Tuesday, 1 May 2012

SIDANG MEDIA AZMIN ALI : RAMAINYA YANG TIDAK DIBENARKAN MASUK


SIDANG MEDIA KHAS
OLEH YB AZMIN ALI
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya.


SENARAI PENGAMAL MEDIA YANG TIDAK DIBENARKAN MASUK

1. Semua Anak Syarikat Media Prima
2. Semua Anak Syarikat Utusan
3. Papagomo
4. Mymassa
5. Panglima Perang Siber
6. Pisau
7. Dr. MIM
8. UMB dan semua ahlinya
9. Agenda Daily
10. Merdeka Online
11. Taiping Mali
12. House PK
13. AIDC
14. MYKMU
15. The Unspinner
16. Gelombang Rakyat
17. Keris 7 Lok
18. Angin Perubahan
19. Badut Rakyat
20. Jiwa Paradox
21. Jawa Berenam
22. Jari jemari
23. KL Pos
24. Matkilaupenang
25 Kickdefella
26. JATI
27. Ummi Hafilda
28. Sabahkini
29. Sarawakupdates
30. SPRM

* Lain-lain dibenarkan.

Inilah kemungkinan yang dikhabarkan. Sila layari berita sebenar di http://www.keadilanrakyat.org/ Sila abaikan jika perkhabaran ini kurang tepat, tetapi sentiasalah menanti Press Conference Khas Azmin Ali.

***Itu macam kalu, Azmin sama Shamsidar dan Anwar lagi bagus, lain olang tak perlu join maa....

VIDEO : MANGSA LANGGAR DI SOGO..???



Kejadian yang digambarkan dalam video ini mungkin dijadikan alasan untuk perusuh perusuh membelasah anggota polis dan seorang pemberita Al Jazeera yang cuba menyelamatkan mangsa.Tapi tahukah mereka angkara siapa yang membuat pemandu kereta polis tersebut pengsan tak sedarkan diri bila diserang bertubi tubi dengan objek keras oleh perusuh perusuh 100m sebelum terbabas melanggar tembok Sogo?

Banyak video yang berada di Youtube menunjukan betapa ganasnya serangan terhadap kereta polis dan pemandunya oleh perusuh perusuh disepanjang jalan sebelum pengsan dan terbabas ke Sogo.Itulah fakta yang tidak dapat disangkal dan siapa yang mahu kita salahkan dalam soal ini?

Gunakan pemikiran rasional dan jangan terbawa bawa dengan sentimen sokongan kita kepada pihak mana sekalipun..Saksikan video ini dan kemudian saksikan video punca kejadian terbabas itu dan banyak lagi video yang berkaitan...



By : AKU PEDULI APA

DARI 222 PARLIMEN, INI SAHAJA YANG SOKONG ANWAR, AMBIGA, NIK AZIZ.....


Dari jumlah 222 buah Parlimen yang akan dipertandingkan pada PRU 13 nanti yang melibatkan 12.5 juta pengundi, hanya dalam gambar tersebut sahaja yang akan menyokong penuh Ambiga dan Anwar Ibrahim. Mereka mensasarkan yang turun merusuh dalam BERSHIT 3.0 adalah sekitar 30 ribu sahaja. Bermaksud tidak sampai 5% dari jumlah pengundi yang akan memberi mandat pada PRU 13 nanti. Perusuh bersih yang terlibat ada juga datangya dari Singapura. Jika ditolak tambah.. Mungkin yang sebetulnya menyokong penuh Anwar Ibrahim dan Ambiga hanya sekitar 20 ribu.
By :  Gua In The House

**** POLITICS IS NUMBERS N PERCEPTIONS...!!!

BAKAR AL-QURAN

TEHERAN 30 April - Iran hari ini mengutuk tindakan seorang paderi Amerika Syarikat (AS) yang membakar al-Quran dan menyifatkannya sebagai tindakan provokasi serta mendesak pihak berkuasa negara itu mengambil tindakan bagi mengelak berulangnya kejadian tersebut.

Agensi berita IRNA melaporkan, Kementerian Luar Iran dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengutuk perbuatan biadab dan menghina oleh paderi, Terry Jones.

Jones dalam satu majlis di Florida kelmarin membakar al-Quran dan lukisan menggambarkan Nabi Muhammad bagi membantah tindakan Iran memenjarakan paderi Kristian negara ini, Yousef Nadarkhani.

Perbuatan biadab itu disiarkan melalui laman web YouTube.

Jones yang menolak permintaan Jabatan Pertahanan AS untuk berhenti melakukan perbuatan tersebut ekoran kebimbangan keselamatan tentera negara itu di luar negara, mendalangi perbuatan sama pada Mac 2011 yang mencetus keganasan di Afghanistan dan mengakibatkan 12 orang maut.

Kementerian Luar Iran berkata, perbuatan terbaru itu adalah kerana wujudnya perasaan fobia terhadap Islam di Barat.

"Dunia kini menanti tindakan pantas, serius dan jujur daripada kerajaan AS untuk mengelak kejadian ini tidak berulang,' kata kementerian itu.

Ia berkata, perbuatan tersebut akan menimbulkan kemarahan dan kebencian penganut Islam di seluruh dunia. - AFP



ANGELINA JOLIE + BRAD PITT.... BARU NAK KAWIN..!!!


Ramai yang minat giler pada Angelina Jolie dan Brad Pitt.... bukan sahaja kerana kecantikan dan kekacakan pelakon terkenal Hollywood itu, tetapi kerana lakonannya di dalam filem2 box-office mereka.

Harap peminat2 di negara ini yang beragama Islam...setakat minat aja lah ye. Jangan ditiru cara kehidupan artis glamour ni.... duduk serumah bertahun2 sehingga melahirkan anak..... tetapi, baru umumkan nak berkahwin. Sebenarnya, mereka dh lama kahwin... CUMA BELUM 'NIKAH' AJA.... !!!

SELEPAS diberitakan bertunang pada awal April lalu, khabar bahagia daripada pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie sekali lagi muncul alabila mereka dikatakan bakal berkahwin pada 11 Ogos ini.
Menurut laporan Digital Spy, tarikh perkahwinan itu bukannya dipilih sekadar suka-suka tetapi ia merupakan ulang tahun perkahwinan ke 50 tahun buat kedua-dua orang tua Brad iaitu Bill dan Jane.
Difahamkan majlis perkahwinan yang akan diadakan di kediaman pasangan tersebut di perancis itu bakal disambut dengan meriah dengan jumlah seramai 300 orang tetamu undangan dan antara selebriti yang akan hadir ialah George Clooney, Matt Damon, Johnny Depp dan Tom Cruise.
“Majlis besar-besaran diadakan kerana pasangan itu mahu anak-anak mereka melihat kebahagiaan ibu bapanya.
“Lebih menarik lagi apabila ulang tahun perkahwinan ibu bapa Brad turut disambut,” kata sumber kepada Daily Star.
Tambah sumber itu lagi, keluarga Angelina terlalu menyayangi keluarga Brad lebih-lebih lagi ketika aktres itu kehilangan ibunya akibat kanser ovari pada lima tahun lalu.
- mStar Online

KERAP MARAH DAN GADUH DENGAN ISTERI : AHLI PERNIAGAAN MATI DITIKAM ANAK SENDIRI...



IPOH – Akibat pergaduhan keluarga, seorang ahli perniagaan mati ditikam bertubi-tubi oleh anaknya sendiri, remaja berusia 15 tahun, di rumahnya di Taman Bersatu, Simpang Pulai, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, remaja berusia 15 tahun itu dikatakan menikam bapanya dalam sebuah bilik dengan menggunakan dua pisau.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, buat masa ini polis masih menjalankan siasatan.

Bagaimanapun motif pembunuhan remaja berkenaan dipercayai kerana marah dengan tindakan bapanya yang selalu bergaduh dan memukul ibunya.

“Suspek sendiri membuat laporan, kononnya menjumpai bapanya di rumah, mati dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.



****Takziah utk ahli keluarga dan saudara mara....

BAPAK ANWAR IBRAHIM ADALAH KETUA PEMBERONTAK DI MALAYSIA....!!!



KUDETA GAGAL

Journalist Antarabangsa menulis melalui kotak emel mymassa -

KUDETA yang dipimpin oleh Ketua Pemberontak di Malaysia Bapak Anwar Ibrahim, dan Pembantunya Ambiga Sari seorang orang India, gagal mempengaruhi majoritas rakyat Malaysia untuk menumbangkan kerajaan secara kekerasan. Nampaknya Anwar tidak mendapat sokongan majoritas rakyat Malaysia. Perdana Menteri Malaysia, bapak Najib harus segera mengadakan Pemilu (Pilihanaraya) karena inilah peluang terbaiknya.

Apapun, para jornalist dari seluruh dunia melihat cara bagaimana bapak Anwar Ibrahim, seorang Ketua Pemberotak Malaysia yang menyatakan sokongan gratisnya kepada Israeli tempohari, menghimpunkan pendukungnya dari seantero pelousuk Malaysia tewas dan gagal. Saya kebetulan berada di tengah-tengah Kudeta itu, berani dengan yakin, menulis di sini hanya kira-kira 20,000 sahaja yang mampir. Mereka tidak seperti rakyat Indonesia yang berani tetapi sopan. Mereka ini lain sekali mentornya, seumpama orang gila yang terbakar kepanasan.

Saya mendekati seorang dua pria dan bertanya apakah yang mereka perjuangkan. Amat heran sekali, mereka tidak punya kekuatan dalaman untuhk melancarkan Kudeta ini. Bagaimana si bapak Anwar bisa begitu yakin akan berjaya, sedangkan gerombolan pemberontak ini bukannya ori sebaliknya diberi upah 100,000 ribu rupiah begitu. Sangat jelik dan menjijikkan.

Bapak Anwar dalam rangka mengejar masa untuk menjadi Perdana Menteri, kini kesuntukan masa. Kami sendiri berpikiran, jika bapak Anwar masih mengimpikan jawatan Persiden Malaysia, bapak Anwar harus bersedia merombak segala-galanya, khususnya membuang sistem Raja-Raja Melayu sebagaimana harapannya Membentuk Malaysia Baru katanya, dan jua harapan menggunung teman baiknya di dalam partai Dap melalui sistem Malaysian Malaysia tanpa Raja.

Namun, kami pikir ini kerja gila. Malaysia masih memulihara sistem Rajanya. Hanya kerakusan Bapak Anwar dan gerombolannya sahaja yang masih belum tuntas, yang pasti bapak Anwar ada dua pilihan. Pertama, kembali menetap semula di Amerika atau kedua, menjadi Diplomat Kehormat Israeli di Amerika.

Kalau di Indonesia, bapak Anwar ini sudah lama disisihkan!



***Penulis tertarik dengan beberapa komen dari pembaca yang  ditinggalkan dlm kotak komen di blog MyMassa... :

Komen 1 - Tanpa Nama berkata...
saya setuju dengan tulisan jurnalis diatas, memang dan sah, kalau anwar ibrahim ada di indonesia, sudah lama akan dilanyak oleh rakyat indonesia sendiri. sampai saat ini belum ada orang indonesia yang menjual bangsa, negara dan agamanya kepada bangsa lain... betul-betul dahsyat, mahkluk Allah yang bernama anwar ibrahim nie.... kot-kot kalau beliau ini disambar petir apa yang jadi ye...
Ini berita yang aku terima dari seorang kawan cina yang turun demo. Kenapa kali ni ramai cina yang turun?Sebab mereka dibayar diantara RM 500-RM1,000 seorang untuk hadir saja.Bila FRU mula bertindak,mereka pun pulang ke rumah manakala lembu2 melayu PAS yang dibayar RM 50-RM 200 seorang mula mengganas. Duit orang cina ni dibayar oleh warlord2 dibawah Ronnie Liu supaya kerajaan dapat ditumpaskan dan aktiviti maksiat, rumah judi akan berleluasa di bawah PR.

SIAPA SENATOR NICHOLAS XENOPHON YANG ANWAR JEMPUT UTK PANTAU SISTEM PILIHANRAYA NEGARA...???

Siapa Senator Nicholas Xenophon?

Pakatan Rakyat (PR) telah menjemput sepasukan pemerhati asing untuk memantau sistem pilihan raya di negara ini dan dipercayai untuk mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan perubahan terhadap sistem berkenaan sebelum pilihan raya umum ke-13.
Mereka ialah Senator Nicholas Xenophon dari Australia, Naib Presiden Kanan Parti Nasional Pakistan, Senator Mir Hasil Khan Bizenjo, Presiden Persatuan Undang-Undang Filipina, Dean Amado Valdez, dan Projek Koordinator Yayasan Kebebasan Freidrich Naumann, Juliane Schmucker, termasuk Dr Clinton Fernandes dari Australia.
Antara ahli lain kumpulan pemantau itu termasuk juga wartawan dari India, Mobashar Jawed Akbar, dan Pengerusi Ikatan Ilmuan Indonesia Internasional Mohamad Nasir Tamara Tamimi.
Yang paling banyak bercakap dalam grup ni adalah Xenophon.
Untuk pengetahuan anda, Xenophon adalah ‘pengikut setia’ Anwar yang sentiasa menyokong pemimpin PKR itu.
Malah dia juga antara yang menyokong perkahwinan sejenis di negaranya.


Kalau anda masih ingat, Xenophonlah yang mendakwa kononnya 61 orang Ahli Parlimen Australia menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak lama dulu.


Tak cukup dengan itu, Xenophon juga pernah menggelarkan Jawatankuasa Hak Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen negara ini sebagai ‘mahkamah kanggaru’


Malah Xenophon antara mereka yang paling lantang mengkritik Islam di negaranya.
Justeru tidak hairanlah mengapa dia antara calon yang Anwar paling ‘suka’ untuk diimport ke sini atas alasan hendak memantau pilihan raya, kononnyalah.
Jadi orang macam inikah yang dikatakan adil dan hendak diangkat sebagai pemantau pilihan raya kita?

SIDANG AKHBAR ANWAR IBRAHIM YANG KECOH.... MACAM BIASA, SALAHKAN UMNO....!!!

TERKINI: Sidang Akhbar Anwar Ibrahim Kecoh Habis!

Seingat saya yang kerap ditugaskan buat liputan sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim, belum pernah wartawan tempatan, pro pembangkang dan agensi berita luar negara ‘sepakat’ mengasak Ketua Pembangkang itu.
Namun, ini berlaku kerana kami semua mahu Anwar berterus terang mengenai siapa mengarahkan peserta Bersih 3.0 merempuh halangan polis di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.
Ianya juga kerana sebilangan besar wartawan hadir sidang media anwar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi Isnin adalah mereka yang turut berada di Dataran Merdeka malah tahu jawapan ding dong Anwar serta Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berhubung perkara itu.
Anwar, Azmin dan Naib presiden PKR Tian Chua masih mahu main silap mata seolah-olah mereka saja bercakap betul dengan menafikan memberi isyarat supaya peserta merempuh halangan polis dalam insiden kira-kira jam 2.55 petang itu.
Malah, Anwar dan Azmin seperti biasa menganggap wartawan yang bertanya soalan adalah suruhan UMNO dan Barisan Nasional (BN)
Mereka akan bertanya dahulu, wartawan yang menyoal daripada agensi berita mana.
Ketika Agendadaily bertanya soalan mengenai ucapan provokasi Anwar dan Azmin supaya peserta Bersih ‘menawan; Dataran Merdeka, Anwar mencelah “ Ini soalan UMNO…Ini soalan UMNO”.
Kenapa Anwar takut dan mahu temberang kerana sudah ramai tengok video dan nampak jelas beliau beri isyarat pada Azmin untuk bertindak bersama peserta Bersih.
Anwar berdolak dalih mendakwa beliau beri isyarat minta laluan, isyarat mahu peserta masuk ke kanan – arah Jalan Tunku Abdul Rahman, bukan ke kiri – arah ke Dataran Merdeka.
Beliau juga kata beri isyarat kepada Azmin supaya berunding dengan pegawai polis yang kononnya ada di situ untuk minta kebenaran berkumpul secara aman.
Azmin dalam sidang media sama turut mengesahkan kata-kata Anwar dan menambah beliau memberitahu Anwar “Saya sudahpun berunding dengan polis,”
Namun timbul persoalan jika benar Anwar dan Azmin bagi signal untuk berunding, kenapa Azmin berbisik sesuatu ke arah lelaki India yang dirakam mula-mula sekali membuka pagar keselamatan yang dipasang polis itu.
Dalam video tersebut jelas rempuhan itu berlaku hanya beberapa minit selepas Anwar memberikan signal dan Azmin berbisik sesuatu ke arah lelaki India memakai baju kuning tersebut.
Kenapa Azmin tidak menghalang lelaki tersebut dari membuka pagar keselamatan itu?
Malah beliau juga bercakap seolah-olah tidak kenal siapa lelaki India dimaksudkan menyebabkan ada wartawan semakin angin kerana tahu Azmin rapat dan mengenali lelaki india yang dikatakan pemimpin PKR dari Negeri Sembilan itu.
Azmin akhirnya terperanjat apabila seorang wartawan bangun dan mengakui mendengar Azmin berkata, “Dataran Merdeka…boleh masuk…boleh masuk,” .
“Bohong’, jerit Azmin menafikan pendedahan wartawan tersebut.
Namun Azmin kantoi bila wartawan terbabit berkata dia berada hampir dan dengar apa dkatakan ahli parlimen Gombak itu.
Dalam sidang media di pejabat PKR itu juga, menyaksikan hampir kesemua wartawan tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar yang cuba mengelak-gelak memberikan kenyataan yang jelas mengenai peristiwa tersebut.
Anwar sengaja pusing cerita kononnya kehadiran 300 ribu peserta Bersih menuntut pilihan raya bebas dan adil lebih besar daripada isu merempuh halangan polis hingga berlaku rusuhan dan polis terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata serta water canon.
Beliau dan Azmin nyata tidak puashati dan terkejut kerana hampir semua wartawan mahu Anwar berterus terang tentang mengenai pendedahan video tersebut termasuk soalan sama dari wartawan pro pembangkang.
Apabila Anwar sekali lagi menuduh semua itu adalah versi UMNO dan media yang dikuasai kerajaan, saya menyergah beliau supaya jangan menyalahkan pihak lain atau UMNO.
Saya beritahu Anwar, “ kami semua nak jawapan yang betul apa sebenarnya berlaku kerana ramai yang hadir pada sidang medianya turut berada di Dataran Merdeka dan tengok serta dengar apa yang berlaku.
“Saya sendiri lihat peserta Bersih pijak kawat besi, rosakkan dengan kon jalan sebelum Datuk seri sampai. Mereka tidak masuk sebab Datuk Seri tidak sampai lagi…mereka hanya merempuh selepas Datuk Seri berada di situ,” katanya.
Anwar dan rakan-rakan media lain turut tergamam melihat saya sudah hampir hilang kawalan suara bertanya soalan itu tambahan pula tahu Anwar cuba ‘pusing-pusing’ jawab soalan diajukan.
Selain wartawan, sidang media itu sedikit kecoh apabila seorang lelaki Cina mendakwa peserta Bersih 3.0 sergah Anwar depan wartawan sebab dia gagal kawal keadaan himpunan tersebut.
Beliau memarahi Anwar kerana gagal mengawal himpunan sehingga boleh menyebabkan dia dan peserta lain boleh mati begitu saja,
Anwar bagaimanapun macam biasa, terus salahkan polis.
Namun lelaki dikenali sebagai Benjy Lim itu berkeras mengatakan beliau tahu cara operasi polis di negara ini kerana beliau bukan baru sehari hidup sebaliknya rusuhan itu berpunca kerana pembangkang memulakannya.
Benjy mendakwa, beliau hadir untuk menyatakan bantahan secara aman bukan berdepan tindakan ganas dicetuskan pembangkang.
Anwar yang tertekan dengan kehadiran pemuda itu meminta beliau membenarkan wartawan bertanya soalan kerana ini sidang media dan berkata, nak melayan Benjy dalam sesi lain.
Kesimpulannya Anwar terpaksa angkat kening dan tahan telinga serta muka dengar macam-macam soalan yang sudah tidak dapat ditepis.
Azmin dan Tian Chua pun sama. Masing-masing jenuh bersilat dan marahkan polis yang didakwa bertindak kasar dan tidak hormati kehadiran ramai peserta Bersih 3.0.
Malangnya Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang hadir hanya diam membisu.
Jelaslah, beliau adalah boneka PKR bukan presiden parti yang sudah dikuasai Anwar dan Azmkin.
Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang baru sokong Bersih dan Anwar juga hadir sidang media itu sebagai ‘duduk dan dengar’ saja.
Selepas sidang media hampir sejam itu, kumpulan wartawan masih merungut memikirkan mengapa Anwar dan Azmin mahu terus main silap mata tentang siapa mulakan isyarat kekecohan di laluan masuk Dataran Merdeka itu.
Jawapannya, mereka terpaksa buat begitu kerana ada UMNO dan wartawan yang menjalankan tugas yang boleh dipersalahkan sepanjang masa.
Kepada Anwar, jika beliau anggap 28 April hari Merdeka Rakyat, beliau juga kena ingat 30 April – hari ramai wartawan angin dengan diing dong lakonan beliau yang memang sanggup buat dan cakap apa saja asalkan cita-cita jadi Perdana Menteri tercapai.. OLEH ROSLAN BIAN (Agendadaily.com)
***Kalau betul pun isyarat tu.... Anwar takkan berani nk mengaku punya... GERENTI!!! Ayat-ayat tak nak mengaku ni dh biasalah........!!!! Kalau inginkan kebenaran, apa jua kes pun... jangan tanya Anwar Ibrahim laaa...penat dan buang masa jer....