Monday, 16 January 2012

PKR MAKIN NAZAK.....!!!

Almost 200 Former PKR And DAP Members Pledge Supports For BN.......

En Fauzi Muda

IPOH, 15 JANUARY, 2012: Almost 200 former members of Parti Keadilan Rakyat (PKR) and DAP today pledged their supports and readiness to help the Barisan Nasional (BN) to win the next general election.
The pledge, led by former Ipoh Barat PKR chief, Fauzi Muda, was made in the presence of Perak Umno Liaison Committee secretary Datuk Khusairi Talib who represented Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Amazed with the spirit showed by the former opposition members, Khusairi said he would convey the pledge to Zambry.
In his speech, Fauzi, said he was among the founders of Perak PKR in 1999 but had quit the party 10 years ago.
He said he made the decision as he saw many problems brewing up in opposition pact in the absence of a principal party to lead the way, besides the differing ideologies propagated by the coalition members.
The approach adopted by BN all this while had clearly been more effective with Umno being acknowledged by the coalition partners as the leading party in BN, he said.
In contrast, he said the opposition pact (DAP-PKR-PAS) had always been saddled with internal disputes.
- Bernama

JANGAN PERCAYA PADA ANWAR....!!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya dianggap sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun beliau terselamat daripada hukuman penjara.

Menariknya, label itu diberikan majalah antarabangsa, The Economist dan bukan datang daripada pemimpin UMNO mahu pun Barisan Nasional (BN) yang selama ini sering dituduh sebagai pihak yang berkonspirasi ke atas pertuduhan liwat tersebut.

Menurut The Economist, walaupun Anwar seorang pemimpin yang berkarisma dan memiliki kehebatan sebagai pemidato, tetapi imej serta reputasinya sebagai ketua pembangkang tercemar khususnya dalam kalangan generasi muda di negara ini.

"Bagaimana keputusan (mahkamah) itu akan memberi kesan kepada politik Malaysia? Dalam jangka pendek, kemenangan (pembebasan) Anwar sudah tentu memberi rangsangan sangat diperlukan kepada pakatan pembangkang yang diketuainya.

"Namun, untuk jangka masa panjang belum jelas. Reputasinya tercemar dan beliau seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai khususnya bagi generasi muda Malaysia," kata majalah tersebut sebagaimana dipetik dari laman webnya, http://www.economist.com hari ini.

The Economist menambah, ketua pembangkang itu juga gagal membawa pemodenan dalam politik apabila PKR yang diterajuinya dipenuhi ahli keluarga sendiri selain pelbagai masalah dalaman meskipun beliau sering kali melaungkan reformasi.


"Pembangkang di Malaysia kini terperangkap dengan (moral) Anwar sebagai pemimpin (selepas dibebaskan mahkamah). Anwar mungkin masih popular bagi sesetengah pihak, tetapi dia juga kini terlalu lemah untuk menumbangkan BN," dakwa majalah itu lagi.


Imbasan.... Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari Azlan selain tidak selamat untuk bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).


Pembebasan itu disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual dari Filipina, Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay).


Malah, Anwar sendiri tidak terkecuali bercakap mengenai homoseksual apabila mempertikai undang-undang berkaitan perkara itu di Malaysia yang disifatkannya sebagai sudah lapuk dan tidak relevan ketika menjawab soalan wartawan agensi berita antarabangsa, BBC.



PUAK PAS YANG GILA MARKAS....!!!!

Surau pun depa nk jadikan markas......
Tak percaya...??? LIHAT NI......!!!!!





Puak-puak PAS mengecat surau tersebut dengan warna hijau ketika semua orang di kampung tersebut sedang nyenyak tidur dan dipercayai dilakukan selepas tengah malam 30 Ramadhan 1432 Hijrah, iaitu pagi esoknya solat sunat Aidil Fitri akan dilakukan di situ. Semua jemaah yang hadir pada pagi raya tersebut terkejut dengan perubahan pada warna surau tersebut kerana ketika mereka meninggalkan surau selepas solat Isyak malam tadi, surau itu masih dengan warna asal (putih kebiruan - tapi dah pudar).

SETERUSNYA.....


Baru-baru ni, surau tersebut telah mendapat peruntukan untuk di cat semula. Ketika kerja2 mengecat sedang dijalankan.... puak-puak PAS sempat melakukan kerja-kerja seperti yang tertera dlm gambar di atas.
Situasi yang sama... kerja-kerja membuat 'bulan mengambang' mmg dilakukan ketika bulan sedang mengambang penuh... dan ketika semua warga kampung sdg nyenyak tidur....

NAMUN BEGITU......


Surau berwajah baru....
Kerja-kerja mengecat semula telah selesai....
Punah ranap 'bulan mengambang'......
Kami sentiasa memantau..... jika mereka masih nk jadikan surau ini sebagai 'markas PAS'.... tau lah apa tindakan kami seterusnya....!!!!!


SAKIT HATI PUNYA PASAL.... BANNER JADI SASARAN!!!


Tak dapat orangnya, dapat bannernya pun sudah cukup buat mereka..
Puak-puak hasad dengki ni hatinya dh hitam, lebih hitam dari kesan bakar pada banner tu....


Sempena program Permukiman Adun BN di Perak Utara dan program turun padang oleh Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak ke Masjid Tinggi dan Parit Buntar telah membuatkan parti pembangkang sakit hati dan telah menimbulkan perasaan dengki khianat yang tidak terhingga.


Akibat sakit hati maka banner di atas telah dibakar oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Tak payah sebut parti mana yang buat kerja macam tu. Semua orang dah boleh bagi jawapan yang betul dan tepat.

Nama sahaja Islam tetapi hatinya busuk.

Foto oleh Panglima Hitam 



tq... Taiping Mali

PARASIT DALAM PAS AKAN DIDEDAH.... !!!!

hasan-baru-ok

DR HASSAN ALI AKAN DEDAHKAN PARASIT DALAM PAS SEMASA ROAD SHOW SELURUH NEGARA......
Bekas pemimpin PAS yang dipecat Datuk Dr Hasan Ali  akan mendedahkan mengenai kewujudan kumpulan parasit yang semakin menular hingga merosakkan asas dan perjuangan parti itu.
Dakwa beliau, kumpulan parasit berkenaan kini semakin menguasai hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatannya.
"Golongan parasit dalam PAS begitu kuat sehingga pucuk pimpinan terpaksa tunduk kepada mereka. Inilah yang sedang berlaku dalam PAS.
"Golongan parasit yang jumlahnya lebih besar dan menggunakan strategi yang licik telah berjaya mengubah hala tuju PAS," katanya pada sidang media terbarunya di kediamannya di Taman Tun Dr Islam , Kuala Lumpur pagi Isnin.
Jelas Hasan, beliau akan mendedahkan pemimpin PAS yang bertindak sebagai parasit dalam parti itu menerusi  satu road show di seluruh negara dalam masa terdekat.
hasan-baru-1xxx

Beliau juga akan membongkar peranan DAP dan PKR di dalam PAS ketika itu nanti.
Beliau juga ditanya mengenai temubual ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam BBC - Anwar sokong hapuskan undang-undang lapuk mengenai liwat di negara ini.
Kata Hasan, beliau sudah tahu pandangan Anwar mengenai perkara itu dan sebab itulah tidak pernah menyokong Anwar - AgendaDaily

TIDAK AKAN MERAYU.....!!!

Dr Hassan Ali Tidak Akan Buat Rayuan

Hasan Ali









SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membayangkan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan.
Beliau diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.
Hasan berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam Pas dikhianati khususnya oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.
“Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti,” katanya pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (Himpun) di Taman Bolton, Kuala Lumpur.
Program dihadiri lebih 100 peserta turut menampilkan Dr Azhar Yaakob dan Ustaz Farhan Abdullah daripada Sekretariat Himpun sebagai ahli panel.
Pada sesi dialog itu, Hasan meluahkan kekecewaan apabila perjuangannya mempertahankan akidah umat Islam di Selangor ditentang.
“Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan ‘parasit’ ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti.
“Saya sanggup digugur dalam Exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai Exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam,” katanya.
Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berkata, penentangan terhadap perjuangannya terbukti apabila beliau dikritik oleh pemimpin Pas, gara-gara memberi sokongan penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung pemeriksaan gereja dahulu.
“Saya tidak berseorangan dalam perkara ini, dalam tempoh terdekat akan terdapat pergerakan besar-besaran memperjuangkan akidah umat Islam dalam negara,” katanya.
Hasan dipecat oleh Pas Ahad lalu -sinar

RUMAH-RUMAH PEMIMPIN UMNO SERING BUAT PUAK2 PR TERBAKAR HATINYA..!!!!

Sesuatu yang pelik tentang mentaliti pembangkang di Malaysia ini adalah, mereka gemar membuat dakwaan terpilih, contohnya dalam bab rumah, rumah menteri UMNO digambarkan besar dan mewah, tapi pemimpin mereka dengan rumah yang lebih mewah tidak pulak berbangkit…


jamil-khirrumah513

Ambil saja kisah rumah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, banglo itu dibeli dan diubahsuai semasa beliau bebas dari penjara tahun 2004 dengan harga RM7 juta, siap kolam renang dalam rumah.
Hiasan dalaman belum tahu lagi berapa…namun puak pembangkang relaks buat buta dan pekak.
 
Isu rumah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ini bukan baru, ia heboh apabila ada pemimpin PKR yang buat bising dan ada yang jadi ‘pengendap’ pergi ambil gambar ‘curi-curi’ semasa rumah yang terletak di Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur itu diubahsuai.
 
Kawasan tersebut memang terkenal sebagai kawasan rizab Melayu, sejak dulu ramai pegawai  tinggi kerajaan beli tanah lot untuk buat rumah, samada banglo atau Semi-D.
 
Ini kerana tanah rizab Melayu biasanya harga lebih murah sebab bangsa lain tidak boleh beli, jadi kalau kita berkereta di kawasan Kampung Batu Muda dan yang berhampiran dengannya, kita akan lihat deretan rumah banglo atau Semi-D macam-macam bentuk.  
 
Bagi Jamil Khir tuduhan pembangkang berkenaan rumah beliau itu amat mendukacitakan dan lebih kepada ‘pembunuhan karakter’.
jamil1xx

SETERUSNYA BACA ..... DI SINI