Tuesday, 14 August 2012

SENATOR THAI TEMBAK MATI ISTERI GUNA MESINGAN...???

Senator Boonsong Kowawisarat
Mesingan seperti ini yang digunakan oleh Senator Boonsong Kowawisarat, kelmarin.

BANGKOK - Seorang ahli politik Thailand secara tidak sengaja melepaskan tembakan menggunakan mesingan, menyebabkan bekas isteri dan setiausaha peribadinya mati ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran di utara negara itu.
Ketika kejadian, Senator Boonsong Kowawisarat sedang menikmati makan malam bersama Chanakarn Detkard dan empat yang lain, kelmarin.
Dia dilaporkan mengeluarkan mesin-gan  Uzi 9mm dan secara tidak sengaja melepaskan tembakan, kata polis.
"Senjata Senator Boonsong tiba-tiba melepaskan tembakan ketika dia hendak meletakkan senjatanya dalam kasing. Tembakan terkena setiausahanya yang turut berada bersamanya ketika makan malam," kata Lt Kol. Polis Choosak Pulsawat dipetik CNN.
Ahli politik itu dari wilayah Hong Song, berhampiran Myanmar, dikatakan berpisah buat sementara tetapi kebelakangan ini hidup bersama.
Laporan itu menyebut polis pada awalnya mahu mendakwa Boonsong kerana menyebabkan kematian dengan cuai tetapi tidak boleh menahannya kerana Parlimen Thailand sedang bersidang.
Dia boleh ditahan jika Parlimen membenarkan.
Laporan Bangkok Post dipetik berkata jika disabitkan kesalahan, senator itu boleh dihukum penjara 10 tahun dan didenda 20,000 baht.

TUKAR JANTINA DEMI BRITNEY

DEMI meniru imej Britney, Kara setakat ini membelanjakan hampir RM300,000 untuk pembedahan.
DEMI meniru imej Britney, Kara setakat ini membelanjakan hampir RM300,000 untuk pembedahan.


SEORANG lelaki yang terlalu meminati Britney Spears sanggup menjalani pembedahan menukar jantina bagi membolehkan impiannya kelihatan seperti penyanyi itu benar-benar menjadi kenyataan.
Kara Hays setakat ini membelanjakan lebih STG60,000 (RM 295,000) untuk mengubah jantina serta menanam implan buah dada. 


   
  • FotoKARA ketika berusia 13 tahun.
  • FotoKARA bersama bapanya.
Kara, 26, sebelum ini dikenali dengan nama Kody.

Hasil pembedahan dijalaninya, Kara kini memiliki rambut panjang perang yang hampir menyerupai penyanyi pop era 1990-an itu.

Kata Kara, apabila dia nekad menukar jantina dia bebas memilih imej yang ingin ditonjolkan pada dirinya.

“Apabila kamu berasa seperti seorang budak perempuan dalam tubuh budak lelaki, kamu cuba menjadi perempuan yang sebenar.

“Saya melihat Britney sebagai wanita yang kuat dan semua orang mahu berpacaran dengannya,” katanya.

Kara berkata, dia memberi perhatian kepada Britney dan Christina Aguilera sebagai inspirasi kerana kedua-duanya adalah bintang yang mencipta nama ketika dia di zaman remaja.

“Pada ketika itu, mereka menjadi perhatian remaja,” katanya.

Keadaan sama dihadapi golongan remaja hari ini yang memandang Lady Gaga dan Katy Perry sebagai idola.

Ketika memutuskan untuk menjadi perempuan dulu, kata Kara, dia berfikir imej yang ingin ditampilkannya.

Namun, kata Kara, bukan faktor populariti saja mendorong dia meniru Britney.
Kara berkata, dia pernah mengalami tekanan emosi ketika Britney berdepan dugaan dalam hidupnya.

“Malah ketika Britney mencukur kepalanya menjadi botak, saya turut melakukan perkara sama,” katanya.

Menceritakan kejadian itu, Kara berkata, perasaannya terganggu pada satu hari dan secara bersahaja pergi ke kedai gunting rambut.

Katanya, dia terus meminta pekerja di situ menjadikan kepalanya botak.

“Saya berfikir jika Britney memiliki kekuatan untuk melakukannya, saja juga mempunyai kemampuan sama,” katanya.

Walaupun orang ramai menganggap tindakan itu keterlaluan, katanya, Kara tetap berasa seperti “dibebaskan” daripada segala masalahnya.

Mengenai penampilan barunya, Kara berkata, ia akhirnya membawa kegembiraan selepas bertahun-tahun berasa tertekan.

Ketika berusia 12 tahun, Kara mengejutkan rakan sekelasnya ketika hadir di majlis tari-menari sempena Halloween dengan pakaian ketat seperti dipakai Britney dalam klip video Oops I Did It Again.

Kelakuannya ketika itu juga mencetuskan rasa marah di kalangan masyarakat konservatif di bandar di Ohio, AS.

Pada usia 15 tahun, ibu bapanya membenarkan dia bertemu doktor dan disahkan mengalami kecelaruan jantina.

Pada 1999, dia mula mengambil hormon wanita.

Selama beberapa tahun, payu dara Kody semakin membesar dan dia mula memakai pakaian wanita dengan lebih bebas.

Dia juga mula menggunakan nama Kara.

Pada 2002, Kara menjalani pembedahan selama 14 jam bagi menukar jantina dan memasukkan implan pada dadanya.

Setakat ini Kara membelanjakan hampir RM300,000 untuk mewarnakan rambutnya menjadi perang serta merapi dirinya sebagai “wanita sempurna.”

Menyimpan angan-angan menjadi pelakon, Kara berkata, dia terpaksa mematuhi peraturan dan kod pakaian seperti wanita lain.

“Saya berasa seperti terlalu diperhatikan dan sama sekali tidak boleh terbabit dalam sebarang skandal kerana diri saya ini sendiri satu skandal,” katanya.

Pada masa sama, kata Kara, dia berasa seperti melalui proses akil baligh sekali lagi.

Tidak lama selepas menamatkan pengajian di sekolah tinggi, Kara mula cuba minum arak dan mengambil dadah, sebelum berpindah ke Los Angeles dalam usahanya mencapai impian sebagai pelakon.

Di situ, dia mula disangka Britney dan menimbulkan kekeliruan di kalangan paparazzi.

Kara akhirnya berpindah ke New York untuk mengikuti kursus seni drama selama setahun dan menamatkan pengajian itu tahun lalu.

Kini, dia sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam bidang perhubungan awam. - DM



2 WARTAWAN DAKWA CEMUH PM MESIR

Wartawan Mesir


KAHERAH - Dua wartawan Mesir, Tawfiq Okasha dan Islam Afifi akan dihadapkan di mahkamah kerana memfitnah dan menghina Presiden Mohammed Mursi.
Tawfiq, yang memiliki stesen TV al-Faraeen dan juga hos satu program, berhadapan dengan dakwaan memfitnah.
Dia didakwa menghasut agar membunuh presiden, demikian menurut jurucakap Pejabat Pendakwa Raya, Adel Saeed.
Islam pula, editor akhbar al-Dustour, dirujuk kepada mahkamah kerana menyebarkan maklumat palsu dan khabar angin yang mengancam keselamatan dan kestabilan negara dan kerana menghina Mohammed.
Tarikh perbicaraan belum diputuskan.
Bagaimanapun kes itu dilihat akan menarik perhatian dunia, yang ingin mengetahui kebebasan media di bawah kepimpinan Mohammed.
Mohammed mengangkat sumpah sebagai presiden baru Jun lalu.

DIPENJARA KERANA HINA ISTERI NABI MUHAMMAD SAW


DUBAI - Mahkamah Bahrain menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang lelaki Syiah kerana menghina isteri Nabi Muhammad S.A.W, Aisyah.
Dia dikatakan menghina keperibadian Aisyah.
Sebelum ini seorang lelaki Kuwait telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun Jun lalu kerana menghina Nabi Muhammad, isteri dan juga sahabat baginda.

KE MANA HILANGNYA AIS DI LAUTAN ARTIK...???



LONDON - Saintis mendakwa Lautan Artik yang dilitupi ais mungkin akan hilang dalam tempoh 10 tahun lagi ekoran meningkatnya pemanasan global yang mempercepatkan proses kecairan itu.

Kumpulan saintis dari Agensi Angkasa Lepas Eropah berkata, bongkah-bongkah ais di Artik sedang mencair dalam tempoh yang lebih cepat daripada apa yang dipercayai sebelum ini.

Menurut mereka, satelit baru yang mereka gunakan mendedahkan bahawa 900 kilometer kubik ais telah hilang sepanjang tahun lalu, ia 50 peratus lebih cepat daripada andaian semasa oleh pencinta alam sekitar.

Saintis turut berpendapat punca kejadian itu berlaku disebabkan peningkatan pemanasan global dan pengeluaran gas dari rumah hijau.

Mereka juga mendakwa, keseluruhan wilayah Artik akan bebas daripada ais jika andaian mereka ini terbukti tepat dan sekali gus akan mencetuskan situasi panik untuk menyimpan rizab minyak dan bekalan ikan di rantau itu.

"Analisis awal terhadap data yang kami perolehi menunjukkan kadar kehilangan ais di musim panas di Artik mungkin jauh lebih besar daripada yang kami jangkakan sebelum ini," kata Doktor Seymour Laxon dari Pusat Pemerhatian Kutub di Kolej Universiti London.

Saintis telah melancarkan CryoSat-2 pada 2010 dengan mengkhususkan kepada kajian terhadap ketebalan ais.

Kapal selam turut dihantar ke Lautan Artik dan mendapati kedalaman ais turut mengurang sekali gus menyebabkan paras air laut dunia meningkat.

Menurut CryoSat, data daripada eksplorasi mereka itu turut menunjukkan pada musim sejuk 2004, isipadu ais laut di bahagian tengah Artik dianggarkan 17,000 kilometer kubik, berbanding musim panas tahun ini iaitu hanya 14,000 kilometer kubik. - AGENSI

6 INDIVIDU SANGAT DIKEHENDAKI POLIS


6 individu dicari polis
Abdullah (kiri) menunjukkan gambar individu yang dicari oleh IPD Tapah.













TAPAH - Seorang wanita antara enam individu yang dicari polis bagi membantu siasatan terhadap enam kes jenayah di daerah ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superitenden Abdullah Arshad berkata, bagi kes pertama, seorang wanita yang dikenali sebagai Nora Mohd Nor, 30, dari Kampung Datuk Ahmad Said, Ipoh, dicari bagi membantu siasatan.
Katanya, wanita itu dipercayai terlibat dalam kejadian samun tanpa senjata di Kampung Haji Daud, Tapah Road, pada 17 Julai lalu bersama-sama seorang rakan yang menceroboh masuk ke dalam rumah seorang mangsa dan menyamun gelang emasnya.
Polis turut mencari Muhammad Nizal Husin Nordin atau lebih dikenali sebagai Boy berusia 29 tahun, berasal daripada Kampung Batu 3, Jalan Temoh, Temoh yang disyaki mencuri kabel.
Suspek merupakan penagih dadah tegar dan pernah terlibat dalam kes curi kabel dan pecah rumah di Temoh.
“Selain itu, pihak polis juga sedang mencari K Veerapan atau lebih dikenali sebagai Guna berusia 33 tahun berasal daripada Kampung Bedrock, Bidor yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di Bidor,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di sini.
Dalam perkembangan sama, pihaknya juga cari K Kaliapan atau lebih dikenali sebagai Ragu, berusia 33 tahun, berasal daripada Kampung Bedrock, Bidor bagi bantu siasatan polis dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar juga kawasan Bidor.
Beliau berkata, IPD Tapah turut mencari seorang lelaki dikenali sebagai K Ravindran atau dikenali sebagai Ravi, 29, dari Ladang Bedrock, Bidor yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki pada bulan Mei 2006 di Batu 2, Jalan Bidor, Tapah.
Sementara seorang lagi suspek K Nanthan atau dikenali sebagai Prabu, 29, berasal dari Ladang Bedrock, Jalan Sungkai, Bidor, yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki pada bulan Mei 2006 di Batu 2, Jalan Bidor, Tapah, juga.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh hubungi hotline IPD Tapah 05-4015222 atau SMS rakan Cops 32728 atau balai polis berdekatan,” katanya.

MALAYSIA AKAN DESAK OIC SELAMAT SYRIA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

MAKKAH - Malaysia akan mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengambil langkah serius untuk menyelamatkan Syria daripada terus hancur akibat konflik yang melanda negara itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menyuarakan pendirian dan gesaan itu dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Makkah yang bermula hari ini.
"OIC perlu mengambil langkah positif dan lebih tegas untuk menyelamatkan Syria dan bukan sekadar mengambil tindakan politik sahaja," kata beliau kepada pemberita Malaysia di sini hari ini.
Perdana Menteri mengetuai delegasi negara ke Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC anjuran Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud dan persidangan itu bertujuan membincangkan situasi terkini di negara dan dunia Islam dengan hasrat mengembalikan dan mengukuhkan perpaduan umat Islam serata dunia dan memerangi unsur yang membawa kepada perbalahan dan kekacauan.
Persidangan itu berlangsung di As-Safa Palace yang terletak bersebelahan Masjidil Haram dan bermula selepas solat tarawih sehingga waktu bersahur.
Mengenai laporan media yang memetik bahawa Syria digantung daripada menganggotai OIC, Najib berkata perkara itu juga akan dibangkitkan dalam mesyuarat malam ini dan pendirian Malaysia ialah mahu Syria terselamat daripada kehancuran dan OIC harus membela nasib umat Islam di negara yang sedang bergolak itu.
Setiausaha Agung OIC Ekmeleddin Ihsanoglu dipetik oleh AFP sebagai berkata Syria yang sedang dilanda peperangan tidak akan diwakili dalam sidang kemuncak itu.
Konflik di Syria bermula pada Mac 2011 dengan tunjuk perasaan awam iaitu sebahagian daripada kebangkitan 'Arab Spring' yang lebih meluas dan merebak kepada pemberontakan di seluruh negara, serta perang saudara pada 2012.
Penunjuk perasaan mendesak supaya pemerintahan Parti Ba’ath yang berkuasa hampir lima dekad ditamatkan lebih awal di samping peletakan jawatan Presiden Bashar al-Assad.
Kerajaan Syria mengerahkan angkatan tenteranya untuk menumpaskan pemberontakan itu dan tentera dilaporkan diarahkan supaya melepaskan tembakan ke arah orang awam.
Konflik 17 bulan itu mengorbankan lebih 21,000 orang, menurut kumpulan pemantau.-Bernama

ULAMA TERSOHOR ARAB SAUDI PUJI MALAYSIA....


MEKAH - Beberapa tokoh ulama dari Arab Saudi hari ini menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan.  

Tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish menyatakan pandangan mereka itu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ketiga-tiga tokoh agama bersama dua lagi pemimpin Islam terkenal iaitu Penasihat Wasir TV Channel Sheikh Dr Abdul Rahim Mulazadah dan Pengerusi Al Maijd TV Dr Hammad Mohamad Al Ghammas mengunjungi Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.

Najib memberitahu wartawan Malaysia di sini, ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.

Katanya para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.

"Kita juga memaklumkan mengenai konsep Wasatiyah yang kita pegang dari dulu dan di peringkat negeri pula kita mempunyai enakmen yang menyebut pegangan kita ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik dan kerosakan akidah dan sebagainya," kata beliau.

Ulama itu berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang konflik seperti negara majmuk yang lain. - BERNAMA

ANAK DERHAKA : ROMPAK IBU DI BULAN RAMADHAN

Gambar Hiasan

PETALING JAYA : Anak setan. Itulah gelaran layak diberikan kepada seorang remaja berusia 18 tahun apabila bukan saja mengugut untuk membakar rumahnya sendiri sebaliknya memecah masuk bilik ibunya sebelum ‘menyamun’ barang kemas dan wang tunai dianggarkan lebih RM2,000 dalam kejadian di rumah mereka di Seksyen 6, di sini Sabtu lalu.  

Remaja terbabit bertindak demikian selepas keengganan ibunya berusia 53 tahun memberikan wang kepadanya yang mahu digunakannya untuk berjoli bersama rakan-rakannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, remaja terbabit masuk ke bilik ibunya bagi meminta wang.

Menurut sumber, remaja terbabit memberitahu mahu keluar dan pergi membeli baju raya, namun ibunya mengesyaki anaknya itu mahu berjoli bersama rakannya.

“Disebabkan itu, wanita terbabit tidak memberikan wang kepada anaknya itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan.

~ sinar harian ~

MALAM LAILATUL QADAR RAMADHAN 1433 H ADALAH PADA 11 OGOS 2012....??????

Lailatul Qadar

Pada dasarnya Rasulullah Muhammad SAW banyak beribadah Qiyamu Ramadhan dan menganjurkan mencari Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir di bulan yang pada sepuluh pertamanya adalah rahmat, sepuluh dipertengahannya adalah ampunan dan sepuluh akhirnya adalah bebas dari neraka. Walau pun hakikatnya tidak ada yang mengetahui secara pasti bila terjadinya Lailatul Qadar, kecuali Allah SWT.
Hanya saja, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengisyaratkan dalam sabdanya:
تَحَرَّوْا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان
“Carilah Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir Ramadhan. ” (Muttafaqun ‘alaihi dari Aisyah radhiyallahu ‘anha)
Dalam kitab Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim disebutkan, dari Aisyah Radhiyallahu anha, ia berkata:
كَانَ رَسُوْلُ الله إِذَا دَخَلَ العَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ)) هذا لفظ البخاري
“Bila masuk sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mengencangkan kainnya (menjauhkan diri dari menggauli isterinya), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” Demikian menurut lafadz Al-Bukhari.
Dalam riwayat lain, Imam Muslim meriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu anha:
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ مَالاَ يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ )) رواه مسلم
“Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersungguh-sungguh dalam sepuluh hari akhir bulan Ramadhan, hal yang tidak beliau lakukan pada bulan lainnya.”
Dalam shahihain disebutkan, dari Aisyah Radhiyallahu Anha:
( أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يَعْتَكِفُ العَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ الله )
“Bahwasanya Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam senantiasa beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir dari Ramadhan, sehingga Allah mewafatkan beliau.”
Lebih khusus lagi, adalah malam-malam ganjil sebagaimana sabda beliau:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِفِي الْوِتْرِمِنَ الْعَشْرِالْأَوَاخِرِمِنْ رَمَضَانَ
“Carilah Lailatul Qadar itu pada malam-malam ganjil dari sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan)”. (HR. Al-Bukhari dari Aisyah radhiyallahu ‘anha)
Dan lebih khusus lagi adalah malam-malam ganjil pada rentang tujuh hari terakhir dari bulan tersebut. Beberapa shahabat Nabi pernah bermimpi bahwa Lailatul Qadar tiba di tujuh hari terakhir. Maka
Rasulullah bersabda:
أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ
“Aku juga bermimpi sama sebagaimana mimpi kalian bahwa Lailatul Qadar pada tujuh hari terakhir, barangsiapa yang berupaya untuk mencarinya, maka hendaknya dia mencarinya pada tujuh hari terakhir. ” (Muttafaqun ‘alaihi dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma)
Dalam riwayat Muslim dengan lafazh:
الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ يَعْنِي لَيْلَةَ الْقَدْرِ فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ أَوْ عَجَزَ فَلَا يُغْلَبَنَّ عَلَى السَّبْعِ الْبَوَاقِي
“Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh hari terakhir, jika salah seorang dari kalian merasa lemah atau tidak mampu, maka janganlah sampai terlewatkan tujuh hari yang tersisa dari bulan Ramadhan. ” (HR. Muslim dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma)
Yang lebih khusus lagi adalah malam 27 sebagaimana sabda Nabi tentang Lailatul Qadar:
لَيْلَةُ سَبْع وَعِشْرِيْنَ
“(Dia adalah) malam ke-27. ” (HR. Abu Dawud, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiyallahu ‘anhuma, dalam Shahih Sunan Abi Dawud. Sahabat Ubay bin Ka’b radhiyallahu ‘anhu menegaskan:
والله إني لأعلمها وأكثر علمي هي الليلة التي أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم بقيامها هي ليلة سبع وعشرين
Demi Allah, sungguh aku mengetahui malam (Lailatul Qadar) tersebut. Puncak ilmuku bahwa malam tersebut adalah malam yang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan kami untuk menegakkan shalat padanya, yaitu malam ke-27. (HR. Muslim)
Dengan demikian dapat diberi kesimpulan bahwa Lailatul Qadar itu ada pada sepuluh akhir Ramadan, terutama pada malam tanggal ganjil.
Dalam hadits Abu Dzar disebutkan:
(( أَنَّهُ r قَامَ بِهِمْ لَيْلَةَ ثَلاَثٍ وَعِشْرِيْنَ، وَخَمْسٍ وَعِشْرِيْنَ، وَسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ، وَذَكَرَ أَنَّهُ دَعَا أَهْلَهُ وَنِسَاءَهُ لَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ خَاصَّةً ))
“Bahwasanya Rasulullah melakukan shalat bersama mereka (para sahabat) pada malam dua puluh tiga (23), dua puluh lima (25), dan dua puluh tujuh (27) dan disebutkan bahwasanya beliau mengajak shalat keluarga dan isteri-isterinya pada malam dua puluh tujuh (27).”
Para ulama kemudian berusaha meneliti pengalaman mereka dalam menemukan lailatul qadar, dan di antara ulama yang tegas mengatakan bahwa ada kaidah atau formula untuk mengetahui itu adalah Imam Abu Hamid Al-Ghazali (450 H- 505 H) dan Imam Abu Hasan as Syadzili. Bahkan dinyatakan dalam sebuah tafsir surat al-Qadr, bahwa Abu Hasan semenjak baligh selalu mendapatkan Lailatul Qadar dan menyesuai dengan kaidah ini.
Menurut Imam Al Ghazali Cara Untuk mengetahui Lailatul Qadar boleh dilihat dari permulaan atau malam pertama bulan Ramadan :
1. Jika hari pertama jatuh pada malam Ahad atau Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam tanggal 29 Ramadan
2. Jika malam pertama jatuh pada Senin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadan.
3. Jika malam pertama jatuh pada Kamis maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadan
4. Jika malam pertama jatuh pada malam Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadan
5. Jika malam pertama jatuh pada Selasa atau Jumat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadan.
Menyetujui kaedah ini, berarti malam Lailatul Qadar jatuh pada malam Ahad, 11 Agustus 2012 atau malam 23 Ramadan 1433 H, kerana awal Ramadhan adalah malam Sabtu, 21 Julai 2012.
Wallahu'alam....
Kaedah ini tercantum dalam kitab-kitab para ulama termasuk dalam kitab-kitab fiqh Syafi’iyyah. Rumus ini teruji dari kebiasaan para tokoh ulama’ yang telah menemui Lailatul Qadar. Formula ini diceritakan Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin; juga terdapat dalam kitab Hasyiah Sulaiman Al Kurdi juz hal 188; Tafsir Shawi; kitab I’anah at-Thalibin II/257; Syaikh Ibrahim al Bajuri dalam Kitabnya Hasyiah 'Ala Ibn Qasim Al Ghazi juz I halaman 304; as Sayyid al Bakri dalam Kitabnya I'anatuth Thalibin Juz II halaman 257-258; juga kitab Mathla`ul Badrain karangan Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathoni.
 (Sumber:Ust. Yusuf Suharto-Alumnus Pondok Pesantren Mamba’ul Ma’arif Denanyar, Kontributor NU Online Jombang)

FAUZIAH BOCORKAN MAKLUMAT RAHSIA PROJEK LRT...???



Akhirnya, Musang berbulu ayam yang selama ini menjadi tali barut Pakatan Pembangkang dalam Kementerian Kewangan kerana mendedahkan maklumat sulit kerajaan berhubung projek LRT Apang berjaya dibogelkan.

Bukan lelaki, tetapi perempuan. Berapa agaknya jumlah sogokan yang diterima oleh perempuan ini d
ari Rafizi dengan menyalurkan maklumat rahsia Kerajaan kepada Pembangkang. Tidak mungkin, perempuan ini melakukan perbuatan tersebut ikhlas kerana Allah Ta'ala sedangkan dia sendiri tahu 'malapetaka' yang bakal menimpa dirinya apabila kantoi dan dikantoikan.

Nama dia adalah Dato Fauziah Yaacob, Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementeriaan Kewangan yang duduk dalam Tender Board.

Dia yang berdegil mahu kasi projek tu kepada Ingress, syarikat kroni Anwar Ibrahim dan JV partner, Balfour Beatty yang angkuh tak mahu tolak ansur.

Pihak Kementerian yang terlibat perlu mengenakan tidakkan tegas terhadap dalang-dalang yang menjadi tali barut Pembangkang dalam Kerajaan seperti perempuan ini agar ia dapat memberi amaran kepada musang-musang Pembangkang yang masih lagi bersarang dalam Kerajaan agar tidak sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat sulit Kerajaan.

Di bawah ini, aku lampirkan sedikit maklumat mengenai dalang yang selama ini menjadi duri dalam daging di dalam Kementerian Kewangan sehingga menyebabkan Pembangkang membuat tuduhan salah terhadap Kerajaan dalam isu projek pembinaan LRT Ampang.

http://theunspinners.blogspot.com/2012/08/nak-tahu-sapa-bocor-rehsia-projek-lrt.html

-Tok Guru.

YA.....KENYATAAN ANWAR ADALAH BERMAKSUD HALALKAN HOMOSEKSUAL...???


KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa temu bual Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan badan penyiaran British, BBC, mengenai undang-undang berkaitan homoseksual yang disiarkan pada 12 Jan lepas, membawa maksud supaya menghalalkan kegiatan itu.
Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata temu bual itu juga membawa maksud ia menyokong kegiatan homoseksual.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam N.Surendran yang mewakili Anwar, beliau tidak bersetuju bahawa temu bual itu bermaksud tidak menyokong kegiatan homoseksual tetapi menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dengan wanita.
Surendran: Cuba lihat ayat pertama dalam temu bual itu "We will have to review archaic laws and we, Muslims and non Muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia", adakah ayat itu meminta supaya kegiatan homoseksual dihalalkan?
Hasan : Ya.
Ketika ditanya peguam itu sama ada jawapan Anwar dalam temu bual itu "We do not promote homosexuality in public sphere and domain" bermakna ia menyokong kegiatan homoseksual, Hasan menjawab "Ya".
Hasan, saksi defendan pertama, berkata demikian pada perbicaraan kes saman Anwar terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung artikel mengenai komen Anwar bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan homoseksual.
Pada 20 Januari lalu, Anwar memfailkan saman fitnah itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta, atas dakwaan telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Januari tahun ini berhubung temu bualnya bersama BBC.
Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Utusan Malaysia, bahawa perkataan 'review archaic laws, punitive, punishment not relevant dan public spehere and domain' membawa maksud kegiatan homoseksual boleh dihalalkan, Hasan berkata pada bacaannya ia bermaksud menghalalkan kegiatan homoseksual.
Selepas Hasan selesai diperiksa semula oleh Firoz, Hakim Datuk V.T.Singham yang mendengar perbicaraan itu mengemukakan satu soalan kepada Hasan sama ada beliau ada membuat sebarang penjelasan dengan Anwar apakah maksud temu bual itu sebelum membuat kenyataan itu kepada media dan Hasan menjawab "Tidak"
Singham : Kenyataan itu dibuat atas tafsiran anda?
Hasan : Betul.
Firoz kemudianya meminta Hasan menjelaskan mengapa beliau tidak meminta penjelasan Anwar mengenai maksud temu bual itu.
Hasan menjawab beliau tidak berbuat demikian kerana ketika sidang akhbar bersama media itu ianya berlaku secara "impromtu" (tanpa persediaan) dan beliau tidak menyangka mengenai soalan itu.
Beliau juga berkata sekiranya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media, beliau perlu membuat penjelasan daripada mereka yang membuat kenyataan, maka beliau perlu menghubung ramai orang.
Ketua Pengarang Utusan, Abdul Aziz dalam keterangannya menafikan bahawa wujudnya campur tangan pihak lain terutama parti pemerintah dalam penerbitan artikel itu dalam akhbar Utusan Malaysia.
"Tidak pernah ada sebarang campur tangan dalam urusan operasi atau arahan kepada jabatan pengarang dalam penyiaran artikel. Jabatan pengarang menyiarkan artikel berdasarkan pertimbangan editor yang bertugas," katanya semasa pemeriksaan semula oleh Firoz.
Abdul Aziz, saksi defendan ketiga, juga berkata akhbar itu bertanggungjawab untuk menyiarkan perkara yang benar dan bukan lahir untuk menyiarkan perkara yang tidak benar.
Menjawab soalan Surendran ketika diperiksa balas, Abdul Aziz menafikan bahawa ada wakil Umno yang menjadi ahli dalam lembaga pengarah Utusan Melayu campur tangan dalam urusan operasi harian jabatan pengarang.
Abdul Aziz juga tidak bersetuju dangan cadangan Surendran bahawa Utusan Malaysia hanya menyiarkan berita positif mengenai parti pemerintah tetapi menyiarkan berita negatif bagi parti pembangkang.
Beliau juga menafikan akhbar itu dari tahun 1998 iaitu sejak Anwar meninggalkan parti pemerintah, tidak pernah menyiarkan berita positif mengenainya.
Bagaimanapun kepada satu soalan lain Surendran, Abdul Aziz berkata beliau bersetuju bahawa Utusan Malaysia tidak memberikan liputan yang seimbang mengenai parti pemerintah dan pembangkang.
Perbicaraan bersambung 23 Oktober ini. BERNAMA

SENJATA PALING KUAT DAN TERBARU DARI CHINA YANG MENAKUTKAN USA...!!!



China ialah supplier paling besar Rare Earth di dunia, iaitu 97% daripada semua mineral.

Mineral-mineral Rare Earth digunakan untuk kesemua barangan elektronik dan elektrik seperti Computer, TV, Telefon Bimbit, Lampu, Peralatan Rangkaian Telekom dan sebagainya. Ia juga digunakan di dalam industri minyak, aerospace, kapal terbang, automotif, keretapi, senjata, teknologi hijau, peralatan hospital dan kimia. 

Antara mineral-mineral penting Rare Earth ialah Tungsten, Molybdenum, Cerium, Dysprosium, Neodymium dan beberapa lagi. Biar saya contohkan penggunaan Molybdenum : lampu-lampu menggunakannya dan bahan baja kimia juga gunakannya.

China telah mengecilkan quota pengeluaran dan mengecilkan quota pengexportan Rare Earth sejak 2010. Akibatnya,  kos pembuatan barangan industri China menurun dan kos pembuatan barangan industri negara lain meningkat. 

Pernah sekali China mengharamkan pengeksportan ke Jepun sehingga melonjak harga barangan elektronik di Jepun, lantas mengakibatkan kenaikan kos pembuatan negara-negara lain termasuklah Malaysia.

Kini, Amerika, Jepun dan Eropah telah menggunakan platform WTO untuk memaksa China membatalkan Quota pengeksportan. 

China tidak mengaku ia telah melaksana QUOTA, namun pada masa yang sama China berkata ia perlu mengenakan QUOTA untuk menjaga alam sekitar. Negara China ibarat orang yang memegang pistol, mengacunya kepada mangsa dan kemudian menembak mangsa di depan khalayak ramai, TAPI TIDAK MENGAKU. 

Perkara di atas semuanya nyata benar dan bukan spekulasi. Sila guna Lebai Google. Di bawah ini sekadar komen saya.

Pada saya, mesej China ialah "NI SEMUA BARANG AKU, suka hati akulah nak buat apa dengannya. Kau orang apahal nak bising pulak?"

Namun begitu, China tak boleh berbuat demikian serta-merta kerana EKONOMI DUNIA kini bersangkutan cukup rapat. Ibarat hidup di dalam kejiranan atau komuniti yang memerlukan antara satu sama lain. Jadinya mereka buat test-test dan umpan reaksi. 

Tapi, sebagai sebuah negara penuh manusia tamak sejak dulu lagi, mereka peduli apa .... kan? 

Secara tak langsung makna mesej yang lebih dalam lagi dari Negara China kepada negara-negara lain, terutama sekali kepada ASEAN yang dok claim Paracel dan Spratlys Island di Laut China Selatan mungkin sebegini : 

"Aku boleh buat apa yang aku suka dengan sumber aku. Ia kekuatan aku. Dan aku akan gunakannya untuk melemahkan engkau semua. Lambat laun kau akan menyembah aku kalau kau orang nak makanan. Kang aku wajibkan kau orang tarok foto tok pei kong Mao Tze Dong saiz 4 x 3 kaki di depan setiap rumah engkau orang .. baru kau tau ! Dan aku nak jala semua ikan dari Laut China Selatan untuk rakyat aku sebab semua lautan ini AKU yang punya. Lagipun aku dah berjaya hantar rakyat aku ke Langit dan Armada Kapal-Kapal Perang aku semakin besar lagi gagah daripada kau punya. APA KAU ORANG BOLEH BUAT?!  Tunggu ajelah. Tak caya China boleh ? Kau orang check tengok berapa banyak Medal Emas Olimpik yang aku menang !  ...... Muah..hahahahaha... !!!! ".

Itu ialah gambaran secara dramatik setelah berinteraksi lalu mengenali mindset beberapa orang rakyat berfahaman komunis di Negara China. Komunis memang cukup benci orang Islam.

Tahu tak kerajaan Negara China mengharamkan warga Muslim di Xinjiang daripada berpuasa dan menunaikan solat Taraweh di situ. Sebab mereka nak buli kaum Muslim di situ. Kawasan lain tak pulak. Balasan serta-merta yang datang menghambat Beijing sehingga ke Shanghai ialah 3 ribut taufan yang melanda berturut-turut serta banjir kuat di persekitaran wilayah Beijing, Heilongjiang, Zhejiang dan Hebei.  Semua itu ialah kawasan BAPAK-BAPAK STRATEGIS KOMUNIS yang merancang untuk menyusahkan orang lain untuk menguntungkan diri sendiri. Malapetaka berturutan seperti ini belum pernah berlaku sebelum ini. 

Sekiranya China block terus Rare Earth atau mengenakan QUOTA lebih ketat sikit demi sedikit ( kerana sumber itu hak dia ), apa implikasi kepada EKONOMI kita dan siapa yang akan kena tempias besar kelak?:
1. Semua industri elektronik dan automotif?
2. Industri Perkhidmatan, Medical dan Kesihatan?
3. Perniagaan Handphone, Computer, Telekomunikasi dan sebagainya?
4. SEMUA PEKERJA-PEKERJA?
5. Tabungan Cukai Kerajaan dan EPF?
6. Pembangunan negara?

Jadinya, mari kita bincang :
=> bagaimana kita semua boleh mengatasi atau 
=> apa yang perlu dipersiapsediakan atau 
=> memindah fokus kepada industri lebih sesuai atau
=> peralihan jenis apa yang boleh kita lakukan untuk menghadapi risiko ini.