Sunday, 29 November 2015

PELAJAR SENIOR UPNM BULI PELAJAR BARU TANPA PERIKEMANUSIAAN.. KEPALA BANA APAKAH INI ???



Apakah pihak UPNM tidak boleh bertindak tegas terhadap perkara ini ???  Bagaimana dengan PDRM ???

RAKAMAN video pelajar lelaki yang dibuli dan diperlakukan seperti binatang oleh beberapa individu menjadi viral di laman sosial.

Rakaman yang dimuatnaik di laman Facebook Friends Of PDRM itu, dipercayai dirakam di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Menerusi video, mangsa yang berpakaian kemeja putih kelihatan diikat tangannya di belakang badan sebelum ditampar berulang kali dan ditumbuk di tubuh dan muka oleh beberapa individu.
Mangsa yang diikat dengan rantai di lehernya turut diseret oleh salah seorang pembuli.
Dah macam anjing… binatang dah… Tercekik anak orang tu,” kedengaran perbualan antara dua lelaki yang turut terakam.
Dua lelaki lain yang berpakaian kemeja putih turut kelihatan merangkak menggunakan perut, pada saat-saat akhir rakaman video itu, dipercayai juga mangsa buli.
Menurut info, perbuatan buli ini dilakukan oleh pelajar-pelajar senior kepada pelajar yang baharu memasuki IPT terbabit.
Video kejadian mendapat kritikan netizen yang terkejut dengan tingkah laku buruk secara beramai-ramai itu.
Pengguna Facebook, Norhasrizatun Nani meluahkan rasa terkejutnya terhadap tindakan keganasan dan mengkritik mereka yang merakamkan video itu yang disifatkan hanya menjadi penonton.
Saya tak faham dengan orang zaman sekarang, merakam sesuatu tanpa membantu. Menyakitkan hati betul dengan pemikiran orang seperti ini,” tulisnya di ruangan komen video.
Seorang lagi pengguna, Fakhrul Radzim berkata, “Saya tidak percaya mereka boleh memperlakukan orang lain seperti itu.”
“Tengok bahagian akhir video, pelajar terpaksa merangkak menggunakan perut. Teruk kena buli, ini mesti pelajar baru,” komen pengguna Facebook, Mohd Faizal Redzuan yang kemudian membuat kesimpulan bahawa perbuatan buli adalah sebahagian daripada perkara biasa dilakukan di IPT itu.
– MYNEWSHUB.CC

No comments: