... mana ada binatang melakukan mcm tu....setiap aksi purata 1.57 minit.... mmg giler!!!!

20 DOKTOR NAFIKAN ANAKNYA HIDAP BARAH..!!!


LONDON: Seorang ibu mendedahkan bagaimana 20 doktor menafikan anaknya menghidap barah dengan hanya menyifatkannya sebagai tanda lahir sehingga ia membesar seperti sebiji anggur.

Yvonne Bull, 32, berkata, dia diberitahu supaya tidak bimbang apabila anaknya, Isabel dilahirkan dengan tanda ungu pada bahagian kiri mukanya.

RANKING SEMASA BLOG PRO-KERAJAAN

RANKING TERKINI PADA 16 JULAI 2012....
TAHNIAH KEPADA BLOGGER-BLOGGER YANG TERSENARAI.......




***Teman tak pernah berangan-angan untuk disenaraikan dan teman tak pernah berharap untuk masuk dalam senarai...... tahniah kepada kengkawan semua....

SEJARAH BETING BERAS BASAH



BETING Beras Basah yang terletak di Bagan Datoh, Perak berhampiran dengan muara Sungai Perak adalah kawasan pantai pasir yang kadangkala timbul dan kadangkala tenggelam apabila air pasang.

 

Ia dikaitkan dengan Sultan Perak pertama yang menjejakkan kaki di sini. Setiap kali pertabalan Sultan Perak, sultan terbabit mestilah menghilir Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga ke Beting Beras Basah.