Saturday, 15 December 2012

PENGGANAS DARI MALAYSIA DI TEMBAK MATI DI FILIPINA..???


MANILA – Polis Filipina membunuh seorang suspek pengganas warga Malaysia yang didakwa merancang serangan bom di satu daripada bandar terbesar di selatan negara itu.

Ketua polis Bandar Davao, Ronald de la Rosa berkata suspek itu dikenali sebagai Mohd Noor Fikrie Abud Kahar.

Suspek ditembak mati polis lewat kelmarin selepas satu pergelutan dalam sebuah hotel tempat tertuduh dan isterinya, warga tempatan, menginap.

De la Rosa berkata, ketika pasangan itu mahu keluar, pegawai cuba menahan Mohd Noor, namun dia berjaya melepaskan diri dan mengancam meletupkan sebutir bom dalam sebuah beg dibawa isterinya.

Beliau berkata, polis melepaskan tembakan selepas Mohd Noor merampas beg dari isterinya.

Bom itu, yang akhirnya dimatikan, dibuat daripada serpihan meriam. – AP

PERINGATAN BUAT MAT SABU - JENAZAH ULAMA SYIAH BERTUKAR HITAM LEGAM....!!!!!

4
Beliau adalah ulama terbilang mazhab Syiah Rafidah. Sheikh Mirza Jawad Tabrizi mempunyai ribuan pengikut dan menjadi antara ulama kegemaran ramai di Qom, Iran.  Namun, akidah beliau jauh tersasar daripada akidah ahli sunnah-wal-jamaah. Mulutnya lancang mengutuk para sahabat antaranya adalah Saidina Umar al-Khattab ra.
Kutukan beliau ke atas sahabat Rasulullah ini ditulis dalam kitabnya, al-Syudzudz al-Jinzi Ladaa Umar bin al-Khaththab (kelainan seks pada diri Umar bin Khattab). Pelbagai fitnah dicipta oleh beliau dan kebencian beliau yang membuak-buak sehingga pernah terpacul daripada lidahnya berkata,
“Kalau Allah memasukkan saya ke syurga dan di sana saya dapati Umar ibn Khattab maka nescaya saya meminta kepada Allah agar saya dikeluarkan dari syurga”

BINTANG TERTINGGI PERKASA UNTUK MUFTI PERAK



Setingg-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria di atas penganugerahan Bintang Tertinggi Perkasa, iaitu bintang paling atas dalam perlembagaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Anugerah itu disampaikan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali di Dataran Astaka Tasik Titiwangsa di sini, hari ini, sempena Perhimpunan dan Persidangan Agung Tahunan Perkasa Ketiga.

Harussani yang dipilih berdasarkan ketokohan dalam bidang agama dan menjadi individu keempat menerima anugerah itu, selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub. - UTUSAN

JAMBATAN PULAU PINANG YANG BERSEJARAH

Jambatan Pulau Pinang  merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga  terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4  kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya  Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di  Seberang Prai.


Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kerja Raya bersama pasangan masing-masing sewaktu perasmian

PRU 13 - DAP TAMBAH 13 KERUSI, PAS BALACI TERBAIK....!!!!



DAP mahu tambahan 13 kerusi pada PRU-13, Pas tetap jadi balaci.

DAP mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pertambahan 13 kerusi adalah atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

BLOGGER UMNO CALON PRU 13....???


Siapakah yang paling layak....?
Siapakah 'winnable candidate' di kalangan blogger-blogger pro-Kerajaan....?

Nampaknya suasana pilihan raya sudah semakin di rasai khususnya oleh mereka-mereka yang kini menyandang jawatan mahupun mereka-mereka yang menawarkan diri untuk dipilih sebagai calon wakil rakyat. Malah dalam keriuhan "winnable-winnable candidate" ini merencana gerak kerja masing-masing pucuk pimpinan parti awal-awal lagi sudah memaklumkan bahawa hanya yang benar-benar layak sahaja akan dipilih bagi mewakili rakyat dalam kawasan masing-masing.

FUHH...!!! RAMAINYA SAMPAI TAK MUAT GAMBAR...!!!


Gambar di atas adalah gambar yang diambil semasa Ceramah anjuran PKR dan perasmian Pejabat Adun Bakar Arang yang dihadiri orang-orang kuat PKR termasuk Foziah, Zuraida, Exco Kedah, ADUN Sidam dan Dayangku Intan, tapi yang datang hanya ciput jo hehe.. aje giler.. hehe...

komen dari penchacai tegar yang namanya lasid ameden, pembantu perubatan.
- gambar ini diketika majlis belum pun start la, umnongok pandai je buat spikulasi.. dan pandai buat cerita tak betul.. pada pendapat saya, pakatan memang kuat, kuat gile, tau tak!!! (sambil ketap gigi dan terjegil biji mata)...

komen aku, ada aku kisah... hahahahaha.... meroyan memanjang mamat tu ye... keh keh... kesimpulannya rakyat memang tau dah perangai jibraun pakatan ma.. pakatan sekarang mengamalkan syok sendiri.. mereka seboleh-boleh nak bagi tau rakyat sebenarnya bersama mereka... dan mengatakan mereka memang mampu mengantikan bn... so korang layan kan je lah ek.. kadang-kadang gambar memang memberi 1000 makna hal sebenar... cuma yang pekak, bisu, tuli dan buta je saja buat-buat bodo piang... hehe..

EXCO KANAN TAIKO KEBANJIRAN RUMAH URUT DI SELANGOR


 
Hiasan
Dua orang exco Selangor dari DAP didakwa melindungi kebanjiran rumah urut yang sedang berkembang pesat di Selangor, dakwa Pengerusi DAP Cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat.
Kedua-dua exco itu dinamakan sebagai Teresa Kok, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan dan Ronnie Liu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor.

INDIA SEMAKIN YAKIN DENGAN BN BUATKAN DAP TIDAK PANDANG KAUM INDIA ......???


Dalam perkembangan terkini, rata rata pemimpin India DAP yang bertanding dijangka akan tewas,seperti yang Pisau laporkan sebelum ini  3 kumpulan  hanya memerlukan sokongan daripada Karpal Singh, P Ramasamy, M Kulasegaran Ahli Parlimen Ipoh Barat, Ganabatirau Veraman, Sivakumar Adun Tronoh dan Sivasubramaniam Adun Buntong.

Namun nama nama ini menjadi cukup panas dikalangan perwakilan India,Sesetengah pemimpin India DAP sudah mula mengadakan gerakan untuk memilih pemimpin yang baru. Prof. Ramasamy dan Adun Bagan Dalam Thanasegaran adalah 2 nama yang paling panas untuk disingkirkan.