Di sini penulis ingin
menerangkan dalam Perlembagaan PAS Bab Kedua, Fasal Tiga, sasar PAS adalah
Islam, di mana tujuannya seperti dalam Fasal Lima adalah untuk memperjuangkan
masyarakat dan pemerintahan yang terlaksananya di dalamnya nilai-nilai hidup
Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah; sedangkan dalam DAP, matlamat
perjuangannya adalah mewujudkan masyarakat Demokratik Sosialis di Malaysia.
Bertunjangkan kepada Dasar dan Tujuannya ini, PAS telah berusaha membezakan
dirinya berbanding UMNO dari tiga aspek retorik politik, iaitu -
Pertama, pembentukan negara Islam yang melaksanakan hukum hudud, sedangkan UMNO
melaksanakan pembentukan negara Islam melalui kedudukan istimewa Islam dalam
Perlembagaan Persekutuan dan merealisasikannya dalam lima bidang hukum yang
ada, iaitu aqidah, ibadah, munakahat, muamalat dan jenayah, seperti dijelaskan
dalam tulisan ini "Hanya PAS, bukan UMNO perjuangkan Islam".
Kedua, pemerintahan sebuah negara yang bebas daripada perniagaan berunsur
maksiat, terutama judi dan penjualan arak. Antara janji-janji pemimpin PAS dalam
ceramah dan tulisan mereka adalah untuk menghapuskan sama sekali premis yang
menganjurkan judi atau permainan berunsur judi dan yang menjual arak.
Ketiga, menekankan pemerintahan berdasarkan kepimpinan ulamak - ditafsirkan
sebagai golongan yang mendalami pengajian Islam, sedangkan di dalam UMNO, tidak
dihadkan bahawa pemimpin itu mesti mempunyai latar belakang pendidikan agama.
Bertunjangkan kepada dasar dan tujuan DAP pula, retorik politik DAP adalah
seperti berikut;
Pertama, tidak menerima kedudukan istimewa Islam di dalam Perlembagaan
Persekutuan dan menolak pembentukan sebuah Negara Islam yang melaksanakan hudud
seperti yang ingin di dirikan oleh PAS.
Malah dalam retorik politiknya, DAP tidak mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah
negara Islam sebaliknya merupakan sebuah negara sekular dan perlu kekal sebagai
sebuah negara sekular dengan semua agama diberikan kedudukan yang sama.
Kedua, seperti yang disarankan oleh sosialisme, matlamat DAP adalah untuk
menghapuskan ketidak seimbangan ekonomi dan peluang dalam sistem sedia ada.Apa
yang dianjurkan adalah persamaan dan keadilan sosial, bagaimana pun ditekankan
bahawa PERSAMAAN ini bukan bermaksud keseragaman dan kesama rataan, sebaliknya
penentangan terhadap eksploitasi dan keistimewaan golongan yang menguasai ekonomi
dan politik.
Walaupun retorik sosialisme ini nampak menarik pada pandangan mata kasar, namun
kerangka ekonomi sosialisme ini mempunyai pertentangan dengan kerangka ekonomi
Islam seperti yang diperincikan oleh Prof. Mohamad Baqir al-Sadr dalam tulisan-tulisannya
mengenai ekonomi kapitalis, sosialis dan Islam.
Lebih-lebih lagi dalam retorik DAP yang ditekankan hanyalah aspek persamaan dan
bukan aspek keadilan sosial. Ketiga, nilai-nilai yang dipegang oleh DAP adalah
nilai-nilai sejagat yang tidak semestinya harmoni dengan nilai-nilai yang
dianjurkan oleh Islam.
Justeru akan wujud pertentangan dari aspek budaya dan akhirnya mengakibatkan
pertentangan dari aspek pentadbiran seperti pengekalan kewujudan premis judi,
spa dan urut, karaoke dan penganjuran konsert, biarpun ditentang hebat oleh
PAS.
Keempat, kepimpinan ulamak TIDAK WUJUD dalam kamus sosialis demokratik
DAP.Jelasnya, perbezaan ini adalah perbezaan pokok yang menjejaskan retorik
perjuangan Pas selama ini. Mahfoudz menipu kerana cuba memberi gambaran kepada
masyarakat bahawa perbezaan ideologi ini sama seperti perbezaan antara empat
mazhab.
Hakikatnya, ia lebih besar daripada perbezaan antara empat mazhab, malah
mungkin lebih besar daripada perbezaan antara ahli sunnah wal-jammah dan
golongan khawarij.Ini belum termasuk aspek pelaksanaan dasar-dasar ini lagi.
Sesuatu yang dipersetujui oleh DAP-PKR-PAS dalam Polisi Bersama Pakatan
Pembangkang (PR), belum tentu akan dilaksanakan. Malah, ia juga boleh disabotaj
melalui pelbagai kaedah.
Adakah perbezaan ideologi Pas-DAP ini sama dengan perbezaan mazhab
Hanafi-Hanbali-Maliki-Syafie? Melainkan yang dipegang oleh Pas adalah hanyalah
semata-mata ideologi atau Islam plastik dan bukan ajaran Islam sebenar.
Kini penolakan PAS terhadap apa yang dperjuangan selama ini dibuktikan dalam
pemilihan parti baru-baru ini.Mereka PAS demi mengikut telunjuk DAP sanggup
mengugurkan negara Islam dan hudud dan kini memperjuangkan kononnya negara
berkebajikan.Pengikut-pengikut
setia PAS juga sanggup berpaling tadah menjatuhkan golongan ulama' mereka
semuanya ini dilakukan agar mereka dapat mengimbangi DAP / mendapat muka
dihadapan DAP.Tujuan utama adalah kuasa.
Pada pendapat Ee orang yang benar-benar berdakwah tidak perlukan kuasa
memerintah untuk berdakwah. Dakwah boleh dilakukan di mana jua, malah lebih
afdal jika dilakukan di kawasan pendalaman di mana Islam belum bertapak dengan
kukuh. Jika konsep dakwah itu benar-benar diambil kira, siapa di antara ulama
PAS yang pernah berdakwah dengan sebenar-benarnya? Semua Ulama PAS siang malam
hanya bercakap mengenai politik sahaja.
Isu judi, arak, babi, wanita, Israel, Zionis malah liwat juga dimanipulasi
sesuka hati oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka sebagai ulama ini.
Mereka melakukannya tanpa gusar, tanpa kesal dan sedikit pun hati mereka tidak
bergetar tatkala ?menemui? Allah lima kali sehari sedangkan mereka mengetahui
apa yang benar dan apa yang tidak. Malah PAS juga langsung tidak gentar bermain
dengan isu kafir sekalipun.
Pemimpin agama dalam PAS rata-rata meminta pembaca khutbah dan para penceramah
supaya mendoakan kehancuran kepada orang-orang UMNO dan Kerajaan BN yang mereka
anggap mereka itu kafir dan musuh mereka.
Oleh yang demikian Ee mencadangkan Majlis Fatwa dan Majlis Raja-Raja Melayu
memberi perhatian serius terhadap gejala khurafat yang disebarkan oleh PAS ini
…semoga masyarakat kita tidak dipecahbelahkan oleh ketamakan kuasa pihak
berkenaan...janganlah kepentingan parti politik menyebabkan akidah rakyat
terpesong..!
Tak salahlah jika dikatakan bahawa PAS itu amat menyerupai perangai puak
Khawarij yang matlamatnya hanya mahu meruntuhkan pemerintahan Islam di dalam
negara!. Puak PAS akan merasa senang dan bergembira bila dapat memecah belahkan
orang-orang Melayu Islam dengan segala dakyah mereka. Pemimpin-pemimpin PAS juga
penuh dengan kemunafikan kerana sanggup membohongi rakyat dan masyarakat dalam
menjalinkan hubungannya dengan DAP. Mereka sanggup menjilat kembali segala yang
telah diludah kepada Barisan Nasional / UMNO asalkan segala cita-cita mereka
tercapai.
Kini mereka sanggup mengenepikan perjuangan menubuhkan negara Islam dan hukum
hudud yang diperjuangkan selama ini dan semata kerana gila nak berkuasa sanggup
pula menjadi tunggangan DAP.Kini tidak ada lagi negara Islam dan hudud yang ada
negara berkebajikan ala PAS.
PAS melalui pemimpinnya telah bersumpah kepada rakyat konon hendak menjadikan
Malaysia negara Islam dan melaksanakan hukum hudud sekian lamanya. Namun demi
merialisasikan impian untuk berkuasa dan mendapat pengistirafan dari setongkolnya
DAP maka semua itu terpaksa dibuang. Kini mereka berjuang untuk menubuhkan
negara berkebajikan pula. Apa yang terjadi kini itu semua satu
penipuan,pembohongan pemimpin2 PAS.Bukan saja rakyat dan
penyokongnya"Allah pun pemimpin PAS sanggup tipu"."Pemimpin-pemimpin
PAS yang berbisik kepada syaitan atau syaitan yang berbisik kepada
mereka"....Fikirkanlah..