Friday, 14 December 2012

NAPOLEON BONAPARTE PELUK ISLAM...???

Mengikut sejarahnya....Napoleon Bonaparte adalah seorang jeneral terulung Perancis sejak Ogos 1973. Malahan tokoh sejarawan kontroversi Michael H.Hart juga meletakkan Napoleon Bonaparte sebagai tokoh ke 34 paling berpengaruh di dalam sejarah peradaban manusia. 

Tapi apa yang paling menarik ialah Napoleon Bonaparte di dakwa menganut Agama Islam pada tanggal 2 Julai 1798, 23 tahun sebelum kematiannya padA Tahun 1981. Malahan nama Napoleon Bonaparte juga di tukar menjadi‘Aly (Ali) Napoleon Bonaparte. Bukti kemasukan Islam Napoleon Benoparte dapat di lihat melalui kenyataannya di Majalah Genuine Islam edisi Oktober di Singapura. 


napolen benoparte muslim

PAS SESAT.... AMALKAN SYIRIK....???


Ada syirik dalam PAS kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan pluralisme, kata Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT), Haji Ismail Mina Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika membandingkan keadaan ini dengan Umno dalam Wacana Meja Bulat terbitan Antarapos yang membincangkan tajuk 'Ulama Sebagai Pemimpin' di sini, baru-baru ini.

APA KATA GUAN ENG MENGENAI EXCO PENANG ADA PR NEW ZEALAND..???


Beberapa bulan yang lalu, heboh di blog dan portal menyiarkan tentang seorang Exco Pulau Pinang yang mempunyai status penduduk tetap di New Zealand. Bahkan Exco berkenaan baru-baru ini telah ke New Zealand untuk memperbaharui status penduduk tetapnya di Negara Kiwi itu.

Siapakah Exco terbabit?

Daripada sumber, Exco berkenaan adalah PHEE BOON POH, Exco Alam Sekitar dan Kesihatan Pulau Pinang.

MANIFESTO PRU 13 PUAK PR YANG GEMPAK.... !!!!!


Untuk memberi kemenangan majoriti dan berkuasa di Putrajaya, PAS dan PkR telah bermesyuarat di Auckland, New Zealand pada November 2012 lalu. Antara persetujuan mereka ialah :

1. DAP akan meletakkan calon Melayu sebagai calon YAB Perdana Menteri yang berselindung daripada kelompok UMNO kecewa...? Siapa ya...

2. PAS akan meletakkan calon popular sebagai Timbalan Perdana Menteri. Bukan Abdul Hadi Awang kerana faktor usia dan tahap Tuan Guru tidak relevan dengan kedudukan YAB TPM.

ROKOK SELUDUP DI RAMPAS KALI KE 11.....


Sebuah rumah kosong di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh, dekat Sitiawan menjadi lokasi penyimpanan 236 karton rokok seludup pelbagai jenama yang bernilai RM18,800.
Penemuan itu hasil Operasi Ops Landai yang dijalankan oleh Pasukan Polis Marin Kampung Acheh, petang Selasa lalu.
Pegawai Pemerintah Markas Operasinya, Deputi Superintendan (DSP) Shaari Ariffin berkata, operasi itu dijalankan hasil daripada maklumat orang awam yang melaporkan kegiatan tersebut.

GURU AGAMA MENGAKU NABI TIDURI RAMAI ISTERI PENGIKUTNYA....

Hiasan

"KALIMANTAN : Polis di timur Kalimantan menahan seorang guru agama yang mengisytiharkan dirinya sebagai nabi dan memperdaya pengikutnya agar memberikan dia wang serta membenarkannya melakukan hubungan seks dengan isteri mereka.

Kira-kira 50 orang menjadi pengikut Bantil, 48, yang tinggal di sebuah desa di Kutai Timur.

Polis mendedahkan, pengikut Bantil diberitahu mereka perlu membayar zakat kepadanya untuk menyucikan diri daripada dosa.

PELAN ASPIRASI WANITA NEGARA


Wanita Digalak Bersuara Bagi Bentuk Pelan Aspirasi Negara – Shahrizat

IPOH -  Wanita di negara ini, terutama di peringkat akar umbi, digalak mengemuka atau menyuarakan apa sahaja aspirasi mereka agar dapat diketengah melalui Pelan Aspirasi Wanita Malaysia yang bakal dibentuk tidak lama lagi.


Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Kebangsaan (MPWK) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata golongan itu boleh mengemukakan apa sahaja sama ada hasrat, cadangan, pendapat, kritikan atau impian yang mereka mahu kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) lakukan untuk kaum hawa.

PENGADIL TIDAK ADIL KERANA BALAS DENDAM....???


Kekalahan Malaysia malam tadi dalam perlawanan separuh akhir ke2 Piala AFF Suzuki 2012, di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand, benar-benar telah menghiris-hiris perasaan seluruh peminat bolasepak tanahair. Tidak kira jantina, semuanya kecewa dan frust menonggeng di atas kekalahan tersebut dan mereka tidak menafikan bahawa ianya berpunca dari pengadil yang disifatkan sebagai BANGANG..!!!

Malah, kenyataan teman ini selari dengan ketidak puasan hati jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal yang menyifatkan PENGADIL ITU TIDAK ADIL...!!!

JANDA PALESTIN DI LELONG.....???

Hiasan

Palestin - Gerakan mujahidin Hamas menawarkan wang tunai sebanyak tiga ribu dollar bagi setiap lelaki yang bersedia menikahi balu di Palestin.

Hal ni dilaporkan oleh laman rasmi Hamas dan disahkan oleh akhbar Al-Mokhtsar.

Para balu terbabit terdiri dari wanita janda yang ditinggal syahid oleh suaminya akibat terbunuh ketika bertempur dengan tentera zionis Yahudi.

FATWA SEDAP MULUT NIK AZIZ........




Negara Islam

1. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

4. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir." - Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

Kafir Mengkafirkan

1. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

2. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

3. "UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis." – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

4. ''Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.'' – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

5. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994
 

MAHUKAH MB SELANGOR LETAK JAWATAN....???

 MP PKR Kapar S Manikavasagam menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan jika sekiranya gagal menyelesaikan kes memusnahkan tempat sembahyang di rumah seorang penganut Hindu di Sepang.
“Sekiranya gagal menyiasat dan memberi hukuman kepada pegawai yang merobohkan, MB mesti letak jawatan,” katanya kepada Malaysiakini.
Jawapan Manikavasagam itu mengesahkan dakwaan ketua Pemuda MIC, T Mohan yang mendakwa aktivis PKR itu mendesak Abdul Khalid meletak jawatan dalam pertemuan tertutup dengan Pemuda MIC di Putrajaya semalam.
Mohan dalam sidang media hari ini turut menayangkan rakaman video dan transkrip percakapan Manikavasagam yang menunjukkan MP PKR itu membuat desakan meletak jawatan terhadap Abdul Khalid.

BILA HAMBA PR GANGGU URUSAN DI JPN.....

Berikut adalah rakaman video kronologi live oleh  pencacai PRabak yang kononnya cuba memperjuangkan golongan 'stateless' yang berIC merah bertukar menjadi kekecohan di depan ibu-pejabat JPN Putrajaya dengan aksi-aksi di luar kewarasan.

Ramai orang yang mahu berurusan di JPN tergendala kerana tindakan kira-kira 200 orang yang menjadi alat pemimpin2 PRabak mula berkumpul dan berarak dari lapangan parkir kereta belakang Istana Keadilan sehingga memenuhi pintu hadapan JPN.

Perhimpunan atas nama memperjuangkan hak rakyat itu sebenarnya tak lebih dari satu operasi politik semata-mata. Ini kerana JPN telah memaklumkan mereka yang lahir di Malaysia tapi masih mempunyai IC merah berhak untuk membuat rayuan & laporan dengan mengemukakan dokumen & bukti - bukan berhimpun menjadi perkakas isu mana2 parti politik.




sumber

KENANGKANLAH! KAFIRKAH AKU.....???


Penyu yang gemalai lemahnya dihapus hancur kerana Allah,
Helang yang sempurna perkasa dibiar megah, berpancak gagah.
Ketahuilah wahai si dabik dada yang tahu, 
Sungguh!.. Islam itu bersih pada awalnya, tengahnya dan akhirnya...
Kapak hikmah Khalilullah penerang segala cerita dusta lagi curang, 
Muhammad yang agung, penerus bersih rumah suci kesatuan hati. 
Duhai para pemimpin yang hakikatnya tetap abdi, hinakanlah dirimu kembali pada Ilahi.

Bangunlah wahai Ikhwan, kembali kepada kisah dan tauladan. 
Tenangnya Sang Khalid dipecat Umar di tengah medan. 
Tawaduknya Umar di ingat ummat selaku amaran kebenaran. 
Sabarnya Al Fateh membentuk akhlak dengan hukum tuhan.

Wahai pemimpin yang hakikatnya tetap abdi... kenangkanlah. 
Salehuddin mewakafkan pangkat Sultannya di khemah perjuangan,
Wahai pemimpin yang hakikatnya abdi dalam kelekaan. 
Kenangkanlah!... Kenangkanlah!... 
Kenangkanlah nikmat tuhan kamu yang mana satukah yang telah kau dustakan ?!!...

Wahai pemimpin yang bakal menghadap Kadirabuljalil !...

Jangan pernah disia hampa kurban nyawa itu, nyawa yang sedia menerima bidikan PELURU hasil kalam semangat mu disatu ketika dulu.

APABILA DAP BERDEHEM.....

ISU SALUN DI KELANTAN.....PAS hilang maruah...................



*Setelah lebih 21 tahun melaksanakan dan mempertahankan peraturan pengasingan jantina di kedai gunting rambut, Kerajaan PAS Kelantan akhirnya "mengalah" atas alasan mengambil kira pandangan semua pihak dan faktor pilihan raya yang semakin dekat. ..

* Keputusan menanguhkan serta merta penguatkuasaan semua syarat lesen kedai gunting rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang membabitkan masyarakat bukan Islam dibuat dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan....

* Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, penanguhan itu melibatkan kompaun yang telah dikeluarkan sebelum ini, bermaksud penggunting rambut pelanggan bukan Islam berbeza jantina...


"Setelah mengambil kira pandangan wakil kerajaan negeri dengan organisasi masyarakat bukan Islam, kerajaan negeri membuat keputusan menangguhkannya sementara satu kajian dan penilaian dibuat"....YB datuk Takiyuddin Hasaan.....

Reverse sebelumnya......

DEEPAK BUNUH DIRI SENDIRI.....???

Deepak Jaikinshan dilihat semakin tersepit dengan serangan blogger blogger pro kerajaan sejak seminggu lalu. Turut cemas adalah Anwar Ibrahim yang mana kita telah mengetahui bahawa serangan rekayasa Fitnah jahat Deepak telah diarahkan oleh Anwar Ibrahim melalui R.Sivarasa peguam Deepak.


Pendedahan video rakaman sulit tempoh hari berkenaan kenyataan Deepak yang mana menyatakan dengan jelas Anwar Ibrahim dalang disebalik serangan fitnah ke atas Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor cuba dinafikan Deepak semalam melalui portal fitnah utama PAS iaitu harakdaily.
Kami (Blogger pro kerajaan) semalam lagi sudah mendapat maklumat bahawa Deepak dibawa ke pejabat Harakah untuk ditemubual yang mana jelas menunjukkan Konspirasi telah diatur oleh PAS bagi meneruskan rekayasa fitnah jahat ke atas pimpinan negara.


Baca seterusnya.... di sini