Masih ingatkah kita lagi apabila Mursyidul Am PAS, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan mendoakan pemimpin kerajaan BN "pecah perut" berhubung isu bayaran royalti minyak? Dato Nik Abdul Aziz pada waktu itu menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian sebagai reaksi terhadap keengganan Kerajaan Persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ehsan. Inilah wajah ulama PAS.
Ironinya, semalam, 13/05/2013, bertempat di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah, Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin telah diadakan bagi mendoakan agar Mantan Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Razak yang terlantar di Hospital Pulau Pinang sembuh dari penyakit dan pembedahan yang sedang dilaluinya. Majlis semalam disertai oleh Menteri Besar Kedah yang baru mengangkat sumpah, Dato Paduka Mukhriz Tun Mahathir dan barisan kepimpinan UMNO negeri.
Lihat artikel berserta gambar-gambar menarik seterusnya.... di sini