Friday, 25 March 2011

HOKI LELAKI SUPER VI - TEAM MANJUNG 2011

 Pemilihan kali ini adalah yang berumur 20 tahun ke bawah.  Rata-rata pemainnya adalah lepasan sekolah yg sedang menunggu keputusan SPM 2010.  Terdapat juga yang masih di bangku sekolah.  Memandangkan game dijalankan pada waktu cuti sekolah pertengahan penggal pertama, peluang ini digunakan sepenuhnya untuk mengisi masa lapang, di samping semangat kesukanan yang tinggi dan minat mendalam.


Pasukan Manjung kali ini dilihat sebagai yang paling mantap dari edisi terdahulu.


Ianya dibantu dengan pengalaman salah seorang pemainnya yang mewakili UiTM dalam TNB - MHL 2011, yang mempunyai skill permainan yang tinggi.


Namun begitu, perjuangan anak-anak muda ini  hanya sekadar memperolehi tempat ke-4, apabila kalah separuh akhir kepada pastukan PUO (Politeknik Ungku Omar).


Kalah menang adat perlawanan. Tetapi team ini sebenarnya mengimbau kembali susah payah Mr. Aziz dan arwah cikgu Azhar menggilap bakat-bakat sebahagian besar dari mereka.  Lapan (8) orang pemain dari kesebelasan utamanya adalah bekas pemain Kayan Tigers!!!.... Tapi di sini...ketika game ini berlangsung....kedua-duanya tidak menyaksikan bekas anak-anak harimau ini bertarung .....Di tempat yang sama untuk 7 tahun berturut-turut menjadi Johan Daerah....ketika Mr. Aziz menjadi manager dan arwah ckg Azhar menjadi coach.  Mereka pastinya bangga altenatif yang mereka usahakan telah membolehkan anak-anak ini dikenali di arena hoki daerah khasnya dan Perak amnya....


TAHNIAH....buat....MUSTAQIM, MUAZZIN, ANGAH, FARIZ, AZRIN, MAJID, IMAN & SHAZWAN. Anda telah mengharumkan Manjung di persada hoki negeri Perak.....
Teruskan perjuangan....jadikan team yang lebih mantap untuk 2 tahun akan datang....dengan kehadiran bakat-bakat yang sedang digilap sekarang ini.....


Terima kasih kepada Mr. Aziz dan Al-Fatihah buat cikgu Azhar - semoga dtempatkan rohnya bersama-sama roh orang-orang yang beriman dan soleh....

10 CIRI ORANG YANG BERFIKIRAN POSITIF

10 Ciri Orang Yang Berfikiran positif

Semua orang yang berusaha meningkatkan diri dan ilmu pengetahuannya pasti tahu bahawa hidup akan lebih mudah dijalani bila kita selalu berfikir positif. Tapi, bagaimana melatih diri supaya fikiran positiflah yang ‘berlegar' di kepala kita, tak banyak yang tahu. Oleh kerana itu, sebaiknya kita kenali saja dulu ciri-ciri orang yang berfikir positif dan mulai mencuba meniru jalan fikirannya.

1. Melihat masalah sebagai cabaran
Bandingkan dengan orang yang melihat masalah sebagai cubaan hidup yang terlalu berat dan membuatkan hidupnya jadi paling sengsara di dunia.

2. Menikmati hidupnya
Pemikiran positif akan membuat seseorang menerima keadaannya dengan senang hati, meski tak bererti ia tetap berusaha untuk mencapai hidup yang lebih baik.

3. Fikiran terbuka untuk menerima saranan dan idea orang lain
Dengan itu, boleh jadi ada hal-hal baru yang akan membuat segala sesuatu lebih baik.

4. Nyahkan fikiran negatif dengan segera setelah fikiran itu terlintas di benak
‘Memelihara’ fikiran negatif lama-lama boleh diibaratkan membangunkan singa tidur. Sepatutnya tidak apa-apa, tapi ternyata boleh menimbulkan masalah.

5. Mensyukuri apa yang dimilikinya
Bukannya berkeluh-kesah tentang apa-apa yang tidak dipunyainya.

6. Tidak mendengar gosip yang tak menentu
Sudah pasti, gosip berkawan baik dengan fikiran negatif. Kerana itu, mendengarkan perbualan yang tak ada kebaikannya adalah perilaku yang perlu dijauhi oleh si pemikir positif.

7. Tidak mencari alasan, tapi terus melakukan tindakan
Pernah dengar perkataan “NATO” (No Action, Talk Only), kan? Ya, pemikir positif ini jelas bukan pengikutnya.

8. Menggunakan bahasa positif
Maksudnya, ayat-ayat yang bernadakan optimisme, seperti “Masalah itu pasti akan dapat diselesaikan,” dan “Dia memang berbakat.”

9. Menggunakan bahasa tubuh yang positif
Di antaranya adalah senyum, berjalan dengan langkah tegap, dan gerakan tangan yang ekspresif, atau anggukan. Mereka juga berbicara dengan intonasi yang bersahabat, bersemangat, dan ‘hidup’.

10. Peduli pada citra diri
Pemikir positif berusaha menunjukkan penampilan baik, bukan hanya di luar, tapi juga di dalam dirinya.