Friday, 3 May 2013

DARAH CINTA TIGA-SEGI


Akibat cinta tiga segi, seorang lelaki meninggal dunia selepas terkena tiga das tembakan di muka dan perutnya dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Jalan Kuala Selangor 3/1, di sini, semalam.

(VIDEO) : PENSYARAH UGUT DAN PAKSA PELAJAR KEMPEN UNTUK PARTI PEMBANGKANG ATAU DIGAGALKAN...???


Lima belas mahasiswa sebuah universiti awam tempatan hari ini mendakwa diugut dan dipaksa oleh pensyarah mereka bagi membantu kempen sebuah parti politik dipercayai pakatan pembangkang.

Seorang wakil mahasiswa berkenaan yang enggan dirinya dikenali, berkata sejak Februari lepas, beliau dan rakan-rakannya diminta pergi ke sebuah kawasan Parlimen di Selangor untuk menjadi pekerja parti seperti memasang poster bagi membantu kempen pilihan raya.

( FOTO) : (NGERI) AKIBAT MEMAKAI CINCIN TERLALU LAMA


Jari Mereput Kerana Gagal Tanggalkan Cincin 

Inilah natijahnya apabila memakai cincin hingga satu jangkamasa yang terlalu lama. Nampaknya kalau tiada usaha lain, jari ini berkemungkinan besar terpaksa dipotong. Bagi anda yang suka memakai cincin, ini adalah satu peringatan kepada supaya tidak leka atau terlupa mencabut cincin anda. Percaya atau tidak, 4 keping gambar dibawah sebagai buktinya.

'AKTOR SPENDA PUTIH' SOKONG CALON PSM DI KOTA DAMANSARA, PENYOKONG PAS MENGAMUK..!!!


Bak  cacing kerawit  kepanasan, PKR  bertindak  menjemput Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa  Ali menyampaikan ceramah bertujuan menyelamatkan tengkuk calon DUN N30 PKR, Dr. Mohd Nasir Hashim.

Dr. Mohd Nasir ditentang oleh calon PAS, Ridzuan Ismail walhal kedua calon bernaung di bawah payung Pakatan Rakyat.

#PRU13 : BN MENDOMINASI SIBER DI MALAYSIA..???


Alhamdulillah. Inilah kedudukan BN dalam media siber ketika ini. Ya, BN pernah ketinggalan jauh pada PRU 2008 yang lalu, atau lebih tepat hampir NON EXISTENCE. Sebab itu mereka berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat dan mewujudkan gelombang TSUNAMI.

Namun, berkat usaha keras para sukarelawan dan rakyat yang sayangkan agama, bangsa dan negara, BN kembali bangkit perlahan-lahan semenjak itu. Kini sudah hampir LIMA tahun dan BN bukan setakat berjaya menyaingi, bahkan mendominasi pengaruh media siber di negara ini. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong, kerana tanpa sokongan anda semua, statistik di atas tidak mungkin dapat dicapai!

POLIS TAHAN 2 INDIVIDU GODAM LAMAN WEB KERAJAAN


Kuala Lumpur, 2 Mei - Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki menggodam dua laman web milik kerajaan, dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan Raja Laut, di sini, Selasa lepas. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata dua laman web yang digodam suspek itu ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM), yang masing-masing membuat laporan pada 27 Dis 2012 dan 18 Feb lepas.