Tuesday, 20 December 2011

DR. HASSAN ALI TOLAK NEGARA BERKEBAJIKAN, MAHU PAS KEMBALI KE PANCANG ASAL..!!!



Selama ini kecuali cakap-cakap, tidak ada pemimpin PAS berani akui parti itu semakin jauh daripada perjuangan asal menubuhkan negara Islam selepas bersengkokol dengan PKR dan DAP.
Bagaimanapun, isu bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang dikatakan tidak layak bertanding mendedahkan ‘pekung’ bahawa parti itu  tidak lagi dilihat memperjuangkan prinsip-prinsip berlandaskan Islam.
Dalam sidang media terbaru, ADUN Gombak Setia itu yang diasak berulang kali mengenai tanggapan itu akhirnya terpaksa akur mengakui pakatan dengan PKR dan DAP menyumbang kepada perubahan dalam PAS.
“Bila sertai (Pakatan Rakyat) maka ada perkara perlu diubah suai...tetapi jangan ubah Islam,” jelas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu seperti mahu mengambarkan bahawa PAS sudah tidak konsisten lagi daripada matlamat asal serta dasar-dasar parti itu.
Malah Dr Hasan percaya pembangkang tidak berupaya mentadbir Putrajaya dengan pelbagai kemelut dalaman apatah lagi dengan kenyataan Karpal Singh, supaya langkah mayatnya dulu jika PAS mahu laksanakan negara Islam.
Beliau turut menyentuh soal Negara Berkebajikan yang jadi slogan baru PAS.
“Negara Berkebajikan ini tidak perlu dilakukan oleh PAS. Mana-mana negara hebat seperti Sweden dan United Kingdom semua negara berkebajikan  ...orang-orang sekular dan terpelajar ini mampu melakukannya,”
“Tetapi untuk meletakkan asas negara Islam kita perlukan ulama yang dapat garap Islam dalam konteks kehidupan moden dan saya yakin satu masa dulu, ulama-ulama  PAS yang lepas berjaya letak inti-inti agama dalam kehidupan masyarakat,” ujarnya.
Kesimpulan semua itu, dengan nada agak keras dan kecewa, Dr Hasan berkata, ‘ kena letak PAS pada pancang asal,’.

hasan-pc2xx
Beliau membuat gesaan itu juga kerana ada fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ni menyokong PAS mula mempersoal dan bercadang menarik diri daripada memberi sokongan kepada parti kerana perjuangan utama parti dikesampingkan.
Katanya, ahli dan penyokong PAS tidak naif  dan tidak sedungu disangkakan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali  yang mendakwa beliau sedang berusaha menyakinkan ahli dan penyokong parti bahawa PAS tidak lagi memperjuangkan prinsip-prinsip Islam.
“Ahli dan penyokong PAS juga bukan lembu yang dicucuk hidung. Mereka berbudaya, bertata susila, beragama dan terbukti mempunyai kekuatan intelektual berfikir.
Sidang media ke dua pagi Selasa ini diadakan Dr Hasan sejak isu tidak layak bertanding itu ditimbulkan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib jelas digunakan beliau ‘memulangkan paku buah keras’ kepada Mustafa.
Beliau membidas Mustafa walaupun pemimpin senior tetapi meberi pandangan negatif dan mengandungi unsur jahat terhadapnya  dengan mendakwa Dr Hasan terperangkap dengan perangkap UMNO dan tindak tanduknya seolah-olah mahu melemahkan PAS.
Jelas beliau cukup angin dengan  Mustafa dan menyifatkan Setiausaha Agung PAS itu bongkak, sombong dan menggunakan autoriti jawatan elatah dan hilang arah hingga sangup bermain api fitnah.
Menurut Dr Hasan tindak tanduk Mustafa dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar bertentangan dengan pemimpin PAS lain  termasuk Mursydul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin  Tantawi yang menunjukkan simpati dan cenderong menyokong perjuangannya.
“Prinsip perjuangan saya meletakkan semula PAS di landasan asal. Dari pengamatan asal saya, PAS mula dikuasai golongan bukan ulama yang lebih cenderung mengamalkan politik akomodasi hingga sanggup korbankan prinsip perjuangan parti yang dipertahan sejak penubuhan,” tegasnya.
Dalam erti kata lain, Dr Hasan bangkit ‘lawan arus’ bukan kerana agenda UMNO seperti dakwaan Mustafa tetapi sudah nampak semakin banyak duri dalam daging PAS.

hasan-pc1xx
Menjawab soalan, beliau mengakui berjumpa dua profesor yang juga ahli PAS  seorang daripadanya Aziz Hanafi untuk mendapatkan pandangan tentang usaha yang dilakukannya untuk mengembalikan PAS pada perjuangan awal.
“Saya jumpa untuk dapatkan pandangan dari segi syarak dan intelelek. Mereka orang biasa dalam PAS bukannya untuk menyakinkan mereka atau orang lain bahawa PAS tidak lagi memperjuangkan Islam  seperti didakwa,” katanya.  
Mengenai kenyataan Mahfuz yang sinis mempersilakan menyertai UMNO, Dr Hasan menyifatkan Naib Presiden PAS itu bangkrap pemikiran dan tidak mengikuti perkembangan muthakhir isu tersebut.
Beliau menegaskan tidak akan mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa perjuangannya kini tertumpu kepada Islam, Melayu dan instutusi Raja-Raja.
Dr Hasan menggesa pimpinan parti mengambil tindakan terhadap Saari yang menyemaikan bibit-bibit perpecahan di kalangan ahli dan penyokong parti.
Beliau juga meminta siasatan terperinci ke atas proses pencalonan dan keputusan akhir bilangan pencalonan yang beliau terima di kawasan Gombak bagi mengelak spekulasi berkaitan pencalonan beliau.
Jelas, Dr Hasan tidak berseorang dalam isu ini kerana beliau melihat banyak sokongan daripada pemimpin, ahli dan penyokong PAS mengenai usahanya mengembalikan PAS pada pancang asal.
Apapun, usaha beliau nampaknya sudah menyebabkan PAS semakin bergelora terutama pemimpin yang mahu mempertahankan pakatan PKR dan DAP kerana Dr Hasan sudah jadi duri dalam daging pembangkang.
Namun, disebalik semua ini ,mereka tidak nampak duri sebenar dalam PAS sekarang..
- AgendaDaily

ADLI CALARKAN IMEJ UPSI...!!!

LIVE !! TERKINI !! 

KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG MPP UPSI !! 

ADLI CALARKAN IMEJ MAHASISWA & UPSI !! 

TAHNIAH !!

Shahril Khasin



Saya mewakili YDP MPP UPSI, MPP UPSI dan seluruh mahasiswa UPSI membantah keras tindakan
 yang dilakukan oleh Adam Adli, mahasiswa UPSI yang menurunkan bendera PM di PWTC. 

Beliau bukan membawa nama mahasiswa UPSI dalam tndakannya!!! Itu tindakan individu
berkepentingan sendiri. 
Wajar diberi tindakan sepatutnya!!! Ia satu tindakan yg biadap dan mencalarkan imej MAHASISWA 
terutama Universiti sendiri... memalukan dan mencalarkan imej institusi pendidikan ulung, UPSI!!!

-Setiausaha Agung MPP UPSI

TQ AAKJ

BILA RAHSIA DAH PECAH.... NGA KOR MING MEMBENARKAN ANDAIAN NIZAR ADALAH BONEKA DAP PERAK..!!!

Nga Kor Ming Gelabah Bila Rahsia Dah Pecah



Nga Kor Ming terpaksa mengakui bahawa sepanjang 11 bulan Pakatan Rakyat berkuasa di Perak dengan dia sendiri merupakan salah seorang Exco dalam kerajaan DAP yang membonekakan Nizar Jamaluddin itu, ketirisan, penyelewengan dan kronisme dilakukan dengan cara yang paling biadap. Pun begitu, sebagai seorang pemimpin DAP yang tidak akan sama sekali mengaku salah, Nga Kor Ming sebaliknya mencabar blogger membuat laporan SPRM tentang kontrak menyiapkan pakaian untuk ADUN Perak yang diberikan kepada syarikat isterinya walaupun syarikat isterinya telah memberikan sebut harga yang jauh lebih tinggi berbanding syarikat saingan.
Cabaran Nga Kor Ming itu sebenarnya tidak berasas sama sekali. Seharusnya dia menjelaskan mengapa syarikat isterinya mendapat kontrak tersebut walaupun sebut harganya lebih tinggi. Nga Kor Ming tidak seharusnya memberi alasan, isterinya di dalam syarikat tersebut hanyalah sebagai SLEEPING PARTNER. Dan apabila Nga Kor Ming memberikan alasan kononnya, Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar tidak menggunakan pengaruhnya dalam pemilihan syarikat isterinya, penjelasan itu sebenarnya telah membenarkan andaian sebelum ini bahawa Nizar hanyalah boneka DAP semata-mata.
Apatah lagi semua orang tahu bahawa Nizar sememangnya tidak akan bersuara, membantah, mempengaruhi atau pun mengeluarkan arahan tanpa sebarang kata-kata ‘nasihat daripada Nga Kor Ming dan sepupunya, Ngeh Kor Ham. Nizar Jamaluddin hanya bersuara apabila disuruh bersuara oleh kedua-dua bersepupu itu.
Justeru, menjadikan Nizar sebagai alibi untuk menafikan kepentingan isterinya dalam syarikat yang memperolehi tender membuat pakaian dengan nilai yang tidak seberapa itu, sekadar menjelaskan tentang kegelabahan melampau Nga Kor Meng. Kalaupun Nga Kor Meng tidak bercakap tentang Nizar pun, semua orang tahu, Nizar sewaktu pentadbiran Pakatan Rakyat 11 bulan di Perak, memang tidak mampu bersuara pun.
Bagaimanapun, apabila Nga Kor Meng menyatakan bahawa dia tidak pernah mempengaruhi Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih syarikat isterinya, ia memang melawakkan. Untuk mengeluarkan perintah, tidak perlulah Nga Kor Meng menyatakan bahawa syarikat Ethan & Elton Sdn. Bhd. perlu diberikan tender berkenaan, sebaliknya cukup untuk mempamerkan Wong Siew Ching, sebagai isterinya dan Dewan Bandaraya Ipoh pula mengetahui wanita tersebut adalah isteri Nga Kor Meng, Exco yang merupakan orang kedua berkuasa dalam pentadbiran Perak selepas Ngeh Kor Ham pada zaman Pakatan Rakyat di negeri itu.
Nga Kor Meng boleh menipu tetapi dia tidak boleh menyembunyikan pembohongannya. Secara jelas dan secara nyata, cabarannya agar blogger-blogger yang membuat pendedahan perbuatan terkutuk tersebut membuat laporan SPRM, sebenarnya menyingkap perangai pelahap Nga Kor Meng.
Seandainya benar dia tidak bersalah dan isterinya juga tidak terlibat, manakala urusan pembidaan serta penganugerahan projek tersebut berjalan mengikut lunas-lunas perundangan, mengapa tidak dia sendiri yang meminta SPRM menyiasat mengapa projek tersebut diberikan kepada Ethan & Elton Sdn. Bhd? Mengapa dia perlu mencabar orang lain sedangkan dia sendiri enggan membersihkan tubuh badannya dan tangannya yang kuat mencuri itu tetapi mengharapkan agar ada orang yang ‘berani’ membuat laporan kepada SPRM.
Melihat kepada taktik yang digunakan oleh Nga Kor Meng, ianya adalah taktik murahan. Cabaran seperti itu sebenarnya cuba dipergunakan oleh Nga Kor Meng sebagai pancingan. Hakikatnya, Nga Kor Meng sendiri selepas pendedahan tersebut, tidak berani membuat laporan polis mahupun SPRM, sudah cukup untuk membuktikan bahawa dia sebenarnya sedang menggelabah kerana pendedahan tersebut hanyalah satu ‘pendedahan tentang penyelewengan kecil’ membabitkan dirinya dan isteri. Belum lagi pendedahan besar yang membabitkan jaringan pendana-pendana DAP yang jauh lebih besar dan komplikated!!!
- PerakToday

DATA IMF MENUNJUKKAN 'NONE'.... !!!

Anwar Kata Malaysia Pinjam Bank Dunia Tahun 1999 , Data IMF tunjuk 'NONE' ? Siapa yang Menipu? Anwar atau IMF?

Dalam 'press conference' pada hari Ahad (18/12/2011) , Tun Mahathir menjelaskan beliau telah menolak pinjaman dari Bank Dunia pada tahun  1999 untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Wakil Bank Dunia yang telah datang untuk betemu dengan Tun Mahathir pada masa itu mencadangkan beberapa perkara. Tan Sri Nor Mohd Yakop yang kebetulan ada di sidang akhbar menjelaskan seperti berikut;

"Wakil bank dunia itu telah mencadangkan kepada Dr Mahathir untuk menambah kadar faedah rumah, kerajaan pula tidak boleh belanja dan bank negara harus tarik balik semua pinjaman untuk elakkan krisis ekonomi."


Iaitu sekiranya Tun Mahathir menerima bantuan dana untuk berdepan dengan krisis kewangan 1999, maka perkara2 yang dinyatakan di atas terpaksa di laksana oleh kerajaan.

Berikut adalah petikan ucapan Anwar pada 23-25 Sept 1997, di Hong Kong (link teks ucapan penuh)

Petikan ucapan di atas jelas menunjukkan sokongan Anwar supaya negara2 mematuhi 'peraturan antarabangsa' dalam pengurusan kewangan mereka. Dalam erti kata yang mudah sekiranya sesebuah negara meminjam dengan Bank Dunia / IMF maka negara itu perlu mematuhi 'peraturan antarabangsa' Contoh 'peraturan antarabangsa' adalah seperti yang dijelaskan dalam sidang media yg dihadiri Tun Mahathir dan Tan Sri Nor Mohd Yakop.

Berikut adalah ucapan Dato Mustafa Mohd pada 6-8 Oct 1998 yang mencadangkan pinjaman daripada peminjam antarabangsa seperti IMF adalah pilihan yang paling akhir.  (link teks ucapan penuh)


Pada tahun 1999 , Dato Mustafa Mohd, pada persidangan yang sama pada 28-30 Sept 2011 telah berucap menyatakan walau telah dikritik hebat Malaysia masih berjaya mengekang kemelut ekonomi dalam negara. (link teks ucapan penuh)


Menurut Harakah.Daily , Tun Mahathir telah menandatangani perjanjian dengan Bank Dunia pada 31 Mac 1999.  Berikut adalah sumber yang diperoleh dari laman web IMF mengenai kedudukan kewangan negara Malaysia pada 31 December 1999 . sumber


Berikut pula adalah kedudukan negara Indonesia dan Thailand yang kita tahu mengambil pakej pinjaman dari IMF sumber indonesia sumber thailand



Cuba perhatikan pada bahagian IV, iaitu 'Outstanding Purchases and Loans' . Untuk negara Malaysia untuk data 31 Dec 1999 , tertulis 'NONE'  dan untuk negara Indonesia dan Thailand jelas menunjukkan data2 pada bahagian IV. 

Sekarang timbul persoalan dokumen perjanjian hutang apa yang puak-puak PKR dedahkan dalam sidang akhbar mereka ? Dr.M tandatangan perjanjian hutang pada Mac 1999 , tetapi kenapa tiada data ditunjukkan pada Dec 1999?  Apakah spin puak2 pakatan Penipu Rakyat sekarang?

CREDIT TO : BE DA MAN

SEBELUMNYA...!!!

GARA-GARA....TIBA-TIBA PKR TUNJUK DOKUMEN ..!!!
TUN MAHATHIR AKAN BERTANYA KEPADA BANK DUNIA....!!!

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mengadakan sidang akhbar pagi Isnin tunjuk kepada wartawan tiga dokumen yang didakwa ditulis oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) konon sebagai bukti  bekas Perdana Menteri ada memohonnya.
Apa lagi beliau ulangi dakwaannya bosnya bahawa Dr Mahathir berbohong.Ikut cakapnya tidak mungkin EPU boleh tulis surat itu tanpa arahan daripada kerajaan waktu itu.
Sabtu lalu DR Mahathir sudah menafikan beliau ada membuat permohonan seperti didakwa Anwar dan mencabar bekas timbalannya itu bersumpah di masjid.
Kebetulan petang Isnin Dr Mahathir ada menghadiri satu acara di Putrajaya.
Ketika ditanya wartawan mengenai dokumen yang ditunjuk Rafizi itu bekas Perdana Menteri itu kata beliau perlu membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.
"Sepanjang yang saya ingat dan saya tidak lupa, saya tidak pernah menghantar sebarang permintaan bagi sebarang wang, tidak semasa krisis kewangan atau malah selepas itu. Saya (ketika itu) baru saja kecam World Bank, selepas tu nak minta duit kat dia buat apa? Bodohlah saya," katanya
"Saya nak tengok...Saya nak pi (pergi) tanya World Bank betul ka ini...pasal sekarang ni taulah gambar manusia dengan badan lain pun boleh buat," ujarnya.
Serentak dengan itu Dr Mahathir turut mempertikaikan mengapa dokumen seperti itu tiba-tiba muncul, sedangkan Anwar kata beliau tidak mempunyai dokumen itu sebelum ini.
"Kenapa baru hari ni, dah berapa tahun dah, baru keluar? Pasal politiklah, pasal pilihan raya, nak burukkan orang lain,"  katanya.
Anwar semasa mengulas cabaran Dr Mahathir supaya tunjuk surat beliau mohon bantuan Bank Dunia dan bersumpah, kata beliau tidak ada surat itu.
Katanya jika ada beliau boleh didakwa bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) yakni memiliki dokumen sulit kerajaan.