Friday, 24 October 2014

SI LEMBIK SYED AZMI BEDEBAH TOUCH A DOG AKAN ADAKAN SIDANG AKHBAR... MOHON MAAF ???? PIIIIRRRAAAHHHH...!!!!


DIKHABARKAN.... Syed Adzmi Alhabshi yang lembik dan tergedik-gedik dan telah bikin heboh dan cuba menimbulkan kegemparan kononnya dia diugut dan akan dibunuh, akhirnya muncul semula untuk menimbulkan satu lagi polemik. Menurutnya, dia akan mengadakan satu sidang media esok untuk menerangkan isu yang menimbulkan kegemparan dan kemarahan umat Islam di Malaysia, bahkan sehingga ke Brunei Darussalam.

PELAJAR LELAKI MRSM BALIK PULAU MASUK ICU DIBELASAH PELAJAR SENIOR

alt

UMUM tahu pelajar-pelajar MRSM adalah pelajar pintar dan cerdik pandai belaka.  Tanpa keputusan peperiksaan semua A jangan mimpilah nak masuk MRSM kerana itu adalah antara syarat utama untuk melayakkan pelajar memasuki asrama penuh itu.

Hari ini, kita dikejutkan dengan berita Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Balik Pulau, Pulau Pinang, patah tulang rusuk dipercayai dibelasah lapan pelajar Tingkatan Empat di bilik asramanya, Rabu lepas.

KISAH MENYEDIHKAN SEORANG GADIS CILIK MANGSA RUNTUHAN SEBELUM MENINGGAL DUNIA


Sebuah kisah sedih  tentang kematian  seorang gadis sunti yang berlaku 29 tahun yang lalu.   Walaupun tidak berlaku di negara ini, tetapi kisahnya sangat menyentuh perasaan.... Gadis itu telah  menjadi mangsa keadaan selepas berlakunya gempa dahsyat yang berlangsung pada tarikh 13 November 1985 , di Armero , Columbia.

HUMAN RIGHTS WATCH ASIA GESA KERAJAAN GUGURKAN PERTUDUHAN TERHADAP ANWAR... !!!


KUALA LUMPUR 24 Okt - NGO hak asasi antarabangsa menggesa kerajaan supaya menghentikan "pendakwaan bermotifkan politik" terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

HARTA KARUN SULTAN MAHMUD SYAH TIADA DI PULAU NANGKA


JASIN : Kerajaan negeri menamatkan kontrak sebuah syarikat yang menjalankan kerja pencarian harta karun dipercayai milik Sultan Mahmud Syah di Pulau Nangka, di sini, kerana gagal membuktikan bahawa lokasi berkenaan mempunyai harta bernilai berbilion ringgit.

Smart Partnership International (M) Sdn Bhd yang memulakan kerja pencarian sejak Januari hingga April lalu gagal membawa keluar sebarang harta meskipun tempoh pencarian dilanjutkan tiga bulan lagi.

TUNKU MAHKOTA JOHOR SELAMAT BERNIKAH DENGAN CHE' KHALEEDA


 Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memasuki pekarangan Istana Bukit Serene, di sini tepat pukul 10 pagi tadi bagi istiadat pertunangan, majlis hantaran dan pernikahan dengan Che' Khaleeda Bustamam.